GOMBAK - Insiden dan kekecohan semasa ceramah Merdeka Rakyat di Gombak
Utara malam semalam merupakan bukti memperlihatkan terdesaknya Umno dan
Barisan Nasional (BN) melihat kebangkitan rakyat.
Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir berkata,
kejadian menimbulkan huru-hara pada ceramah itu menunjukkan sikap
pemimpin dan penyokong Umno dan BN Gombak tidak bertamadun.
Menurutnya, sekumpulan penyokong Umno dan BN bertindak liar dan menjerit-jerit bagi mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) Gombak.
Menurutnya, sekumpulan penyokong Umno dan BN bertindak liar dan menjerit-jerit bagi mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) Gombak.
“Sewaktu kejadian kira-kira 10 malam, keadaan semakin tegang apabila
Pemuda Umno cuba merempuh masuk ke kawasan ceramah tetapi berjaya
disekat oleh Jabatan Amal Gombak dan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Gombak.
“Susulan itu, mereka mula membaling batu dan objek keras dan menyebabkan beberapa petugas PR cedera.
“Lebih malang sewaktu kekecohan tersebut, seorang petugas PR telah
ditikam di lengan kiri dengan menggunakan objek tajam,” katanya.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan