02 Januari 2013

Cakap Mahathir berdolak-dalik - Tamrin

19 Safar 1433H. [MOD] -


Menjelang PRU-13 ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin galak bersuara mencampuri urusan pentadbiran dan politik negara. Tamrin Tun Ghafar yang bergelumang dengan Umno selama 44 tahun dan sertai PAS 11 Julai lalu 'cukup masak' dengan pekung dan temberang Mahathir. Baginya Mahathir seorang pemimpijn 'lidah bercabang' sepanjang 22 tahun menjadi PM. Ikuti butiran lanjut bersama AHMAD LUTFI OTHMAN, TARMIZI MOHD JAM dan ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif anak Negarawan Tun Ghafar ini di Pejabat  Harakah pada 21 Disember lalu.

HARAKAH: Bagaimana tindakan Mahathir dulu dan kecenderungannya kini dalam isu pemilihan pemimpin Umno-BN, pada kaca mata Saudara?

TAMRIN TUN GAFAR: Semasa dia letak jawatan Perdana Menteri di PWTC, Mahathir kata dia tidak akan masuk campur urusan politik dan pentadbiran negara. Mahathir kata tidak macam orang 'seberang' sana. Maksudnya masa itu, Mahathir perli Lee Kuan Yew yang jadi Menteri Mentor pasal dia bergaduh dengan Lee banyak isu.
Tapi, bila zaman Dollah (Abdullah Badawi) jadi Perdana Menteri, Mahathir kempen habis-habisan minta rakyat supaya pilih calon bukan atas dasar parti tetapi pilih calon. Itu kempen Mahathir zaman Dollah tahun 2008 dulu pasal ketika itu dia nak paksa Dollah letak jawatan dan dia berjaya ketika itu.
Tetapi sekarang pula dia kata, "kita mesti menangkan semua calon Umno-BN tanpa kira calon itu bagus tak bagus asalkan dia Umno-BN". Dua bulan dulu, Mahathir pernah kata, kalau Umno-BN nak menang, mesti letak calon-calon luar dari hierarki Umno sekarang kerana pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang ini mencerminkan rasuah dan penyelewengan kuasa jadi rakyat akan tolak.

Maksudnya, Mahathir bercakap berdolak-dalih?

Jadi, kita nampak Mahathir ini berdolak-dalih. Kejap kata begitu, kejap kata begini. Itu dari segi nak pilih calon. Tak kisah siapa, asalkan Umno-BN, rakyat kena undi. Tapi calon-calon luar ini bermasalah, penerimaan di peringkat bahagian. Itu sebab Najib dalam ucapannya menegaskan tak kira siapa, kita mesti sokong. Dalam tradisi Umno, kalau kamu bukan dari orang bahagian, kamu akan disembelih. Itu realiti yang berlaku.
Semasa zaman Dollah, Mahathir pernah kata Umno parti perkauman tetapi dibidas oleh Nazri Aziz bahawa jika begitu, Mahathir adalah bapa segala rasis selama 22 tahun dia memerintah.Nampak tak..., Mahathir cakap ikut sedap mulut sahaja. Pada masa itu, Mahathir memang nak bantai Dollah saja. Sekarang pula Mahathir kata Umno parti perpaduan, berjuang untuk semua kaum. Lihat, bagaimana lidah bercabang Mahathir.

Macam mana realiti dan praktik sebenar Mahathir berkaitan hal Yahudi-Israel pula sejak dulu hingga hari ini?

Dalam isu Israel ini. Mahathir tuduh Anwar (Ibrahim) sebagai agen Yahudi. Tetapi pada awal 1990-an, senyap-senyap Mahathir hantar Almarhum Tengku Abdullah Rahman (Tengku Abdullah Melewar) sahabat baik dia ke Tel Aviv untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi dan perkara ini telah terbongkar.
Saya sendiri pada tahun 1994 dalam Parlimen telah menentang tindakan itu. Mahathir jugalah Perdana Menteri pertama yang membenarkan pasukan kriket bertanding di Dataran Merdeka. Seminggu rakyat protes apabila Mahathir benarkan pemain kriket Israel beraksi di Dataran Merdeka. Akibatnya, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob dipenjarakan sebulan.

Tapi Najib pun macam Mahathir, suka dengan Yahudi Zionis ini...

Memang betul. Kerajaan bawah Najib sekarang ini bayar RM77 juta kepada Apco Worldwide sebagai penasihat. Dua orang ahli lembaga Apco ialah agen Yahudi Zionis dan perkara ini dibangkitkan tapi Mahathir senyap. Dia tak menentang pula walaupun disahkan oleh Musa Hassan baru-baru ini.
Mukhriz, anak Mahathir pula dalam Tweet sebagai reaksi kepada bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang mahu kepastian sama ada Malaysia berdagang dengan Israel atau tidak. Jawapan Mukhriz dalam Tweetnya ialah memang Malaysia membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh mengangkut minyak masak dari Pelabuhan Klang untuk Israel beri kepada rakyat Palestin sebagai bantuan.
Tak masuk akal. Sedangkan kita hendak hantar bantuan pun kena tembak. Kenyataan Mukriz sebagai Timbalan Menteri Industri itu tidak masuk akal. Mahathir sekali lagi senyap.

Mahathir dan anaknya telah memonopoli hasil minyak...

Itulah, sepatutnya, Mahathir sebagai Penasihat Petronas, dia mesti tentukan Petronas yang bekalkan petrol kepada kapal terbang MAS diteruskan. Sekarang anaknya pula yang menguasai 19.9 peratus saham dalam Sam Miguel sebuah syarikat arak yang terbesar di Filipina. Nilai harga yang Mirzan beli ialah RM3 bilion.
Katakanlah, bank beri 80 peratus pinjaman, jadi Mirzan perlu cari 20 peratus lagi daripada RM3 bilion iaitu RM600 juta. Mirzan cari duit tunai itu dari mana? Keuntungan daripada itulah diguna beli Exxon Mobil di Malaysia dan dijadikan Petron. Petron inilah yang dibenarkan membekalkan minyak kepada pesawat MAS. Sepatutnya tak boleh berlaku. Keutamaan patut diberi kepada Petronas. Apa guna Mahathir ada di situ? (sebagai Penasihat Petronas). Alasan dia senang saja. Dia cakap dia tiada kuasa dan tidak boleh campur tangan. Kalau begitu, letak jawatan sajalah. Jangan makan gaji buta saja dengan Petronas.
Begitu juga dengan konsesi carigali minyak. Mahathir beri kepada anaknya, Mokhzani melalui syarikat Kencana dan Sapura, Dato' Shahril Shamsuddin. Sekarang ini, kedua-dua syarikat itu bergabung. Persoalannya, mengapa tidak ditenderkan. Bercakap tentang bilion-billion ringgit. Macam mana boleh beri begitu sahaja.
Takkan Mahathir sebagai penasihat, dia tak tahu langsung. Jadi, dia datang pejabat buat apa? Mustahil Mahathir tak tahu. Dia akan beri alasan dia hanya penasihat. Itu helah dia. Negara ini bukan milik dia hingga boleh buat apa saja.
Mahathir juga banyak isu penyelewengan kuasa. Tahun 1990-an, Mahathir salahguna duit rakyat. RM3 bilion digunakan untuk menyelamatkan bisnes anaknya, Mirzan apabila kerajaan membeli syarikat konsesi perkapalan yang dikuasai oleh Mirzan. Masa itu Mirzan hampir nak bankrap. Rugi banyak. Dia gunakan duit kerajaan yang juga duit rakyat untuk menyelamatkan anaknya.

Adakah Mahathir lidah bercabang juga dalam perkara berkaitan Islam?

Dari segi agama, Mahathir ni sudah lama caci Islam. Tahun 1992, kenyataan Mahathir kepada wartawan, dia dah mula kata  apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri nescaya ramailah umat Islam mati dan kudung tangan.
Pada tahun 1997, dia kata tujuan perempuan Arab tutup aurat kerana pada zaman Jahiliah orang Arab mempunyai nafsu kuat sedangkan dalam Quran terang-terang jelaskan hukum tutup aurat ini. Begitu juga, Mahathir kata hudud ialah ciptaan ahli-ahli Feqah. Itu kenyataan dia pada 26 Februari 2012 ketika Konvensyen di Unimas.
Mahathir juga kutuk Rasulullah SAW. "Zaman itu tidak ada 'gillete', tidak ada pisau cukur. Itu sebabnya Nabi ada misai, janggut sebab tak bercukur." Itu kenyataan dia pada 1997.

Terbaru ini, kata Mahathir lebih baik kita berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Itu proverb orang Barat tetapi yang kita persoal apabila wartawan tanya dia di rumahnya masa Hari Raya Puasa, siapa syaitan? Mahathir kata syaitan dan iblis itu ialah Umno-BN. "Kita kenal dia. Kita boleh kerja dengan dia. Malaikat depa tu bukan kita kenal pun. Tak tahu dia baik tak baik". Lihat. Dia tekankan lagi isu ini. Apa jenis Islam Mahathir ini? Mengapa alim ulama, mufti-mufti senyap saja perkara ini.

Dalam isu Anwar macam mana?

Mahathir berbohong besar apabila kata Anwar sendiri tumbuk mata sendiri sampai lebam. Pada masa itu orang Umno percaya apa yang dia cakap. Suratkhabar muka depan keluar. Tapi akhirnya Rahim Noor, Ketua Polis Negara mengaku dia yang tumbuk. Terbukti, itu pembohongan Mahathir lagi.

Semua orang tahu, Mahathir telah 'menelanjangkan' Raja-raja Melayu sebelum ini. Apa tindakan Mahathir semasa dan selepas menjadi Perdana Menteri?

Mahathir yang mula-mula menelanjangkan Raja-raja Melayu dan merampas kuasa raja-raja  tetapi dia juga hentam Prof. Dr Aziz Bari kononnya tak hormati Sultan Selangor. Dia gunakan semua khususnya Umno, media dan sebagainya. Dia adakan perhimpunan rakyat di seluruh negara masa itu. Maki hamun raja-raja. Kami (Pemuda Umno) diarahkan beritahu Sultan Pahang ada 200 kuda dalam bilik aircond. Sultan Pahang kaki judi, kaki mabuk, kaki perempuan, jual balak, jual itu semua. Sultan Johor, Sultan Perak macam-macamlah. Kita 'attack' raja-raja ketika itu atas arahan Dr. Mahathir. Hari ini bila kita tegur, dia pula sekarang jadi pembela Sultan. Itu sebab saya kata dia lidah bercabang.

Mengapa kenyataan dan tindakan Mahathir tak konsisten?

Mahathir buat semua ini pasal jika Pakatan Rakyat menang, pertama, dia akan rasa malu dengan Anwar Ibrahim. Itu pasal dia panik. Tamparan hebat bagi dia. Realitinya, Mahathir turun padang hari ini pasal dia tahu Najib lemah. Najib bukan seorang strategis dan tidak ada kematangan dalam politik sebenarnya. Mahathir kena bantu. Win-win situation.

Pasal apa?

Mahathir risau diheret ke mahkamah kalau Pakatan menang dengan penyelewengan kuasa, rasuah yang dilakukan selama dia memerintah 22 tahun. Tidak cukup dengan itu, dia juga bimbang dengan perniagaan anak-anaknya, Mirzan dengan Petron, Mokhzani dengan minyaknya.
Mahathir juga nak tengok anaknya, Mukhriz bukan sekadar jadi Menteri Besar Kedah saja tapi kalau boleh bila Najib dipaksa turun besok seperti mana yang dibuat pada Dollah, dia akan naikkan Muhyiddin. Suka tak suka Muhyiddin terpaksa ambil Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir 'kamceng' dengan Muhyiddin pasal kedua-dua mereka 'rapat' dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Itu fakta.

Mahathir anggap Najib lemah, bukan strategis

Mengapa kenyataan dan tindakan Mahathir tak konsisten?

Mahathir buat semua ini pasal jika Pakatan Rakyat menang, pertama, dia akan rasa malu dengan Anwar Ibrahim. Itu pasal dia panik. Tamparan hebat bagi dia. Realitinya, Mahathir turun padang hari ini pasal dia tahu Najib lemah. Najib bukan seorang strategis dan tidak ada kematangan dalam politik sebenarnya. Mahathir kena bantu. Win-win situation.

Pasal apa?

Mahathir risau diheret ke mahkamah kalau Pakatan menang dengan penyelewengan kuasa, rasuah yang dilakukan selama dia memerintah 22 tahun. Tidak cukup dengan itu, dia juga bimbang dengan perniagaan anak-anaknya, Mirzan dengan Petron, Mokhzani dengan minyaknya.
Mahathir juga nak tengok anaknya, Mukhriz bukan sekadar jadi Menteri Besar Kedah saja tapi kalau boleh bila Najib dipaksa turun besok seperti mana yang dibuat pada Dollah, dia akan naikkan Muhyiddin. Suka tak suka Muhyiddin terpaksa ambil Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir 'kamceng' dengan Muhyiddin pasal kedua-dua mereka 'rapat' dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Itu fakta.

Apa agaknya Saudara nampak, sikap Mahathir terhadap Najib sebagai Perdana Menteri sekarang?

Dalam perjumpaan-perjumpaan tertutup, Mahathir selalu kata Najib tak cerdik dan dia marah dengan Rosmah Mansor tetapi baru-baru ini dia hadir sama apabila Rosmah lancarkan kapal TLDM. Sekarang, ke mana Rosmah pergi, Mahathir terhegeh-hegeh ikut. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Mahathir tahu Najib sekarang lemah dan tak bijak. Bawah Dollah, dia tak boleh dapat apa-apa. Itu sebab dia caci dan hina Dollah. Mahathir ni pendendam. Sampai sekarang pun, dia caci Dollah lagi. Anwar jangan cakaplah....
Perangai Mahathir memang macam itu. Najib lemah, 'speechless'. Tak boleh buat apa-apa. Anak-anak Mahathir dapat itu dapat ini. Suka tak suka kena bagi. Pemimpin-pemimpin Umno hari ini semua sudah beli insurans.

Kenapa mereka beli 'insuran'... macam ada yang tak kena!

Yalah. Tiba-tiba kes Deepak keluar, Musa Hasan keluar, masing-masing dah macam cacing kepanasan sekarang ini. Masing-masing nak beralih pada Muhyiddin. Mereka tahu Najib akan jatuh tetapi mereka tak tahu Muhyiddin pun akan jatuh juga pasal Barisan Nasional akan kalah PRU-13!
Dulu tak silap ada suatu ketika Mahathir dilabel sebagai manusia paling kuat pembohong, Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya oleh mereka yang sekarang ini jadi pencacai-pencacai Umno seperti Ezam Mohd Nor, Zahid Mat Arif dan lain-lain. Hari ini hanya kerana nak bantuan Mahathir, mereka ciumlah tangan Mahathir tu.

Sepanjang penelitian Saudara, Mahathir ni memang lidah bercabang?

Mahathir ini memang lidah bercabang. Orang Kubang Pasu tahu sangat sifat sebenar dan kenal siapa Mahathir sebenarnya hingga menolak Mahathir sebagai perwakilan Umno Bahagian ke Persidangan Umno Malaysia dulu.

harakah/-

Rebah peluru singgah kepala

19 Safar 1433H. [MOD] -

MAUT...anggota polis forensik meneliti kesan tembakan pada mangsa.

MAUT...anggota polis forensik meneliti kesan tembakan pada mangsa. 
 
SEREMBAN: Seorang bekas banduan ditemui mati ditembak di kawasan perumahan Taman Merpati, Rahang, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa, Y Gopal, 34, ditemui mati dengan kesan tembakan di dada dan kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Lim Kim Fook berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Seri Kemban, di sini.

“Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik di pasar raya Tesco Seremban baru habis bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal Yamaha LC135.

“Tiba-tiba dia didatangi sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang terus melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya. Tembakan itu menyebabkan mangsa rebah di tempat kejadian bersama motosikalnya.

metro/-

Pencuri maut jatuh bumbung

19 Safar 1433H. [MOD] -

0
Sha
ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui mati di SK Tun Dr. Syed Nasir di Felda Pasak, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang tukang kebun Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Dr. Syed Nasir di Felda Pasak di sini menerima kejutan pada pagi tahun baru semalam apabila menemui mayat seorang lelaki ketika hendak memotong rumput di belakang bangunan sekolah.

Hasil siasatan mendapati, lelaki yang berumur 30-an itu dipercayai mati selepas terjatuh dari bangunan tiga tingkat sekolah itu ketika sedang mencuri wayar bumi di bangunan tersebut.


