21 Safar 1432H.
Oleh : Abd Shukur Harun shukurharun
Hanya beberapa hari saja lagi hari penentu pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor, semua pihak berdebar menanti hari pengundian Ahad itu, 30 Januari ini.
Bandar Labis seolah-olah dikejutkan dari tidurnya dengan menerima kedatangan beribu-ribu orang luar untuk menyaksikan pilihan raya tersebut.
Ketika menikmati makan tengah hari bersama teman-teman dari PAS Kelana Jaya di sebuah restoran, saya merasa terharu dengan kemajuan PAS Johor yang kelihatannya semakin pesat.
Nyatalah calon PAS, Cikgu Normala Sudirman menjadi elemen penting kepada kebangkitan PAS Johor ini dengan tidak menafikan sama sekali jasa dan pengorbanan pimpinan dan pendukung PAS lain di negeri itu sejak dulu hingga kini.
Jasa dan pengorbanan tokoh PAS Johor selama ini, antaranya Dr. Sanusi Daeng Mariok, Dr. Mahfuz Muhamad, Almarhum Tuan Haji Ismail, Ahmad Anang, Ustaz Abdullah Husein, Khairul Faizi, Aminudin Ayub, Dr. Muhamad Taslim, Dr. Haji Sheikh Ibrahim, Aminul Huda, Mazlan Aliman, Suhaizan Kaiat dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan semuanya.
Dahulu PAS Johor terpinggir, miskin, dipandang ‘sebelah mata’ saja oleh kebanyakan orang di Johor, banyak kali bertanding dan ramai hilang wang pertaruhan. Tetapi kini PAS Johor berdiri dengan gagah, sudah diterima oleh ramai rakyat di Johor, tidak lagi hilang wang pertaruhan, bahkan mampu memenangi dua Dun – Maharani dan Sungai Abung – dalam PRU Ke-12 yang lalu.
Sebagai anak kelahiran Pontian, Johor, saya dapat memahami pahit getir pendukung PAS negeri Johor untuk mengembangkan parti itu di tengah-tengah keangkuhan Umno yang selama ini menganggap Johor adalah Umno dan Umno adalah Johor.
Kini PAS Johor dengan dua Dun dimenanginya – Dun Sungai Abong dan Maharani – sedang bangkit dan menyerlahkan namanya di peringkat nasional. Pemilihan terhadap Normala sebagai calon untuk bertanding di Dun tersebut memberikan kelebihan kepada PAS/Umno dan memberikan erti yang cukup besar kepada perjuangan parti itu di negeri yang kononnya selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno.
Pada hal kenyataan yang ada tidak begitu. Di tengah-tengah kepesatan perkembangan PAS Johor ini, saya terkenang bagaimana tungkus lumus pendukung PAS Johor mula menggeragkannya secara aktif di tahun 1978 di Batu Pahat.
Dapat dibayangkan bagaimana pahit getir PAS Johor waktu itu di mana ceramahnya tidak mendapat sambutan, hanya beberapa puluh orang saja yang mendengarnya, sementara ramai orang Johor mencebikkan bibir ketika siapa saja yang menyebutkan nama PAS.
Polis pula waktu itu mematikan pembesar suara jika ada pemimpin Umno berceramah berdekatan. Namun PAS Johor terus bangun hingga kini bahkan semakin gagah.
Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, saya ada terdengar perbualan beberapa orang dalam loghat Kedah di sebuah restoran. Mereka
kagum dengan kebangkitan PAS Johor. Mereka berkata, PAS Johor tidak lagi terpencil seperti yang kita dengar, bahkan sudah semakin ramai orang Johor menerima PAS.
Sementara itu bantuan petugas PAS/Pakatan Rakyat dari luar Johor sudah demikian ramai tiba, di mana muslimat PAS Johor mengerahkan seluruh tenaga ahlinya memimpin kempen ini dan mengiringi setiap pergerakan calon PAS itu.
Di beberapa tempat di kawasan pengundi Cina, kelihatan petugas DAP mengiringi Cikgu Normala berkempen dan oleh kerana suasana Tahun Baru Cina sudah sangat terasa di Dun Tenang ini, kunjungan Normala disambut hangat oleh orang Cina dengan suasana Tahun Baru.
Normala tidak kekok berdepan dengan situasi begini kerana beliau sudah biasa bergaul dengan orang ramai, bahkan ada sesetengah ibu bapa yang anak mereka pernah menjadi murid Normala telah memberikan sambutan hangat terhdapat kedatangan calon ini bersama rombongannya.
Di kawasan pengundi Melayu, muslimat PAS Johor juga di depan dengan dibantu oleh petugas PAS dari seluruh negara. Gerak kerja kempen calon PAS ini berjalan lancar.
Nampaknya PAS tidak bimbang dengan isu Normala tidak bersalaman dengan lelaki seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin MCA, kerana isu ini dan isu negara Islam dilihat tidak berkesan.
Bahkan isu bersalaman ini memukul pemimpin Umno/BN sendiri kerana selama ini tidak meneranghkan peraturan dan adab Islam kepada rakan mereka dari MCA walaupun sudah bergabung lebih setengah abad.
Ramai yang bertanya mana pergi tokoh dan menteri agama di dalam Umno selama ini yang membisu seribu bahasa, membiarkan pemimpin MCA menghina hukum Islam.
Sementara itu, sekiranya ada anggapan bahawa golongan generasi lama masih menyokong Umno/BN maka anggapan itu mungkin separuh benar. Ini kerana ramai juga orang veteran dalam perbualan mereka, termasuk di pekarangan masjid dan surau terang-terang menyatakan sokongan kepada PAS dan calonnya.
“Normala ini guru, pendidik, dia bijak, akhlaknya baik. Calon macam seperti ini patut kita sokong,” kata seorang warga emas ketika berbual dengan kawannya di pekarangan sebuah masjid di kawasan Melayu di Labis ketika menuju ke keretanya selepas menunaikan solat Zohor.
Antara isu yang mendominasi dan kelihatan berkesan dalam kempen calon PAS/Pakatan Rakyat ini ialah isu kenaikan harga barang di samping isu lain seperti gejala sosial, penagihan dadah oleh remaja Melayu dan sebagainya.
Boleh dirumuskan di sini bahawa antara hikmah pilihan raya kecil Dun Tenang ini ialah menyerlahnya PAS Johor dengan perkembangannya yang sangat pesat, berjaya mengenengahkan calon terbaik dari muslimat Johor dan memperlihatkan kesepaduan gerak kerja seluruh petugas Pakatan Rakyat.
Ternyata PAS negeri Johor begitu harum namanya.

3 ulasan:
nasib baik abang aku tak tanding kat sg abong aritu kalau tak aku lompat gumbira umno karat dia tu
Syabas PAS Johor, teruskan usaha gigih kalian... kita tidak mengharapkan ganjaran tunai di dunia, yang penting ganjaran di akhirat nanti... Mudahan-mudahan Islam terus kukuh dan perkasa di bumi Johor! Amin...
Kempen pilihanraya kecil hendaklah banyak mengembling isu-isu nasional yang banyak melibatkan poket rakyat.Masyarakat kebanyakkan harus disentuh tentang kekangan kewangan dan perbandingan dengan perbelanjaan kerajaan umno dan bn yang banyak melakukan pembaziran.isu yang bercorak setempat tidak mudah selesai meskipun sesiapa yang memerintah tetapi pasti akan bertambah baik dari sekarang sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.Rakan dari bangsa Cina dan India terutamanya pasti akan lebih terjamin di bawah Pakatan Rakyat.Buku jingga harus dibuat didalam bentuk flyers dan diedarkan disetiap rumah di malaysia.
Catat Ulasan