07 Disember 2012

Warak bekalan jihad

23 Muharram 1433H. [MOD] -

BERANI MATI....anggota Komando Qassam.
BERANI MATI....anggota Komando Qassam. 
 
GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.

Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.

Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.

Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil. 

metro/-

Politik Samseng Petanda Jelas UMNO/BN Sedang Menuju Kemusnahan (KO)!

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Politik ganas, salah siapa?

PETALING JAYA: Insiden ‘berdarah’ di Gombak bukan baru dalam sejarah politik negara khususnya di kalangan orang Melayu.

Banyak lagi insiden yang lebih besar serta memakan korban.

Pendek kata orang Melayu sanggup melakukan apa saja untuk kuasa politik. Malangnya pertempuran politik negara lebih banyak sesama sendiri – orang Melayu melawan Melayu.

Jika disenaraikan begitu banyak peristiwa berdarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa politik.

Peristiwa Memali yang mengorbankan Ibrahim Libya kerana politik.

Pembunuhan speaker dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh bekas menteri belia dan sukan, Datuk Mokhtar Hashim juga kerana poltik.

Tetapi mulai penghujung tahun 1990-an, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menguasai politik. Pemecatannya dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno oleh Tun Dr Mahathir pada pada September 1998.

Mulai detik itu, politik negara tidak lagi sunyi – menjadi lebih panas sepanjang masa.

Jadi serangan Pemuda Umno terhadap program Anwar di Gombak itu merupakan ulangan kepada beberapa serangan terdahulu. Bas PKR disimbah cat merah di Kota Baru, Johor Baru dan Melaka.

Manakala beberapa program ceramah Anwar yang lain pula diganggu.

Mengapa perkara ini berlaku?

Ketika diminta mengulas, pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Sohaimi Shahdan berkata, politik kasar dan ganas tidak menguntungkan rakyat.

Sebaliknya, kata beliau biar rakyat menilai sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat yang lebih baik.

‘Kebangkitan Arab’

“Kita memerlukan politik matang …kita tidak perlu kebangkitan Arab,” tambah beliau.

Bagaimanapun, Sohaimi berkata, keganasan di program ceramah atau acara-acara yang membabitkan politik adalah disebabkan oleh provokasi pihak tertentu.

Katanya, apabila orang muda berkumpul dan dan jika ada pihak yang cuba mencabar, pergaduhan dan kekasaran mudah tercetus.

Sehubungan itu, kata Sohaimi, rakyat perlu saling menghormati, mengawal emosi serta tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

Manakala seorang peguam dari Temerloh, Nizam Hamid menegaskan politik ganas ini bermula dari perancangan Umno untuk menghapuskan musuh politiknya.

“Umno menggunakan kekasaran untuk menakut-nakutkan musuh politiknya.

“Kita bimbang politik sebegini akan terus berlaku jika pemimpin Umno memberi restu kepada ahli dan penyokongnya,” kata beliau lagi.

Nizam berkata, politik menakutkan lawan adalah sesuatu yang memalukan kerana sepatutnya politik ialah hujah lawan hujah.

Katanya, sepatutnya pihak keselamatan mengambil langkah tegas menangani masalah politik yang ganas itu.

kelab greenboc/-

Pesawat tentera Afrika Selatan terhempas, 11 maut

23 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHANNESBURG 7 Dis. - Sebanyak 11 anggota tentera Afrika Selatan terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara yang dinaiki terhempas di sebuah kawasan pergunungan, timur negara ini, semalam.

Dalam satu kenyataan, Tentera Udara berkata, seramai enam krew dan lima penumpang yang merupakan pegawai tentera menaiki pesawat jenis C-47 Dakota dan tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Bangkai pesawat terbabit ditemui di kawasan pergunungan Drakensberg selepas sekumpulan pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menangguhkan operasi akibat cuaca buruk. - AFP

06 Disember 2012

CPI: SPRM masih harimau tanpa taring

22 Muharram 1433H. [MOD] -



Kedudukan CPI Malaysia meningkat daripada tempat ke-60 daripada 183 negara pada 2011 kepada 54 daripada 176 negara pada 2012 tetapi tiga teras utama NKRA Membanteras Rasuah masih mempunyai banyak kelemahan.

