07 April 2013

Lapan jam dilanda banjir kilat

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Lapan jam dilanda banjir kilat

Keadaan laluan utama di Bagan Jermal dinaiki air dalam kejadian banjir kilat, kelmarin.
BUTTERWORTH - Hujan lebat berterusan selama empat jam sejak lewat malam kelmarin,  mengakibatkan banjir kilat di Kampung Bagan Jermal dan laluan utama serta kawasan sekitarnya dinaiki air.

Kejadian yang disedari berlaku kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan apabila pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan untuk mengelak mengharungi banjir.

Pengguna juga terpaksa menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi yang dituju kerana bimbang kenderaan mereka rosak jika terus meredah air setinggi paras lutut itu.

Difahamkan, beberapa rumah penduduk di kawasan berdekatan turut dimasuki air dalam kejadian banjir kilat yang berlarutan lebih lapan jam.

Bagaimanapun, tiada kerugian dan kerosakan besar dialami penduduk kerana mereka sudah membuat persiapan awal menghadapinya melalui pengalaman sebelum ini.

Seorang pemilik kenderaan, Mat Mohamad Sutan, 45, yang selalu menggunakan laluan itu untuk ke tempat kerja di Perai berkata, kejadian banjir kilat ini bukan kali pertama berlaku pada tahun ini.

“Kawasan ini dikategorikan antara kawasan rendah yang mudah dinaiki air menyebabkan laluan kenderaan di sini terdedah kepada banjir kilat.

“Malah, longkang besar kiri dan kanan jalan juga sering tersumbat, sekalu gus memudahkan air bertakung dan mengganggu kelancaran trafik,” katanya.

Sementara itu, mangsa banjir kilat, M Kanapathy, 56, berkata, biarpun kali ini banjir kilat itu tidak lama masanya namun kekerapannya mengundang pelbagai masalah.

“Setiap kali hujan lebat saya dan beberapa orang penduduk kampung terpaksa membersihkan longkang besar untuk memudahkan saliran air.

“Ini dilakukan bagi mengelak air melimpah memasuki rumah dan laluan di sini,” katanya.

Sehubungan itu, mereka meminta pihak berkuasa memantau keadaan laluan, termasuk meningkatkan ketinggian permukaan jalan dan longkang besar untuk memudahkan pergerakan air dari bertakung yang dikesan menjadi punca kepada kejadian banjir kilat di situ.

Sinar/-

PRU13: Senario menarik, saingan sengit

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PRU13

PRU13
SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menjanjikan sesuatu yang menarik serta persaingan sengit antara calon parti-parti yang bakal bertanding di negeri ini bagi mendapatkan mandat untuk membentuk kerajaan memerintah.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Neilson Ilan Mersat berkata, parti-parti politik sama ada komponen Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) masing-masing dilihat bakal mengemukakan calon-calon yang berkeyakinan tinggi serta berpotensi menang.

Malah, ada di kalangan parti-parti yang bakal bertanding begitu berani memberikan bayangan awal tentang jumlah kerusi yang mampu dimenangi pada PRU13.

“Saya melihat pertarungan kali ini akan dibayangi oleh harapan untuk meneruskan tsunami 2008 di satu pihak serta usaha untuk mengekalkan status Sarawak sebagai ‘fixed deposit’ (deposit tetap) di satu pihak.

“Kawasan luar bandar akan terus didominasi dengan isu-isu seperti keperluan asas berbeza dengan kawasan yang lebih maju di mana isu-isu yang bersifat abstrak seperti hak asasi, ketelusan, sistem penyampaian berkesan akan menjadi perhatian.

“Semua ini akan mewarnai senario yang bakal berlaku di negeri ini menjelang PRU13 yang menjanjikan sesuatu yang menarik serta persaingan sengit antara parti pembangkang dan penyandang kerajaan memerintah,” katanya dipetik Utusan Borneo.

Tambah Neilson, kewujudan media sosial akan memperhebatkan proses kempen bagi meraih sokongan di kalangan calon-calon yang bakal bertanding.

Oleh kerana pengundi-pengundi lebih terdedah kepada media sosial dan disajikan dengan pelbagai pandangan serta ulasan dari pelbagai perspektif, ia akan menjadikan PRU13 lebih menarik.

“Tetapi semua ini akan menjadikan mereka (pengundi) lebih bijak dalam membuat pilihan untuk sistem demokrasi yang lebih matang,” kata Neilson.

Sinar/-

Botak beri risiko kesihatan

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Paris: Lelaki botak dikatakan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari.

Tetapi, satu kajian terbaru menyatakan risiko itu dihadapi oleh mereka yang botak di bahagian tengah kepala. 


Lelaki yang mengalami botak depan dikatakan tidak memiliki risiko tambahan bagi penyakit arteri tersumbat yang juga boleh menyebabkan serangan jantung, menurut laporan jurnal BMJ Open. 

Penyelidikan

Ia berdasarkan penemuan penyelidik dari Bahagian Penyakit Metabolik dan Diabetes Universiti Tokyo.

Mereka menganalisis enam kajian mengenai perbezaan botak di kalangan lelaki dan penyakit koronari jantung yang dijalankan antara 1993 dan 2008 membabitkan hampir 40,000 responden di Amerika Syarikat dan Eropah.

Analisis berkenaan menunjukkan bahawa lelaki yang kehilangan banyak rambut berkemungkinan lebih satu pertiga untuk mendapat penyakit arteri koronari berbanding mereka yang berambut lebat. 
Lebih teruk keadaan botak akan mempengaruhi peringkat risiko tetapi sekali lagi ia hanya membabitkan mereka yang botak di bahagian tengah kepala.

“Hasil kajian ini menunjukkan bahawa botak di bahagian tengah adalah lebih dikaitkan dengan systemic atherosclerosis (penyakit jantung koronari) berbanding mereka yang botak bahagian depan.

“Faktor risiko kardiovaskular berkenaan perlu dikaji dengan lebih teliti di kalangan lelaki yang botak tengah kepala terutama golongan lelaki muda dan mereka yang mungkin digalakkan untuk melihat risiko profil kardivaskular masing-masing,” menurut kajian berkenaan.

Pun begitu, kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini. - AGENSI

Menggeletar tersepak wang

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Menggeletar tersepak wang

Yusri Awang menunjukkan duit ditemuinya bersama isteri di sebuah pasar raya di bandar Kuantan, Khamis lalu.
KUANTAN - “Menggeletar kaki saya lihat seikat duit yang saya sepak sejurus keluar dari pasar raya tersebut,” kata Liza Alias, 41, yang menemui sejumlah wang ketika keluar dari sebuah pasar raya dekat bandar Kuantan, Khamis lalu.

Menurutnya, akibat panik, dia bersama suami mengambil wang itu dan masuk semula ke dalam pasar raya untuk mengenal pasti pemiliknya.

“Sehingga kini, saya dan suami masih menyimpan wang itu dan nekad untuk menyiarkan dalam akhbar bagi mencari pemiliknya.

“Jika saya bertanya pada orang lain, mungkin ramai mengaku dan jalan terbaik adalah saya akan pulangkan duit ini sendiri sekiranya ia dituntut,” katanya.

Suami Liza, Yusri Awang Muhammad, 38, berkata, dia sememangnya tidak menyangka akan terjumpa wang sebanyak itu.

“Seminggu lalu, saya pernah kehilangan RM50 dan saya tahu betapa sedihnya kehilangan wang kerana saya bukannya orang kaya.

“Tambahan pula, saya baru sahaja mengalami kemalangan dan memerlukan wang untuk membaiki kereta yang rosak," katanya.

Menurutnya, jika imannya tidak kuat, sudah tentu dia akan menggunakan wang mereka temui itu.

Wang ditemui pasangan suami isteri tersebut masih diikat rapi seperti ketika ditemui.

Yusri Awang berkata, jumlahnya hampir RM1,000.

Bagaimanapun katanya, jika dalam masa seminggu masih tidak dituntut, ia mungkin akan dimasukkan ke dalam tabung masjid.

Bagi sesiapa kehilangan wang di sebuah pasar raya dekat bandar Kuantan, boleh berhubung terus dengan Yusri Awang menerusi talian 014-8347036.

Sinar/-

Tendang pintu selamat mangsa

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Tendang pintu selamat mangsa

Wan Kamarul Zaman sedih melihat rumah pusaka peninggalan orang tuanya musnah dalam kebakaran di Kampung Laut.
TUMPAT – Tindakan pantas penduduk kampung menendang pintu bilik tidur menyelamatkan seorang pesakit mental, Mohd Rizal Ramli, 44, daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Laut di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian, Mohd Rizal tidur bersendirian di rumah itu sebelum dikejutkan oleh penduduk kampung dan kemudiannya bergegas keluar menyelamatkan diri kira-kira jam 6 pagi.

Mohd Rizal adalah yatim piatu yang tinggal di rumah itu bersama bapa saudaranya, Wan Kamarul Zaman Wan Abdul Majid, 56.

Wan Kamarul Zaman berkata, ketika kejadian, dia ke rumah saudaranya di Thailand bersama isteri, Siti Sunaidah Salleh, 45, serta empat anak pada hari Khamis.

“Terkejut saya apabila menerima panggilan mengatakan rumah saya terbakar.

“Saya terus bertolak pulang dari Thailand dan sampai di sini kira-kira jam 9.30 pagi,” katanya merupakan peniaga kedai makan.

Menurutnya, berdasarkan cerita penduduk, Mohd Rizal terselamat dalam kebakaran itu apabila ada penduduk kampung naik ke rumah menendang pintu bilik tidurnya.

“Mujur anak saudara saya terselamat, namun agak terkilan kerana harta benda tidak dapat diselamatkan.

“Kami tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka berusia 56 tahun hangus termasuk perabot, wang tunai RM3,000 dan barang kemas,” katanya yang memaklumkan kerugian RM100,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tumpat, Ya’cob Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.21 pagi.

“11 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 7.23 pagi,” katanya.
Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sinar/-

Jerung kepala dua pertama dunia

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Jerung kepala dua pertama dunia

Pengimbas MRI mendedahkan anak jerung ini memiliki sistem hati dan perut berlainan tetapi berkongsi badan serta ekor.
JURNAL Biologi Ikan melabelkan penemuan seekor anak jerung berkepala dua adalah yang pertama di dunia selepas seorang nelayan di teluk Mexico menjumpainya pada 2011.

Dipetik MailOnline, menurut saintis Universiti Negeri Michigan (MSU), Amerika Syarikat, anak jerung itu dijumpai di dalam rahim jerung dewasa susulan insiden tumpahan minyak di kawasan gerudi minyak Deepwater Horizon.

Jerung Yu adalah spesies tunggal jerung yang menyerang manusia selain ia amat popular di kalangan nelayan kerana sifat agresifnya.

Penolong profesor perikanan dan hidupan liar MSU, Michael Wagner berkata, hidupan akuatik berdarah panas itu berkemungkinan mati selepas dilahirkan.

"Kebanyakan haiwan yang dilahirkan berkepala dua tidak akan hidup lama sejurus dilahirkan dan dalam kes ini, anak jerung ditemui nelayan mati ketika ditemui," katanya sambil mengakui bangkai anak jerung itu kini disimpan di jabatan sains marin di Kolej Komuniti Florida Keys.

Sinar/-

Dikapak 15 kali

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Dikapak 15 kali

Sebahagian otak Meena hancur akibat ditetak abang kandung dengan kapak.
KABUL - Akibat melarikan diri daripada perkahwinan paksa, seorang wanita Pakistan dikapak sebanyak 15 kali oleh abang kandung sebagai hukuman yang digelar pembunuhan kehormat.

Dipetik CNN, Gul Meena, 17, bagaimanapun masih hidup selepas insiden pada pertengahan 2008 yang turut mengorbankan teman lelakinya.

Menurut Pengarah Eksekutif Kebajikan Kabul, Manizha Naderi, wanita itu kini tidak mampu untuk menyuap makanan sendiri dan terpaksa memakai lampin kerana kecederaan otak.

"Meena dipaksa berkahwin pada umur 12  tahun dengan seorang warga emas berumur 60 tahun sepanjang perkahwinan, dia dipukul," katanya.

Jelas Naderi, Meena turut dipukul oleh ibu bapanya selepas mengadu tindakan suaminya itu.

Pada November lalu, Meena bertindak melarikan diri bersama kekasihnya sebelum ditemui oleh abang kandung Meena di Jalalabad, Aghanistan, lima tahun kemudian.

"Mereka dikapak dan sebahagian otak Meena hancur," kata Naderi.

Setakat ini, seramai 14 wanita Afghanistan berlindung di pusat perlindungan kerana dibuang keluarga.

Sinar/-

Maut jatuh lubang lif

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Maut jatuh lubang lif

Mayat Faridah Hanum dibawa keluar dari tempat kejadian.
GEORGETOWN - Malang sungguh nasib seorang wanita warga Indonesia yang maut selepas tersangkut dalam lif, sebelum mayatnya ditemui di dalam lubang penyelenggaraan lif di pangsapuri BJ Court, Bukit Jambul di sini, kelmarin.

Polis menemui mayat Faridah Hanum, 41, kira-kira jam 9 malam dan siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian tulang rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, lif yang dinaiki mangsa bersama 20 orang lain dipercayai tersangkut menyebabkan mereka terperangkap di dalamnya.

“Ketika kejadian, mangsa cuba keluar dari lif itu namun gagal apabila dipercayai terjatuh di dalam ruang penyelenggaraan lif sedalam kira-kira dua meter.

“Sejurus kejadian, anggota  Bomba dan Penyelamat dari Jalan Perak membantu mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kong Meng berkata, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sinar/-

Budak maut jatuh kondo

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Budak maut jatuh kondo

Pegawai perubatan memeriksa mangsa yang dipercayai terjatuh dari tingkat 17.
SELAYANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di sini dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin.
Mangsa meninggal serta merta selepas mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian anggota badan termasuk kepala.

Sumber memaklumkan, ketika kejadian, kanak-kanak tersebut berada di rumah bersama abangnya berusia 14 tahun.

“Mangsa dilaporkan hilang sewaktu abangnya ke tandas dan sebelum itu di lihat sedang bermain di rumah.

“Risau sesuatu berlaku, abangnya kemudian mencari adiknya di luar rumah dan menjumpai mangsa berbaring tidak bernyawa di bahagian lapang di kawasan pekarangan bawah rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sewaktu ambulans tiba, mangsa telah meninggal dunia.

Mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Sinar/-

Pada Dr M, Umno itu alat permainan sahaja — Aspan Alias

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Umno ini selalu menjadi mangsa pemimpin mereka sendiri. Dalam Umno sedang lemah dan hampir lemas Dr Mahathir pernah berkata Umno itu sudah busuk sampai ke ususnya. Dr Mahathir pernah dengan lantang berkata “yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan yang bijak masuk DAP”. Dr Mahathir sedar itu semua. Begitu juga Daim yang mengatakan hanya tiga negeri sahaja yang akan kekal dengan BN, yang lain semuanya kalah.
Sekarang kedua-duanya mundar-mandir memberikan sokongan dan berkempen untuk parti yang Dr Mahathir anggap sudah busuk sampai ke usus itu. Daim pula bertukar angin dan kembali menyokong Najib yang beliau pandang rendah itu. Sekarang Najib pula yang mampu untuk membawa pembaharuan untuk negara. Saya selalu berkata yang mereka berdua ini tidak boleh dipercayai kata-kata mereka.
Kalaulah mereka ini nakhoda kapal kita sebagai penumpang akan mabuk laut dan muntah-muntah kerana kapal yang mereka nakhodakan itu tidak tentu arah hala-tuju nya. Tetapi sebagai orang politik, kita tidak perlu menjadi seorang yang pandai untuk mengetahui sebab kedua-duanya ini bertukar menyokong parti dan pimpinan yang mereka anggap sebagai tidak berguna dahulu. Yang tidak berguna dahulu sudah menjadi berguna sekarang.
Dr Mahathir dan Daim itu adalah pemimpin yang tidak mahukan Umno itu kuat agar mereka sentiasa menjadi orang penting di mata parti dan pimpinan yang ada sekarang. Semasa Umno itu dianggap kuat, maka Dr Mahathir akan memberikan segala perkara buruk terhadap Umno dan isu yang dimainkan oleh Dr Mahathir terhadap Umno itu bukannya isu yang kecil bahangnya kepada parti itu. Jika Umno kuat Dr Mahathir merasakan beliau akan tidak diperlukan lagi. Jika Umno lemah, maka beliau akan menjadi penting dan berharap pimpinan Umno akan sentiasa bersandar kepada beliau.
Sekarang ini Umno sudah tidak boleh diperbaiki lagi dan salah seorang orang penting kepada kekusutan dalam Umno itu adalah dicipta oleh Dr Mahathir. Sekarang beliau menjadi penting dan beliau sendiri sudah menjadi “panic” kerana kekalahan Umno itu adalah satu kejadian yang tidak mustahil lagi sekarang ini. Dalam keadaan sekarang Dr Mahathir terus berlegar di setiap peringkat menyanyikan lagu Umno itu sebagai penyelamat bangsa dan negara.
Jika kita cuba hendak selarikan dengan komen beliau yang Umno itu sudah busuk sampai ke ususnya tahun lepas, bagaimana pula beliau boleh mendesak rakyat untuk kembali menyokong Umno yang beliau sendiri merasakan parti yang sudah busuk sampai ke ususnya itu? Pimpinan Umno semasa beliau menganggapnya sebagai busuk dahulu masih memegang kuasa parti itu.
Ini adalah dalil yang pemimpin seperti Dr Mahathir itu hanya memerlukan parti yang memerlukan beliau sahaja yang memerintah walau sebusuk mana pun parti itu. Yang penting bagi beliau, Dr Mahathir hanya memerlukan pihak mana yang boleh memberikan dan memenuhi kehendak beliau sahaja untuk memerintah.
Dr Mahathir akan mempersetankan kehendak dan harapan rakyat. Harapan yang perlu dipenuhi hanyalah harapan beliau sahaja dan menjadikan pimpinan Umno sebagai buah “DAM” sahaja dan boleh ditolak dan disorong ke depan dan ke belakang mengikut kehendak dan kemahuan beliau sahaja.
Jika parti ini masih mentadbir kita, apakah harapan rakyat ramai pada masa depan? Parti ini sudah dijadikan alat permainan oleh Dr Mahathir yang tidak puas-puas dengan kemahuan keluarga dan kepentingan kroni-kroni beliau.
Sebenarnya Dr Mahathir mahukan Umno menang tipis kerana beliau hendak terus menjadi orang penting dan kali ini beliau akan memulakan proses pengambil-alihan kuasa dari Najib untuk diserahkan kepada Muhyiddin. Beliau merasakan permainan beliau ini akan terus berjaya lagi kali ini.
Itu sebabnya saya tidak dapat mengalihkan persepsi saya terhadap Dr Mahathir yang selagi Umno lemah selagi itulah pimpinan Umno akan “digomeng” kepala mereka sekehendak hati beliau.
Dr Mahathir tidak pernah mahukan kepimpinan Umno yang kuat untuk kepentingan beliau sehinggakan Umno itu tidak lagi mempunyai harapan untuk pulih dan parti itu tidak mungkin pulih sampai bila-bila.
Justeru itu, tidak salah ahli-ahli Umno itu memberikan sokongan kepada pihak lain kerana mereka hanya menjadi alat untuk kepentingan mereka yang sudah ketagih dengan kuasa melakukan apa-apa jua terhadap rakyat.
Dr Mahathir sedang menggunakan saki-baki pengaruh beliau dengan sepenuhnya untuk melaga-lagakan rakyat jika perlu, semata-mata untuk kepentingan beliau selama beliau masih hidup. Beliaulah orang yang paling sibuk sekarang ini. Tidak ada sesiapa yang lebih penting dalam negara ini selain daripada Dr Mahathir.
Dr Mahathir membuatkan Umno berperang sesama sendiri, harta rampasan perang beliau dan Daim yang kumpul. — aspanaliasnet.blogspot.com
The Malaysian Insider/-

Abu Bakar Omar isytihar sokong PAS

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Seorang lagi pelakon terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.


(Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa)

Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam Tv1 dan Tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 ini.

Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakun yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah dalam bidang lakonan.

Harakahdaily/-




8 cedera terkena tembakan rambang di restoran

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


JOHOR BAHRU - Lapan orang yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Dedap, Johor Jaya, di sini cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan tiga lelaki bertopeng, semalam.
Ketika kejadian 1.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang duduk di sebuah meja bulat mencuba resipi baharu yang diperkenalkan pemilik restoran berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainudin berkata secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng melepaskan tembakan daripada kereta yang mereka
naiki.

"Kejadian berlaku sangat pantas dan suspek berjaya melarikan diri sejurus selepas melepaskan tembakan," katanya ketika dihubungi.
Berikutan itu, katanya satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata kesemua mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail di sini. - Bernama

Dua maut kereta terjatuh dari jambatan

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Dua maut kereta terjatuh dari jambatan

Kereta dipandu Wan Mohd Alif terjunam dan terbalik dari sebuah jambatan memasuki lebuh raya dalam kejadian di Kilometer 26, Jalan Temerloh-Bandar Jengka, pagi semalam..
JENGKA - Keengganan untuk pulang bersama rakan serumah selepas makan malam menjadi petanda ajal seorang pekerja bank dan rakannya yang terbabit kemalangan di Kilometer 26, Jalan Temerloh-Bandar Jengka, pagi semalam.

Mangsa, Wan Mohd Alif Wan Abdul Rashid, 24, yang berasal dari Taman Desa Jaya, di sini, ketika itu bersama rakannya, Mohd Firdaus Mohd Arifin, 24, yang berasal dari Bukit Malaysia, Mentakab.

Rakan serumah Wan Mohd Alif, Syed Jaafar Syed Abdul Kadir, 24, berkata, kali terakhir dia berjumpa kedua-dua mangsa selepas selesai makan malam di sebuah kedai makan di Mentakab, malam kelmarin.

“Saya mengajak arwah (Wan Mohd Alif) pulang ke rumah selepas selesai makan, tapi arwah tidak mahu. Inilah kali pertama arwah tolak ajakan saya. Sebelum ini tidak pernah,” katanya.

Menurutnya, setelah tawarannya ditolak, dia terus pulang ke rumah dan tidak tahu ke mana hala tuju dua rakan terbabit selepas itu.

“Saya tidak tahu mereka merancang hendak ke mana. Arwah tidak pulang ke rumah pada malam itu. Pagi ini (semalam), saya dapat tahu arwah terbabit kemalangan,” katanya.

Maklum hendak bertemu

Ibu Wan Mohd Alif, Che Kamareha Che Ka, 56, berkata, kali terakhir dia berjumpa anak kedua daripada lima beradik itu pada minggu lalu ketika arwah pulang untuk mengambil sijil dan membawanya bersiar di pusat membeli-belah di Mentakab.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun ada menelefonnya petang kelmarin memaklumkan mahu pulang ke rumah untuk menemuinya.

“Arwah telefon bagi tahu nak balik sekitar jam 4 petang semalam (kelmarin). Arwah kata, apa-apa hal dia akan telefon semula, tapi sampai malam dia tidak pulang.

“Saya rancang nak jumpa dia di Temerloh jika dia tidak pulang, tapi pagi ini kami sekeluarga dikejutkan dengan berita arwah terbabit kemalangan,” katanya.

Abang ajak keluar

Adik Mohd Firdaus, Mohd Farid Mohd Aridin, 23, pula berkata, abangnya ada mengajak dia keluar pada malam sebelum kejadian.

“Arwah ajak saya keluar bersamanya malam itu, tapi tidak bagi tahu hendak ke mana. Saya tidak mahu ikut dan mahu duduk di rumah. Itulah kali terakhir saya jumpa arwah.

“Arwah tidak balik rumah malam itu dan pagi tadi, kenalan bekerja di lebuh raya telefon bagi tahu arwah terbabit dalam kemalangan. Saya terus pergi ke tempat kejadian, namun ketika itu arwah sudah tiada,” katanya.

Pemandu dipercayai mengantuk

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kemalangan itu dianggarkan berlaku sekitar jam 7.20 hingga 7.30 pagi semalam.

“Kenderaan pacuan empat roda dipandu mangsa dari arah Jengka menuju Mentakab dipercayai terjunam dan terjatuh ke atas sebuah lebuh raya ketika melalui sebuah jambatan.

“Pemandu dipercayai mengantuk dan kejadian disedari pekerja lebuh raya. Berdasarkan bedah siasat, kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Desa Jaya, Abdul Rahman Basri berkata, arwah Wan Mohd Alif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Damai di sini, semalam, selepas solat Asar.

Turut hadir, penyandang Adun, Wan Salman Wan Ismail.

Sinar/-

Zaid: Jangan takut untuk sokong Pakatan

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


ZAID IBRAHIM

$entry.content.caption.value
JADI, akhirnya kita akan mempunyai pilihan raya umum selepas semua Dun dibubarkan. Bulan menunggu telah mengambil masa kebanyakan orang, tetapi ia adalah penting bahawa mereka terus mempunyai tenaga dan semangat dan bekerja keras untuk membuat PRU13 ini sesuatu satu yang bermakna.
Minggu ini, saya mahu bercakap dengan orang Melayu. Mereka membentuk blok terbesar pengundi dan kepada mereka saya katakan, ini adalah peluang anda untuk mempunyai sebuah kerajaan baru. Sebuah kerajaan yang baru ini akan membolehkan anda untuk membuat perbandingan dengan apa yang kita ada sekarang. Anda telah diberitahu berkali-kali bahawa tiada siapa selain Umno/BN boleh memerintah dan melindungi anda, tetapi ia tidak akan menjadi lebih baik untuk anda cuba untuk mengetahui untuk diri sendiri? Bagaimana kita boleh tahu jika Pakatan akan menjadi lebih teruk daripada Umno jika kita tidak memberi mereka peluang?

Anda perlu berani dan tidak membiarkan orang lain membuli anda dengan ketakutan dan ugutan. Pihak-pihak pembangkang mempunyai lebih Melayu daripada BN supaya mereka tidak akan memudaratkan anda. Mereka telah bekerja keras dan layak peluang. Untuk semua yang anda tahu, anda boleh mendapatkan lebih sekolah, guru-guru yang lebih baik untuk anak-anak anda (kerana mereka boleh menumpukan lebih banyak masa untuk pengajaran daripada politiking) dan keselamatan yang lebih baik daripada pihak polis dan tentera. Walaupun pendapatan isi rumah anda boleh meningkat kerana akan menjadi lebih bagi kerajaan untuk berkongsi dengan pemimpin-pemimpin yang kurang rasuah menerajui.

Anda tidak akan mengalami apa-apa kehilangan jika anda mengundi pembangkang. Jika pembangkang mendapat lebih kukuh kerana sokongan anda tetapi BN masih menang, maka anda akan mendapat pemberian wang tunai lebih daripada mereka telah dijanjikan. Wang dan projek-projek yang hanya diberikan kepada anda kerana pembangkang adalah kuat jika pembangkang telah lemah, anda tidak akan mendapat BR1M I dan BR1M 2. Ia tidak masuk akal untuk mengundi pembangkang jika anda mahu lebih daripada BN. Belajar untuk menghargai undian anda untuk meningkatkan kehidupan anda.
Umno akan menggunakan segala taktik untuk menakutkan seperti memberitahu anda bahawa Islam tidak lagi menjadi agama rasmi dan Raja-raja Melayu akan hilang jika pembangkang menang. Anda perlu bertanya kepada anak-anak dan cucu-cucu anda jika mana-mana ini boleh menjadi kenyataan. Malah, mereka akan memberitahu anda bahawa ini adalah tidak masuk akal, hanya takut mongering oleh mereka yang terdesak untuk berpaut kepada kuasa apabila segala-galanya telah gagal.
Orang Melayu perlu mengubah kesetiaan dan sokongan Pas sebagai pelindung mereka. Pas adalah parti Melayu seperti Umno. Perbezaan adalah bahawa Pas tidak pernah diberi kepercayaan untuk memerintah negara ini. Jika orang Melayu boleh memberi Umno 50 tahun memerintah, sudah tentu ia tidak terlalu banyak memberi Pas sekurang-kurangnya lima tahun. Peluang kepada Pas memerintah (dalam pakatan, sudah tentu, dengan PKR dan DAP) adalah detik bersejarah kepada orang Melayu untuk merampas. Jika Pas tidak dapat mentadbir dengan baik maka rakyat sentiasa boleh kembali kepada Umno.
Pilihan adalah apa yang orang Melayu perlu buat untuk mereka sendiri, kesejahteraan - yang mereka tidak mempunyai dalam tempoh 50 tahun lepas.
Saya tahu adalah mudah untuk memujuk orang Melayu untuk menyokong pemimpin-pemimpin mereka dan tidak menentang mereka. Mereka akan diingatkan tunai dan semua bantuan yang telah diberikan kepada mereka. Mereka akan diberitahu untuk bersyukur. Mereka akan diberitahu bahawa BN dan kerajaan adalah satu dan yang sama supaya jika anda mahu lebih daripada kerajaan, maka hanya pemimpin BN boleh membantu anda.

Sekali lagi, saya menggesa anda untuk bercakap dengan anak-anak dan cucu anda. Wang / gaji bahawa pemimpin-pemimpin BN memberi dalam pertukaran untuk undi tidak tergolong kepada mereka, tetapi kepada orang-orang di negara ini. Ia adalah salah bagi pemimpin untuk merasuah anda untuk undi. Mereka tidak pernah ikhlas kepada anda. Ia tidak salah untuk anda mengundi untuk pemimpin / parti pilihan anda dan masih menyimpan wang. Malah, jika anda mengundi untuk pembangkang, maka BN akan mempunyai alasan untuk memberi anda lebih banyak tahun depan. Sama ada cara, anda menang dengan menyokong pembangkang.

* Datuk Zaid Ibrahim, bekas Presiden Kita

'Lie to Me' ketika Najib buat aku janji

26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



NTV7 telah istiharkan ketika Najib Razak sedang seronok khayal syok sendiri membentangkan manifesto BN untuk hadapi pakatan Rakyat pada PRU 13 ini, sebagai  "LIE TO ME".

Maksudnya "BOHONGI AKU".

Adakah penerbit stesen NTV7 sedar dan akur bahawa ketika Najib Razak sedang membentangkan manifesto BN PRU 13 semuanya adalah bohong dan tipu belaka?

Ini bukan "AKU JANJI" tetapi lebih tepat "AKU TIPU"

Harakahdaily/-