06 Disember 2012

Konspirasi senaraikan KPF dalam FGV - Anak

22 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) didakwa sedang berada dalam bahaya jika benar wujud konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menyenaraikan KPF ke dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVH).

Presiden Persatuan Anak peneroka Felda Kebangasaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, konspirasi ini melibatkan seorang menteri dan mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, menteri berkenaan telah mengarahkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Md Yusof Samsudin mengeluarkan surat menyatakan Mesyuarat Agung perwakilan (AGM) KPF pada 20 jun lalu tidak sah.

Pembatalan AGM ini katanya dipercayai sebagai jalan membolehkan AGM diadakan semula bagi melantik Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai Penegrusi KPF dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad sebagai setiausaha.

Pada 20 Jun lalu, ahli KPF yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad mengadakan mesyuarat agung untuk mengambil alih semula pengurusan itu.

Beberapa perwakilan kemudian meminta mesyuarat itu dibatalkan atas sebab laporan audit kewangan KPF lambat dihantar kepada mereka.

"Untuk bawa masuk KPF adalah sukar dengan peraturan sedia ada melainkan satu konspirasi dibuat antaranya adalah membatalkan mesyuarat agung KPF dan memastikan dua orang, Tan Sri Isa Samad dan Faizoull Ahmad berada dalam KPF.

"Jadi AGM akan diadakan semula pada 27 Disember ini dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh SKM. Lobi dan sogokan melalui Pengurus Felda kepada perwakilan telah mula dilakukan agar menurunkan tandatangan untuk suatu memorandum yang dihantar kepada SKM agar Isa Samad menerajui KPF," Katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam,

Mazlan menjelaskan, apabila KPF disenaraikan ke dalam FGVH, ekuiti KPF dalam Felda Holdings dikurangkan sebanyak 22 peratus dan diambil alih oleh Felda.

Hal ini menyebabkan KPF yang menguasai 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings, hanya tinggal 29% sahaja dan Felda akan memindahkan syer 22 peratus kepada FGVH, menjadikan FGVH sebagai pemegang saham majoriti.

"Sebagai balasan, KPF ditawarkan pegangan saham 10 peratus, itupun melalui pegangan Felda Asset Holding yang juga diterajui Isa Samad.

"KPF akan hilang kuasa atas Felda Holding. Perkembangan pelaburan dan perancangan KPF akan terencat. Semua ditentukan oleh Isa Samad dari A sampai Z. 1.6 juta warga Felda hanya jadi penonton apa pun yang dibuat oleh Isa Samad dan konco-konconya.

"Kesan terbesar, operasi KPF akan menguncup. Dividen tinggi antara 12 hingga 15 peratus tidak akan dirasai lagi. Teramat buruk, kemasukan KPF dalam FGVH jika gagal menaikkan saham FGVH membawa isyarat KPF akan lingkup bersama FGVH," tegas Mazlan.

harakah/-

Wanita hamil cetus misteri

Wanita hamil cetus misteri22 Muharram 1433H. [MOD] -

Ana Nazirah sarat mengandung enam bulan ditemui tersandar sebelum dibantu anggota polis dan dihantar ke Hospital Alor Gajah.
 
ALOR GAJAH - Seorang wanita sarat mengandung enam bulan ditemui dalam keadaan tidak bermaya tersandar di tembok tangga berdekatan taman permainan sebelum diselamatkan pihak polis di Dataran Keris, dekat sini petang kelmarin.

Ana Nazirah Md Idriss, 27, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang ditemui sebuah keluarga kira-kira jam 6 petang sebelum mendekati wanita berkenaan yang kelihatan sugul.

Sumber berkata, ketika didekati wanita berkenaan dalam keadaan sangat lemah dan keletihan.

"Keluarga terbabit cuba membantu Ana yang mengandung anak keempat itu namun dia hanya mendiamkan diri," katanya.

Ketika ditanya bagaimana wanita itu boleh tiba di Alor Gajah, Ana hanya mengalirkan air mata dan mendakwa tidak mengingati apa yang berlaku.

"Ana hanya meminta membelikannya air dan sedikit makanan kerana terlalu lapar selepas beberapa hari tidak menjamah apa-apa.

"Wanita itu diberikan roti dan sebungkus air milo sambil ditenangkan beberapa orang awam serta anggota polis yang kebetulan berada di lokasi kejadian," katanya.

Menurut sumber, wanita berkenaan mendakwa tidak mengikut sesiapa dan hanya membawa sebuah beg berisi MyKad serta sehelai baju panas berwarna hitam.

"Ketika ditanya mengenai suami dan tiga anaknya dia memberitahu mereka ada di Pulau Pinang sebelum menangis menyatakan hasrat hendak pulang semula ke rumah.

"Ana dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menjalani pemeriksaan apabila wanita itu mengadu mengalami kesakitan pada badan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Shahrawati Shahrudin berkata, untuk sementara waktu wanita berkenaan diletakkan di bawah jagaan hospital berikutan kondisi badannya masih lemah.

"Dia diletakkan di bawah jagaan hospital sebelum diserahkan kepada JKM yang cuba membantu menjejaki keluarga wanita berkenaan.

"Difahamkan Ana berada dalam keadaan tertekan sehingga tidak mampu mengingati bagaimana dia boleh melalui perjalanan sejauh ini," katanya.

Menurutnya, JKM akan mengambil alih memantau keadaan Ana sekiranya dia berada dalam keadaan stabil sebelum membantunya pulang semula ke Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan penemuan wanita hamil berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan.

sinar/-


Nik Aziz: 'Apa untung serang ceramah Pakatan'

Nik Aziz22 Muharram 1433H. [MOD] -
 
Nik Aziz
 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa insiden serangan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi membuktikan akan timbul huru hara apabila ada pihak tidak boleh menerima kekalahan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu soal beliau, apakah faedah diperoleh oleh musuh politik dengan menyerang ceramah-ceramah anjuran PR.

"Sudah jelas dan nyata siapa yang akan buat huru hara apabila kalah pada PRU13 nanti. Ada keuntungankah menyerang ceramah Pakatan Rakyat?" kata beliau mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya petang ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, "moga ALLAH berbuat apa yang sepatutnya sama ada memberi hidayah ataupun turunkan bala setimpal apa yang telah dilakukan mereka beserta dengan sekutu-sekutu mereka."

Dalam pada itu, Bernama melaporkan polis akan memanggil saksi bagi mendapatkan keterangan berhubung pergaduhan penyokong dua parti politik semasa ceramah umum pemimpin pembangkang di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata polis mempunyai rakaman video berhubung kejadian itu yang berlaku pada pukul 9.30 malam yang menyebabkan dua lelaki berusia 37 tahun cedera di dahi dan bahu dipercayai akibat terkena objek yang dibaling seperti batu dan botol air.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kekecohan dikatakan berlaku apabila kira-kira 250 lelaki tidak berpuas hati kerana ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di kawasan berhampiran kediaman mereka.

"Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur sebagai pesakit luar dan polis telah merakamkan keterangan kedua-dua mangsa bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media hari ini.

Mengenai notis untuk mengadakan ceramah, Rosly berkata pihak penganjur gagal mematuhi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman yang mensyaratkan notis diberi dalam tempoh 10 hari kepada polis dan bukan hanya lapan hari.

Sementara itu Pemuda Umno Gombak menafikan mereka memulakan provokasi sehingga menyebabkan kedua-dua pihak saling membaling objek seperti botol dan batu ke arah satu sama lain.

Ketua Pemudanya Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, penduduk membantah secara aman ceramah itu kerana ia diadakan di kawasan mereka, tanpa berniat mencetuskan pergaduhan.

Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan mengalu-alukan siasatan polis.

sinar/-

Hancurkan kuasa Umno BN jalan terbaik hapus rasuah

22 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Menghancurkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya jalan untuk menghapuskan rasuah di negara ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Tidak ada dua jalan, hanya itu sahaja satu-satunya cara untuk mengurangkan rasuah ke tahap minimum di negara ini, iaitu dengan menghancurkan kuasa Umno BN," kata beliau ketika menyatakan kebimbangannya tentang laporan terbaru mengenai rasuah yang kian kronik di negara ini.

Pengerusi Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan mendedahkan maklumat kaji selidik yang menunjukkan separuh dari syarikat yang beroperasi di Malaysia melaporkan bahawa mereka kehilangan kontrak atau peluang perniagaan kepada pesaing mereka akibat rasuah sejak setahun lalu.

"(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri yang mengingatkan kita bahawa Umno sudah jadi parti perasuah.

"Apa yang dilaporkan oleh Transparency International-Malaysia tentang betapa kroniknya rasuah di negara itu ternyata adalah akibat langsung dari pemerintahan Umno BN," kata Mahfuz sambil menyifatkan pemerintahan Umno BN adalah pemerintahan untuk rasuah, demi rasuah dan dengan rasuah.

Serentak dengan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak rayuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya jangan menukar kerajaan dengan alasan "jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar".

"Pelik sungguh Najib. Dia tak tahukah rakyat bukan nk bakar kelambu, tapi nak tukar tilam dan katil?

"Kalau paksa juga diri tidur atas tilam dan katil yang reput dimakan anai-anai, bila katil itu runtuh, dengan kita sekali sama-sama melingkup.

"Sebelum melingkup, baik rakyat buang jauh-jauh katil dan tilam Umno yang busuk dan reput, barulah selamat dari melingkup dan tidak lagi sakit belakang," kata Mahfuz yang turut memberikan tamsilan.

harakah/-

Tulang hancur

SEBAK...Shahida hancur kaki kiri dan kehilangan seorang anak.22 Muharram 1433H. [MOD] -

SEBAK...Shahida hancur kaki kiri dan kehilangan seorang anak. 
 
GAZA: “Saya hanya mampu melihat anak gadis saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah sebelum mati akibat parah di kepala,” kata Shahida Mohamed, 56, menceritakan detik kematian anaknya selepas rumah mereka dibom tentera Israel, 15 November lalu.

Akibat serangan yang dilakukan ketika azan Maghrib berkumandang itu, Shahida turut parah apabila tulang lutut kaki kirinya hancur ditimpa bumbung rumah manakala anak perempuannya, Yusrah Abdullah, 20, mati serta-merta.

Shahida yang ditemui di Hospital Al Shifa, di sini, berkata, ketika kejadian dia memasak di rumah bersama Yusrah sebelum beberapa jet pejuang F-16 milik Israel melintasi ruang udara Gaza dan menjatuhkan bom dan roket.

“Letupan demi letupan kuat berlaku sebelum dinding dan bumbung rumah kami turut berkecai. Saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah.

“Yusrah mati serta-merta akibat ditimpa tiang dan bumbung rumah di kepala dan saya hanya mampu melihatnya tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya berlinangan air mata.

Kecederaan Shahida akibat serangan tentera Israel itu menyebabkan tulang lutut kakinya pecah manakala isi daging betisnya turut hancur.

Seorang lagi mangsa, Yusuf Kareem, 45, hancur tulang ke dua kakinya akibat ditembak dengan roket milik tentera Israel.

Dalam kejadan 18 November lalu, mangsa cedera parah selepas terkena serpihan peluru roket menusuk masuk ke dalam daging kakinya menyebabkan tulang mangsa patah remuk hampir di semua bahagian.
“Sakit yang saya alami terlalu azab untuk dibayangkan. Tulang kaki saya hancur dan doktor berusaha memulihkannya dengan memasang besi sebagai ganti.

“Saya hanya orang awam yang tidak bersenjata. Mereka (tentera Zionis) seolah-olah mendapat kepuasan dengan membunuh penduduk Gaza,” katanya.

Kesengsaraan sama turut dialami seorang anggota polis Palestin, Usama Mohamad Abu Saad, 48, yang cedera parah ditembak jet pejuang Israel, 18 November lalu.

Dalam kejadian lewat petang itu, beberapa jet pejuang F-16 milik tentera Israel melepaskan roket serta menjatuhkan bom ke arah balai polis terletak di pinggir Gaza City, di sini.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari balai polis berkenaan sebelum berpuluh ledakan kuat berlaku dan meruntuhkan bangunan balai polis itu.

“Pada masa sama, saya ditembak di belakang tubuh dipercayai dilepaskan dari jet pejuang Zionis.

“Akibat tembakan itu, saya tidak sedarkan diri sebelum dipapah orang ramai ke hospital Al Syifa. Memang sakit ketika itu dan saya sangka akan mati,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik peluru tidak menembusi organ utama tubuhnya.

Walaupun tidak boleh bergerak kini, saya bersyukur kerana terselamat. Malah, saya mendapat tahu seluruh bangunan balai polis ranap dihujani roket dan bom.

“Ada rakan saya yang mati syahid. Saya cemburu mereka bakal menjadi ahli syurga kerana berjuang untuk Islam,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati bilangan pesakit akibat serangan tentera Zionis bermula 14 November lalu berkurangan di Hospital Khan Younis dan Al Syifa.

Pada masa sama, lebih 10 doktor dari Sudan secara sukarela didapati turut bertugas di hospital itu untuk memberi bantuan kepada pesakit sejak kelmarin. Bantuan kecemasan diberikan NGO antarabangsa dari Tukri dan Mesir termasuk ubat-ubatan dan doktor pakar sedikit sebanyak membantu pihak hospital di Gaza merawat ribuan pesakit yang dihantar ke hospital ketika perang meletus.

metro/-

Asmaa Mahfouz Gadis Ayu di Sebalik Kejatuhan Hosni Mubarak

22 Muharram 1433H. [MOD] -


Dilahirkan di Mesir pada 1 Februari, 1985, Asmaa Mahfouz menjadi pemangkin yang tidak mungkin kepada perubahan di negara yang telah termaktub dalam pemerintahan diktator sejak sebelum dia dilahirkan.

Sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kaherah pada tahun 2008, Asmaa  terlibat dalam apa yang  menjadi Pergerakan Belia pada 6 April 2008.

Sekumpulan belia ini mula menyelaras usaha untuk mendapatkan sokongan seluruh negara bagi mengadakan  protes di El-Mahalla El-Kubra.

Satu mogok umum yang bersatu di bawah tuntutan bagi maruah, keselamatan, kebebasan, gaji yang saksama, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Susulan protes 6 April, ramai blogger, wartawan bebas dan aktivis diganggu, ditahan dan diculik oleh agen kerajaan dan polis berpakaian biasa. Walaupun tindakan keras, usaha-usaha para belia telah berjaya kerana mereka dapat menyediakan peguam dan perkhidmatan keselamatan untuk melindungi peserta protes.

Asmaa menjadikan acara ini sebagai titik perubahan dalam hidupnya. Beliau berkata bahawa dia banyak belajar tentang rangkaian serta teknik mengurus dan mengawal kebimbangan yang berkaitan dengan ptotes.

“As long as you say there is no hope, then there will be no hope, but if you go down and take a stance, then there will be hope.” – Asmaa Mahfouz
Kumpulan pemimpin belia seperti Ahmed Maher, Mohammed Adel, dan Asmaa Mahfouz terus meningkatkan pengetahuan tentang aktivisme dan perhimpunan aman. Mereka juga menggunakan masa ini  memupuk hubungan sosial mereka dan menganjurkan demonstrasi kecil. Belia menggunakan blog dan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk memudahkan perbincangan, perbahasan, pendidikan dan pengurusan.

Pada bulan Januari tahun 2011, Asmaa dan rangkaian kawan-kawan telah mendapat cetusan ilham untuk mendapatkan perubahan dalam sistem pemerintahan Mesir apabilaWarga Republik Tunisia, telah berjaya menjatuhan diktator yang telah memerintah selama 23 tahun di negara mereka  melalui satu siri demonstrasi jalanan secara aman.

Memandangkan Mesir dan Tunisia mengalami masalah yang sama iaitu rejim diktator, orang ramai di Mesir juga memasang cita-cita untuk menjatuhkan rejim diktator mereka pula. Walau bagaimanapun, di negara di mana anggaran 18.000 aktivis telah dipenjarakan dan  adalah menyalahi undang-undang untuk berkumpul dalam kumpulan lebih besar daripada lima orang tanpa kelulusan kerajaan, orang Mesir mempunyai halangan utama yang lebih besar iaitu ketakutan dalam diri rakyatnya.
Takut kerajaan, takut penculikan, takut gangguan dan penderaan. Kebimbangan ini telah berjaya mengekalkan kuasa rejim selama tiga dekad. Perasaan takut inilah yang menyebabkan bu bapa Asmaa tidak bersetuju dengan usaha beliau untuk mencetuskan perubahan. Kebimbangan ini juga menyebabkan ramai aktivis menggunakan nama anonymous di  laman web untuk mengelakkan dikenal pasti dan ditangkap.

Namun segalanya berubah  pada January 18th, 2011 apabila Asmaa Mahfouz memutuskan untuk mengatasi kebimbangannya dan meminta orang lain untuk menyertai beliau dalam protes. Beliau memuat naik video dirinya dalam talian memaparkan dirinya bercakap di hadapan kamera. Dengan berani beliau memperkenalkan dirinya dan menyeru orang lain untuk menyertai beliau dalam protes di Tahrir Square pada 25 Januari.

“I, a girl, am going down to Tahrir Square, and I will stand alone. And I’ll hold up a banner.” “I wrote that whoever is worried about this country should come with me, and that anyone who is worried about me or thinks that I am mentally ill should come in order to protect me.”- Asmaa Mahfouz

Videonya telah dikongsi secara meluas di Facebook, blog dan telefon bimbit, keberanian mesej beliau dan telah berjaya menaikkan semangat dan menjadi inspirasi di seluruh negara. Asmaa dan yang lain mula mengedarkan risalah, membuat lebih banyak video untuk menggalakkan orang lain untuk turut hadir pada 25 Januari.
Pergerakan Pemuda itu hanya menjangkakan kehadiran beberapa ribu, tetapi lebih daripada satu juta orang Mesir muncul. Sokongan terus-menerus datang daripada seluruh pelosk Mesir. Berjuta-juta orang terus menuju ke Kaherah dalam tempoh dua minggu  untuk menyertai protes.Segenap lapisan masyarakat Mesir turut kelihatan dalam protes tanpa mengira  usia, agama dan kelas sosio ekonomi, mereka bersatu untuk tujuan yang sama.

Pihak polis anti rusuhan menggunakan setiap kaedah yang ada untuk menghentikan demonstrasi tetapi telah ditenggelami oleh jumlah rakyat jelata yang besar. Secara keseluruhannya, penunjuk perasaan kekal komited kepada protes aman walaupun berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

“All Egyptians, not only the protestors, have broken through the fear barrier, therefore I expect only one outcome – protests will continue until Mubarak steps down from power.” – Asmaa Mahfouz

Menjelang 11 Februari Presiden Mumbarak akhirnya meletak jawatan dan rundingan untuk kerajaan baru bermula.Peletakan jawatannya mengingatkan masyatakat Mesir bahawa kuasa dalam demokrasi adalah milik rakyat.
Asmaa adalah seorang blogger yang pernah ditangkap                                                                       

harakah/-

AES: S'gor akan 'bungkus' 2 kamera di Sepang

22 Muharram 1433H. [MOD] -


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan bertindak tegas dengan membungkus dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan Sepang bermula Jumaat ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil ekoran tiada sebarang tindakan untuk menanggalkannya oleh pihak Kementerian Pengangkutan walaupun tempoh dua minggu telah diberikan.

"Sementara menunggu penjelasan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri akan bertindak menutup Kamera AES dengan sarung supaya tidak dapat berfungsi bermula Jumaat ini," katanya dipetik Selangorku..

Menurut Khalid lagi, jika pihak kementerian masih tidak memberi respon di dalam dua minggu, Kerajaan Negeri akan menanggalkan kedua-dua kamera tersebut.

Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) sebelum ini katanya telah menulis surat kepada kementerian untuk membetulkan tatacara permohonan dan mendapat kebenaran untuk memasang kamera tersebut.

“Namun surat oleh YDP (Yang Di Pertua) MPSP langsung tidak diendahkan,” ujar beliau semalam.

Pada Nov 9 lalu, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Selangor akan menangguhkan perlaksanaan sistem AES di Selangor sehingga Kerajaan Selangor berpuashati dengan cara perlaksanaannya.

harakah/-

Seni Merawat Pernikahan

22 Muharram 1433H. [MOD] -

Ketika menjelang pernikahan, biasanya keluarga besar nampak heboh, sibuk menyiapkan pesta pernikahan, terpukau dalam gebyar pesta namun tenggelam setelah perjalanannya, pernikahan tidak terawat dengan baik. Akhirnya cinta itu memudar, kasih sayang menjadi hilang. Pernikahan menjadi hambar. Bahkan ada seorang suami yang bertutur, 'Mas Agus Syafii, diawal pernikahan saya sangat mencintai istri saya tetapi setelah menjalani 15 tahun pernikahan, saya lebih senang dalam kesibukan daripada berdua sama istri." Inilah salah satu contoh pernikahan yang tidak pernah terawat selama bertahun-tahun sehingga bukan hanya menjadi tidak indah lagi pernikahannya namun juga bisa saling melukai pasangan.

Menurut al Qur’an surat ar Rum :21, untuk merawat pernikahan itu adalah mawaddah dan rahmah, cinta dan kasih sayang. Yang ideal adalah jika antara suami dan isteri diikat oleh perasaan mawaddah dan rahmah sekaligus. Dalam bahasa Arab, mawaddah mengandung arti kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak buruk. Jadi cinta mawaddah adalah perasaan yang mendalam, luas, dan bersih dari pikiran serta kehendak buruk. Sedangkan rahmah mengandung pengertian dorongan psikologis untuk melindungi orang yang tak berdaya. Rumah tangga yang direkat oleh mawaddah dan rahmah adalah pasangan dimana masing-masing secara naluriah memiliki gelora cinta mendalam untuk memiliki, tapi juga memiliki perasaan iba dan sayang dimana masing-masing terpanggil untuk berkorban dan melindungi pasangannya dari segala hal yang tidak disukainya.

Mawaddah dan rahmah itu sangat ideal. Artinya sungguh betapa bahagianya jika pasangan rumah tangga itu diikat oleh mawaddah dan rahmah sekaligus. Sesuatu yang ideal biasanya jarang terjadi. Bagimana jika tidak? Seandainya mawaddahnya putus, perasaan cintanya tidak lagi bergelora, asal masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu masih terpelihara dengan baik. Betapa banyak suami isteri yang sebenarnya kurang dilandasi oleh cinta membara, tetapi karena masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu tetap berjalan baik dan melahirkan generasi yang terpuji. Rahmah yang terpelihara pada akhirnya memang benar-benar mendatangkan rahmat Allah berupa mawaddah. Di samping mawaddah dan rahmah, Nabi menggaris bawahi dengan pernyataan bahwa pernikahan adalah amanah. Sabda Nabi wa akhaztumuhunna bi amanatillah, artinya, 'Kalian mengambil pasanganmu sebagai isteri (atau suami) adalah berdasar amanah Allah.'

Dalam Al Quran, amanah diterangkan oleh para ahli tafsir sekurang-kurangnya mengandung tiga arti, yaitu: (1) titipan, (2) tanggung jawab, dan (3) kepatuhan kepada hukum Allah. Amanah mengandung arti tanggungjawab dengan berlaku adil dan rasional seraya menyadari implikasi dan konsekwensi dari apa yang dilakukannya. Isteri adalah amanah Allah kepada suami, suami adalah amanah Allah kepada isteri. Keduanya harus komitmen kepada hak dan kewajibannya serta menyadari implikasi dan konsekwensi dari apa yang mereka lakukan. Kasus-kasus buruk dalam keluarga pada umumnya bersumber dari tidak dihiraukannya amanah ini.

Sahabatku, aminkan doa ini menjaga keharmonisan keluarga kita. "Robbana atmin lana nurona waghfirlana, innaka ‘ala kulli syay`in qodirun. “Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS At-Tahrim [66]:8).

Wassalam,
Muhamad Agus Syafii

Indeks Rasuah 2012: Turki naik tujuh anak tangga

22 Muharram 1433H. [MOD] -




Polis membawa dokumen ke mahkamah dalam satu siasatan kes rasuah melibatkan sembilan pegawai perbandaran yang ditahan pada 1 Oktober di wilayah barat Balikesir. (Photo: Cihan, Aydınışık Kadir)

Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2012 (Corruption Perceptions Index 2012) yang dikeluarkan Rabu lalu, kedudukan Turki lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan skor 49 daripada 100.

Menurut Indeks Ketelusan Rasuah (Corruption Transparency Index) tahunan ke-18 yang disediakan oleh Transparency International (TI), Turki berada di tangga ke-54 dalam kalangan 176 negara, pada tahun 2011 ia menduduki tempat ke-61 dalam senarai 182 negara. Greece yang kini menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah berada di kedudukan terendah dalam kalangan negara-negara Eropah dengan kedudukan di tangga ke-94.

Bercakap kepada Todays Zaman, Tinatin Ninua, Penyelaras Serantau untuk Eropah Tenggara di TI di Berlin, berkata bahawa dari membuat perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya, kita harus melihat bagaimana Turki berbanding negara-negara lain dan negara-negara jiran. Sambil menekankan bahawa skala mereka telah berubah tahun ini, Ninua berkata, "Walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam tahap persepsi rasuah di Turki, mereka yang menjalankan perniagaan di Turki masih menyebut rasuah sebagai satu masalah." Menurut beliau, "Skor yang lebih positif datang dari daya saing dan Forum Ekonomi Sedunia serta kerana peraturan perniagaan yang dipermudahkan di Turki."

Merujuk kepada skor untuk Greece - yang terendah dalam kalangan"EU 27"- Ninau berkata," Keadaan ini mempunyai kaitan langsung dengan krisis ekonomi yang berterusan di Greece "Dia juga. menyatakan, "Walaupun Greece, Itali, Bulgaria telah merosot, negara yang di atas Turki juga amat penting," ujar beliau yang turut menyatakan keinginan untuk melihat kedudukan yang lebih baik untuk Turki.

Sebagai sebuah organisasi masyarakat global sivil yang mengetuai perjuangan menentang rasuah, Indeks Persepsi Rasuah TI mengukur tahap persepsi rasuah sektor awam di negara-negara di seluruh dunia. Seperti tahun sebelumnya, tahun ini, Denmark, Finland dan New Zealand berkongsi tempat pertama dengan skor 90, manakala Afghanistan, Korea Utara dan Somalia berada di kedudukan terakhir dengan skor  sebanyak 8. Ninua berkata bahawa dalam indeks, untuk pengiraan skor Turki, sembilan sumber yang berbeza telah digunakan antaranya kajian ahli perniagaan dan pakar-pakar.

Menurut TI, yang mempunyai lebih daripada 90 pejabat di seluruh dunia, dua pertiga daripada 176 negara yang disenaraikan dalam indeks 2012 mempunyai skor bawah 50, yang menurut TI ini menunjukkan bahawa institusi awam perlu lebih telus dan pegawai harus lebih bertanggungjawab. (todayszaman.com)

harakah/-

Pas dakwa Umno, BN terdesak

muka depan22 Muharram 1433H. [MOD] -

Muka depan akhbar Sinar Harian hari ini
 
GOMBAK - Insiden dan kekecohan semasa ceramah Merdeka Rakyat di Gombak Utara malam semalam merupakan bukti memperlihatkan terdesaknya Umno dan Barisan Nasional (BN) melihat kebangkitan rakyat.

Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir berkata, kejadian menimbulkan huru-hara pada ceramah itu menunjukkan sikap pemimpin dan penyokong Umno dan BN Gombak tidak bertamadun.

Menurutnya, sekumpulan penyokong Umno dan BN bertindak liar dan menjerit-jerit bagi mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) Gombak.

“Sewaktu kejadian kira-kira 10 malam, keadaan semakin tegang apabila Pemuda Umno cuba merempuh masuk ke kawasan ceramah tetapi berjaya disekat oleh Jabatan Amal Gombak dan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak.

“Susulan itu, mereka mula membaling batu dan objek keras dan menyebabkan beberapa petugas PR cedera.
“Lebih malang sewaktu kekecohan tersebut, seorang petugas PR telah ditikam di lengan kiri dengan menggunakan objek tajam,” katanya.

 sinar/-

Reputasi Polis Tercalar Jika Lambat Ambil Tindakan Serangan Ceramah Gombak

22 Muharram 1433H. [MOD] -

Pemimpin Pakatan Rakyat mendesak agar polis berlaku adil dan mengambil tindakan segera terhadap individu yang menyerang ceramah PR di Batu 8 ˝ Gombak semalam yang menyebabkan lima orang tercedera.

Pemimpin Pas dan PKR berkata kegagalan polis untuk bertindak dengan tegas dan segera terhadap individu yang disyaki akan mencemar reputasi polis.

Lebih buruk lagi, kegagalan untuk mengambil tindakan akan memberi gambaran bahawa polis bersekongkol dengan individu-individu tersebut.

Penyelaras DUN Gombak Setia, Salehuddin Nasir berkata, polis hanya bertindak setelah serangan secara bertubi-tubi dilakukan hingga mencederakan orang ramai, sedangkan polis sedia maklum mengenai ceramah itu beberapa hari sebelumnya.

Beliau mendakwa serangan tersebut diketuai oleh pemimpin Pemuda Umno Gombak dan melibatkan ahli Umno Gombak, Wanita Umno Gombak dan anggota NGO.

Menurutnya, ekoran insiden itu, dianggarkan lebih lima individu mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan tangan akibat terkena objek keras, malah khemah juga musnah teruk.

“Kita telah maklumkan pada pihak polis dan sehari sebelum ceramah itu berlangsung, ada anggota polis daerah Gombak yang datang melawat menunjukkan bahawa mereka tahu ada program pada malam itu.

“Saya sendiri telah serahkan surat melalui email kepada Ketua Polis Daerah memberitahu maklumat berhubung ceramah itu,” kata Salehuddin apabila dihubungi TVSelangor.

Keadaan di ceramah di Dataran Sharuddin di Batu 8 ˝ Gombak semalam menjadi kecoh apabila pergaduhan berlaku di antara sekumpulan ahli Umno dan penyokong PR.

Salehuddin mendakwa seorang penyokong PR ditikam dengan Kerambit manakala batu bata dilemparkan ke arah peserta ceramah tersebut yang di dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat.

Ceramah itu menampilkan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali, bekas Adun Ayer Molek, Melaka Datuk Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Manakala Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata sekiranya polis gagal mengambil tindakan ia boleh mengalakkan orang lain untuk mencetuskan serangan yang serupa.

“Tidak mustahil keberanian mereka ini berpunca daripada sikap pihak polis juga yang seolah-olah mereka ini kebal dari sebarang tindakan undang-undang.

“Kejadian provokasi dan keganasan yang dicetuskan juga seolah-olah memberi signal ‘isyarat’ bahawa mereka ini akan melakukan tindakan lebih ganas di luar keterbatasan yang dibenarkan,” kata Shuhaimi lagi.

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama.

Sebelum ini, sebuah ceramah Anwar di Lembah Pantai turut dibaling dengan batu sehingga seorang hadirin tercedera di kepala.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin PR berceramah ke seluruh negara juga telah diserang beberapa kali di Kota Baru dan Melaka dengan disimbah dengan cat dan dibaling batu. -selangorku


7 warga asing ditahan berniaga tanpa lesen

22 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Tujuh warga asing termasuk lima wanita ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana berniaga tanpa lesen dan tiada dokumen perjalanan yang sah dalam operasi bersepadu terhadap penjaja jalanan di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata kesemua mereka berusia antara 18 hingga 40 tahun kini ditahan di Pejabat Imigresen Jalan Duta.

Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)© Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalan dokuman yang sah dan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959 untuk menahan mereka selama 14 hari untuk menentukan status mereka sebelum diusir keluar, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata operasi bersepadu bersama pelbagai agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melibatkan 34 anggota, bermula 9.30 malam hingga 11 malam tadi, diadakan berikutan aduan yang diterima daripada orang awam.

Kesemua mereka ditangkap terlibat dengan jualan jam tangan tiruan dan didapati aktif sejak pertengahan tahun ini, katanya.

Sementara itu, Pembantu Penguatkuasa DBKL Nordin Mhd Noor memberitahu Bernama sebanyak 500 unit jam tangan telah dirampas daripada peniaga warga asing itu dengan setiap satu dijual pada harga RM100.

— BERNAMA

Bekas jurusolek Amy Mastura mati dibunuh

22 Muharram 1433H. [MOD] -

ANGGOTA polis menyiasat kematian Dicky di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seorang mak nyah yang juga merupakan jurusolek artis pada tahun 1990-an ditemui mati dengan keadaan leher dijerut selepas disyaki diliwat di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul di sini malam kelmarin.

Mayat Othman Hassan, 52, atau lebih dikenali sebagai Dicky dan popular dalam kalangan wartawan hiburan ditemui oleh abangnya yang dikenali sebagai Why, 50-an kira-kira pukul 8 malam selepas mangsa gagal dihubungi.
Dicky pernah menjadi jurusolek kepada artis seperti Amy Mastura, Ziana Zain, Erra Fazira dan Nasha Aziz pada tahun 1990-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat menggunakan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama.

“Ketika ditemui mangsa berpakaian lengkap baju-T dan berseluar pendek. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai dijerut pada leher mangsa malah kakinya turut berdarah.

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek kejadian merupakan orang yang rapat dengan mangsa dan mempunyai hubungan intim dengannya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Menurut beliau, siasatan juga mendapati pintu bilik mangsa berkunci dari dalam tetapi terdapat kesan umpil pada tombol pintu tersebut.

“Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah sewa itu dipercayai mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya.

Difahamkan, barang-barang peribadi milik mangsa termasuk komputer riba dan telefon bimbit hilang.
Satu sumber memberitahu, mangsa dipercayai diliwat sebelum dibunuh.

“Polis merampas bantal dan puntung rokok di dalam bilik tersebut.

“Ketika mayat ditemui pukul 9 malam, badan mangsa sudah kembung,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di tempat kejadian mendapati, ramai keluarga serta kenalan mangsa termasuk dalam kalangan wartawan hiburan turut meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Dicky.

Kosmo


har

Subhanaallah, Al-Quran ini tidak hancur digilis jentolak Israel

22 Muharram 1433H. [MOD] -

Semasa operasi menghancurkan Masjid Al-Mafqara oleh tentera yahudi laknatullah di Hebron (4/12/2012) semalam, berlaku sebuah kejadian yang menakjubkan.

Al-Quran yang digilis oleh jentolak bersama dengan benda-benda yang lain tidak rosak atau bahkan tidak hancur.

Kitab suci itu masih utuh tanpa ada cacat sekalipun. Padahal semua benda yang berada di dalam masjid hancur.

Ketika berlaku operasi untuk memusnahkan masjid, para penduduk Palestin di wilayah itu bertindak melawan. Teriakan takbir mengema di mana-mana oleh kanak-kanak dan juga orang tua.
Masjid ini sebelum ini pernah dihancurkan pada tahun 2011. Yahudi laknatullah sendiri sudah mengeluarkan perintah merobohkan masjid itu pada tahun 2003.

Pada bulan Jun tahun ini, penduduk kampung dan aktivis antarabangsa cuba untuk membina masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera yahudi zionis laknatullah.

Pemerintah yahudi akan membuat zon latihan ketenteraan di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lain.
Diterjemahkan sumber dari islampos.com

Detik Islam


Hidup Sehat Dengan Bersyukur

22 Muharram 1433H. [MOD] -

Pernah saya bertemu dengan seorang bapak di Rumah Amalia, dirinya terlihat kalut dan bingung, gejala itu dirasakan sebulan yang lalu ketika ia marah dan membenci istrinya. Kebencian yang dirasakan pernah coba untuk dikomunikasikan kepada istri malah yang terjadi istrinya mencemooh sebagai laki-laki yang tidak bersyukur, kata-katanya tajam mengalir begitu saja. Ucapan itulah yang melukai hatinya. Ia tidak mampu menandingi kemampuan istrinya bersilat lidah. Sejak itu yang dirasakan perutnya sakit hingga ke ulu hati, terasa perih dan kembung. Dokter hanya menyebutnya sebagai sakit maag.

Dalam kondisi seperti itulah membuat tidak bisa tidur nyenyak, makanpun juga tidak enak. Ia mulai sering melamun, malas bekerja, malas bergaul dengan tetangga, senang dirumah dan rebahan entah apa yang dipikirkan dan dirinya lebih suka dirumah daripada bekerja. Dalam kondisi ini dapat dipahami bahwa ia telah melewati ambang batas kemampuan mengontrol diri, perasaan terluka, kecewa, marah dan kesedihan yang dialami sudah berubah menjadi ketidakmampuan memahami dirinya sendiri. Ketidakmampuan untuk mengendalikan diri, mengelola diri sendiri dan kehilangan kemampuan untuk melakukan kebiasaan yang dilakukan dalam kegiatan rutinitas sehari-hari. Tugas sebagai kepala rumah tangga tidak sanggup lagi untuk embannya, tenggelam dalam dunianya sendiri dan seringkali ketakutan tanpa alasan tertentu.

Kenapa ia sampai berada diluar batas kemampuan mengatasi tekanan hidup? Hal ini terjadi karena dirinya menahan apa yang dirasakannya, ketidak mampuan untuk mengenali diri dengan baik, semakin jauhnya dari Allah dan tidak adanya tempat untuk curhat entah teman dan saudara sehingga stres yang dialami terus bergejolak tanpa ada tempat untuk meletakkan beban hatinya. Tidurnya menjadi terganggu. Pada tidur adalah sarana untuk melepaskan beban sejenak karena tidurnya terganggu maka kemampuannya untuk menganalisis permasalahan menurun bahkan menghilang sehingga berada diluar kontrol dirinya. Jadilah ia orang yang tidak sanggup lagi melakukan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapak bagi keluarganya.

Lantas bagaimana kiat mencegah agar kita tidak lepas kendali? Pertama, yang paling penting mengenali tanda dini stres berat yakni tidur terganggu disertai dengan mimpi buruk. Kedua, bila memang sudah mengalami stres ambillah air wudhu dan lakukanlah berdzikir 'Hasbunallah wanikmal wakil' (Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dialah sebaik-baiknya pelindung' (QS. Ali Imran :173). Ketiga, Kenalilah diri anda dengan baik dengan lebih mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ada bagian hal itu menjadi wilayah anda untuk bisa menyelesaikan dan selebihnya serahkan masalah hidup anda yang tidak bisa diatasi biarkanlah Allah yang menyelesaikannya. Anda sanggup menghadapi semua problem kehidupan itu dengan baik hanya bila bertawakal kepada Allah. Percaya sepenuhnya bahwa Allah adalah sebaik-baiknya penolong dan pelindung anda.

Alhamdulillah, akhirnya sang bapak telah mampu pulih kembali, tidurnya sudah nyenyak, makanpun sudah enak dan beraktifitas bekerja sehari-hari seperti biasanya. Kehidupannya lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan berdzikir dan menjalankan ibadah sholat tepat waktu. Kedekatan dirinya kepada Allah telah mampu menyembuhkan diri sendiri dari beban stres berat yang telah dialaminya, kemampuan untuk mengelola diri telah pulih kembali bahkan hubungan dengan istri dan anak-anak menjadi lebih baik. 'Subhanallah Mas Agus, saya bisa lebih tenang dan sabar menghadapi masalah hidup sekarang ini. Sungguh Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang bagi setiap hambaNya yang gersang hatinya seperti saya ini.' ucap beliau.