(Lim Kit Siang - Khairi's Art)


Di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2012 yang baru diterbitkan, kedudukan CPI Malaysia telah meningkat daripada tempat ke-60 daripada 183 negara pada 2011 kepada tempat ke-54 daripada 176 negara pada 2012.

Sementara Malaysia mungkin boleh berasa sedikit selesa dengan penurunan pada kedudukan Malaysia di dalam kedudukan CPI, haruslah diketahui bahawa kedudukan ke-54 masih teruk berbanding kedudukan Malaysia di tempat ke-43 daripada 179 negara pada tahun 2007 dan jauh lebih teruk daripada kedudukan ke-33 daripada 102 negara pada 2002 (Lihat jadual 1 di bawah).

Jadual 1: Kedudukan CPI Malaysia, mata dan  jumlah negara di dalam sampel, 2001 hingga 2012

Tahun
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
Kedudukan
36
33
37
39
39
44
43
47
56
56
60
54
Mata
5
4.9
5.2
5
5.1
5
5.1
5.1
4.5
4.4
4.3
49
Jumlah Negara
91
102
133
145
158
163
179
180
180
178
183
176

Malah, tidak seharusnya kita berasa sangat selesa dengan hakikat bahawa peningkatan Malaysia adalah kerana kita berjaya mengatasi kerajaan yang ‘terkenal’ dan ‘bersih’ seperti Jordan, Namibia, Oman, Kuwait dan Arab Saudi.

Sesungguhnya, banyak negara dengan GDP per kapita yang lebih rendah berbanding Malaysia mampu memperoleh kedudukan CPI yang lebih baik daripada kita termasuklah Rwanda (50), ), Bhutan (33) and Botswana (30), tidak lupa juga negara-negara ekonomi perindustrian baru (NIE) di Asia seperti Korea Selatan (45), Taiwan (37), Hong Kong (14) dan Singapura(5).

Lebih membimbangkan, tiga teras utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) – iaitu, memperkasa agensi pencegahan rasuah dan perundangan, membanteras rasuah besar dan mengurangkan salah tadbir dalam proses perolehan Kerajaan.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih seperti harimau yang hilang taring kerana bergantung kepada Peguam Negara untuk membuat dakwaan terhadap kes-kesnya.

Ini menjelaskan mengapa meskipun terdapat banyak laporan polis, dakwaan dan siasatan dibuat ke atas Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, yang paling ketara yang dibuat oleh Bruno Manser Fund (BMF), Peguam Negara telah menolak untuk membuat sebarang dakwaan terhadap kedua-dua pemimpin BN itu.

Dan selagi mana SPRM tidak bebas atau dilihat bebas, maka perundangan seperti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pun tidak akan memberi sebarang kesan jangka panjang pada penurunan rasuah.

Lagipun, mereka merupakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang terlibat menyiasat kes yang dikatakan penyalahuntukan dana oleh seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang membawa kepada kematian setiausaha politik kepada Ean Yong Han Wah, Teoh Beng Hock sementara petualang sebenar masih bebas menguasai hasil negara.

Mereka merupakan SPRM yang sama menyiasat pegawai kastam, Ahmad Sarbani, yang juga menemui ajal akibat jatuh daripada bangunan ketika sedang ditahan.

Dari perspektif tanggapan, terdapat keraguan bahawa SPRM belum lagi diperkasakan dengan diberikan ruang untuk melakukan tugasnya, tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Juga tiada tanda yang rasuah besar telah diatasi dengan berkesan oleh NKRA Membanteras Rasuah.

Hampir semua kes yang muncul pada pengkalan data umum bagi tujuan pendedahan adalah kes kecil dan melibatkan Cuma ‘ikan kecil’.

Adalah tidak mengejutkan apabila ‘jerung-jerung’ tersebut terlepas daripada perhatian terutamanya apabila ada kenyataan seperti yang dibuat oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri , Nazri Aziz, mengetepikan cubaan menggubah wang berjumlah RM40 juta oleh Michael Chia dengan mengatakan ia hanyalah ‘sumbangan politik’ kepada UMNO Sabah dan mengabaikan bukti bahawa Michael Chia yang sama dengan baik hatinya telah ‘meminjamkan’ sebuah hummer bernilai hampir setengah juta kepada anak beliau.

Malah pendakwaan terhadap jerung-jerung di dalam skandal RM12.6 bilion PKFZ – iaitu bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik dan Chan Kong Koy – belum diselesaikan dengan sebaiknya membuatkan kita tertanya apakah kes ini akan mengikut jejak langkah kes seorang Menteri UMNO yang berasal dari Sabah, Kasitah Gaddam dan bekas pengerusi Perwaja, Eric Chia, yang mana kedua-duanya didakwa atas tuduhan rasuah dengan riuh sebelum pilihan raya umum 2004 namun kedua-duanya dibebaskan.

Yang terakhir sekali, terdapatnya rasa tidak puas hati terhadap usaha mengurangkan salah tadbir dalam proses perolehan Kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang ditangguhkan sehingga dua minggu dalam perbahasan belanjawan menyusahkan Ahli Parlimen untuk membangkitkan isu-isu penting berkaitan penyeliaan dan kawalan pada proses perolehan Kerajaan yang lemah.

Lagipun, tiada tindakan diambil oleh SPRM atau Peguam Negara dalam bentuk membuat pendakwaan ke atas mereka yang bertanggungjawab tidak menguruskan perolehan kerajaan dengan baik (termasuk binokular RM56,350 untuk Jabatan Taman Laut Malaysia tetapi nilai sebenar cuma RM1,940).

Tambahan, kerajaan terus beroperasi dengan penuh kerahsiaan dalam urusan tanah yang mungkin dapat mengumpul keuntungan berbilion ringgit buat kerajaan tetapi sebaliknya dijual di bawah harga pasaran kepada agensi kerajaan iaitu 1MDB.

Terbaru, pengedar permaidani, Deepak Jaikishan membuat satu dakwaan tergempar terhadap bukan sahaja ketua Wanita UMNO Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah, tetapi juga Perdana Menteri Najib sendiri berkenaan tanah bernilai RM100 juta untuk kontrak membina PUSAT Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), satu dakwaan yang masih belum dijawab Perdana Menteri.

Dengan pelbagai kesilapan besar dan kelemahan di dalam usaha dan inisiatif membanteras rasuah, Malaysia tidak boleh berasa selesa walau sedikit dengan kemajuan di dalam kedudukan CPI negara.

Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan terus mendedahkan korupsi dan salahguna kuasa di bawah kerajaan BN sekarang yang tidak menampakkan sebarang tanda tabiat lama mereka akan berubah.

Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat bahawa negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat terutamanya Pulau Pinang dan Selangor telah menunjukkan bagaimana pengurusan sumber kerajaan yang telus dan bertanggungjawab boleh meningkatkan lebihan dan rizab tetapi pada masa yang sama dapat dirasa manfaatnya oleh rakyat.

Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat peluang untuk mengundi keluar kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang bakal tiba tidak lama lagi.

Hanya di bawah kerajaan Pakatan akar kepada masalah rasuah di dalam negara yang diperintah oleh rejim BN yang korup dan muflis ini dapat dibasmi dan tanggapan terhadap Malaysia yang semakin berkurangan korupsinya dapat menjadi realiti.

Lim Kit Siang


Tuan tanah diugut, himpunan di Melaka bertukar tempat

22 Muharram 1433H. [MOD] -

 
MELAKA: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka 8 Dis ini terpaksa dipindahkan ke lokasi baru ekoran tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan persetujuan memberi tapak itu untuk program tersebut.

Setiausaha program, Asri Sheikh Abdul Aziz berkata, pembatalan itu dibuat tuan tanah selepas diugut pihak tertentu agar tidak membenarkan kawasan itu digunakan.

"Sebelum ini beliau telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengahari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau.

"Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 hari sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan semula di lokasi baru" ujar Asri yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka di Pejabat PKR Negeri Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini tengahari tadi.

Ekoran pembatalan tempat itu, himpunan tersebut akan dipindakan ke tempat baru iaitu di  belakang Pejabat DAP Negeri Melaka, Lorong Pandan.

Beliau tidak menolak kemungkinan ugutan kepada tuan tanah sebelum adalah dari pihak yang takut akan kebangkitan rakyat di negeri itu.

"Mereka sebelum ini telah mengadakan pelbagai provokasi semasa program PR termasuk ceramah pimpinan tertinggi PR dan ini adalah kemuncak kepada tindakan tidak bertamadun mereka.

"Mereka bukan sahaja hendak mengacau program kita dengan mengadakan karnival ad hoc mereka malah mengugut tuan tanah dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan tuan tanah menarik balik persetujuan asal" tambah Asri.

harakah/-

Kes Gombak berdarah: Cerita orang dalam

22 Muharram 1433H. [MOD] -


Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..

Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.

Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun

Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..

Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..

Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..

Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?

Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..

Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.

Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).

Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.

Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..

Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.

Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"

Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.

Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.

Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?

Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?

Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..

harakah/-

Wanita tertinggi dunia maut

22 Muharram 1433H. [MOD] -

BEIJING: Seorang wanita China yang disahkan sebagai tertinggi di dunia meninggal dunia, kata seorang pegawai dari bandar kelahirannya semalam.

Yao Defen dari wilayah Anhui di timur China disenaraikan sebagai wanita tertinggi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 2010 dengan ketinggian 2.33 meter (7 kaki 8 inci), menurut laman web badan rekod dunia itu. “Yao Defen meninggal dunia pada pertengahan bulan lalu,” kata jurucakap pentadbiran majlis 

perbandaran Shucha, tempat Yao tinggal kepada media. Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak pasti mengenai punca kematian wanita terbabit.

Yao direkodkan sebagai wanita yang ketiga tertinggi di dunia yang masih hidup sebelum ini, berusia 40 tahun ketika dia meninggal.

Ketinggiannya dilaporkan berpunca daripada tumor dalam kelenjar pituitarinya. Akhbar Anhui melaporkan bahawa dia meninggal pada 13 November lalu dengan ketinggian mencecah 2.36 meter sambil menambah ketinggiannya sudah pun melebihi dua meter ketika dia berusia 15 tahun. - AFP

Suami isteri tinggal dalam pembetung

22 Muharram 1433H. [MOD] -

MEDELLIN, Colombia - Seorang lelaki, Miguel Restrepo tinggal di dalam sebuah saluran pembetung bersama isterinya, Maria Garcia di sini lebih 30 tahun lalu.

Restrepo, 62, turut tinggal di dalam pembetung tersebut dengan seekor anjing.

Pembetung setinggi 1.4 meter itu mengandungi sebuah dapur, televisyen, katil dan kipas.

Restrepo yang tidak mempunyai rumah memasuki dan keluar dari pembetung itu melalui sebuah lubang. - Agensi

Kenderaan angkasa kedua Marikh

22 Muharram 1433H. [MOD] -

Nasa akan membina kenderaan angkasa berdasarkan rekaan Curiosity.
Nasa akan membina kenderaan angkasa berdasarkan rekaan Curiosity.
 
WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) kini dalam perancangan menghantar sebuah kenderaan angkasa baru ke Marikh.

Pengumuman dibuat sejurus Nasa menerima keputusan pertama mengenai ujian terhadap tanah planet merah itu melalui Curiosity.

Pengurusan Nasa, Charles Bolden dalam kenyataan memberitahu, Curiosity telah menjumpai beberapa kesan sebatian seperti air dan oksigen pada tanah berkenaan.

Menurut beliau, kenderaan angkasa baru itu akan direka berdasarkan Curiosity bagi mengurangkan kos serta risiko masalah kejuruteraan.

"Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, mahu AS menjadi peneraju utama program penjelajahan ini dan kita akan menghantar manusia pada 2030 ke Marikh," kata Bolden. - AP

Maut hantar berkhatan

REMUK TERUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam.22 Muharram 1433H. [MOD] -
 

REMUK TERUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam.
PILU...Nuraima Zulkifli, 26, ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang  menangis di sisi jenazah ibunya,  Zainun.
PILU...Nuraima Zulkifli, 26, ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang menangis di sisi jenazah ibunya, Zainun. 
 
DUNGUN: Hasrat seorang wanita membawa anak saudaranya berkhatan tidak kesampaian apabila dia maut selepas Proton Wira dipandu suaminya bertembung kereta Honda Civic di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, depan Loji Air Petronas Kampung Serdang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Zainun Awang, 50, dari Kampung Jerangau Sungai, di sini, terbunuh akibat cedera parah di kepala.

Turut maut, penumpang Honda Civic berkenaan, Suzlina Ahmad, 40, dari Kampung Balai Besar, di sini.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda Civic dipandu anak Suzlina, Mohd Ridwan Badiozaman, 21, hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung Proton Wira berkenaan.

Anak Zainun, Nuraiman Zulkifli, 26, berkata, ketika kejadian ibunya bersama bapa, Zulkifli Mamat, 53, serta ibu saudara, Gayah Awang, 45, dalam perjalanan menghantar sepupunya, Tarmizi Ismail, 11, untuk berkhatan di Kuala Dungun, di sini.

metro/-

Anggota polis gemuk Indonesia diarah bersenam

22 Muharram 1433H. [MOD] -


TANGERANG, Indonesia - Anggota-anggota polis yang gemuk di Indonesia telah diarahkan untuk bersenam sebanyak dua kali seminggu bagi menurunkan berat badan mereka.

Mereka juga perlu mengikuti latihan senaman aerobik dan tekan tubi bagi mengurangkan beberapa kilogram berat badan masing-masing.

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, anggota polis yang mempunyai berat 100 kilogram (kg) ke atas diwajibkan mengikuti program menurunkan berat badan.

Beliau berkata, jumlah anggota polis yang gemuk semakin bertambah.

Katanya, tekanan, gaya hidup yang tidak aktif dan makanan segera telah membuatkan anggota polis di pusat bandar mengalami peningkatan berat badan.

Pendaftaran program penurunan berat itu yang bermula pada minggu lalu itu telah menerima kira-kira 300 peserta yang mempunyai berat badan berlebihan. - Agensi


Permata unik dipamerkan

22 Muharram 1433H. [MOD] -

WASHINGTON - Permata akuamarin potongan tunggal terbesar di dunia akan dipamerkan bermula di Muzium Sejarah Semula Jadi di sini mulai hari ini. 

Dilombong di Brazil pada tahun 1980-an dan dinamakan sempena dua maharaja pertama negara itu, batu Akuamarin Dom Pedro bakal menjadi kebanggaan muzium tersebut yang merupakan sebahagian daripada Institut Smithsonian di Amerika Syarikat.

"Kualiti kristal asal, saiz dan warna biru hijau serta potongan tersendiri menjadikan ia permata yang jarang sekali ditemui," kata pihak muzium itu menerusi satu kenyataan.

Berbentuk seperti tiang dan direka bentuk oleh pereka barang kemas terkenal Jerman, Bernd Munsteiner, panjang permata itu ialah 35.5 sentimeter manakala beratnya mencecah dua kilogram (10,363 karat).

"Akuamarin Dom Pedro merupakan kombinasi kristal yang amat jernih dan kaya dengan warna serta digarap dengan kemahiran unik seorang tukang permata yang terkemuka," kata kurator koleksi permata muzium berkenaan, Jeffrey Post.
Koleksi permata dan mineral Institut Smithsonian itu merupakan antara yang terbesar di dunia. - AFP 

sinar/-

Polis rampas komputer riba pendakwah bebas

22 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pihak polis bertindak merampas komputer riba milik seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussien kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, ekoran kritikannya terhadap seorang sultan beberapa minggu lalu.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily, berkata dua orang polis masing-masing berpakaian uniform dan biasa menyerbu rumahnya.

"Ketika itu saya sedang baca buku, mereka datang dan merampas komputer riba katanya untuk menjalankan siasatan berhubung kritikan saya lepas," katanya.

Oktober lalu, beliau telah dipanggil ke balai Shah Alam, Seksyen 9  untuk memberikan keterengan ekoran dakwaan menghina sultan dalam satu 'posting' di Facebooknya.

Beliau disiasat, atas dakwaan berkaitan dengan isu kebebasan bersuara.

Sebelum ini, polis juga telah merampas telefon bimbitnya.

harakah/-

Israel, AS dan sekutu terancam dengan Morsi

22 Muharram 1433H. [MOD] -

Pada kesempatan berkunjung ke Mesir kali ini, elok juga dinukilkan perkembangan terkini yang berlaku, selepas calon Parti al-Hurriyah wal Adalah, Mohammed Morsi memenangi Pilihan Raya Presiden, Jun lepas.

Sebelum berlepas ke Kaherah, kita mendapat khabar menerusi media bahawa keadaan di Mesir sekarang ini berada di dalam kacau bilau, akibat tentangan puak pembangkang terhadap kerajaan.

Malah, dengan melaporkan setiap hari ada demonstrasi beserta laporan mengenai kematian, media seolah-olah mahu menggambarkan kepada kita, kerajaan Presiden Morsi yang ditunjangi gerakan Ikhwanul Muslimin tidak stabil dan bermasalah.

Malah ada kalangan rakan-rakan dan sanak saudara yang bimbang berlaku huru-hara sewaktu kunjungan dilakukan.

Sebaik penulis menjejakkan kaki di Kaherah, Khamis lepas, Mesir yang baru mengalami cuaca sejuk, berada dalam keadaan aman dan tenteram.

Semua berjalan dengan lancar dan baik. Tiada kekacauan, tiada kekecohan. Yang ada cuma pekikan dan hiruk pikuk hon di jalan raya, kerana perangai Arab yang suka menekan hon kenderaan.

Mesir bukan tiada masalah. Masalah memang wujud, penentangan terhadap kerajaan Morsi memang berlaku. Tetapi ianya tidaklah seriuh yang digembar-gemburkan.

Demonstrasi sentiasa ada. Ada demonstrasi pembangkang. Ada demonstrasi penyokong kerajaan.
Televisyen Mesir menyiarkan siaran secara langsung demonstrasi yang diadakan dan kita boleh membuat perbandingan yang jelas, demonstrasi mana yang mendapat sambutan, mana yang tidak.

10 juta rakyat demo sokong Morsi

Sabtu lepas, dianggarkan 10 juta rakyat Mesir berhimpun di seluruh Mesir semalam, untuk menyokong pindaan Perlembagaan baru yang diusahakan Presiden  Morsi bagi menggantikan Perlembagaan di zaman Hosni Mubarak.
Pindaan Perlembagaan diusahakan kerajaan baru Mesir di bawah kepimpinan Ikhwanul Muslimin, melalui Parti Kebebasan dan Keadilan yang menang dalam Pilihan Raya Umum, Jun lepas.

Selepas dilantik menjadi Presiden Mesir, Morsi membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi merangka Perlembagaan rakyat untuk menggantikan Perlembagaan lama yang dianggap zalim dan diktator.

Draf cadangan Perlembagaan baru tersebut sudah dikemukakan ke pejabat Presiden dan Morsi sudah membuat pengumuman untuk menyerahkan Perlembagaan tersebut kepada rakyat menerusi referendum 15 Disember depan.

Bagaimanapun usaha Morsi mendapat tentangan hebat golongan fulul, iaitu saki baki kroni Hosni Mubarak dalam kerajaan diktator yang digulingkan menerusi kebangkitan rakyat 25 Januari 2011.

Kumpulan ini menguasai kuasa kehakiman iaitu Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud yang sudah ditukar jawatan sebulan lepas, untuk dihantar sebagai Duta ke Vatican.

Namun Abdul Majid menukar persetujuan beliau akibat tekanan pihak pembangkang yang berkepentingan untuk mensabotaj kerajaan baru.

Morsi kini berhadapan sekumpulan hakim-hakim tegar yang berusaha menghalang referendum rakyat.

Namun, perhimpunan terbesar dalam sejarah Mesir ini tunjangi sekitar 5 juta rakyat yang berhimpun di hadapan Universiti Kaherah, dan selebih di seluruh lokasi strategik seluruh negara, merencatkan rancangan pembangkang.

Mahkamah cuba bersidang Ahad lepas untuk menghalang draf Perlembagaan baru, namun berpaksa membatalkan sidang mereka kerana puluhan ribu penyokong-penyokong Morsi berhimpun di mahkamah.

Sejurus selepas penangguhan sidang Mahkamah, parti-parti pembangkang yang diketuai Parti Wafd, mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat di Mesir.

Parti pembangkang ini menubuhkan sebuah kumpulan yang dinamakan 'Jabhah lil inqaz al-watani' atauGabungan Penyelamat Negara, yang dipimpin beberapa tokoh pembangkangSeperti Dr Mohamad al-Baradei, bekas calon Presiden Hamdin Sabbahi dan seorang lagi bekas calon PresidenAmr Mousa.

