SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa
insiden serangan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak,
Selangor malam tadi membuktikan akan timbul huru hara apabila ada pihak
tidak boleh menerima kekalahan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu soal beliau, apakah faedah diperoleh oleh musuh politik dengan menyerang ceramah-ceramah anjuran PR.
"Sudah jelas dan nyata siapa yang akan buat huru hara apabila kalah pada PRU13 nanti. Ada keuntungankah menyerang ceramah Pakatan Rakyat?" kata beliau mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya petang ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, "moga ALLAH berbuat apa yang sepatutnya sama ada memberi hidayah ataupun turunkan bala setimpal apa yang telah dilakukan mereka beserta dengan sekutu-sekutu mereka."

Dalam pada itu, Bernama melaporkan polis akan memanggil saksi bagi
mendapatkan keterangan berhubung pergaduhan penyokong dua parti politik
semasa ceramah umum pemimpin pembangkang di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly
Hassan berkata polis mempunyai rakaman video berhubung kejadian itu yang
berlaku pada pukul 9.30 malam yang menyebabkan dua lelaki berusia 37
tahun cedera di dahi dan bahu dipercayai akibat terkena objek yang
dibaling seperti batu dan botol air.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki
senjata bahaya dalam rusuhan," katanya pada sidang akhbar di sini hari
ini.
Beliau berkata, kekecohan dikatakan berlaku apabila kira-kira 250
lelaki tidak berpuas hati kerana ceramah yang turut dihadiri Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di kawasan berhampiran
kediaman mereka.
"Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Selayang dan Hospital Kuala
Lumpur sebagai pesakit luar dan polis telah merakamkan keterangan
kedua-dua mangsa bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media hari
ini.
Mengenai notis untuk mengadakan ceramah, Rosly berkata pihak penganjur
gagal mematuhi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman yang mensyaratkan
notis diberi dalam tempoh 10 hari kepada polis dan bukan hanya lapan
hari.
Sementara itu Pemuda Umno Gombak menafikan
mereka memulakan provokasi sehingga menyebabkan kedua-dua pihak saling
membaling objek seperti botol dan batu ke arah satu sama lain.
Ketua Pemudanya Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, penduduk
membantah secara aman ceramah itu kerana ia diadakan di kawasan mereka,
tanpa berniat mencetuskan pergaduhan.
Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan mengalu-alukan siasatan polis.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan