03 Januari 2013

Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO.

20 Safar 1433H. [MOD] -

Seorang pemuda berusianya sekitar 30'an, menemui saya, katanya, mahu bertanya tentang 'Amanat Haji Hadi' yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk basi itu kepada kamu?.

“Saya mengetahuinya dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu”.

Pemuda itu mengaku terus terang tak faham dengan 'Amanat Haji Hadi' yang siarkan pada muka depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika isu kontroversi itu meletup 31 tahun lampau, sang pemuda baru pandai merangkak. Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri.

Setelah saya menceritakan inti 'Amanat Haji Hadi' baru pemuda itu faham. Anak matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. “Hebat Haji Hadi” ujarnya dengan bangga.

Realitinya, generasi muda sekarang (31 tahun ke bawah) tak tahu apa-apa seputar amanat yang diletupkan semula oleh mereka yang bijak tapi sebenar tolol, justeru ramai dikalangan mereka ingin tahu lantas merujuk kepada yang arif dan pastinya yang arif itu dari kalangan pendukung PAS, kerana apa-apa juga yang bersumberkan dari televisyen dan akhbar propaganda Umno/BN majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayainya lagi.

Hakikatnya isu ini amat merugikan Umno/BN, sebaliknya yang mengaut keuntungan ialah PAS!

Oleh ~ Rossem Sem.


Pembinaan masjid terbengkalai

Pembinaan masjid terbengkalai
20 Safar 1433H. [MOD] -

Masjid Al-Jabariah yang masih dalam proses baikpulih walaupun sudah melepasi tarikh siap yang sepatutnya.
 
LAMBOR KIRI - PKR Perak melahirkan rasa kecewa apabila projek menaiktarafkan Masjid Al-Jabariah, Lambor Kiri, di sini dikatakan sudah terbengkalai.

Ketua Penerangannya, Zulkifli Ibrahim berkata, projek naik taraf itu bermula 1 September tahun lalu dan sehingga kini masih belum disiapkan.

Menurutnya, tarikh sebenar masjid itu dijangka siap pada 31 Disember lalu, namun ia seolah-olah tidak ada tanda-tanda akan disiapkan.

“Apabila dilihat kepada keadaan masjid ini, ia boleh diklasifikasikan sebagai projek terbengkalai kerana masih banyak lagi kerja pembinaan belum disiapkan.

“Kami tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada projek ini sehingga ia telah melepasi tarikh sebenar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pihak berkaitan harus mengambil tindakan sewajarnya demi kelangsungan dakwah di kawasan itu.

“Jika perkara ini tidak diambil perhatian, pihak kami akan membuat tindakan susulan kepada pihak-pihak berkaitan kelak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria ketika dihubungi berkata, projek baik pulih masjid berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah dan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurutnya, projek berkenaan dipantau Pejabat Daerah Perak Tengah dan mengikut proses-proses pembinaan yang ditetapkan.

“Projek ini tidak mengalami sebarang masalah atau kelewatan seperti yang didakwa kerana ia masih lagi berjalan mengikut tarikh yang ditetapkan.

“Mungkin ada sedikit perubahan atau pindaan-pindaan tertentu yang melibatkan beberapa teknikal pembinaan bagi memastikan baik pulih masjid ini lancar seperti yang dirancang,” katanya.

Katanya, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan masjid itu telah melebihi tarikh sebenar ia perlu disiapkan.

“Saya berharap supaya pihak-pihak berkaitan tidak menjadikan isu ini sebagai polemik politik yang bertujuan untuk mendapatkan pengaruh.

“Saya yakin masjid ini akan dapat disiapkan seperti yang telah dirancang bagi kemudahan penduduk sekitar,” katanya.

sinar/-

Islam Semakin Diterima. Pelajar Bukan Islam Mendaftar Di PASTI

20 Safar 1433H. [MOD] -

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/536100_483537011696691_1426675762_n.png
Pemuda PAS Serdang

Islam untuk semua. PAS untuk semua!

PASTI Siti Sarah di seksyen 7 Bangi menerima pelajar berbangsa India beragama hindu. Mereka semakin mendekati Islam.

Mudah-mudahan Allah mencampakkan hidayah dalam hati-hati mereka. Amin.

Admin: ALLAHUAKHBAR!

Takziah kepada keluarga Pahlawan Negara, Kanang

20 Safar 1433H. [MOD] -

KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai di atas kematian Pahlawan Negara, Kanang a/k Langkau, 68, (gambar) awal pagi tadi di Hospital Besar Sarawak.

Kanang meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi selepas dikejarkan ke hospital apabila beliau mengadu mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumah pada kira-kira tengah malam, kata isterinya, Datin Brawang Chunggat.

Kanang, seorang pegawai waran bersara, adalah penerima terakhir Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu anugerah tertinggi untuk keberanian negara selain juga turut menerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) semasa hidupnya.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.

"Saya mewakili Lajnah Hal-Ehwal Sabah & Sarawak DPPM, PAS Sarawak dan PAS Kawasan Batang Lupar dengan ini mengucapkan takziah dan berharap agar keluarga mendiang bersabar di atas kehilangan mutiara negara yang tidak ternilai ini," kata Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Hal-Ehwal Sarawak, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Beliau yang juga Yang Di-Pertua PAS Kawasan Batang Lupar, Sarawak berkata, kehilangan Kanang adalah satu kehilangan kepada negara dan Sarawak.

harakah/-

Maksiat malam tahun baru

20 Safar 1433H. [MOD] -

Maksiat malam tahun baru
Salah satu pemeriksaan dilakukan Jaim di sebuah pusat hiburan awal pagi semalam.
BANDARAYA MELAKA - Gejala maksiat mencemari sambutan malam tahun baru 2013 apabila tiga pasangan ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam satu serbuan bersepadu, awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, selain itu, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 41 saman atas pelbagai kesalahan syariah.

Menurutnya, operasi turut membabitkan Majlis Bandaraya Bersejarah (MBMB), polis dan Imigresen.

“Dalam operasi yang dinamakan Ambang Tahun Baru 2013 malam tadi (kelmarin), kita telah melakukan pemeriksaan di beberapa premis pusat hiburan dan juga hotel di sekitar bandaraya Melaka.

“Ia membabitkan beberapa agensi dengan kekuatan anggota seramai 45 orang dari agensi terlibat dan hasil dari pemantauan kita malam tadi, Jaim telah mengeluarkan 41 saman hadir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rahimin berkata, operasi diketuai Ketua Unit Operasi Jaim, Zuruliman Zakaria.

“Tiga pasangan terbabit telah ditahan di beberapa hotel di sekitar bandar yang disyaki tidak mempunyai apa-apa hubungan yang sah.

“Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau bersekedudukan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda RM3,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-dua sekali,” katanya.

Beliau berkata, selain tangkapan itu, Jaim turut menahan mereka yang minum minuman yang memabukkan di bawah Seksyen 50 enakmen sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda RM3,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-dua sekali.

“Kita juga melakukan pemeriksaan dan mendapati ada juga yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 71 enakmen sama kerana berpakaian tidak sopan terutama kalangan wanita.

“Dari pemantauan bermula dari jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi dan kita kesal kerana terdapat segelintir umat Islam yang menyambut tahun baru ini dengan mengunjungi tempat-tempat tidak sepatutnya seperti pusat-pusat hiburan, minum minuman yang memabukkan dan juga mengambil kesempatan sempena cuti umum dengan bersekedudukan bersama pasangan masing-masing,” katanya.

sinar/-

Majalah Perancis terbit kartun hina Rasulullah

20 Safar 1433H. [MOD] -



(Majalah Charlie Hebdo menegaskan isu khas tersebut adalah hasil kajian akademik - AFP)

PARIS: Sebuah majalah satira Perancis, yang pejabatnya telah dilembarkan bom api selepas ia menerbitkan kartun Nabi Muhammad September tahun lepas, telah menerbitkan isu khas kartun satira  Nabi Muhammad yang mengandungi 64 muka surat.