Perhimpunan terbesar rakyat Mesir menyokong Morsi bagaimanapun cuba disembunyikan media pro Barat yang hanya menunjukkan ketegaran segelintir penyokong pembangkang di Dataran Tahrir.

Setakat ini Mesir berada dalam keadaan yang amat aman, Morsi berjaya mengawal keselamatan dengan baik dan himpunan pembangkang yang ditaja Barat gagal mendapat sambutan.

Mengapa Barat dan sekutu cuba tumbangkan Morsi?

Umum mengetahui bahawa regim lama Mesir yang dikuasai Hosni Mubarak, merupakan sekutu rapat kepada Amerika dan Israel.

Apabila Mubarak ditumbangkan menerusi tsaurah (kebangkitan) rakyat, Mesir termasuk kelompok Arab Spring yang merubah struktur pemerintahan kerajaan, sejak reform dimulakan di Tunisia, Libya dan Maghribi.

Mesir merupakan lokasi strategik negara Arab untuk berhadapan dengan Israel. Selama ini, tempoh pemerintah zalim Mesir yang lunak dengan Israel sejak tahun 1960-an, sudah berakhir.

Paling ditakuti Amerika, Israel dan sekutu mereka ialah, Mesir kini dikuasai Ikhwanul Muslim, sebuah gerakan Islam yang mempunyai pengaruh yang luas di seluruh jazirah (semenanjung) Arab.

Justeru, penganalisis politik Asia Barat berpendapat, ada tiga negara yang hendak menggagalkan pemerintahan Morsi dan tidak mahu melihat kestabilan Mesir di bawah pengaruh Ikhwan.

Di Mesir, heboh dengan laporan yang diperolehi perisikan kerajaan bahawa, pembangkang di negara itu mendapat sumbangan kewangan daripada Emirah Arab Bersatu (U.A.E), Arab Saudi dan Kuwait.

Penganalisis berpendapat, mereka melakukan demikian,  pertama, kerana pengaruh Amerika yang kuat, serta hubungan rapat dengan blok Barat yang jelas mahu melindungi kepentingan Israel.

Malah kedangkalan pemimpin-pemimpin negara terbabit diperjelaskan dengan pembelian kelengkapan senjata serta jet-jet pejuang buatan Amerika yang menelan belanja puluhan bilion dollar.

Pembelian secara 'paksa' ini dibuat tatkala Amerika menghadapi krisis ekonomi yang meruncing, sedangkan hasilnya kebanyakan jet-jet pejuang terbabit tersadai di padang pasir kerana tidak berfungsi.

Faktor kedua, adalah kerana mereka irihati dgn kejayaan Mesir di bawah Morsi setakat ini, sedang memulihkan ekonomi Mesir, serta pengimbang tekanan jahat Israel terhadap Gaza, Palestin.

Ketiga, mereka bimbang Arab Spring akan merebak ke negara mereka dan menjatuhkan mereka dari tampuk kuasa, yang selama ini mereka tadbir secara diktator dan menindas rakyat.

Apa yang Morsi lakukan untuk Gaza

Ketakutan Israel cukup jelas dizahirkan mereka, selepas sahabat paling setia mereka Hosni Mubarak, tumbang di Mesir.

Kunjungan pertama kali ketua negara Arab, iaitu Emir Qatar ke Semenanjung Gaza dilihat sebagai ancaman terbuka terhadap kejahatan zionis terhadap umat Islam.

Sewaktu kunjungan ke Gaza sebelum serangan Israel, Emir Qatar, Sheikh Hamad Ibnu Jasim dengan jelas  mengatakan, beliau  dia tidak mungkin berada di Gaza jika tidak kerana tiga perkara.

Tanpa menjelaskan secara terperinci, Sheikh Hamad mengatakan, beliau memijak bumi Gaza disebabkan oleh Mesir, Revolusi rakyat Mesir dan kerana Presiden Mesir.

Oleh sebab tidak tahan dengan elemen-elemen sokongan terhadap Gaza, Israel mula melakukan serangan selama lapan hari dengan mengebom Gaza sesuka hati.

Ada penganalisis berpendapat, selain menyasarkan pimpinan utama Hamas, serangan Israel yang disokong Amerika dan sekutunya di negara Arab, adalah bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Presiden Morsi.

Langkah mereka ternyata silap. Pada hari pertama serangan dilakukan Israel, Morsi mengarahkan Duta Mesir di Tel Aviv supaya pulang ke Kaherah dan menutup kedutaan.

Langkah kedua Morsi di dalam menanggani isu Gaza, ialah pada hari kedua serangan, beliau mengarahkan Perdana Menteri Mesir melawat Gaza, memberikan sokongan dan mengenalpasti apa bentuk bantuan yang harus disalurkan segera.

Ketiga, Morsi mengarahkan pintu Rafah yang merupakan sempadan kedua-dua negara dibuka 24 jam untuk membolehkan bantuan dibawa masuk segera dan mangsa yang tercedera dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.

Morsi juga mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dan pemimpin Hamas, Khalid Meshaal di Kaherah bagi menangani krisis tersebut.

Setakat ini, Morsi bersama rakan-rakan Ikhwanul Muslimin yang diketuai Mursyidul Am, Dr Mohammed Badie berjaya mengawal situasi dalam dan tekanan luaran Mesir dengan baik.

Namun tekanan dan pelbagai lagi ancaman dijangka dilakukan terus menerus oleh para penentang, yang tidak mahu Mesir melaksanakan keadilan dan demokrasi sebenar menurut Islam, yang bakal mengancam masa depan kuasa kuffar.

Kita berdoa agar Allah terus memberikan kekuatan kepada Ikhwanul Muslimin untuk menerajui Mesir sebaik-baiknya.

harakah/-

Kajiselidik: Separuh firma M'sia hilang kontrak kerana rasuah

NONE22 Muharram 1433H. [MOD] -




Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik antarabangsa.

Presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low
menyifatkannya sebagai satu respon yang luar biasa tinggi, dan langkah lebih berani perlu diambil untuk menghapuska proses yang menggalakkan penyelewengan.

Low memetik data dari Kajiselidik Pembayar Rasuah yang meninjau syarikat di 30 negara dengan tahap pelaburan dan perdagangan antarabangsa yang tinggi, termasuk 101 syarikat di Malaysia.

Antara soalannya ialah: "Sepanjang 12 bulan lepas, adakah
anda fikir syarikat anda telah gagal memenangi kontrak atau mendapat perniagaan baru kerana pesaing telah membayar rasuah?"

Kajiselidik itu adalah salah satu daripada lapan tinjauan yang diambil kira apabila mengira Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2012, yang diumumkan semalam, di mana negara ini disenaraikan pada kedudukan 54 daripada 176 - bertambah baik enam anak tangga daripada tahun lepas.

"Ini adalah satu soalan 'sebenar' - ia bukannya mengenai persepsi (rasuah) - (jawapannya) sama ada 'ya' atau 'tidak'.

"Saya tunjukkan kepada anda (data ini) kerana ini mencerminkan realiti, bukannya apa yang orang panggil 'persepsi'," kata Low dalam sidang akhbar ketika mengumumkan indeks tersebut.

Low berkata beliau membangkitkan perkara itu bagi menunjukkan bahawa rasuah mempunyai kos ekonomi.

Daripada syarikat-syarikat yang dikajiselidik, 39 di Malaysia menjawab secara afirmatif dan 39 menjawab negatif. Baki 23 lagi berkata mereka tidak tahu, atau tidak menjawab soalan.

Malaysia mempunyai nisbah tertinggi syarikat - 50 peratus - yang menjawab 'ya' kepada soalan tersebut.

Ini berbanding dengan 47 peratus di Indonesia, 36 peratus di India, 30 peratus di Amerika Syarikat, 27 peratus di China, 24 peratus di Nigeria, 17 peratus di United Kingdom, 10 peratus di Hong Kong, 9 peratus di Singapura - dan yang paling rendah - 2 peratus di Jepun.

Kajiselidik yang sama juga mendapati 75 peratus daripada syarikat Malaysia percaya bahawa usaha anti-rasuah kerajaan dalam sektor swasta adalah tidak berkesan, meletakkannya di kedudukan keempat.

malaysiakini/-