Seorang kakitangan sekolah itu berkata, dia mengetahui mengenai penemuan mayat oleh tukang kebun sekolah pada pukul 7.15 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik sampai di sekolah, beliau melihat ada satu mayat lelaki yang lengkap berpakaian berada di kawasan sebuah bangunan sekolah itu.
“Pihak sekolah segera menghubungi polis untuk

Kosmo

'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran

19 Safar 1433H. [MOD] -


"Bendera Rakyat" yang pernah dicadangkan sebagai bendera kebangsaan oleh golongan kiri dikibarkan malam tadi di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baru 2013.
Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 4Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek.

Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis dilihat tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut.

Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut Muhammad Nasir Abu Bakar berkata, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 1Muhammad Nasir yang ditemui Malaysiakini memberitahu, selain Dataran Merdeka, bendera tersebut dikibarkan di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

"Apa yang kami mahu ialah kumpulan-kumpulan gerakan kiri ini diiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kemerdekaan negara.

"Apa yang ada dalam sejarah asyik cerita mengenai Umno sahaja. Sedangkan mereka juga antara pencetus kepada kemerdekaan negara. Jadi kami kibarkan bendera ini juga untuk kenang kembali sejarang pejuang golongan kiri ini," katanya.
Muhammad Nasir (gambar, tengah) juga menegaskan, beliau dan rakan-rakannya yang terlibat mengibarkan bendera berkenaan bukan daripada mana-mana parti politik.

NONESebelum ini, bendera Sang Saka Malaya -- yang dianggap antara  versi Bendera Rakyat -- juga dikibarkan ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Ogos tahun lalu.

Pengibaran bendera itu menurut Bukit Aman merupakan berbuatan yang bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Nasir yang juga salah seorang yang bertanggungjawab membawa bendera itu pada sambutan Janji Demokrasi disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(a) Akta Hasutan.

malaysiakini/-

[HARI INI] Kes Nizar Saman TV3: Nizar Beri Keterangan Pagi Ini

19 Safar 1433H. [MOD] -

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini, Rabu, berhubung saman fitnah RM50 juta ke atas TV3 berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Pengurusan kes tersebut dijalankan di hadapan Hakim Datin Yeoh Wee Siam hari ini.

Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang itu merupakan satu-satunya saksi bagi plaintif, manakan dua saksi lain akan tampil bagi pihak stesen televisyen tersebut.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan selama tiga hari bermula hari Rabu.

Nizar memfailkan saman berasingan ke atas stesen TV tersebut dan juga akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang menggunakan kenyataannya di Twitter berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah dua pihak terbabit menjejaskan imejnya dan boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa beliau seorang pengkhianat kepada Raja-raja Melayu, terutama kepada Sultan Johor.

Beliau juga mendakwa kenyataan fitnah itu boleh ditafsirkan sebagai bermaksud beliau seorang yang anti-raja dan menghasut orang lain untuk membenci Sultan Johor.

Nizar mendakwa TV3 melaporkan tulisannya di Twitter secara fitnah, dan turut mendakwa Utusan memutar belit tulisannya di Twitter pada keesokan harinya.

Nombor pendaftaran WWW1 berjaya dibida Sultan Johor.

Untuk rekod, pada September tahun lalu, Utusan sudahpun didapati bersalah memfitnah Nizar dan telah diperintah membayar gantiirugi kepada bekas MB Perak tersebut.

Sila baca:


Umno tidak mampu bertahan lagi

19 Safar 1433H. [MOD] -


Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Najib dan Rosmah untuk memberikan jawapan kepada semua tuduhan keatas beliau dan isteri oleh Deepak melalui Harakahdaily atau TV PAS.  Nampaknya media perdana tidak mahu membuat liputan ke atas isu yang amat serius itu. Isu yang dibangkitkan terhadap Najib suami isteri oleh Deepak ini bukannya isu yang kecil. Ia merupakan isu yang sangat besar kerana ia menjatuhkan imej negara dan rakyat keseluruhannya di mata dunia.


Bagi saya tawaran Tuan Ibrahim itu sangat baik dan elok diambil perhatian oleh Najib suami isteri. Isu yang dilemparkan oleh Deepak ini terlalu berat dan ia sepatutnya mendapat pembelaan dari pimpinan UMNO yang lain, khususnya dari Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan kepada Najib. Sepatutnya semua ahli-ahli jemaah kabinet memberikan kenyataan sokongan kepada Najib tetapi tidak kedengaran perkara itu berlaku dan nampaknya Najib terpaksa berperang sendirian dalam isu ini.

