27 November 2011
Siaran Langsung Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP)
Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) sedang berlangsung sejak jam 9. Pagi tadi dan akan berakhir pada jam 12 malam ini. Pelbagai program menarik telah diatur oleh pihak penganjur yang mensasarkan kehadiran lebih 10,000 orang pemuda dari seluruh pelusuk negeri Perak.
Bagi yang mahu mengikuti siaran langsung program itu bolehlah layari website Dewan Pemuda PAS Perak di ;-
http://pemudapasperak.com/v1/
Tahun Baru Maal Hijrah 1433 Masa untuk mengubah Malaysia kepada kesejahteraan untuk semua
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Tahun Baru Islam (Arabic: رأس السنة الهجري Ras as-Sanah al-Hijriyah) adalah hari yang menandakan permulaan tahun kalendar Islam yang baru, dan hari di mana kiraan tahun bertambah.
Sekarang tiba masanya rakyat Malaysia kena bersiap sedia untuk perubahan secara menyeluruh bukan setakat untuk menukar pemimpin tapi lebih dari itu iaitu dari sistem kapitalis kepada sistem Islam yang bersifat adil untuk semua. Perubahan ini hanya boleh berlaku kalau setiap orang mahu melakukannya kerana kita tidak mampu untuk mengubah sesorang tanpa usaha mereka sendiri. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ”. QS Ar-Ra'd:11
Kepada yang bukan Islam mereka sepatutnya jangan takut untuk menerima Islam sebagai cara hidup kerana tiada paksaan dalam agama Islam terhadap yang bukan Islam. Mereka bebas mengamal agama dan kepercayaan masing-masing. Mereka kena mengenali Islam secara dekat bukan setakat mendengar dari orang lain yang tidak mengamal Islam sebenarnya. Insya-Allah kita yakin suatu hari nanti orang bukan Islam akan melihat keindahaan Islam secara menyeluruh.
Akhir sekali kita mesti bersatu dan berjuang bersama untuk menegak keadilan dan menghapuskan penyelewengan dan penyalahguna kuasa yang berlaku hari ini demi masa depan rakyat Malaysia akan datang.
PAS berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik
Selamat Tahun Baru 1433 hijrah kepada semua rakyat Malaysia, semoga Malaysia mendapat pemerintahan yang baru yang lebih adil dan saksama untuk semua.
Wassalam
PAS Miri
Jofri Jaraiee
'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan
Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.
"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.
"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."
Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen.
Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas.
Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.
"Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya.
Ibu dan anak dilapor hilang dalam tragedi feri karam
SEMPORNA 27 Nov. – Seorang ibu berumur 44 dan anaknya, 14, dilaporkan hilang apabila feri yang membawa lori mereka untuk menyeberang sungai ke Kampung Lihak-Lihak dekat sini karam petang semalam.
Mereka adalah antara tiga orang yang berada di dalam lori itu semasa kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.30 petang.
Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Azim Khan Abdullah berkata, adik lelaki kepada wanita berkenaan, yang memandu lori itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang keluar dari lori tersebut.
Beliau berkata, empat orang yang berada di dalam sebuah kereta dan pekerja feri turut berjaya menyelamatkan diri.
Operasi mencari dan menyelamat oleh anggota Pasukan Gerakan Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang dilakukan. – Bernama
14 terbunuh, lebih 30 nelayan hilang ribut landa pantai
COLOMBO 26 Nov. - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lebih 30 nelayan hilang selepas dilanda hujan lebat dan tiupan angin kencang di selatan Sri Lanka, lapor pihak berkuasa, hari ini.
Seorang jurucakap Pusat Pengurusan Bencana (DMC) berkata, 14 orang disahkan mati manakala 30 nelayan dilaporkan hilang selepas kawasan pantai itu dilanda tiupan angin kencang.
Tambahnya, lebih 1,500 buah rumah rosak dengan sebahagian besar mereka kehilangan bumbung dalam kejadian itu.
Sri Lanka bergantung kepada hujan monsun untuk sistem pengairan dan penjanaan kuasa namun hujan lebat yang sering berlaku menyebabkan banyak kematian dan kerosakan harta benda. - AFP
Sertai tunjuk perasaan: Mesir usir tiga pelajar AS
KAHERAH 26 Nov. - Kerajaan Mesir hari ini menghantar pulang tiga penuntut warga Amerika Syarikat (AS) yang ditangkap semasa tunjuk perasaan di dataran Tahrir, menuntut menamatkan pemerintahan tentera, kata seorang pegawai di lapangan terbang.
Ketiga-tiga penuntut Universiti Amerika di Kaherah, dibebaskan pada Khamis lalu selepas berada dalam tahanan polis selama tiga hari.
Agensi berita MENA berkata, ketika kejadian, tiga penuntut itu ditangkap bersama sebuah beg yang mengandungi botol air yang diisi dengan petrol. - AFP
26 November 2011
Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu beransur pulih
1 Muharram 1433H. [MOD] -KUALA LUMPUR 26 Nov. – Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu pada petang ini semakin beransur pulih dengan ada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Di TERENGGANU, sehingga 4 petang ini seramai tujuh mangsa terakhir yang ditempatkan di Sekolah Padang Kemunting, Kemaman dibenarkan pulang tengah hari tadi setelah air di kawasan rumah mereka surut.
Namun sebanyak 12 pusat pemindahan masih dibuka di daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang.
Jumlah mangsa meningkat kepada 561 orang berbanding 461 orang pagi tadi di daerah-daerah itu.
Mangsa yang ada di pusat pemindahan sekarang ialah Kuala Terengganu (148), Hulu Terengganu tujuh orang, Setiu (372) dan Marang 34 orang.
Di KELANTAN, hanya tinggal lagi tiga daerah yang masih terlibat dengan banjir iaitu Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat dengan jumlah mangsa pemindahan menurun kepada 1,623 orang berbanding 1,884 orang pagi tadi.
Sehingga kini, terdapat 12 buah pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu 10 di Pasir Mas dan masing-masing sebuah pusat di Kota Bharu dan Tumpat. – Bernama
7 askar Pakistan maut serangan helikopter NATO
1 Muharram 1433H. [MOD] -KHAR (Pakistan): Pegawai Pakistan berkata, tujuh anggota tenteranya terbunuh dalam serangan helikopter NATO di sebuah pusat pemeriksaan di sempadan utara negara itu dengan Afghanistan.
Serangan awal hari ini terhadap kawasan penempatan terpencil Mohmand itu turut mencederakan lima anggota tentera.
Serangan itu dilakukan pada pada sebelah malam waktu tempatan.
Tahun lalu, helikopter Amerika Syarikat secara tidak sengaja membunuh dua tentera Pakistan berdekatan sempadan Pakistan sehingga kerajaan Pakistan bertindak menutup sementara kawasan sempadan terbabit daripada kemudahan askar NATO di Afghanistan. - AP
Kawasan kebakaran hutan Australia mirip 'zon perang'
1 Muharram 1433H. [MOD] -PERTH (Australia): Kebakaran belukar di sini yang memusnahkan keindahan pantai dan mengakibatkan beberapa kawasan mirip 'zon perang', kata penduduk hari ini sambil pihak berkuasa menamatkan amaran berjaga-jaga yang dikeluarkan semalam.
Sebanyak 34 rumah, empat bangsal dan sembilan calet termasuk bangunan bersejarah sekitar 1895, Wallcliffe House musnah dalam kebakaran berkenaan serta turut mengakibatkan 16 rumah dan sebuah kedai di Prevelly, Gnarabup dan Redgate rosak.
“Walaupun amaran ditamatkan namun ancaman kebakaran masih wujud dan mungkin menjadi lebih teruk pada bila-bila masa,” menurut Jabatan Alam Sekitar dan Penasihat Pemuliharaan Kebakaran Belukar di Australia Barat.
Ia dijangka ia akan mengambil masa seminggu untuk memadamkan sepenuhnya api yang memusnahkan 3,363 hektar dan merebak kira-kira 280 kilometer kawasan pantai di barat daya Bandaraya Perth. - AFP
Sabar.
30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -Hadith:
DARIPADA Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya (memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri (tidak ingin keredaan Allah).
Riwayat Muslim
Huraian Hadith:
1. Hadis ini menerangkan kelebihan darjat dan hikmat mengerjakan amal kebersihan, menunaikan solat, memberi sedekah, bersifat sabar, membaca al-Quran dan membanyakkan tasbih dan tahmid.
2. Tiap-tiap perbuatan itu masing-masingnya memperolehi balasan dari Allah mengikut apa yang dikerjakannya.
3. Di dalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pilihan raya New Zealand esok.

Selsema dan Petua Menghilangkannya?
http://harian-hullahup.blogspot.com
UBAT BATUK DAN SELSEMA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej asal oleh Dato’ Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)
BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.
Lebih lanjut, anda baca sendiri di nuriman.wordpress


Tiga warga Eropah diculik, seorang lagi dibunuh di Mali
BAMAKO 26 Nov. – Sekumpulan penculik bersenjata menculik tiga warga Eropah dan membunuh seorang lagi di wilayah Timbuktu, utara Mali, semalam, kata pasukan keselamatan.
Menurut sumber keselamatan, mangsa yang terbunuh, ditembak mati di bahagian kepala selepas cuba melawan penculik terbabit.
Bagaimanapun, identiti mangsa yang diculik dan dibunuh tidak didedahkan.
Kejadian terbaru itu merupakan yang kedua dalam tempoh 48 jam selepas dua ahli geologi Perancis diculik, dipercayai dilakukan oleh kumpulan Al-Qaeda Islamic Maghreb (AQIM). – AFP
Penunjuk perasan halang PM baru Mesir masuk Parlimen
30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -KAHERAH 26 Nov. - Beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di pintu masuk ibu pejabat Parlimen Mesir, semalam, sebagai usaha menghalang Perdana Menteri baru, Kamal al-Ganzuri daripada memasuki bangunan tersebut.
Penunjuk perasaan, Ahmed Zahran berkata, tindakan itu dilakukan sebagai membantah pelantikan Kamal.
Beratus-ratus penunjuk perasaan berdiri di luar bangunan tersebut yang terletak tidak jauh dari Dataran Tahrir, sambil melaung-laungkan slogan 'Pergi!Revolusi!Ganzuri merupakan saki-baki rejim!'. - AFP
Liga Arab beri 24 jam untuk Syria terima pasukan pemantau
30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -KAHERAH 26 Nov. - KAHERAH 25 Nov. - Liga Arab mengeluarkan kata dua terbaru kepada Damsyik kelmarin, memberi negara itu tempoh 24 jam untuk membenarkan kemasukan pasukan pemantau atau berdepan sekatan.
Liga itu buat kali pertama turut meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan krisis tersebut.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 10 tentera, termasuk enam juruterbang elit Syria, terbunuh dalam serangan 'pengganas', yang dikaitkan dengan campur tangan luar dalam demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad.
"Sekumpulan pengganas bersenjata melakukan pembunuhan terancang yang mengorbankan enam juruterbang, seorang anggota teknikal dan tiga anggota lain di pangkalan udara yang terletak di antara Homs dan Palmyra.
"Kejadian ini menunjukkan penglibatan unsur-unsur dan sokongan dari luar negara terhadap operasi pengganas dalam usaha melemahkan keupayaan tentera negara ini," kata seorang jurucakap tentera Syria. - REUTERS

