26 Januari 2011

NUJ bantah keras langkah kawal media Internet

21 Safar 1432H.

Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garispanduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya itu.

"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknyna NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebesan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.

Malaysiakini/-

Bohong: PAS desak calon BN tarik diri

21 Safar 1432H.

LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.

Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.

Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng

21 Safar 1432H.
Oleh : Abdul Rahim Sabri.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.

Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ.

Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.

'Jangan kacau Chemplak'

Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap si kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengawasi kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.

Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.

Sewaktu Lim menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.

Seorang bertaqwa

Dalam ucapannya juga, Lim - yang juga anak lelaki tokoh DAP Lim Kit Siang - membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa.

"Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong.

"Kita kena hormat prinsip dan keimanan orang lain, asalkan beliau tidak rasuah dan makan wang (rasuah), beliau orang baik," katanya sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".

Meneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.

Baru puas

"Kalau Cikgu Mala tak mahu salam, ini bukan isu, jadi (Chua Soi Lek) tarik baliklah...Adakah dia (Soi Lek) salam dengan Cikgu Mala, baru dia puas," sindir Lim.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi yang hadir - sekiranya calon PAS tidak bersalah dan tetap dengan prinsipnya tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim - supaya menyokong Pakatan Rakyat.

Ucapan Guan Eng selama kira-kira 15 minit itu, disambut dengan laungan beramai-ramai dari kumpulan berkenaan "Siapa tipu... Guan Eng".

Kira-kira jam 11.05 malam, kumpulan itu pun beredar dan tiada sebarang tangkapan atau insiden yang tidak diingini berlaku.

Menggerunkan Tapi Tidak Mengejutkan

21 Safar 1432H.
Oleh : Dr Azman Ibrahim.

Menggerunkan tapi tidak mengejutkan apabila kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPN) Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu hari ini (Rabu, 26 Januari 2011) bahawa seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah tersebut, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang ‘berpesta seks tanpa ikatan sah’ pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang Pengarah JPN Terengganu ini, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau masih menggunakan istilah ‘berpesta seks tanpa nikah’? Kenapa tidak digunakan saja istilah ‘berzina’ kalimah yang digunakan oleh Allah yang nyata bunyinya saja sudah mengambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman yang menunggu pelakunya.

Sesiapa yang memerhatikan suasana menyambut tahun baru di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Negeri Cantik Budaya Menarik memang sama sekali tidak meragui ketepatan kenyataan ini.

Ironinya, statistik yang mengerunkan ini tidak sama sekali mengubah agenda kerajaan negeri serta tidak pernah berubah dan tidak akan berubah melainkan diubah kerajaan Umno yang memerintah.

Dengan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak muda dengan lagak ‘semakin tua semakin menjadi’, bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.

Malam yang bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan lantas akhirnya lihatlah statistik yang ‘membanggakan’ ini.

Negeriku, Terengganu Darul Iman.

Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu itu juga menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara, tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Sekali lagi, negeriku Terengganu Darul Iman.

Sebelum ini agensi berita BERNAMA melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid dipetik sebagai berkata, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

10,000 tangkapan dilakukan di Terengganu sepanjang tahun 2009 adalah yang tertinggi di Malaysia kemudian diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik dan angka tetapi ingin melontarkan suatu persoalan umum bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam setelah terpampang di hadapan mata kegagalan sistem manusia, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakkan yang lebih parah dan lebih parah lagi...

Kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa Islam datangnya daripada Allah sekaligus bererti Islam adalah sempurna dan tidak dicemari sebarang unsur kecacatan, kejahilan, hawa nafsu dan kezaliman. Sebabnya cukup jelas iaitu sifat-sifat pencipta sentiasa membayangi hasil ciptaanNya. Allah memiliki sifat sempurna pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya. Kesempurnaan ini akan mempengaruhi setiap undang-undang, dasar dan sistem yang diciptaNya. Jadi sudah tentu semua undang-undang, sistem dan dasar itu juga sempurna.

Berlainan sama sekali dengan manusia yang diciptakan kerana manusia tetap sebagai makhluk yang serba kekurangan dan kelemahan. Kesemua sifat ini sebati dengan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kesemua kekurangan dan kelemahan ini akan mempengaruhi setipa ciptaan manusia termasuklah undang-undang dan sistem hidup. Kembali kepada Islam adalah jalan penyelesaian terbaik.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Pertahan Cikgu Mala,Cabar MCA Dan Gerakan Berdebat

21 Safar 1432H.


Isu salam yang ditimbulkan BN mula menjerat diri sendiri...


Tamparan buat Umno !!! kegagalan Umno memberi kefahaman tentang islam kepada MCA dan Gerakan membuka ruang kepada cabaran debat oleh Ketua DHPP

LABIS, 24 Jan - Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) meminta parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan jangan memutarbelitkan isu Islam demi kepentingan politik.Menurut beliau, sekiranya MCA dan Gerakan faham berkenaan Islam, sudah pasti mereka tidak akan menakutkan pengundi-pengundi Cina di Dun Tenang dengan kenyataan yang negatif terhadap Islam."Jangan tunjuk kepandaian dengan agak mereka itu seperti seorang imam," ujarnya mengulas isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.Bukan Presiden MCA itu sahaja, malah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang turut memainkan isu ini lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.Jelas Hu, ada tradisi negara luar yang tidak bejabat tangan seperti wanita di Thailand. Mereka tidak berjabat tangan dengan lelaki."DHPP menyokong perjuangan PAS, mencabar MCA untuk berdebat secara terbuka jika mereka masih tidak faham isu ini," tambahnya ketika menjawab temubual wartawan Sinar.SH

PAS beri anak Chua 24 jam mohon maaf

21 Safar 1432H.

Setelah berdolak-dalih dan memberi kenyataan yang berbelit-belit tanpa ada bukti bahawa calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan pemilik kedai bukan Islam berhubung penjualan arak, ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong menghadapi resiko undang bila PAS telah menghantar surat peguam kepada nya menuntut memohon maaf dalam tempoh 24 jam .

Jika Chua gagal berbuat demikian, PAS akan memfailkan saman fitnah terhadap anak presiden MCA itu.

PAS dan DAP mengadakan sidang bersama di pusat operasi PAS.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau pula berkata DAP membuat satu laporan polis pagi semalam, mengadu sekumpulan pemuda bermotosikal yang membawa bendera PAS dan DAP, berligar membuat bising sekitar kawasan Tenang menjelang tengah malam.

Beliau mendakwa ia dilakuan oleh "pihak sebelah sana".

BN mengamal sikap talam dua muka

21 Safar 1432H.
Oleh : Hafizi pauzi.

LABIS, 26 Jan :- BN mengamal sikap talam dua muka terhadap pengundi Tenang sambil menempelak ia merupakan satu tindakan yang paling tidak bermoral dari sebuah parti yang mengaku pejuang rakyat, demikian jelas ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Umno cuba menakut-nakutkan rakyat terhadap PAS, mereka berkempen dihadapan orang Melayu dengan mengatakan perjuangan PAS untuk menubuhan negara Islam adalah lakonan sahaja. Tidak kurang dari penceramah UMNO mengatakan bahawa PAS lah yang menggadaikan agama Islam demi kepentingan pol;itik.

“Kemudian pada kempen dihadapan bukan Melayu mereka menjelaskan bahawa PAS mahu tubuh negara Islam pula, mereka menakut-nakutkan pengundi bukan Islam dengan pelbagai putar belit termasuklah soal berjabat tangan” katanya.

Tambahnya, Umno perlu diberi pengajaran atas sikap memperbodohkan rakyat tersebut, pengundi di Tenang jangan beri muka kepada pembohong, apalagi mengundi calon PAS adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan Malaysia.

“Saya yakin pengundi di Tenang bijak menilai situasi yang dibawa oleh umno, sudah 53 tahun merdeka, rakan karib mereka sendiri MCA dan MIC tidak faham asas-asas Islam.,” tegasnya.

"Sebenarnya UMNO dengki dan marah dengan PAS yang telah mendidik kepada kaum bukan Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar, Selain itu mereka sepatutnya malu melalkukan tindakan dengan tindakan celupar pemimpin MCA yang memperitkaikan hukum Islam" jelasnya.

Aktiviti Calon 26 Januari 2011

21 Safar 1432H.

8.00 pagi : Pasar Tani Labis Bersama Nurul Izzah Anwar
9.30 pagi . Lawatan rumah ke rumah di Air Panas
11.00 pagi : Program bersama Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Alternatif Islam di rumah no 84, Jalan Limau, Felda Chempelak (Othman Husin)

Rehat Tengahari

3.00 petang : Lawatan rumah ke rumah pengundi di Taman Gunung Emas bersama DAP
4.00 petang : Pertemuan mesra bersama orang asal di Kampung Segamat Kecil bersama YB Nurul Izzah Anwar
6.00 petang : Bertemu pengundi di pasar malam Taman Tenang

Malam
:
Ceramah di Labis Tengah bersama YB Tony Pua (DAP)
Ceramah di Dataran Cikgu Mala bersama Dato’ Mahfuz Omar
Ceramah di Felda Chempelak bersama YB Ust Nasarudin Mat Isa

*Sebarang perubahan jadual adalah tertakluk kepada keperluan.

Tenang: Kebangkitan PAS Johor

21 Safar 1432H.
Oleh : Abd Shukur Harun shukurharun

Hanya beberapa hari saja lagi hari penentu pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor, semua pihak berdebar menanti hari pengundian Ahad itu, 30 Januari ini.

Bandar Labis seolah-olah dikejutkan dari tidurnya dengan menerima kedatangan beribu-ribu orang luar untuk menyaksikan pilihan raya tersebut.

Ketika menikmati makan tengah hari bersama teman-teman dari PAS Kelana Jaya di sebuah restoran, saya merasa terharu dengan kemajuan PAS Johor yang kelihatannya semakin pesat.

Nyatalah calon PAS, Cikgu Normala Sudirman menjadi elemen penting kepada kebangkitan PAS Johor ini dengan tidak menafikan sama sekali jasa dan pengorbanan pimpinan dan pendukung PAS lain di negeri itu sejak dulu hingga kini.

Jasa dan pengorbanan tokoh PAS Johor selama ini, antaranya Dr. Sanusi Daeng Mariok, Dr. Mahfuz Muhamad, Almarhum Tuan Haji Ismail, Ahmad Anang, Ustaz Abdullah Husein, Khairul Faizi, Aminudin Ayub, Dr. Muhamad Taslim, Dr. Haji Sheikh Ibrahim, Aminul Huda, Mazlan Aliman, Suhaizan Kaiat dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan semuanya.

Dahulu PAS Johor terpinggir, miskin, dipandang ‘sebelah mata’ saja oleh kebanyakan orang di Johor, banyak kali bertanding dan ramai hilang wang pertaruhan. Tetapi kini PAS Johor berdiri dengan gagah, sudah diterima oleh ramai rakyat di Johor, tidak lagi hilang wang pertaruhan, bahkan mampu memenangi dua Dun – Maharani dan Sungai Abung – dalam PRU Ke-12 yang lalu.

Sebagai anak kelahiran Pontian, Johor, saya dapat memahami pahit getir pendukung PAS negeri Johor untuk mengembangkan parti itu di tengah-tengah keangkuhan Umno yang selama ini menganggap Johor adalah Umno dan Umno adalah Johor.

Kini PAS Johor dengan dua Dun dimenanginya – Dun Sungai Abong dan Maharani – sedang bangkit dan menyerlahkan namanya di peringkat nasional. Pemilihan terhadap Normala sebagai calon untuk bertanding di Dun tersebut memberikan kelebihan kepada PAS/Umno dan memberikan erti yang cukup besar kepada perjuangan parti itu di negeri yang kononnya selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno.

Pada hal kenyataan yang ada tidak begitu. Di tengah-tengah kepesatan perkembangan PAS Johor ini, saya terkenang bagaimana tungkus lumus pendukung PAS Johor mula menggeragkannya secara aktif di tahun 1978 di Batu Pahat.

Dapat dibayangkan bagaimana pahit getir PAS Johor waktu itu di mana ceramahnya tidak mendapat sambutan, hanya beberapa puluh orang saja yang mendengarnya, sementara ramai orang Johor mencebikkan bibir ketika siapa saja yang menyebutkan nama PAS.

Polis pula waktu itu mematikan pembesar suara jika ada pemimpin Umno berceramah berdekatan. Namun PAS Johor terus bangun hingga kini bahkan semakin gagah.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, saya ada terdengar perbualan beberapa orang dalam loghat Kedah di sebuah restoran. Mereka
kagum dengan kebangkitan PAS Johor. Mereka berkata, PAS Johor tidak lagi terpencil seperti yang kita dengar, bahkan sudah semakin ramai orang Johor menerima PAS.

Sementara itu bantuan petugas PAS/Pakatan Rakyat dari luar Johor sudah demikian ramai tiba, di mana muslimat PAS Johor mengerahkan seluruh tenaga ahlinya memimpin kempen ini dan mengiringi setiap pergerakan calon PAS itu.

Di beberapa tempat di kawasan pengundi Cina, kelihatan petugas DAP mengiringi Cikgu Normala berkempen dan oleh kerana suasana Tahun Baru Cina sudah sangat terasa di Dun Tenang ini, kunjungan Normala disambut hangat oleh orang Cina dengan suasana Tahun Baru.

Normala tidak kekok berdepan dengan situasi begini kerana beliau sudah biasa bergaul dengan orang ramai, bahkan ada sesetengah ibu bapa yang anak mereka pernah menjadi murid Normala telah memberikan sambutan hangat terhdapat kedatangan calon ini bersama rombongannya.

Di kawasan pengundi Melayu, muslimat PAS Johor juga di depan dengan dibantu oleh petugas PAS dari seluruh negara. Gerak kerja kempen calon PAS ini berjalan lancar.

Nampaknya PAS tidak bimbang dengan isu Normala tidak bersalaman dengan lelaki seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin MCA, kerana isu ini dan isu negara Islam dilihat tidak berkesan.

Bahkan isu bersalaman ini memukul pemimpin Umno/BN sendiri kerana selama ini tidak meneranghkan peraturan dan adab Islam kepada rakan mereka dari MCA walaupun sudah bergabung lebih setengah abad.

Ramai yang bertanya mana pergi tokoh dan menteri agama di dalam Umno selama ini yang membisu seribu bahasa, membiarkan pemimpin MCA menghina hukum Islam.

Sementara itu, sekiranya ada anggapan bahawa golongan generasi lama masih menyokong Umno/BN maka anggapan itu mungkin separuh benar. Ini kerana ramai juga orang veteran dalam perbualan mereka, termasuk di pekarangan masjid dan surau terang-terang menyatakan sokongan kepada PAS dan calonnya.

“Normala ini guru, pendidik, dia bijak, akhlaknya baik. Calon macam seperti ini patut kita sokong,” kata seorang warga emas ketika berbual dengan kawannya di pekarangan sebuah masjid di kawasan Melayu di Labis ketika menuju ke keretanya selepas menunaikan solat Zohor.

Antara isu yang mendominasi dan kelihatan berkesan dalam kempen calon PAS/Pakatan Rakyat ini ialah isu kenaikan harga barang di samping isu lain seperti gejala sosial, penagihan dadah oleh remaja Melayu dan sebagainya.

Boleh dirumuskan di sini bahawa antara hikmah pilihan raya kecil Dun Tenang ini ialah menyerlahnya PAS Johor dengan perkembangannya yang sangat pesat, berjaya mengenengahkan calon terbaik dari muslimat Johor dan memperlihatkan kesepaduan gerak kerja seluruh petugas Pakatan Rakyat.

Ternyata PAS negeri Johor begitu harum namanya.

Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa

21 Safar 1432H.

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.

(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.)

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.
(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.)

"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.

(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno.)

Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.

Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;

"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan.

Pakatan jaga rakyat tanpa mengira bangsa

21 Safar 1432H.

LABIS, 25 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hanya Pakatan Rakyat sahaja yang benar-benar menolong dan menjaga kepentingan rakyat.
“Pakatan Rakyat nak tolong dan jaga semua rakyat kerana Pakatan Rakyat berjiwa rakyat.

“Kita (dalam Pakatan Rakyat) Melayu boleh tolong Cina, Cina boleh tolong India, India boleh tolong Melayu, bukan Melayu tolong Melayu, Cina tolong Cina dan India tolong India,” ujarnya pada Majlis Mesra Rakyat di pekan ini, petang tadi.
Ini, katanya berbeza dengan BN dan parti komponennya seperti Umno, MCA dan MIC yang tidak membela kaum masing-masing.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menambah, Umno sendiri terbukti gagal membela dan menjaga kepentingan kaum Melayu.

Menurutnya, begitu juga dengan MCA dan MIC yang tidak menolong bangsa sendiri sebaliknya mengutamakan pemimpin masing-masing.

Justeru, beliau mengingatkan para pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang supaya mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala pada 30 Januari ini.

Berucap pada majlis itu, Cikgu Mala berharap pengundi dapat memberikan sokongan kepadanya untuk membawa suara rakyat dalam Dun Johor.

Para hadirin yang terdiri daripada kalangan masyarakat Tionghua pada program tersebut sepakat menyatakan sokongan kepada Cikgu Mala.

Tangan Cikgu Mala menggoncang ketenangan BN

21 Safar 1432H
Oleh : Nasrudin Hassan

1. Pertama kali saya menyampaikan ceramah di Felda Tenang bersama Cikgu Normala Sudirman, calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di N 05 Tenang, saya tertarik dengan ucapan bertenaga dan menyakinkan dari Cikgu Mala dengan ungkapan " .... tangan yang menghayun buaian ini insyaallah akan menggoncangkan dunia ...."

2. Ternyata Cikgu Mala tidak perlu menunggu lama, hari kedua beliau turun berkempen sempena pilihanraya kecil N 05 Tenang ini sebagai calon pilihan, tangan beliau telah menggoncangkan ketenangan UMNO dan BN di Tenang. Kelam kabut sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA melalui Presidennya mempersoalkan kenapa Cikgu Mala tidak bersalam dengan lelaki ajnabi [ yang bukan mahramnya ]

3. Biasanya sesuatu isu ditimbulkan dalam musim pilihanraya kerana isu tersebut menggugat. bagi pihak PAS malah DAP dan PKR yang berkawan dengan PAS sangat maklum situasi ini. Sememangnya muslimat PAS tidak akan bersalaman dengan kaum lelaki yang halal nikah dengan mereka kerana ia adalah suatu larangan dalam agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun ia dilihat asing oleh Presiden MCA. Mungkin berdua - duaan dengan pasangan yang tidak sah di dalam bilik hotel lalu melakukan hubungan sulit itu lebih bermoral dan normal bagi Presiden MCA berbanding sikap Cikgu Normala yang tidak bersalam dengan lelaki.

4. Tidak bersalaman oleh seorang perempuan yang teguh agamanya dengan seorang lelaki yang sah nikah dengannya bukanlah suatu perkara ganjil dalam negara ini yang majoriti penduduknya adalam muslim. Bahkan tidak sepatutnya ia menjadi isu. Justeru ia bukanlah satu tindakan yang boleh merosakkan kemesraan dan hubungan dengan masyarakat. Sebaliknya masih banyak elemen lain yang lebih penting untuk membentuk kemesraan dan hubungan dengan masyarakat tanpa "salam tangan" antara lelaki dan perempuan seperti ziarah, kebajikan, bertanya khabar dan lain - lain.

5. Sungguhpun tanpa "salam tangan", calon pilihan ini tidak menang tangan dan senyuman untuk bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa pula mengira latar belakang kaum dan jantina. Lebih menarik apabila masyarakat menilai bahawa Cikgu Mala adalah seorang yang teguh peribadi dan berprinsip sementara itulah kriteria seorang pemimpin yang diperlukan oleh rakyat.

6. DAP dan PKR cepat memahami situasi ini lantas mengambil langkah mempertahankan tindakan Cikgu Mala malah sangat menghormatinya apabila mengetahui bahawa ini adalah prinsip agama. Sedang prinsip agama inilah menjadikan PAS sebuah parti yang teguh dan berdisiplin. Malang MCA gagal pula memahami situasi ini biarpun sekian lama berselimut dengan UMNO di dalam BN.

7. Jawapan mudahnya kerana MCA tidak melihat prinsip ini wujud di dalam UMNO. Pemimpin wanita mereka bukan sahaja boleh bersalaman sesuka hati malah boleh berlaga pipi, boleh berpelukan dan sebagainya. Akhirnya Presiden MCA sendiri keliru angkara UMNO yang tidak mempertahankan prinsip beragama. Inilah fitnah besar dari kegagalan UMNO menjalani kehidupan sebagai sebuah parti yang patuh pada suruhan agama .

8. Selama ini UMNO berhujjah kononnya DAP anti Islam, kafir harbi dan macam - macam tuduhan lalu mempersoalkan kenapa PAS bekerjasama dengan DAP ? Kini Allah swt mendedahkan siapa pula MCA di sisi UMNO ? secara terbuka kini MCA melalui Presidennya menghina Islam dan mempersendakan ummat Islam yang beramal dan berpegang teguh dengan amalan Islam itu. Sementara DAP pula semakin hari semakin lunak dan memahami asas Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

9. Terbaru melalui perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi DAP karpal Sigh mengenai negara Islam yang ditentang oleh beliau sejak dulu. Beliau tidak lagi keras menolak negara Islam seperti dulu sebaliknya menganggap isu ini boleh dibincangkan. Ia satu perkembangan yang positif berbanding sikap MCA yang terus kekal dalam kejahilan sejak lama dulu sehingga sekarang.

10. Saya ucapkan syabas kepada Cikgu Mala dan mengharapkan beliau terus thabat [teguh] pendirian dan usah gundah dengan provokasi musuh. Allah bersama dengan insan yang sabar menghadapi ujian perjuangan ini. Ubah sekarang Selamatkan Malaysia !

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

TGNA pertahan Cikgu Normala

21 Safar1432H [MOD]..

KOTA BARU, 25 Jan — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap mempertahankan tindakan parti itu meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berlangsung sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu juga menolak dakwaan kononnya parti itu tidak menerima wanita sebagai pemimpin atau wakil rakyat kerana bercanggah dengan dasar PAS.

Malah, beliau berkata PAS lebih mendahuli ke depan dengan memilih wanita sebagai calon pilihan raya berbanding dengan Arab Saudi sendiri.

“Kita (PAS) pernah memilih wanita sebagai calon pertama ketika pilihan raya (umum) pada 1955 iaitu Khadijah Sidek, ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan pemimpin Umno bahawa PAS perlu mentafsirkan semula hadis atau al-Quran bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat sedangkan pada pilihan raya kecil DUN Tenang parti itu memilih Normala Sudirman sebagai calonnya.

Mengenai tindakan calon itu enggan bersalaman dengan lelaki Nik Aziz berkata, itu adalah langkah sebaik-baiknya.

Katanya, Islam memang melarang wanita bersentuhan kulit dengan lelaki bukan mahram dan tindakan calon berkenaan adalah wajar dan tidak patut dijadikan isu.

Katanya: “Jika ingin bersalaman juga tangannya hendaklah dialas dengan sarung atau berlapik.

“Tetapi saya sendiri tidak pernah bersalaman dengan mana-mana tetamu wanita, termasuk wartawan luar negara tetapi tidak menjadi masalah kerana mereka faham agama Islam menghendaki begitu,” katanya.

Dalam pada itu satu lagi laporan Bernama menyebut, Wanita Barisan Nasional (BN) sekali lagi menafikan dakwaan kononnya Wanita Umno Labis tidak menyokong calon BN, Mohd Azahar Ibrahim bagi pilihan raya kecil DUN Tenang.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebaliknya jentera wanita BN, merangkumi Umno, MCA dan MIC memberi sokongan padu kepada calon BN serta merupakan tulang belakang dalam memastikan kemenangan terus berpihak kepada BN.

“Jentera wanita BN berjalan dengan baik . . . cuma kita ada dapati bahawa pihak pembangkang berusaha menggunakan taktik yang saya rasakan tidak berhemah dengan mengatakan bahawa Wanita Umno Labis tidak menyokong calon, itu semua fitnah belaka.

“Malah, saya sentiasa minta kepada semua jentera BN apabila berkempen kita mesti ada keikhlasan dan berhemah . . . dan Alhamdulillah setakat ini dari maklum balas yang kita dapat jentera BN tidak menggunakan taktik kotor,” katanya kepada pemberita selepas majlis Jalinan Kasih 1Malaysia Tahun Baru Cina 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran risalah yang mendakwa Wanita Umno Labis tidak menyokong calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang pada Ahad ini.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut menasihati pengundi kawasan tersebut supaya berfikir panjang sebelum memilih pemimpin yang mampu berkhidmat untuk mereka.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.(MI)

Guan Eng diganggu pemuda berbaju biru

21 Safar 1432H

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.

Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ.

Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.

Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap orang kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengepung kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.

Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.

Sewaktu Lim menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.

Dalam ucapannya juga, Lim - yang juga anak lelaki tokoh DAP Lim Kit Siang - membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa.

"Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong.

"Kita kena hormat prinsip dan keimanan orang lain, asalkan beliau tidak rasuah dan makan wang (rasuah), beliau orang baik," katanya sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".

Meneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.

"Kalau Cikgu Mala tak mahu salam, ini bukan isu, jadi (Chua Soi Lek) tarik baliklah...Adakah dia (Soi Lek) salam dengan Cikgu Mala, baru dia puas," sindir Lim.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi yang hadir - sekiranya calon PAS tidak bersalah dan tetap dengan prinsipnya tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim - supaya menyokong Pakatan Rakyat.

Ucapan Guan Eng selama kira-kira 15 minit itu, disambut dengan laungan beramai-ramai dari kumpulan berkenaan "Siapa tipu... Guan Eng".

Kira-kira jam 11.05 malam, kumpulan itu pun beredar.(Mkini)

Portal rasmi Cikgu Normala dilancarkan

21 Safar 1432H [MOD]..
Portal Rasmi Calon N.05 Tenang dilancarkan. Lawat di SINI. Diharapkan dengan pelancaran ini sedikit sebanyak memberi maklumat terkini di DUN Tenang. Diharapkan kepada pembaca untuk terus mengikuti perjalanan semasa saya sebagai calon di DUN Tenang."tulis Cikgu Mala.

Kita tabik hormat kepada Cikgu Mala kerana mampu mempunyai blog sendiri semasa PRK ini.Setahu kita beliau satu-satunya calon wanita PR dalam pilihanraya kecil.

Di samping mampu membina blog atau Portal Rasmi Calon N05 Tenang. Seingat kita DS Nizar bertanding di PRK Bukit Gantang pun tidak mempunyai laman portal sendiri khusus untuk Bukit Gantang.

Apa yang kita tahu setakat ini penggunaan ICT ,Cikgu Mala sedang mendahului UBN.Syabas dan tahniah Cikgu Mala.(cikgu Din)