Semua pimpinan UMNO dalam Kabinet mesti faham yang mereka juga mesti berhenti jika apa yang dituduh terhadap Najib itu ternyata benar. Mereka (menteri-menteri) adalah lantikan Perdana Menteri dan jika Perdana Menteri terpaksa berhenti mereka juga mesti berhenti. Ini adalah amalan moral demokrasi yang sebenarnya.

Hanya Zahid Hamidi yang cuba untuk membantu tetapi Zahid membantu Najib dengan cara yang sangat tidak beretika dan bersalahan dengan moral politik dan etika kepimpinan dengan menggunakan harta rakyat dan LTAT serta Kementerian yang beliau ketuai ini. Hasilnya isu bertambah besar dan tidak ada jalan yang lain yang mampu di lakukan oleh Najib lagi selain dari berfikir untuk meletakkan jawatan dengan semua ahli-ahli jemaah kabinet beliau. Adalah tidak patut lagi barisan kabinet yang ada pada hari ini kekal kerana keadaan sudah terlalu buruk dan tidak wajar terus kekal mentadbir kerajaan.

Jika Najib dan keseluruhan kepimpinan serius untuk menjaga UMNO itu maka itu sahajalah jalan yang sesuai untuk dilakukan oleh Perdana Menteri itu. Jika Najib masih mahu mempertahankan politik beliau sahaja maka keseluruhan UMNO dan beliau sendiri akan menghadapi kecenderungan untuk ditewaskan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Najib sepatutnya dengan pantas memanggil Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk menyelesaikan isu ini dengan semua ahli-ahli MKT berhenti dan membiarkan ahli-ahli dan perwakilan untuk menentukan kepimpinan baru dalam UMNO itu.

Masalah yang dihadapi oleh UMNO kian hari kian dalam dan tidak nampak kecenderungan untuk parti itu pulih kembali. Najib sudah terlalu terbeban dengan masalah dan beliau pun tidak mendapat sokongan dari kabinet beliau sendiri. Semuanya sedang melukah di tempat yang genting dan sempit. Ramai yang sedang menimba di air yang keruh di dalam UMNO dan nampaknya semakin hari semakin sah UMNO akan tamat usianya melainkan kesemua kepimpinan itu ditukar untuk membawa imej dan aura yang baru.

Tetapi keberangkalian untuk Najib berhenti adalah jauh dari jangkaan kerana jika hijab sudah tertutup tidak ada apa dan sesuatu pun mampu untuk membukanya kembali melainkan dengan kehendak Maha Pencipta. UMNO nampaknya semakin hari semakin banyak isu-isu kotor yang menyelubunginya dan tidak ada kemungkinan untuknya pulih kembali.

Tetapi ia tidak mengapa kerana Pakatan Rakyat mampu untuk mengambil alih tanggungjawab besar terhadap negara ini. PAS boleh menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang kesemuanya beragama Islam dan jika orang Melayu melakukan perubahan seperti ini maka mudah bagi rakyat untuk mencari penyelesaiannya.

Rakan-rakan kita kaum Cina sudah lama membuat keputusan untuk tidak bersama BN lagi. Jika orang Melayu memberikan sokongan terhadap PAS, PKR dan DAP maka pertukaran ini akan berlaku dengan ‘decisive’ seterusnya membawa politik dan aura yang baru dalam kepimpinan negara dan kerajaan selepas itu.

Perubahan itu memang perkara biasa dalam mana-mana demokrasi dan jika ia berlaku di sini, ia merupakan satu kejadian yang pertama kali kita alami dan akan melengkapkan proses demokrasi itu untuk kepentingan rakyat semua kaum di negara ini. -

harakah/-

3 jam tersepit batu di kolam renang

19 Safar 1433H. [MOD] -
 
SUBANG JAYA – Anak lelaki seorang jutawan jualan langsung terkenal mengalami trauma dan calar di bahagian belakang badannya setelah tersepit selama hampir tiga jam di celah batu ketika mandi-manda di kolam renang sebuah hotel lima bintang di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Putera Faisal Stapa, 13, mandi-manda bersama sembilan lagi ahli keluarga yang lain di kolam berkenaan.

Datuk Stapa Omar dan isterinya, Datuk Azlina Che Abdullah merupakan pengasas syarikat jualan langsung terkenal, De’ Classic Life (M) Sdn. Bhd. (DCL).

DCL merupakan syarikat jualan langsung bagi pelbagai produk kesihatan, kecantikan, herba tradisional dan banyak lagi yang menjadi kegilaan ramai.

Azlina berkata, dia yang bergegas ke kolam renang itu sebaik dimaklumkan oleh pengawal peribadinya terkejut apabila melihat Putera Faisal menahan kesakitan selepas tersepit di celah batu yang agak besar.
“Sebaik tiba, saya lihat dia sudah tersepit dan cuba menenangkannya dengan memberikan motivasi serta menyuruhnya menarik nafas sekuat hati.

“Pihak bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian sebaik dihubungi pihak pengurusan hotel kira-kira pukul 11 pagi terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan anak saya,” katanya.

metro/-

Kenyataan Abby Abadi betul cuma Umno tak faham matematik

19 Safar 1433H. [MOD] -


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Berkata Abby Abadi dalam twitternya, “isu kalimah (maksudnya kalimah ALLAH) lebih kecil berbanding menolak/menghina hukum Allah.”

UMNO spin dakwa Abby anggap isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian sebagai perkara kecil. Memang itulah caranya UMNO dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya menyepin semua isu iaitu dengan ambil sekerat ayat tan membaca keseluruhannya.

MK takut juga kalau ada pemimpin PAS ucapkan maksud kalimah syahadah, “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.” Depa akan kutip ayat “Tiada Tuhan...” lepas tu jaja seluruh dunia, tengok pemimpin PAS tak percaya Tuhan, dah jadi atheis.

Abby sebut dengan terang perkataan BERBANDING di situ. Contoh mudah saja, 10 lebih kecil berbanding 100. Adakah bermakna 10 itu mutlak sifatnya sebagai kecil? Tidak! Kerana kalau dibandingkan dengan 1 maka 10 lebih besaq.

Maka mesej yang nak disampaikan oleh Abby ialah... isu penghinaan terhadap hukum Allah sepatutnya lebih difokuskan dan diperkatakan contohnya ucapan yang dibuat oleh para pemimpin UMNO terhadap hukum Allah, isteri para pemimpin UMNO, Wanita dan Puteri... tak tutup aurat, UMNO menjadikan fitnah seolah-olah Rukun Nombor 1 mereka.. tiap-tiap hari kerja dok muhong rakyat dan buat fitnah terhadap Pakatan, metekedarah rasuah, menyeleweng wang rakyat.. semua itu bertentangan dengan hukum dan peraturan Allah. Pasai apa haktu UMNO tak bising tapi melompat sakan macam berok kena ayaq ketom bila LGE cadang benarkan orang Sabah Sarawak guna ‘Allah’ dalam Bible.

PAS pun tak setuju cadangan itu sebab itu PAS keluarkan kenyataan rasmi terbuka tak setuju walaupun LGE rakan sekutu dalam Pakatan. Ia berbeza dengan UMNO, bila Soi Lek dan Keng Liang hina Islam depa diam membisu macam berok kena racun tikuih (berok tu contoh, bukan kata UMNO tu berok) hanya kerana Soi Lek rakan sekutu... tak bolehlah macam tu sebab kedudukan Islam lebih tinggi dari Soi Lek atau Guan Eng.
MK cadangkan Mahyudin Yasin adakan tuisen matematik percuma untuk ahli-ahli UMNO) sebab banyak sangat kes ‘tak faham matematik’ melanda UMNO.

harakah/-

Lawatan DSAI ke lokasi tragedi Rumah Anak Yatim Hidayah Al-Taqwa 23 Mei

19 Safar 1433H. [MOD] -


Ketua Umum KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim akan membuat lawatan ke bilik gerakan penyelamat kerajaan Selangor di Lembah Azwan Resort, Jalan Felcra Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

Beliau dijadualkan tiba ke lokasi tragedi rumah Anak Yatim Hidayah Al-Taqwa pada jam 6.45 petang ini diiringi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku Sabtu lalu, 16 orang terkorban manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Kerajaan Selangor telah mengumumkan bantuan segera sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak diduga ini.

Buat sementara waktu, kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat  sehingga misi menyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.

keadilan/-

Kes Wanita Bersuami Dua

19 Safar 1433H. [MOD] -

Batu Pahat – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.

Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.

Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.

“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.

“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.

“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.

Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.

“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.

“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.

“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya. -SHbr>

30 sekolah ditutup akibat banjir

19 Safar 1433H. [MOD] -

BEBERAPA pelajar SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu terpaksa pulang 

apabila sekolah mereka ditutup akibat banjir semalam. – Gambar Azlan Bahrum

HULU TERENGGANU – Kira-kira 12,000 pelajar gagal memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun baru 2013 semalam apabila 30 buah sekolah di Terengganu ditutup akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan bakinya tujuh sekolah menengah.

Beliau berkata, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 12 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga buah sekolah di Kemaman dan Setiu.

Katanya, sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara atau masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.

Tinjauan Kosmo! mendapati kesemua sekolah berkenaan mula dinaiki air sejak kelmarin selain Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang di sini yang mula dinaiki air kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Kosmo

61 maut pada sambutan tahun baru di Ivory Coast


19 Safar 1433H. [MOD] -



ABIDJAN: Seramai 61 maut akibat terpihak ketika penonton menyaksikan pertunjukan bunga api bagi menyambut ambang tahun baru di ibu negara Ivory Coast, semalam. 

Kebanyakan yang maut terdiri daripada kanak-kanak dan remaja dengan lebih 200 lagi dilaporkan cedera. 



Ribuan orang ramai memenuhi Stadium Felix Houphouet Boigny di Daerah Plateau untuk menyaksikan pertunjukan bunga api berkenaan. 


Ia adalah tahun kedua pertunjukkan bunga api diadakan sempena menyambut tahun baru sejak negara barat Afrika itu kembali aman akibat perang saudara. 

Jumlah penonton yang begitu ramai dikatakan tidak dapat dikawal selepas keadaan berasak-asak di dalam stadium sehingga mereka terpaksa keluar berjalan ke dataran Boulevard de la Republic. 

Kol Issa Sako dari pasukan bomba dan penyelamat berkata, punca kejadian masih disiasat dan kebanyakan mangsa yang maut ketika berasak-asak hendak keluar dari stadium selepas sejam pertunjukan diadakan. 

Kebanyakan remaja yang maut dikatakan rebah dan terjatuh sebelum dipijak oleh penonton lain. Mereka yang maut berusia lima hingga 15 tahun. - AP

Pengasas Playboy kahwin lagi

19 Safar 1433H. [MOD] -


Hugh Hefner dan Crystal Harris.Hugh Hefner dan Crystal Harris.
LOS ANGELES: Pengasas Majalah Playboy, Hugh Hefner menyambut tahun baru dengan berkahwin untuk kali ketiga dan kali ini gadis pilihannya 60 tahun lebih muda daripadanya. 

Hefner yang berusia 86 berkahwin dengan Crystal Harris yang berusia 26 tahun di kediaman peribadinya di Playboy Mansion dalam satu majlis pada ambang tahun baru 2013, semalam. 



Harris adalah wanita “Playmate of the Month” pada 2009 dilaporkan memutuskan hubungannya sebelum ini untuk berkahwin dengan Hefner yang mulanya dirancang pada 2011. 


Hefner sebelum ini sudah dua kali berkahwin sebelum membujang pada 1959 dan 1989. - AP

Penunjuk perasaan desak pemimpin Hong Kong letak jawatan

19 Safar 1433H. [MOD] -


HONG KONG 2 Jan. - Puluhan ribu penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan di Hong Kong semalam bagi mendesak Ketua Eksekutif yang dilantik Julai lalu meletak jawatan.

Penganjur menganggarkan sekurang-kurangnya 140,000 peserta mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu namun dinafikan polis yang mengatakan hanya 19,500 orang yang terlibat.

Sejak dilantik sebagai Ketua Eksekutif Hong Kong, populariti Leung Chun-ying merudum dan beliau turut berhadapan undi tidak percaya di tengah-tengah pertikaian struktur binaan haram membabitkan kediaman mewahnya, yang menjadi isu politik yang sensitif di bandar ini. - AFP