25 Januari 2011

Pas nafi edar risalah fitnah

20 Safar 1432H.

SENAI - Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menafikan risalah-risalah fitnah daripada Kelab Wanita Veteran Barisan Nasional (BN) Labis adalah angkara parti itu.

Beliau berkata, Pas tidak mengeluarkan risalah kosong manakala setiap risalah dikeluarkan Pas Pusat dan mempunyai tandatangan sendiri.
“Kita tidak tahu angkara siapa kemungkinan boleh jadi angkara parti itu sendiri untuk mengaibkan parti lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin Wanita UMNO Labis membuat laporan polis berkenaan penyebaran risalah-risalah yang mengatakan sayap itu tidak menyokong calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

Ketua Wanita UMNO Labis dilaporkan berkata, pihaknya mendapati ada kumpulan tidak bertanggungjawab yang menge­­darkan risalah dari rumah ke rumah di Kampung Bukit Mambai yang menyatakan Wanita UMNO tidak menyokong calon BN.

Mahfodz berkata, Pas telah memberi amaran pada anggota untuk tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sepanjang pilihan raya kecil ini dan yakin penyebaran risah itu bukan perbuatan ahli Pas.

“Kita mohon agar pihak-pihak yang berkenaan hentikanlah segala provokasi. Sering kali berlaku setiap kali pilihan raya kecil atau umum diadakan dengan cerita-cerita seumpama ini seperti risalah tipu, fitnah seolah-olah untuk menggambarkan semuanya angkara parti pembangkang,” katanya.

Mahfodz berkata, banyak lagi perkara yang perlu dilihat seperti menyelesaikan masalah rakyat dan bukan menghabiskan masa utuk memburuk-burukkan parti lain.

“Kita bersaing secara sihat. Kadang kala saya pelik juga kerana sebagai contoh apa yang cuba dilakukan Pas, cuba dipolitikkan untuk dijadikan isu.

“Saya mohon jangan digembar-gembur isu seperti ini. Kita sesama Islam jangan bergaduh, apa yang kita harapkan dengan masa yang ada beberapa hari ini, perjalanan kempen dapat berjalan dengan baik dan lancar tanpa memburukkan parti lain.

“Baru-baru ini, ketika calon Pas, Normala Sudirman datang melawat kedai orang Cina di Labis. Entah bagaimana keluar cerita Normala mempersoalkan mengapa kedai itu jual minuman arak sedangkan kejadian itu tidak berlaku sama sekali,” katanya.

Sinar Harian/-

Lepas Gobala, Mustaffa Kamil pula kena tindakan

20 Safar 1432H.
Oleh : Salhan K Ahmad & Aidila Razak.

Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima satu surat tunjuk sebab daripada parti itu, dipercayai berkaitan tindakannya mempertikaikan proses pemilihan parti.

Ketika dihubungi, Mustaffa berkata beliau bagaimanapun masih belum memutuskan sama ada akan menjawab surat yang ditandatangani setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution.

zaid ibrahim pc 091110 mustaffa kamil ayubBeliau memberi alasan, tempoh selama sepuluh hari yang ditetapkan dalam surat tarikh bertarikh 13 Januari itu telahpun berakhir.

Sedangkan, beliau hanya menerima surat berdaftar itu di rumahnya di Kota Damansara semalam, katanya lagi.

"Saya sedang pertimbang apa langkah yang saya patut buat sebab tempoh dah tamat. Saya belum buat keputusan sama ada untuk jawab atau tidak," katanya lagi.

Ketika ditanya, Mustaffa bagaimanapun enggan menjelaskan butiran lanjut dalam surat yang salinannya turut dihantar kepada ketua umum, presiden, dan naib presiden parti.

"Tak tahulah saya, tapi nampak macam bersungguh-sungguh sangat (kandungan surat itu).

"(Kandungan surat) itu saya tak mahu sebutlah. Tapi saya agak ada kaitan dengan proses pemilihan parti," kata bekas calon timbalan presiden itu lagi.

Surat belum 'dikuatkuasa'

Sementara itu, ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata , surat tunjuk sebab itu tidak berkuatkuasa sehingga biro politik bermesyuarat mengenainya esok.

Katanya, parti itu telah meminta perkara berkenaan ditangguhkan sehingga kepemimpinan tertinggi dan biro politik mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.

anwar keadilan network launch 230111Anwar juga berkata, tindakan itu tidak melibatkan tindakan yang dilakukan Mustaffa Kamil mahupun kenyataan yang dikeluarkannya.

Sebaliknya, Anwar berkata ia adalah berhubung tindakan di peringkat cabang Pasir Salak yang dianggotai Mustaffa Kamil.

Tambahnya, presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah bertemu Mustaffa Kamil semalam untuk mendapatkan penjelasan.

Anwar berkata demikian ketika ditemui wartawan dalam satu majlis anjuran kerajaan Selangor hari ini.
Mustaffa kalah tipis dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan ketua cabang berkenaan pada September tahun lalu.

Mustaffa Kamil merupakan pemimpin PKR kedua yang dikenakan tindakan disiplin selepas N Gobalakrishnan, calon naib presiden yang turut tewas dalam perebutan jawatan naib presiden.

Gobalakrishnan dalam tulisannya berkata Anwar mahu "menamatkan" Mustaffa dengan melantik bekas pengerusi PKR Perak itu ke jawatan ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan.

Isu kedudukan JPP

Mustaffa sebelum ini telah menimbulkan isu berhubung kedudukan jawatankuasa pemilihan parti (JPP) itu dalam menjalankan pemilihan berkenaan.

Mustaffa kamil ayub with N Gobalakrishnan and S ManikasavagamBeliau antara lainnya berkata, pemisahan tanggungjawab antara badan itu dengan sekretariat parti masih tidak jelas memandangkan masih terdapat persepsi bahawa JPP tiada kuasa autonomi.

Dalam satu sidang media pada 12 November lalu, Mustaffa memberi contoh tindakan beberapa ahli JPP yang kelihatan memakai lencana beberapa calon yang bertanding ketika menjalankan pemilihan parti.

Beliau turut mendakwa, sesetengah aduan semasa pemilihan cabang yang berakhir bulan lalu tidak dipandang serius oleh JPP mahupun sekretariat PKR sendiri.

Gobalakrishnan pula menerima tindakan itu berikutan tindakannya menyerang pemimpin parti itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui tulisan di laman Twitter selepas tewas dalam pemilihan tersebut.

Dilaporkan, Gobalakrishnan antara lainnya menulis bahawa beliau tidak terkejut dengan keputusan parti itu dalam menentukan kedudukan untuk Mustaffa Kamil Ayub yang turut kecundang dalam pemilihan itu.

Malaysiakini/-

Wanita terselamat terjun dari tingkat 23 di Buenos Aires

20 Safar 1432H.

BUENOS AIRES: Seorang wanita yang nekad terjun dari sebuah restoran di tingkat 23 sebuah hotel di Buenos Aires mencipta 'keajaiban' apabila dia jatuh di atas sebuah teksi yang menyelamatkan nyawanya.

Gambar menunjukkan wanita berusia 30 tahun itu terjatuh di atas bumbung teksi berwarna hitam dan kuning sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan. Saksi yang berada di restoran terbuka di atas bumbung Hotel Panamericano itu menceritakan, mangsa mulanya memesan secawa kopi sebelum meletakkan dompet duitnya di atas meja. Sejurus itu, wanita berkenaan menanggalkan kasutnya dan mula memanjat penghadang keselamatan sebelum tiba-tiba terjun.

“Kalau saya tidak keluar, dia mungkin membunuh saya pula," kata pemandu teksi berkenaan yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Pemandu teksi yang dikenali sebagai Miguel, berusia 39 tahun berkata, ketika itu beliau terdengar satu letupan dan tiba-tiba melihat tubuh seorang wanita terhumban di atas bumbung teksinya.

“Tindakan pertama saya ialah menelefon keluarga saya dan selepas itu, saya mula menangis. Ia sesuatu yang mustahil untuk melihat kejadian seperti ini dan wanita itu masih bernyawa," katanya. - AFP

Bersalaman: PKPIM pertahan tindakan Cikgu Mala

20 Safar 1432H.
Oleh : Roy Rasul.

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Isu salam antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim timbul mungkin disebabkan kegagalan Umno sendiri menjelaskan norma-norma Islam kepada orang bukan Islam.

Menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Faizal Abdul Aziz, mungkin Umno tidak pernah mengamalkan norma-norma tersebut menyebabkan bukan Islam menjadi keliru.

Beliau berpendapat isu tersebut sepatutnya tidak perlu dipolitikkan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang.

Ini kerana, tindakan calon PAS, Normala Sudirman enggan bersalam dengan lelaki, satu masej yang baik kerana Islam melarang bersentuhan antara lelaki dan perempuan kecuali muhrimnya.

"Bagi saya secara peribadi isu itu tidak elok dipolitikkan sebab isu salam itu tertulis dalam al- Quran yang kita tidak boleh bersentuhan antara kelaki dan perempuan kecuali muhrimnya," katanya kepada Harakah .

Baru-baru ini, Presiden MCA Dato' Seri Chua Sua Lek dipetik, secara sindiran mempersoal cara Normala dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersalaman di Tenang.

"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," Dr Chua dipetik.

Menyokong pendirian Normala itu, Faizal berkata tindakan calon PAS tidak bersalam dengan lelaki adalah satu sikap yang wajar dipuji kerana telah pertahan syariat Islam.

Tambahnya lagi, jika beliau tidak bersalam pun, perpaduan kaum tidak akan terjejas.

Beliau berkata, di zaman nabi SAW perpaduan tetap utuh walaupun nabi seorang yang islamik.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, meskipun dalam masyarakat bukan Melayu, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan amalan biasa, tetapi dalam agama Islam ada batasannya.

Kerana itu katanya, tindakan Normala memakai sarung tangan untuk berjabat tangan dengan orang lelaki semasa berkempen di Tenang tidak wajar dipertikai khususnya oleh MCA.

Katanya, sekalipun Dun Tenang kubu kuat Umno Normala tetap ikhlas turun ke sana walaupun bersalam dengan bersarung tangan.

"Kalau pakai sarung tangan tak apa, dan MCA memang suka jadikan isu-isu itu sebagai bahan mereka untuk menang.

"BN hendak dapat lebih 5000 undi dan kalau dia tak main isu seperti mungkin mereka tidak ada peluang," ujarnya.

Harakahdaily/-

DUN Merlimau: SPR bermesyuarat Jumaat ini

20 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lalu berhubung kekosongan kerusi itu. Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. "Satu kenyataan media oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang (akan) memaklumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian akan diedarkan kepada pihak media," katanya dalam satu kenyataan

Calon BN cuai sebagai ADO

20 Safar 1432H.
Oleh : Saidah Hairan.

LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.

Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.

Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.

"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.

Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.

Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.

Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.

"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.

Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang.

Harakahdaily/-

Kerajaan China Menjamin Keselamatan Pengangkutan Sempena Perayaan Tahun Baru China

20 Safar 1432H.



Badan-badan kerajaan China menyatakan baru-baru ini, mereka akan berusaha menjamin keselamatan pengangkutan sempena perayaan Tahun Baru China ini.



Dalam tempoh 40 hari sejak 26 Januari ini, sejumlah 700 juta orang rakyat China akan pulang ke kampung halaman atau melancong. Akan tetapi, beberapa kawasan di bahagian selatan China telah mengalami masalah kesesakan jalan dan bekalan air minum dan elektrik terputus akibat bencana salji ais. Selain itu, cuaca yang sejuk juga merupakan cabaran bagi keselamatan lebuh raya dan kereta api.

CRI/-

PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar Umno

20 Safar 1432H.
Oleh : Majdan Yahya.

Tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu.

Walaupun ucapan Chua itu berlaku dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno tindak mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah.

Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan tentang agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa.

Umno bukan sahaja tidak membantu MCA menghormati agama Islam malah mereka sendiri turut sama mempersendakan agama rasmi Malaysia itu. Apakah Umno begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan 5,766 pengundi masrakat Cina sehingga sanggup menjual agama?

Jumlah pengundi Cina tersebut merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis.

Sebelum ini PAS dituduh oleh Umno dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pro-Umno bahawa parti Islam itu telah menggadai prinsipnya kerana berkawan dengan DAP yang didakwa anti Islam. Pelbagai tohmahan dan demontrasi dibuat mengutuk tindakan PAS itu. Ditambah pula isu kenyataan "over my dead body" oleh Karpal Singh.

PAS dan DAP didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan. Tetapi isu ini telah membuka wajah sebenar Umno dan NGO tersebut. Mana perginya suara lantang mereka? Mana jaguh-jaguh pendemo mereka? Mana perginya ketuanan Melayu-Islam yang mereka bangga-banggakan selama ini? Di mana Umno yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Semuanya menunduk kepala tatkala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama.

Dalam hal ini, jelaslah bahawa Umno sebenarnya yang menjual agama demi politik mereka. Walaupun Muhyiddin meminta isu ini tidak dipanjangkan oleh MCA, namun sehingga kini tiada suatu dialog khusus antara ulama Umno dengan pimpinan MCA bagi meleraikan isu ini.

Rakyat yang cerdik dan celik tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam telah dapat melihat dengan jelas bahawa PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama walaupun difitnah dan dihalang melalui pelbagai cara oleh Umno dan konco-konconya.

Dalam hal ini DAP lebih menghormati Islam setelah berkawan dengan PAS dan tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim. Yang lebih menyedihkan sikap tidak menghormati Islam ini disiarkan ke seluruh negara oleh media pro-Umno.

Isu ini sepatutnya mencelikkan mata dan hati rakyat Johor khususnya di Dun Tenang yang masih beranggapan Umno lah pejuang agama Islam. Sebahagian rakyat Johor telah pun membuat perubahan, dan pengundi Johor sewajarnya memulakannya di Tenang. Perkara ini tidak mustahil kerana Johor terkenal dengan sekolah agama rendahnya. Secara logik, hampir semua anak-anak Johor mempunyai asas agama.

Mereka sewajarnya sedar bahawa Umno yang mempunyai JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar dan menghina Islam. Berbanding PAS yang tegas mempertahankan Islam walaupun pernah hilang sekutunya pada pilihanraya 1999.

Walau apapun keputusan PRK Tenang, PAS sudah menang dan membuktikan mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia ini. Berbanding Umno yang berselindung disebalik agama dan apabila keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam. Tetapi, tanpa disangka, Dun Tenang telah mendedahkan watak hipokrit mereka.

Harakahdaily/-

ISU BERSALAM: APA PENDIRIAN UMNO PERAK?

20 Safar 1432H.
Oleh : safarizal saleh.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam kedua-dua tokoh Komponen Parti Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang telah mempertikaikan isu salam calon PAS, Normala Sudirman di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang oleh Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak yang juga Presiden MCA,

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga Ahli Parlimen Kawasan Gerik yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Seri Tian Lian Hoe yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

DPPN Pk menegaskan dan menyokong pandangan Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menyifatkan kenyataan isu bersalam tersebut adalah menghina Islam.

Datuk Seri Chua yang juga pernah mengeluarkan kenyataaan semasa Perayaan Hari Raya Haji (Qurban) di Kelantan baru-baru ini yang sunyi berikutan kebanyakkan kedai-kedai perniagaan di tutup tidak mengambil iktibar kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam di dalam Negara ini.

Manakala Datuk Seri Tian Lian Hoe terus mempertikai isu tersebut yang jelas tiada kefahaman terhadap agama Islam yang gagal dijelaskan dengan baik di dalam BN itu sendiri walaupun Negara sudah mencapai lebih 50 tahun Merdeka.

DPPN Pk mendesak agar Badan Perhubungan Umno Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir menasihatkan kedua-dua tokoh daripada Negeri Perak ini.

Kedua-dua tokoh ini perlu memohon maaf sepertimana saranan Tan Sri Harussani agar lebih menghormati Islam sebagai Agama Rasmi di dalam Negara ini. Jika Datuk Seri Zambry gagal menasihatkan mereka, jelas bahawa Umno memang membiarkan orang bukan Islam jahil terhadap kebaikan Islam yang sebenarnya.

JENTERA PAS PERAK JELASKAN ISU RAMPASAN KUASA KERAJAAN PERAK OLEH UMNO BN, DI DUN TENANG

20 Safar 1432H.
Oleh : mohd hafez sabri.

IPOH, PAS Perak, akan memberi penjelasan berkenaan isu rampasan yang dilakukan oleh UMNO BN semasa Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Perak semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Pesuruhjaya PAS Perak , Ustaz Abu Bakar Hussain.

Beliau juga menyatakan bahawa, petugas PAS Perak yang akan membantu jentera pilihan raya PAS pada pilihan raya kecil berkenaan akan memainkan peranan utama untuk mematahkan setiap pembohongan dan propaganda yang dimainkan UMNO BN berhubung isu di Negeri Perak.

Fokus utama jentera PAS Perak ialah untuk memastikan gerak kerja jentera PAS berjalan lancer dan baik disamping memberi penjelasan sebenar kepada pengundi pada pilihan raya kecil itu.

“Kita yakin bahawa UMNO BN Perak akan mengelirukan pengundi berkenaan isu rampasan kuasa yang dilakukan mereka di perak sebelum ini, oleh itu, kita akan pastikan jentera PAS Perak dapat memberikan penjelasan sebenar berkenaan kezaliman UMNO BN merampas hak rakyat Perak,” katanya.

Syarikat China Cuba Buat Pemasaran Melalui Microblogging

20 Safar 1432H.



Menurut anggaran yang dibuat oleh sebuah institut penyelidikan yang profesional di China, jumlah pengguna microblogging di China akan mencecah 100 juta orang pada penghujung tahun 2011. Kini, beberapa buah syarikat ternama di negara ini sedang mencuba memanfaatkan bentuk blogging multimedia tersebut untuk mempromosikan produk masing-masing.

China Oil & Foodstuffs Corporation (COFCO) dan Nokia merupakan antara syarikat di China yang paling awal membuat pemasaran melalui microblogging. Syarikat susu Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd., dan syarikat komputer Lenovo turut mengikut jejak langkah mereka.

Bagaimanapun, tokoh-tokoh dari sektor perniagaan menunjukkan, menjayakan pemasaran produk melalui microblogging bukanlah hal yang mudah, kerana strategi promosi yang salah, seperti promosi yang keterlaluan, juga mudah menimbulkan antipati para pengguna.

CRI/-

10 Negara yang Penduduknya Paling Bahagia

20 Safar 1432H.
Oleh : iskandar.

Memang benar bahagia yg penting drpd duit...

Coba pikirkan sejenak: Apa yang membuat Anda bahagia? buat sebagian orang bahagia dimulai dari memiliki wang untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Rumah yang selesa, makanan, baju, kereta, makan angin.

Tapi sejatinya, bahagia lebih dari sekadar wang. Bahagia juga berarti sehat, boleh mengurus diri sendiri dan punya waktu untuk teman juga keluarga. Lebih jauh lagi, bahagia artinya Anda boleh menyuarakan apa yang ada di fikiran tanpa rasa takut, bahagia juga merasa aman dan tenteram di rumah sendiri.

Bahagia juga boleh berarti mendapat berbagai kesempatan, apakah itu pendidikan, atau kesempatan menjadi pengusaha. Dengan dasar ini, sejak lima tahun lalu, sejumlah peneliti di Legatum Institute di London membuat peringkat negara-negara yang penduduknya paling bahagia di dunia.

Baru-baru ini Legatum menyelesaikan indeks 2010 negara-negara yang penduduknya paling bahagia dan sejahtera. Legatum menggandeng Gallup sebagai kelompok yang membuat survei, juga Heritage Foundation dan Forum Ekonomi Dunia. Ada 89 variabel untuk menentukan peringkat ini. Di antaranya, ekonomi, pemerintahan, pendidikan, kesehatan, keamanan, kebebasan individu dan modal sosial.

Dari 110 negara yang disurvei, inilah 10 negara yang penduduknya paling bahagia.

1. Norway
Norway menjadi negara yang penduduknya paling bahagia. Pendapatan perkapita penduduknya paling besar di dunia yakni US$53.000 per tahun. Negara ini menghabiskan anggaran untuk kesehatan paling besar nombor dua setelah Amerika Serikat. Penduduknya bahagia dengan keindahan alam dan lingkungannya. Norway juga memiliki simpanan minyak dan gas yang besar

2. Denmark
Berbisnis di negara ini tak memerlukan banyak wang. Denmark tercatat sebagai negara yang paling rendah biayanya bila seseorang ingin membuat bisnis. Pendidikan bagi penduduknya juga terjamin begitu juga kebebasan bagi individu.

3. Finland
Damai, pendidikan yang terjamin, kesehatan juga terjamin, kebebasan berekspresi dan pemerintah yang boleh dipercaya. Inilah Finland. Ekonominya juga kuat.

4. Australia
Ekonomi Australia tergolong kuat, dibantu oleh berbagai macam eksport. Australia menjadi negara yang bagus untuk memulai sebuah bisnis. Capaian internet bertebaran, pendidikannya bagus dan penduduknya mempercayai pemerintah.

5. New Zealand
New Zealand adalah negara dengan gesekan sosial paling rendah. Penduduknya saling percaya dan saling bantu. Sebanyak 94 persen penduduknya puas dengan kondisi lingkungan sekitar.

6. Sweden
Sweden berada di peringkat kedua untuk kesempatan dan usaha mandiri. Sweden adalah negara yang sangat sesuai untuk memulai usaha. Kebebasan individu sangat dilindungi di Sweden.

7. Kanada
Di negara ini nyaris tidak ada korupsi. Kanada juga sangat terbuka bagi para imigran. Penduduk Kanada juga terkenal sangat baik dan gemar membantu sesama. Kanada juga negara yang tepat untuk memulai sebuah bisnis.

8. Swiss
Pemerintah Swiss dikenal bersih, kesempatan mendapat pendidikan bagi penduduknya sangat terbuka. Institusi kewangannya sangat kuat dan dipercaya.

9. Belanda
Penduduk Belanda hampir pasti bahagia, kebebasan individu sangat dilindungi oleh pemerintah. Sebanyak 88 persen penduduknya sangat puas karena boleh memilih apapun yang mereka suka dan mereka jalani.

10. Amerika Serikat
Hampir 90 persen penduduk Amerika Serikat puas dengan jaminan kesehatan. Anggaran untuk kesehatan rakyatnya juga tercatat terbesar di dunia. Sebanyak 90 persen penduduknya yakin dengan kerja keras mereka boleh hidup lebih baik.

Serangan Bertubi-Tubi Media BN, Bukti Pakatan Rakyat Teguh

20 Safar 1432H.
Oleh : Hafizi Pauzi.

LABIS, 24 Jan : kata Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata BN menggunakan taktik mencipta cerita kononnya Calon PAS tidak berpijak dalam landasan Islam, walhal ia adalah fitnah jahat yang tidak berasas, itulah cara mereka memburukkan parti PAS dengan mensasarkan Cikgu Normala Sudirman, calon DUN Tenang yang mewakili PR.

Tambahnya, BN teramat terdesak sehingga menjadi fitnah sebagai bahan untuk berkempen, keangkuhan ini makin dapat dilihat ketika mana Chua Soi Lek yang memperkelehkan adat Muslimat yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim sebagai satu isu politik di Tenang.

“Chua mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa calon PAS, Normala Sudirman tidak akan datang ke tokong Cina, (dan) beliau langsung tidak bersalam dengan orang.

Chua dipetik sebagai berkata bahawa Cikgu Normala sama seperti isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan ketika bersalam dan mempersoal adakah rakyat bukan Islam boleh menerima cara Islam sebegini dan dalam masa sama menyindir “pergilah undi PAS."

“Umno parti rasis dilihat mendiamkan diri, walhal merekalah yang sepatutnya menjelaskan hal yang sebenar berkenaan isu pergaulan dalam Islam kepada Chua Soi Lek,” katanya.

Menurut Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat perak, isu berkenaan salam dalam Islam ini telah lama berlaku di Malaysia yang dikatakan “Negara Islam”, pemimpin tertinggi Negara yang muslim tidak terkecuali bergelumang dengan kecelaruan pengamalan salam menurut acuan Islam.

“Sudah tiba masanya bukan Islam memahami dasar Islam dalam isu salam sesama insan, adalah elok MCA diberi kuliah oleh ulama Umno juga kepada Perdana Menteri sendiri yang saban hari bersalam dengan wanita ajnabi sesuka hati,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau mengulas, di Tenang, BN terpaksa mengeluarkan bermacam hujah berunsur fitnah kerana gelabah dengan kenyataan Karpal yang sudi berbincang bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu Negara Islam dengan memberi respon positif terhadap perkara tersebut.

Kempen menyebar fitnah tersebut termasuklah dakwaan Menteri Besar Johor yang kononnya PAS adalah pemecah belah masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.

“Beliau Abdul Ghani patut sokong hak rakyat, rakyat malaysia memerlukan pembelaan yang telus, BN gagal melaksanakan mandat itu, adakah salah rakyat diberi tawaran yang hebat jika PR berjaya mentadbir Putrajaya, dan adakah beliau khuatir akan kehilangan sumber kekayaan jika BN tumbang? Soalnya.

DEBAT ANWAR - NAJIB, GILIRAN ZUL KULIM MEMBELA NAJIB PULA

20 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS

ZUL Kulim `firaun besar' telah lama kita ketahui memang kaki temberang semasa berada diu dalam PKR lagi. Beliau sendiri pun mengaku bahawa beliau memang suka temberang kununnya atas arahan Anwar semasa berada di dalam PKR. Bayangkan seorang `ustaz' pejuang Islam yang berani kununnya, boleh melakukan pembohongan dek kerana arahan Anwar. Pelik apanya sekarang dia temberang lagi tapi atas arahan bos baru sekutu Apco?

Zul Kulim yang menenggek di atas kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi kawasan tersebut, di dalam tulisannya di sini, cuba membela Najib agar tidak berdebat dengan Anwar.

Beliau mahu Najib setaraf dengan dia yang penakut lagi bacul kerana beliau sendiri pun takut berdebat dengan YB Khalid Samad tentang isu Kalimah Allah. Banyak kali dicabar, kecut peguam tak ada kelas ini.

Menariknya, Zul Kulim alih perhatian pada isu liwat DS Anwar. Beliau cabar Anwar berdebat dengan Saiful. Lepas tu cabar Anwar berdebat dengan Karpal Singh dan juga YB Gobala. Sedangkan beliau sendiri penikus dengan debat.

Kenapa tidak sahut cabaran YHB Khalid Samad untuk berdebat? Mengapa sibuk mahu bela Najib? Ada udang balik kopiah dia kot.

Lagi menunjukkan beliau jahil lagi kaki temberang, apabila beliau mengulas mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Mengapa Anwar mematuhi fatwa Ulamak Dr Yusof Qhardhawi yang tidak mermbenarkan Anwar bersumpah dan tidak memakai nasihat Dr Asri. Maknanya, Zul Kulim ini tidak iktiraf keilmuan Dr Yusof Qardhawi.

Zul Kulim menulis, katanya, " Heran ya, kalau pasal sumpah cepat pulak nak berfatwa, ikut Islam konon tak boleh bersumpah. Sedangkan kalau diikut hukum, berdebat-debat ini dilarang Rasulullah saw."

Lihat betapa `cerdik'nya MP Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR ini. Saya yang tidak sebodoh beliau pun tahu bahawa perdebatan ini sudah lama dipraktikkan di kalangan Ulamak dahulu kala, bahkan dipraktikkan juga oleh Imam dari 4 mazhab. Banyak kisah hasil dari perdebatan antara Ulamak ini ada yang membawa kerahmatan.

Ada Paderi yang memeluk Islam setelah berdebat dengan Ulamak atau ilmuan Islam. Zul Kulim tidak tahu kah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang perdebatan atau berhujah dengan musuh Islam? Atau sebenarnya beliau tahu, tetapi disebabkan perangainya yang kaki temberang, beliau sanggup temberang demi membela Najib?

Sepanjang tulisannya itu, paling kelakar apabila beliau sebut Anwar suruh beliau berjumpa Najib untuk selesaikan masalah liwat. Siapa Zul Kulim di sisi Anwar sehingga kuat sangat pengaruhnya itu? Beliau pun Anwar yang `kasi makan' bertanding di Kerusi Parlimen setelah PAS `campak'kannya.

Perasan sungguh si kaki temberang ini. Baru-baru ini beliau mahu serang DAP dan PAS juga PKR di dalam isu Azan. Akhirnya, beliau kelu tidak berkata apabila mengetahui yang menentang suara Azan itu adalah peguam ahli dari MCA. Di situ kita boleh tahu standard otak Zul Kulim.

Saya nasihatkan Zul Kulim, beliau kena banyak mengaji semula. Semenjak beliau dipecat dari PKR, apa jua yang beliau dedahkan sedikit pun tidak menguntungkan Najib, jauh sekali merugikan Anwar, malahan lebih menampakkan kebodohannya sendiri.

Seperti yang beliau nasihatkan Anwar, saya yang tidak sebodoh beliau ingin menasihatkannya agar sahut cabaran YB Khalid Samad dahulu sebelum sibuk mahu campor urusan debat Anwar - Najib.

MOMENTUM PRU12 MASIH KUAT

20 Safar 1432H.

PARIT BUNTAR, 25 Jan : BN jangan perkecil kemaraan rakyat sejak 8 Mac 2008 lalu, momentum tersebut masih kuat, malah ia belum padam walaupun telah menjelang 2011.Demikian penegasan oleh ADUN Titi Serong,Drs.Khalil Idham Lim semasa ditemui disini.

Keangkuhan BN dilihat menjadi-jadi setiap kali menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK), malah sering kali mengeksploitasi kelemahan kewangan rakyat yang terus dihimpit masalah kewangan akibat kelemahan pentadbiran BN.

“Berdasar maklumat yang diterima, setiap kali menjelang PRK, wang akan ditabur untuk meraih undi rakyat,"” katanya.

“PRK demi PRK, undi rakyat dilihat stabil malah makin meningkat di setengah-setengah tempat manurut statistik keputusan undi, sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tetap meningkat walaupun BN konsisten bertindak zalim serta mencabul demokrasi dan keadilan,” jelasnya.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, jika BN mengamalkan politik bersih, yakni bebas dari sebarang penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan, tipu helah berunsur fitnah, politik wang, ugutan terhadap golongan lemah dan juga sekatan media, BN pasti tidak akan menang di setiap kali PRK dan juga PRU.

“Jika rakyat tiada internet dan tidak membeli akhbar PR serta bukan kaki dengar ceramah Pakatan Rakyat, mereka akan berfahaman bahawa wakil rakyat mahupun calon wakil rakyat dari PR Nampak seperti tidak bekerja,” jelasnya lagi.

Menurutnya kesan tersebut adalah hasil dari pemberitaan yang tidak adil dan seimbang dalam media yang dikawal ketat oleh BN.

Tindakan Umno BN jelas membuktikan parti pemerintah Malaysia adalah anti terhadap demokrasi, dalam masa yang sama menobatkan mereka adalah pejuang sejati demokrasi. Katanya

Dalam pada itu, Khalil menjelaskan bahawa Malaysia jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan 71 dalam indeks demokrasi di antara 167 negara di dunia, laporan ini diterbitkan oleh
Economist Intelligence Unit yang diumumkan baru-baru ini

“Jika dinilai dari aspek budaya politik dan kebebasan sivil, mereka (BN) tiada ciri-ciri sebagai kelompok manusia yang bertamadun, motif mereka hanya mahu kengecap kesenangan dari hak orang lain khususnya dari rakyat malaysia yang masih ditipu oleh dakyah BN termasuk di Tenang” jelasnya pada akhir kenyataannya.