Editor majalah mingguan Charlie Hebdo menegaskan bahawa penerbitan tersebut yang bertajuk "Kehidupan Muhammad", yang diterbitkan Rabu lalu, adalah hasil kajian akademik yang disediakan oleh ahli sosiologi Perancis-Tunisia.

Sebelum penerbitan, Stephane Charbonnier, yang juga ilustrator buku, berkata, "Saya tidak fikir orang Islam dengan intelektual yang lebih tinggi akan menganggapnya tidak sesuai".

Beliau memberitahu agensi berita AFP minggu lepas bahawa "Ia adalah biografi yang dibenarkan oleh Islam kerana ia telah disunting oleh orang Islam."

Isnin lalu, penasihat kanan politik kepada Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam kerja tersebut sebagai satu provokasi yang disengajakan.

"Melakarkan kehidupan Nabi ke dalam kartun itu sendiri adalah satu kesilapan," Ibrahim Kalin menulis di akaun Twitter beliau.

"Apa pun pihak Carlie Hebdo cuba katakan, ini adalah satu provokasi."

Jurucakap kerajaan Perancis, Najat Vallaud-Belkacem memberitahu penyiar France  2: "Tidak ada keperluan untuk menghangatkan lagi keadaan."

Majalah tersebut telah beberapa kali menerbitkan Nabi umat Islam dalam versi kartun dan mendakwa ia adalah usaha mempertahankan kebebasan bersuara, yang seterusnya mencetuskan kemarahan orang Islam yang percaya menggambarkan Nabi Muhammad adalah satu perbuatan yang dilarang.

September lalu, Charlie Hebdo menerbitkan kartun menghina Nabi ketika protes ganas kepada filem hina Nabi  berlaku di beberapa negara.

Pada tahun 2011, pejabat majalah itu telah dilanda bom api dan laman web digodam selepas menerbitkan edisi bertajuk "Charia Hebdo" yang memaparkan beberapa kartun Nabi Muhammad.

Charbonnier, yang telah menerima ancaman bunuh, kini hidup di bawah perlindungan polis. (aljazeera.com)

Mayat wanita dalam semak

20 Safar 1433H. [MOD] -


Mayat wanita dalam semak
Anggota polis melihat secara dekat tempat di mana mayat mangsa ditemui.
BANDARAYA MELAKA - Orang ramai yang melalui sebatang jalan di Cheng, dekat sini, pagi semalam gempar apabila menjumpai mayat seorang wanita tertiarap berhampiran kawasan semak di lokasi berkenaan.

Wanita berkenaan yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan masih lengkap berpakaian, ditemui kira-kira jam 9.30 pagi sebelum dimaklumkan kepada polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, walaupun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat, polis percaya mangsa merupakan seorang warga asing berdasarkan bentuk tubuh dan fizikalnya.

Menurutnya, pemeriksaan kawasan berhampiran tempat kejadian turut membawa polis kepada penemuan sebuah beg tangan dipercayai milik mangsa kira-kira 100 meter dari tempat mayatnya ditemui.

Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal polis, kita percaya mangsa telah mati antara tiga dan empat jam sebelum mayatnya ditemui. Pemeriksaan awal juga mendapati tiada kecederaan pada mangsa melainkan pendarahan pada bahagian telinganya.

“Bagaimanapun, kita akan menyiasat kes ini dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya di sini, semalam.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang awam atau mereka yang mempunyai kenalan atau keluarga hilang supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu mengenal pasti identiti mangsa.

sinar/-

Rumah, kenderaan Presiden R disimbah cat

20 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kejadian ugutan ke atas Nazri Deraman, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Gas dan Minyak Kelantan atau dikenali dengan R yang terus berlaku amat membimbangkan dan mengancam hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


Menurut Koordinator Pusat Rakyat Cakna Prihatin, Mohammad Faizal Che Yusof, kejadian simbahan cat ke atas rumah, kenderaan dan harta benda Nazri di Kadok, Kelantan yang disedari beliau seawal jam 4.00 pagi tadi adalah ugutan dan tindakan ganas yang kesebelas menimpa penggiat-penggiat R.

“Kami difahamkan laporan demi laporan telah dibuat kepada pihak polis sejak dua tahun yang lalu. Malangnya sehingga kini tiada satu tindakan yang meyakinkan diambil oleh pihak polis bagi mencegah perlakuan jenayah tersebut dari berulang.

“Kami juga penuh yakin bahawa siri-siri ugutan dan kelakuan tak bertamadun tersebut dijalankan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan merasa tergugat dengan kegiatan-kegiatan menuntut hak oleh R,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Baginya, ia dilihat begitu terancang dan bagai dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

Menurutnya lagi, dalam beberapa kejadian lepas, ugutan dan serangan ke atas penggiat-penggiat R begitu ketara.

“Si pelaku dapat dikenal pasti namun tiada sebarang dakwaan atau tindakan pencegahan diambil,” katanya.

Justeru, kata beliau pihaknya menyeru dan menggesa untuk pihak keselamatan memandang Sirius laporan-laporan yang akan dan telah dibuat.

“Kami amat kesal, di sebalik tiadanya perlindungan undang-undang diberikan kepada penggiat R, mereka sebaliknya terus diintip dan diekori oleh pihak cawangan khas Polis Diraja Malaysia,” ujarnya lagi.

Katanya, selaku pihak mendokong aspirasi rakyat dan kedaulatan undang-undang, Pusat Rakyat Cakna Prihatin akan terus menyokong pengukuhan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru mereka yang di luar sana untuk sama-sama menyokong dan membantu menegakkan keadilan dan memastikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dihormati secukupnya.

Emel kepada kami untuk sebarang aduan, pusatrakyatcp@gmail.com – 20 Safar 1434H.


Himpunan 12 Jan: Pakatan harap PM tunai janji

Mohamad Sabu20 Safar 1433H. [MOD] -


Mohamad Sabu
 
PETALING JAYA - Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual berlangsung 12 Januari ini di Stadium Merdeka tetap akan berlangsung di lokasi yang sudah diuar-uarkan meskipun belum mendapat maklum balas berhubung kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab.

Pengarah himpunan berkenaan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak bercadang menukar lokasi himpunan yang diharapkan berjaya mengumpul kira-kira sejuta rakyat Malaysia.

"Buat masa ini, hanya Stadium Merdeka. Saya yakin PM akan tunai janji," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu  ditanya sama ada terdapat lokasi alternatif lain yang difikirkan jawatankuasa itu sekiranya mendapat halangan dari pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan di stadium terbabit.

Sebelum ini sudah berlangsung dua siri Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu di Negeri Sembilan pada 3 November dan 17 Disember lalu di Perlis.

Menurut Mohamad, kedua-dua perhimpunan itu berjalan dengan jayanya dan mendapat kerjasama baik dari pihak polis.

"Kami jamin himpunan ini (Stadium Merdeka) akan berlangsung aman," tegasnya lagi.

Himpunan yang bakal berlangsung dua minggu dari sekarang ini akan bermula pada jam 2 hingga 5 petang.

Berkonsepkan santai, acara kemuncak pada petang itu adalah bacaan deklarasi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pimpinan utama Pakatan Rakyat akan bertemu Ketua Polis Negara bagi membincangkan perkara tersebut dalam tempoh segera.

Sementara peringkat kedua diikuti oleh jawatankuasa induk himpunan tersebut akan bertemu Ketua Polis Kuala Lumpur.

Kedua-dua surat berhubung perkara itu akan dihantar hari ini.

Himpunan ini akan diadakan serentak dengan beberapa negara lain seperti Austalia, Sydney, London dan Dubai.

Di ibu negara, himpunan akan disertai oleh pemimpin dan penyokong parti politik termasuk NGO-NGO yang menyokong dasar-dasar pembangkang.

sinar/-

AZAM YANG HAKIKI

20 Safar 1433H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ   لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ  (الأعراف : 172)
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, dengan firmanNya: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar, kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah golongan yang lalai terhadap perkara ini”.
أَشْهَدُ أَنْ لآإِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !  اتَّقُواْ  اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah sekelian!
Marilah kita bersama bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, Kita baru sahaja menyambut tahun baru Masihi yang disambut dengan meriah di seluruh dunia. Sambutan tahun baru ini bukan sahaja di sambut oleh orang-orang Bukan Islam malah turut diraikan oleh Umat Islam di seluruh dunia dengan sambutan yang jauh melebihi daripada kemeriahan sambutan Maal Hijrah. Sambutan ini dianjurkan oleh berbagai pihak termasuk acara rasmi yang dianjurkan oleh pihak pemerintah.

Sidang Jumaat Sekelian,
        Setiap kali bertemu tahun baru, setiap kali itulah manusia mengulangi berbagai perkara yang sama. Sebahagian dari kita sentiasa sibuk memperbaharui azam baru walaupun azam lama masih belum terlaksana. Sambutan dan acara maksiat melibatkan segenap lapisan masyarakat masih terus dianjurkan walaupun kemudiannya riuh digambarkan kekesalan dengan sikap remaja yang melampaui batas dalam meraikannya. Program yang lebih bermanfaat begitu banyak boleh dilaksanakan tetapi program “Countdown” yang tak bermakna apa-apa jugalah yang sentiasa dianjurkan.    


Muslimin yang dirahmati Allah,
Manusia terlalu banyak bersandiwara dengan Allah seolah-olahnya mereka menyangka Allah terlupa janji dan azam untuk mentaati Allah. Manusia mungkin boleh memperdayakan sesama manusia tetapi kita tidak mungkin mampu memperdayakan Allah. Bukankan kita sudah berjanji dan berazam untuk menjadi Hamba Allah yang sentiasa taat dan patuh kepada titah perintahNya. Bukankah kita sudah menerima amanahNya sebagai Khalifah untuk mentadbir muka bumi ini mengikut ketentuaanNya. Bukankah kita sentiasa memohon pertolongan dariNya dengan dan berlindung denganNya dari segala musibah dan mala petaka.


Sidang Jumaat Sekelian,
        Tidakkah kita bimbang kemurkaan Allah terhadap sikap kita yang sentiasa memperolok-olokkan ajaranNya. Tidakkah kita takut dengan ancaman kebinasaan sebagaimana yang telah menimpa generasi lalu yang jauh lebih hebat daripada kita. Firman Allah :
وَكَمْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ (4) فَمَا كَانَ دَعْوَاهُمْ إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا إِلاَّ أَنْ قَالُوا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ (5)
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari. Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah,
        Tidak ada yang mampu menyelamatkan kita daripada musibah kecuali kembali kepada hukum Allah. Hayatilah beberapa peringatan Allah sebagai panduan kita menjalani kehidupan sepanajang tahun ini sebelum kita menyambut tahun baru akan datang:
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا فَتِلْكَ مَسَاكِنُهُمْ لَمْ تُسْكَنْ مِنْ بَعْدِهِمْ إِلاَّ قَلِيلاً وَكُنَّا نَحْنُ الْوَارِثِينَ – القصص : 58
Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya. Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.
وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَى حَتَّى يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولاً يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَى إِلاَّ وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ - القصص : 59
Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Dia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلاَ تَعْقِلُونَ - القصص : 60
Dan apa jua yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ












خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ (البقرة :30)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

        Kita pasti akan melihat pengulangan peristiwan yang sama saban tahun. Ini kerana kebanyakan manusia adalah degil dan bodoh. Allah mengesahkan hakikat ini melalui firmanNya dalam ayat yang dibacakan sebentar tadi.

Sidang Jumaat sekelian,
        Marilah kita kembali mengingati dan menghayati ikrar dan keazaman yang kita lafazkan di hadapan Allah sebelum kita dibenarkan lahir ke muka bumi. Kita telah berjanji untuk menjadi Hamba Allah yang mematuhi dan mentaati Allah sebagai Tuhan yang memiliki alam semesta. Apalah maknanya azam tahun baru yang kita tunaikan jika sepanjang hidup ini kita mengkhianati ikrar dan azam yang kita lafazkan di hadapan Allah Azza Wajalla.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

 

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak