29 Syaaban 1431 H
Oleh: safarizal saleh
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat usaha bagi tidak membenarkan rakyat mengikuti sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Ogos yang lalu termasuk beberapa fungsi DUN tidak berjalan dengan baik seperti menyekat media untuk melapor sidang yang sebenar, sekatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengekses maklumat dan yang paling malang ialah ruang perbahasan yang tidak sepatutnya berlaku.
DPPN Pk yang dinafikan untuk menjadi pemerhati sidang tersebut dengan jawapan sekeping surat dukacita sebelum berlangsung sidang beberapa jam manakala (Barisan Nasional) dibenarkan mengikuti sidang tersebut.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa BN takut berdepan dengan rakyat tidak kira siapa sahaja. Persoalan yang masih menjadi bicara kebanyakkan rakyat, mengapakah sidang DUN tersebut hanya memakan masa separuh hari sahaja dan difahamkan tidak berhenti berehat langsung kerana hendak dipercepatkan.
Laporan media arus perdana yang hanya berpihak kepada ADUN BN sahaja serta ulasan-ulasan mereka jelas berpihak tanpa mendapat penjelasan sebenar perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Pakatan Rakyat (PR).
Semua laporan yang dinyatakan tidak langsung bersifat keadilan tetapi berpihak tanpa rasa malu. Maklumat terkini yang dilaporkan oleh ADUN PR jelas berbeza dengan laporan media yang dibenarkan masuk.
Bagi DPPN Pk, perkara ini sebenarnya menjejaskan imej dan nama baik Negeri Perak sahaja kerana dengan apa yang berlaku sepertimana yang dilaporkan menggambarkan kemelut yang tiada kesudahan.
Sidang singkat juga menggambarkan ketidak telusan sesebuah pentadbir kerajaan negeri yang menyembunyikan sesuatu daripada rakyat seluruhnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan