26 Januari 2011

DEWAN ULAMA PAS PERAK SANGGAH KENYATAAN ZAMBRY

21 Safar 1432H.
Oleh : dewanulama pasperak.

IPOH, 25 Jan - Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria hari ini membidas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di atas kenyataan beliau yang menuduh para ulama’ sebagai penyebar fitnah.

“Ulama’ berperanan menyampaikan kebenaran dan keadilan agama Islam, bukan penyebar fitnah”, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zambry yang menuduh pihak tertentu yang mendakwa sebagai para ulama’ telah menyebarkan fitnah.

“Para ulama’ mempunyai ilmu dan bercakap berdasarkan ilmu, sebagai contoh sekiranya ada perbuatan pemimpin yang boleh membawa kepada amalan syirik dan khurafat tentulah para ulama’ menegur dan menyatakan kebenaran. Kalau ulama’ mendiamkan kemungkaran bererti ulama’ menjadi seperti syaitan bisu”, jelas beliau

Beliau juga menyatakan bahawa PAS selama ini telah berjaya melahirkan ulama’ yang dapat memimpin masyarakat dengan segala pendekatan tarbiyyah dan mampu melahirkan individu yang bertaqwa kepada Allah SWT.

"Inilah perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno. Umno jelas-jelas mengenepikan peranan ulama’ dalam parti mereka, orang yang ada ilmu agama dalam Umno terpaksa bersetuju walaupun tindakan kerajaan menyalahi hukum agama seperti cadangan hub hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP)”, tegas beliau.

Menurut beliau, ulama’ di dalam PAS memimpin parti dan mendidik masyarakat dengan tarbiyyah Islamiyyah dan menerangkan perihal hukum halal haram supaya masyarakat bertaqwa kepada Allah SWT.

“Golongan ulama’ mampu memberi tunjuk ajar dan nasihat, perkara ini tidak berlaku dalam Umno dimana ulama’-ulama’nya hanya mengikut telunjuk pemimpin dan kepentingan politik mereka," ujar beliau.

Memetik ucapan beliau, “ Masalah antara Umno dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah negara Malaysia, sama ada dari sudut pentadbirannya, kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W Pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Beliau menyatakan bahawa, PAS mempunyai agenda besar dalam perjuangannya dan tidak sesekali terpengaruh dengan perjuangan nasionalis-sekular Umno, justeru Umno akan terus ditentang selagi parti itu mempertahankan dasar kebangsaan atau assobiyyah.

“Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul,” katanya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa kita nak kata pada Zambry ini? Penyamun...Apa kita nak kata pada Zambry ini? Ketua ancak.......Apa kita nak kata pada Zambry ini? Mamak Pangkor......

Tanpa Nama berkata...

lekas mohon maaf dan taubat zambry....anda telah menuduh pewaris nabi yang kamu mendakwa nabi ikutan kamu.jangan sampai Allah tutup rapat hati kamu ini atas penghinaan kamu terhadap ulama'.atau memang kamu sudah bersedia isytihar untuk bermusuh dengan Allah dan rasulNya serta orang yang mencintai keduanya.Taubatlah zambry.

Tanpa Nama berkata...

jahil sungguh zambry paria ni.

Tanpa Nama berkata...

apa nk jd dgn mamak ni..Ulama' pun dia tuduh mcm2..mmg dasar "mamak belukang" la zambry ni..(aku x kata kat semua mamak)buat malu geng2 mamak ja...
jgn sebabkan kepentingan politik, sampai sanggup menuduh para Ulama'..
cakap siang pandang2 zambry oii,cakap malam suluh2..takot org x nmpak hg sbb gelap sgt...

Mat Bulan berkata...

Kalau umur dah 40 tahun ke atas tapi tak ada tanda2 nak melakukan ibadah malahan menentang islam dan mengamalkan khurafat...neraka jahanamlah tempatnya....

Tanpa Nama berkata...

biasalah tu...menteri besar haram mmg ckp mcm tu