19 Safar 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Tahun 2013 yang bermula hari ini menjadi angka amat
penting kepada rakyat di negara ini kerana bukan sahaja menyambut tahun
baru bahkan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengharapkan rakyat menggunakan hak untuk memilih dengan sebaik-baiknya.
Menurutnya, jangan membuat pilihan yang akan menyebabkan penyesalan di akhirat dan yakinlah setiap anggota badan termasuk tangan individu mengundi akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.
“Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya meminta semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan.
“Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia Insya-Allah,” katanya menerusi Facebooknya semalam.
Selain itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas memberitahu harapan setiap harinya adalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia.
“Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana,” katanya.
Dalam pada itu, sempena tahun baru juga beliau mendoakan semoga semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh ALLAH SWT dan dimasukkan dalam golongan hamba-hamba yang beriman.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan