BEIJING: Seorang wanita China yang disahkan sebagai tertinggi di
dunia meninggal dunia, kata seorang pegawai dari bandar kelahirannya
semalam.
Yao Defen dari wilayah Anhui di timur China disenaraikan sebagai
wanita tertinggi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 2010 dengan
ketinggian 2.33 meter (7 kaki 8 inci), menurut laman web badan rekod
dunia itu. “Yao Defen meninggal dunia pada pertengahan bulan lalu,”
kata jurucakap pentadbiran majlis
perbandaran Shucha, tempat Yao tinggal
kepada media. Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak
pasti mengenai punca kematian wanita terbabit.
Yao direkodkan sebagai wanita yang ketiga tertinggi di dunia yang masih hidup sebelum ini, berusia 40 tahun ketika dia meninggal.
Ketinggiannya dilaporkan berpunca daripada tumor dalam kelenjar
pituitarinya. Akhbar Anhui melaporkan bahawa dia meninggal pada 13
November lalu dengan ketinggian mencecah 2.36 meter sambil menambah
ketinggiannya sudah pun melebihi dua meter ketika dia berusia 15 tahun. -
AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan