11 September 2011
Evakuasi pelajar Syria, mengapa menari ikut rentak media?
Nik Aziz lawat keluarga Allahyarham Noramfaizul
SERDANG, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini.Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman keluarga Allahyarhan di Taman Serdang Raya kira-kira jam 9.30 pagi ini. Turut serta dalam kunjungan itu delegasi Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai Siti Zailah Yusuf. Kunjungan tersebut sebagai tanda simpati terhadap kelurga atas pemergian Allahyarham Noramfaizul. Kehadiran mereka disambut ibu bapa serta isteri dan dua anak Allahyarham. Pada kunjungan itu juga, Tuan Guru Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham. Beliau juga menasihatkan ahli keluarga Allahyarham bersabar atas ketentuan Ilahi ke atas Noramfaizul. Dalam kejadian pada Jumaat 2 September lalu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan. Beliau yang terkena tembakan itu di dada bagaimanapun meninggal dunia ditempat kejadian. Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan. |
Wacana Merdeka makin tambah kekeliruan
Saya perjuang Islam, bukan komunis - Mat Sabu
Berucap dalam ceramah di Dewan Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam tadi, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak dulu lagi."Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.
"Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain.
"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan? Jahat sungguh," katanya merujuk kepada serangan Umno dan media terhadapnya ekoran pandangannya dalam isu Rumah Pasung Bukit Kepong.
Kira-kira seribu hadirin hadir pada ceramah malam tadi.
Mengulas lanjut Mohamad berkata tuduhan sebegitu bukan baru kerana berlaku sejak zaman penjajah lagi.
Umno warisi penjajah
Di zaman British ujarnya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.
"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.
"(Tuduhan) Ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," tegasnya lagi.
Mohamad dalam satu ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pad 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang menyerang polis British di Rumah Pasung Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis tersebut.
Seminggu selepas itu, Utusan Malaysia dalam laporan 27 Ogos melaporkan kenyataan Mohamad sebagai berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.
Mohamad yang tidak pernah mengaitkan komunis dalam isu itu kemudiannya menafikan perkara itu dan menganggap laporan akhbar Umno itu sebagai fitnah terhadapnya dan PAS.
Ekoran laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.Mengulas perkara itu, Mohamad malam tadi berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.
"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.
"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya terhadap tindakan Utusan itu.
Khairy budak baik
Sementara itu, menjelaskan kenapa beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin, beliau berkata bukan Ketua Pemuda Umno itu yang banyak menghentamnya tetapi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ekoran itu katanya, beliau hanya mahu berdebat dengan Muhyiddin yang dilihat lantang mengritik beliau sehingga menyuruh beliau bertaubat.
"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.
"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," sindirnya.
PKPIM desak kerajaan kota janji mansuh PPSMI
Hina Islam: Jingga 13 mohon mengadap Agong
Jurucakapnya, Fariz Musa yang dihubungi mengesahkan NGO terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana kecewa dengan sikap Jamil Khir dan juga JAKIM yang tidak mahu bertindak malah menyifatkan isu tersebut bukan dalam bidang kuasa mereka.
"Inilah jalan yang perlu kita ambil dan bukan niat kita untuk memanjangkan permasalah tersebut kepada Agong tetapi bila melihat sikap Jamil Khir dan juga JAKIM yang tidak mahu bertindak maka kami rasa wajar perkara ini diketengahkan.
"Sehingga sekarang kita belum mendapat apa-apa jawapan dari pihak Jakim mahupun kementerian, jadi kita berpendapat mereka memang tidak mahu bertindak," jelas Fariz
Tambah Fariz lagi pertemuan yang akan diadakan pada 12 September jam 10 pagi itu akan turut disertai pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat.
"Kami bersama semua pemimpin akan mengadakan satu pertemua dengan Yang di-Pertuan Agong di atas penghinaan kesucian agama Islam telah dihina oleh individu yang tak bertamadun di halaman sosial.
"Jingga 13 akan menyerah memorandum tentang gagalnya Menteri menyelesaikan masalah ini walaupun laporan yang telah di buat," sambungnya lagi.
Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak agar dapat bersama dengan Jingga 13 pada pertemuan tersebut supaya kesucian Agama Islam terus terpelihara.
"Bagi memelihara kesucian Islam dari terus dihina serta mengharapkan agar Jamil Khir mahupun Jakim tidak memandang mudah tentang permasalah ini, saya menyeru mana pihak diluar turut serta bersama dalam pertemuan itu esok," tambah beliau.
Pada 7 September yang lepas, Jingga 13 telah menyerahkan memorandum kepada SKMM dan juga Jakim dalam aduan individu yang menghina Islam di internet, namun ia gagal diserahkan kerana Jakim memberi alasan bahawa isu menghina Islam itu bukan bidang kuasa Jakim.
Parti Umno rekaan British semakin tergugat
13 Syawal 1432H. [MOD] -KENYATAAN MEDIA
Saya ingin membuat kenyataan media terhadap beberapa persoalan yang mengejutkan Negara akhir-akhir ini , pada asasnya saya melihat ada satu kecenderungan dari para professor yang menjadi pengampu kepada kerajaan BN yang mahu perbodoh rakyat.
Keadaan ini tidak boleh kita biarkan kerana kesannya amat buruk kepada masa depan negara.
Dari sudut lain saya menjagkakan juga merupakan strategi untuk terus menerus mengalih pandangan rakyat kepada isu lain yang lebih besar, juga selepas isu komunis nampaknya kurang menjadi.
Benarkah negara ini tidak pernah dijajah?.
kenyataan ini saya tujukan khas kepada ahli sejarawan yang diiktiraf kerajaan umno-bn, walaupun mereka ini bergelar profesor, namun tindakan mereka yang cuba menegakkan benang basah semata-mata menjaga kepentingan survival politik Umno-Bn telah mengenepikan nilai intelek mereka sebagai ahli akademik terbilang.
Apalagi saya ulangi isu ini sengaja dimainkan Umno-Bn bagi mengaburi mata rakyat terhadap salahlaku kerajaan pusat yang perkuda SPR dan juga JPN.
Ahli akademik sepatutnya menjadi pembela nilai ilmu lebih-lebih sejarah tanah air, terkini Malaysia sedang berada diambang kehancuran jika negara cuma membiarkan orang seperti Profesor Zainal Keling yang telah mengeluarkan pendapatnya bahawa katanya Malaysia tidak pernah terjajah.
Saya mencadangkan supaya dia mesti segera diperiksa tahap mentalnya, kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah tidak masuk akal, bahkan jika benarlah begitu, ini bermakna menurut fakta oleh beliau menerangkan bahawa hari kemerdekaan cuma perlu disambut di Pulau Pinang dan juga Melaka sahaja.
Sekarang ramai dikalangan rakyat Malaysia yang berpelajaran tinggi, mereka mengkaji tentang sejarah tanah air, dalam masa sama Umno-Bn terus menggelapkan fakta hakikat bahawa penjajah British telah meninggalkan "bekas pegawai" mereka sejak tanah air mendapat kemerdekaan pada tahun 1957.
Tidak ramai yang ambil tahu bahawa United Melay National Organitation atau Umno itu sendiri adalah cetusan orang putih, malah idea penubuhannya datang dari orang yang bukan berbangsa Melayu, bagaimana layak mereka mendakwa Umno pembela bangsa.
Dari segi fakta, mustahil pejuang tanah air yang digelar British dengan nama kumpulan berhaluan kiri bermazhab komunis, kerana kita tahu bahawa komunis menolak secara total sebarang fahaman berbentuk keagamaan, individu seperti seperti Mat Indera adalah seorang agamawan malah nama beliau telah tercatat di dalam sebuah buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang bertajuk Pengukir Nama Johor sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.
Malah sebagaimana yang dijelaskan di dalam salah satu kajian ilmiah di Universiti Malaya pada tahun 1973 yang menyatakan bahawa Mat Indera memang merupakan tokoh pejuang dari Johor di era pra kemerdekaan, ini amat jelas sekali dari segi pembuktian yang berfakta.
Begitu juga nama-nama seperti Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka sebagai pejuang kemerdekaan.
Sejarah hari ini telah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, sebut sahaja kemerdekaan di sekolah, maka nama yang hanya keluar dan disebut-sebut cumalah tokoh-tokh umno Umno sahaja, ini .
Sebut soal pengorbanan dalam perjuangan, Tunku Abdul Rahman cuma sedikit dari apa yang para pejuang sejati Tanah Melayu pasca pra kemerdekaan telah lakukan, bahkan jika hendak diikutkan Tunku cuma perunding dan bukannya pejuang untuk menghalau penjajah.
Saya mahu katakan bahawa penjajah British sengaja "membela" pemimpin Melayu yang pro mereka pada era tersebut dengan bertujuan cuma untuk menjaga astet dan lombong mereka sahaja, tidak lebih dari itu.
Pada 31 Ogos 1957 British telah tinggalkan satu parti yang direka khas yang diberi nama United Melay National Organitation atau Umno bagi menyaingi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dikepalai Dr Buhanuddin Al-Helmy dan rakan-rakannya.
Parti Umno rekaan British ini semakin tergugat dan isu Mat Sabu disensasi dan diputar belit demi untuk menutup fakta sebenar bahawa dialah penghniat kepada orang melayu dengan bersekongkol dengan penjajah, rakyat mula tahu tentang sejarah penubuhan Umno itu sendiri.
Saya juga ingin bertanya kepada mereka yang bertanggungjawab "membela" profesor-profesor ini, adakah wang rakyat telah dibazirkan begitu sahaja selama 53 tahun apabila menjelang hari kemerdekaan?
Jika benar negara tidak dijajah, sila kembalikan semula wang rakyat yang diperuntukkan untuk sambutan tersebut, begitu juga cuti umum pada tarikh tersebut perlu dimansuh kecuali di Pulau Pinang dan Melaka.
Di sini saya ingin menggesa ilmuan-ilmuan dan pakar sejarah supaya bangkit menentang penyelewengan fakta sejarah, nilai ini penting untuk tatapan generasi muda supaya mereka boleh belajar bagaimana orang terdahulu membina jati diri untuk mempertahankan negara dari sebarang bentuk jajahan yang berbentuk fizikal mahupun pemikiran.
Diamnya BN dalam isu ini bermakna mereka juga yang terlibat secara rasmi dalam pembohongan 1Malaysia terhadap sejarah, rakyat perlu hukum pembohong sejarah pada PRU 13 nanti, ubah sekarang selamatkan Malaysia.
Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 10 September 2011
10 September 2011
Keretapi terbakar, penumpang KTM terjun gerabak

Kumpulan bersenjata tembak mati 12 orang di Nigeria

Aktivis serang kedutaan Israel di Mesir

Musyidul Am PAS hadir untuk tutup Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan

32 kawasan catat kualiti udara sederhana

Kenapa Tunku laungkan merdeka jika tidak dijajah
“Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Katanya, sekarang terbukti siapa yang hendak membohongi sejarah. “Rasa kesian kepada profesor upahan Umno yang mengakhiri hidup mereka yang akan dicemuh oleh semua makhluk di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, kenyataan mereka memalukan ahli akademik yang jujur. Justeru, ujarnya ahli akademik perlu bangkit membetulkan kenyataan itu. “Biarkan Majlis Profesor Umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini,” katanya lagi. Justeru, ujarnya, tembelang Umno terserlah bahawa parti itu bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara. Ini, katanya kerana selama ini Umno menipu rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli Umno bahawa Umno yang memperjuangkan kemerdekaan. Apa tidaknya, kata beliau setiap kali menyambut kemerdekaan, pemimpin Umno menipu rakyat seolah-olah perjuangan kemerdekaan bermula daripada 11 Mei 1946. Menurutnya, sekarang mereka biarkan orang suruhan mereka yang konon bergelar profesor untuk menjadi penangkis Umno. “Rakyat tidak pelik dengan kenyataan mereka ini yang memang menjadi Umno sejak di dalam perut emak mereka lagi. “Rakyat pelik jika mereka ini mengkritik Umno,” ujarnya lagi. Tambahnya, oleh kerana terlalu hendak menjadi pembodek, sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa negara kita tidak pernah dijajah, kenyataan yang diketawa oleh orang pekak dan buta. “Saya yakin pemimpin Umno pun tersenyum melihat gelagat ayam sabung mereka, sehingga pemimpin Umno pun tidak sanggup untuk menipu rakyat,” katanya. Ulasan : Apa pula nama yang baru hendak kita gelarkan kepada Tunku Abdul Rahman. Kalau sebelum ini dia dipanggil Bapa kemerdekaan, apa pula nama baru yang prof taugeh ini hendak cadangkan. |
Konvensyen bukti PAS sedia hadapi PRU-13
GOMBAK, 10 Sept: PAS tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa meskipun sedar Umno BN sedang rancak melakukan penipuan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN tidak akan dapat menutup penipuan mereka dalam sistem pilihan raya khususnya isu daftar pemilih dalam keadaan dunia yang serba canggih ini.
"PAS anjur konvensyen negara berkebajikan yang merupakan tema muktamar untuk dipanjangkan bagi menghadapi pilihan raya umum.
"Ini menunjukkan PAS bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun kita dibayangi maklumat yang mendukacitakan di mana perancangan untuk penipuan yang lebih besar dilakukan dalam pilihan raya umum.
"Zaman ini zaman internet dan kita dapat kesan penipuan ini dan mereka (Umno BN) nak tutup cepat-cepat jadi tapi jangan nak tipu kita dah dapat maklumat," kata beliau pada sidang media di sini.
Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Umno BN sengaja membangkitkan isu-isu yang dapat menimbulkan kemarahan rakyat sekaligus membuatkan mereka lupa kepada usaha membersihkan sistem demokrasi di negara ini.
"Mereka (Umno BN) nak tutup isu penipuan pilihan raya dengan isu-isu yang sengaja dibangkitkan untuk menggelegakkan perasaan rakyat supaya lupa isu sebenar iaitu untuk menghidupkan dan memulihkan proses demokrasi," kata beliau lagi.
Beliau turut mengingatkan Umno BN agar tidak terus memperbodoh rakyat dengan menutup segala maklumat yang benar sebaliknya menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghidupkan amalan demokrasi bersih.
"PAS menasihatkan kerajaan jangan menggunakan gula-gula sementara kepada rakyat untuk menghentikan tangisan. Bila habis gula-gula, dia tipu lagi,lepas itu sambung lagi, tak selesai masalah.
"Oleh itu kerajaan mesti sungguh-sungguh menyelamatkan negara dengan menghidupkan demokrasi sebenar dan PAS sungguh-sungguh nak masuk pilihan raya," tegasnya.
Justeru katanya, konvensyen hari ini bagi menggerakkan jentera parti khususnya penerangan parti untuk menyalurkan maklumat mengenai negara berkebajikan kepada rakyat.
"PAS gerakkan jentera parti di seluruh negara pada hari ini supaya membawa mesej konsep negara berkebajikan yang kita nak kenalkan kepada rakyat yang diselaraskan bersama Pakatan Rakyat.
"PAS sudah perkenalkan dalam manifesto pilihan raya ke arah negara berkebajikan dan kita memaklumatkan kepada jentera parti melalui konvensyen supaya jentera parti dapat memahami hasrat negara kebajikan supaya dapat disampaikan kepada rakyat," katanya.
Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS ini melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa.
Harakahdaily/-
Kalau tak pernah dijajah, kenapa sambut merdeka


SERDANG, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini.


KUALA LUMPUR, 10 Sept: “Rakyat tertanya-tanya, jika negara tidak pernah dijajah, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka?