02 Januari 2013

61 maut pada sambutan tahun baru di Ivory Coast


19 Safar 1433H. [MOD] -



ABIDJAN: Seramai 61 maut akibat terpihak ketika penonton menyaksikan pertunjukan bunga api bagi menyambut ambang tahun baru di ibu negara Ivory Coast, semalam. 

Kebanyakan yang maut terdiri daripada kanak-kanak dan remaja dengan lebih 200 lagi dilaporkan cedera. 



Ribuan orang ramai memenuhi Stadium Felix Houphouet Boigny di Daerah Plateau untuk menyaksikan pertunjukan bunga api berkenaan. 


Ia adalah tahun kedua pertunjukkan bunga api diadakan sempena menyambut tahun baru sejak negara barat Afrika itu kembali aman akibat perang saudara. 

Jumlah penonton yang begitu ramai dikatakan tidak dapat dikawal selepas keadaan berasak-asak di dalam stadium sehingga mereka terpaksa keluar berjalan ke dataran Boulevard de la Republic. 

Kol Issa Sako dari pasukan bomba dan penyelamat berkata, punca kejadian masih disiasat dan kebanyakan mangsa yang maut ketika berasak-asak hendak keluar dari stadium selepas sejam pertunjukan diadakan. 

Kebanyakan remaja yang maut dikatakan rebah dan terjatuh sebelum dipijak oleh penonton lain. Mereka yang maut berusia lima hingga 15 tahun. - AP

Tiada ulasan: