13 Mei 2013

27 kerusi dimenangi BN dalam pilihan raya umum diragui, kata Rafizi

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

Rafizi Ramli: Kerjasama siasatan diantara PKR, DAP dan PAS. — Gambar fail
PETALING JAYA — PKR hari ini berkata mereka telah menerima 237 laporan penipuan yang berlaku ketika Pilihan Raya 2013 di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, pasukan #siasatPRU13 yang diketuainya turut menemui keraguan di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, dan akan meneliti kesemua kerusi berkenaan.
“PKR akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini. “Oleh kerana 19 daripada kerusi ini dimenangi tipis oleh BN adalah kerusi PKR, proses mengumpul maklumat dan bukti bagi tujuan petisyen pilihan raya sedang giat dijalankan.”
Rafizi juga mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) juga akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 pada hujung Mei ini, namun mendakwa undang-undang pilihan raya tidak “mesra” pembangkang.
“Kami akan kemuka petisyen hujung Mei ini ... bagaimanapun undang-undang semuanya menentang kami kerana BN yang buat undang-undang,” katanya.
“Saya tidak menjangkakan petisyen akan berpihak kepada pembangkang,” katanya dan menambah, beliau tidak mempercayai gesaan pemimpin BN supaya menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka berhubung perjalanan pilihan raya melalui petisyen.
Ketika sidang media itu juga, Rafizi turut mengemukakan senarai antara kerusi yang diraguinya, termasuklah Bentong; Kuala Selangor; Baram; Sungai Besar; Pasir Gudang; Labis; Machang; Ketereh; Titiwangsa; Tebrau; Bagan Serai; Kota Marudu; dan Beufort.
Rafizi turut menyenaraikan kerusi Setiawangsa; Segamat; Ledang; Balik Pulau; Kulim Bandar Baharu; Pulai; dan Kuala Kangsar; Muar; Pendang; Hulu Selangor; Sabak Bernam; Merbok; Pensiangan; dan Saratok.
Ahli Parlimen Pandan itu turut menegaskan, daripada 27 kerusi Parlimen berkenaan, hanya dua sahaja yang mereka masih lagi belum menerima laporan penipuan iaitu di kerusi Parlimen Machang dan Hulu Selangor.
Antara kriteria utama yang menjadi fokus siasatan mereka jelas Rafizi adalah termasuk margin kemenangan tipis bawah 5 peratus; margin kemenangan tidak sepadan dengan undi rosak apabila undi rosak lebih besar daripada margin kemenangan; peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undian kedua-dua undi berkenaan yang diragukan; serta kerusi yang dilaporkan bukti kukuh beserta laporan polis.
PKR juga jelas Rafizi turut menumpukan kepada enam senarai penipuan yang jelas iaitu; pengundi dilarang mengundi kerana undi mereka dibuang orang lain; BN membeli undi; dakwat kekal tidak kekal; kesalahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menandatangani Borang14 sebelum pengiraan; dan pengundi warga asing.
“Kami mempunyai bukti bergambar dan video untuk menyokong dakwaan kami di kerusi Parlimen Balik Pulau,” katanya mendakwa berjaya memperolehi gambar pengundi menukarkan vaucer kepada wang tunai.
“Kami sedang berusaha mendapatkan pengundi yang berani tampil mendedahkan tentang kewujudan vaucer berkenaan,” tambah pemimpin muda PKR itu lagi.
The Malaysian Insider/-

Adun disiasat kes rasuah dilantik Exco Terengganu?

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengkritik pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah jawatan pada 11 Mei lalu, kerana menurutnya tiada portfolio khusus berkaitan dengan agama.

"Yang pertama sekali kita melihat tiada Exco agama, pelik, banyak Exco ni seorang pegang beberapa portfolio, tetapi kita lihat, dan kita cari juga, mungkin juga kerana Ustaz Ramli Nuh kalah di Dun Tepoh, lepas tu mereka tiada calon untuk melantik Exco Agama.


"Jadi kami persoalkan di mana letaknya, yang kata Umno ini memberi keutamaan agama Islam sehingga Exco Agama pun tidak ada," katanya dipetik Buletin Online yang meminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberikan penjelasan terhadap perkara tersebut.


Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Alor Limbat mempersoalkan kredibiliti Exco kerana ada yang dilantik masih disiasat terlibat dengan rasuah.

"Isu perlantikan Exco ini isu rasuah, masih terdapat Exco yang dilantik yang masih disiasat terlibat dengan rasuah, melemahkan integriti kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini," tegasnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Kuala Terengganu semalam. 

Beliau juga menyifatkan tindakan Ahmad tidak mahu membangunkan rumah mampu milik dalam Dun yang dimenangi oleh PAS sebagai satu diskriminasi dan kezaliman.

Harakahdaily/-

PR akan bentuk kerajaan pusat jika menang petisyen, kata Kit Siang

3 Rejab 1434 H. [MOD] -


Lim Kit Siang pada ceramah di Skudai semasa PRU13. — Gambar fail
KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) menjangka kemenangan daripada 20 hingga 30 petisyen yang akan mereka kemukakan selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 diwartakan bagi memberi laluan pembentukan kerajaan pusat baru, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP tersebut berkata  Gobind Singh Deo telah dilantik untuk mengendalikan satu jawatankuasa khas petisyen tersebut, tetapi tidak mendedahkan bantahan tersebut akan dibuat terhadap kerusi-kerusi secara spesifik.
“Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN,” kata Lim yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Menurut Lim, PR hanya memerlukan kemenangan 22 kerusi daripada keseluruhan petisyen yang akan mereka kemukakan untuk membentuk kerajaan pusat yang baru dengan majoriti.
“BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan,” katanya lagi.
Keyakinan yang Lim suarakan juga berasaskan undi popular yang diperoleh oleh PR pada pilihan raya 5 Mei lalu, dimana gabungan pembangkang memperoleh peratusan lebih tinggi daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
PR mendapat 51 peratus undi popular berbanding BN yang hanya mendapat 47 peratus.
“BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular,” katanya.
Penubuhan jawatankuasa khas diumumkan DAP juga hampir sama seperti pengumuman oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas yang melantik Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bagi mengetuai pasukan menyiasat penipuan PRU13.
Dalam perkara berasingan, Lim berkata tidak perlu menghiraukan cabaran Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13.
BN memenangi 133 berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkang jika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008.
Daripada 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat, DAP memperolehi kerusi terbesar dengan 38 kerusi.
BN turut hilang undi popular kepada PR — pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Perikatan.
The Malaysian Insider/-

Anwar dakwa ucapan Mohd Noor berbaur perkauman

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM – PKR menyifatkan kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berbaur perkauman dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah memberi amaran kepada kaum Cina, yang menurutnya tidak menghargai orang Melayu.
 
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan seumpama itu hanya akan memalukan Klu Klux Klan dan membuat diktator Nazi Jerman Adolf Hitler berasa bangga.

“Berapa lama lagi kita bertolak ansur dengan kebencian seperti angin dan perangkap bangsa dari kerajaan Najib tidak sah?

“Walaupun Umno menuai benih-benih kebencian dan perbalahan, kita di Pakatan Rakyat (PR) akan terus menyemai semangat muhibah dan saling hormat-menghormati di negara ini,” katanya yang dipetik dari laman blog beliau, hari ini.
 
Semalam, Mohd Noor berkata walaupun kaum Melayu mempunyai nilai toleransi yang tinggi tetapi mereka juga tidak suka dikhianati dan diperkotak-katikkan maruahnya.
 
Beliau berkata demikian dalam program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Persatuan Alumni UiTM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Anwar turut mengajak rakyat berganding bahu dan terus bersatu.
 
“Kepada rakyat Malaysia - terima kasih untuk keluar malam di Ipoh dan menunjukkan ini fanatik apa yang sebenarnya menjadi Anak Malaysia bermakna,” ujar beliau lagi.

Sinar/-

Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada 22 November

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan negeri yang dipilih menjadi tuan rumah adalah Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tarikh dan tempat itu diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat yang bersidang semalam.

Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015.

Untuk tujuan itu Mustafa berkata, tarikh untuk diadakan mesyuarat agung bagi peringkat cawangan dan kawasan termasuk dewan-dewan serta muktamar dewan-dewan negeri dan pusat juga telah ditetapkan.

Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei ini sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.

Bagi Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak peringkat negeri pula, tarikh yang ditetapkan adalah bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober manakala dewan-dewan peringkat pusat akan berlangsung pada 20 hingga 21 November.

harakahdaily/-

18 Mei: Rakyat Turun Ke Jalanraya Jika Pengerusi & Timb SPR Tak Turun

3 Rejab 1434 H. [MOD] -


Satu himpunan lebih besar akan diadakan pada Sabtu, 18 Mei bagi menuntut perletakan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR) dan jawapan badan itu berkenaan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara demikian dinyatakan aktivis mahasiswa, Adam Adli ketika berucap pada himpunan aman di depan Ibu Pejabat SPR di di sini petang ini.

“Kita beri tempoh seminggu dari sekarang. Pengerusi SPR didesak untuk meletakkan jawatan. Jika tidak, hari Sabtu 18 Mei depan, beliau akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.

“Kita dah bagi ruang supaya Pengerusi SPR untuk letakkan jawatan. Kita dah lama bersabar. Hanya rakyat yang boleh selamatkan demokrasi di negara ini,” kata Adam disambut tepukan 200 aktivis NGO yang berhimpun.

Manakala dalam ucapan beberapa pimpinan mahasiswa dan wakil NGO, mereka menyatakan rasa marah kerana SPR sebagai badan pengendali pilihan raya tidak amanah menjalankan tanggungjawab sebagai ‘pengadil’.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti. Sebab itu kami minta beri laluan untuk bertemu Pengerusi SPR.

“Mereka hanya berani bawa pengundi hantu. Mereka hanya berani tukar peti undi. Tapi mereka tak berani nak jumpa rakyat,” kata pemimpin mahasiswa, Safwan Anang.

Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN pada kenyataan memaklumkan, beberapa Himpunan #Black505 akan diadakan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan penyelewengan pilihan raya oleh SPR.

Antaranya di Stadium Kompleks Sukan Batu Kawan, Pulau Pinang pada Sabtu, 11 Mei; Medan Istana, Ipoh, Perak pada Ahad, 12 Mei; Kuantan, Pahang (14 Mei) dan Johor Bahru, Johor (15 Mei).

Mereka yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbolik berkabung atas kematian demokrasi di negara ini. -KD

Bangladesh terus dilanda bencana industri

Bangladesh terus dilanda bencana industri3 Rejab 1434 H. [MOD] -


Kilang Tung Hai yang terbakar minggu lalu dipercayai angkara khianat.
Bangladesh terus dilanda bencana industri
Kebanyakan ahli keluarga mangsa berada di lokasi kejadian berasa hiba setiap kali mangsa dikeluarkan dari sisa runtuhan.
RESHMA BEGUM
RESHMA BEGUM
BANGLADESH terus dilanda bencana industri lewat Rabu lalu, selepas lapan orang maut dalam insiden kebakaran di kilang pakaian di Dhaka dalam tempoh dua minggu.
Mangsa terkorban dalam kejadian itu termasuk pengarah urusan dan pemilik Kilang Tung Hai tersebut.
Pihak berkuasa memberitahu, punca kebakaran masih belum diketahui.

Siasatan awal mendapati, insiden berlaku di aras tiga bangunan setinggi 11 tingkat itu mungkin berpunca daripada perbuatan khianat.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan penutupan 18 kilang pakaian di negara tersebut, beberapa hari selepas mereka berjanji untuk mempertimbangkan tahap keselamatan yang lebih tinggi susulan daripada perbincangan bersama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Kesemua premis tersebut hanya dibenarkan buka semula selepas mereka membuat penambahbaikan struktur dan keselamatan,” kata pegawai di Kementerian Buruh.

Kebakaran adalah masalah utama di 4,500 kilang tekstil di Bangladesh berikutan kebanyakan syarikat beroperasi di bangunan usang dengan sistem pendawaian yang tidak mengikut piawaian.

Menurut kumpulan Clean Clothes Campaign berpusat di Amsterdam, kira-kira 700 orang terbunuh dalam kebakaran kilang di Bangladesh sejak 2006.

Peruncit Barat hanya tahu mengkritik premis terlibat kerana gagal memastikan keselamatan pekerja tetapi jenama utama terus membuat pesanan dan tidak mengendahkan masalah yang dihadapi buruh di Bangladesh.

Terpaksa potong tangan
Usaha seorang pekerja kilang berhampiran Plaza Rana, Didar Hussain menyelamatkan 34 mangsa di lokasi kejadian termasuk, Aanna Akhtar.
Aanna menganggap dirinya bertuah walaupun terpaksa kehilangan pergelangan tangannya.

“Saya mula bekerja di tingkat enam di bahagian pembuatan poket seluar kira-kira tiga minggu lalu.

Kebanyakan rakan sekerja berjaya menyelamatkan diri. Saya hanya mampu menangis sebelum dibawa keluar pada hari kedua selepas insiden itu,” katanya.

Hussain yang mendengar tangisan gadis berumur awal 20-an itu cuba menenangkannya.

“Saya tidak mempunyai pilihan, selain terpaksa memotong tangannya yang tersepit di bawah sisa runtuhan. Ia dilakukan atas persetujuan gadis tersebut,” jelasnya.

Difahamkan, usaha itu mengambil masa selama lima jam dan mangsa kini dirawat unit rawatan rapi dan dilaporkan semakin sembuh.
Terperangkap selama 17 hari

Seorang wanita ditemui masih hidup di bawah runtuhan selepas 17 hari insiden runtuhan tersebut.
Reshma Begum memberitahu, usahanya mengetuk batang paip berjaya menarik perhatian pasukan penyelamat.

“Jeritan saya tidak didengari sesiapa. Saya hampir berputus asa,” katanya yang bekerja di tingkat dua Plaza Rana.

Reshma menyatakan dia bergantung hidup dengan memakan makanan kering selama 15 hari selepas terperangkap di bawah sisa runtuhan berhampiran surau.

Mejar Jeneral, Chowdhury Hasan Suhrawardy memaklumkan wanita itu juga terpaksa memotong rambutnya yang tersangkut dengan objek tajam.

Usaha menyelamat Reshma turut disiarkan secara langsung di seluruh negara.

sinar/-

Pemandu bas nyaris maut

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

Pemandu bas nyaris maut
Bas dipandu Perakash terhumban ke dalam longkang selepas terbabas dan melanggar tiang elektrik.
Pemandu bas nyaris maut
Gambar kecil: Ka Hoo.
 
CHUAH - Seorang pemandu bas sebuah syarikat pelancongan nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terhumban ke dalam longkang di Kampung Chuah di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi, mangsa, V Perakash memandu berseorangan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kampung Sawah, Chuah selepas habis bertugas.

Ketika kejadian tiada saksi kerana lokasi yang agak jauh dari kediaman penduduk dan pemandu hanya dibantu 10 minit kemudian oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi ambulans.

Penyelia bas syarikat pelancong itu, Tan Ka Hoo, 53, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu apabila dihubungi oleh Perakash pada jam 5 pagi tadi (semalam).

“Mujur ketika kejadian, bas ini tidak membawa penumpang dan Perakash hanya cedera di kaki.

“Sejak hampir dua tahun Perakash bekerja sebagai pemandu di syarikat ini, dia belum pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun kami akan menyiasat punca kejadian ini sama ada kecuaian pemandu atau pun masalah teknikal bas," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan membuat laporan polis terlebih dahulu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, Perakash dibawa ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.

sinar/-

Ikatan PR buka laluan 'anak sulung' PAS di Melaka

3 Rejab 1434 H. [MOD] -


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan:  "Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)

KETIKA berceloteh mengenai suasana hari penamaan calon di Melaka 20 April lalu, saya menyatakan ada 'kemajuan menarik' antara PAS dan DAP tatkala melihat buat pertama kalinya penyokong kedua-dua parti saling bercampur dengan bendera mereka (bulan dan roket) berkibaran berselang seli. Situasi itu tidak saya lihat pada PRU 2008 dan sebelumnya.

'Percampuran' itu terbukti membantu PAS dalam melahirkan anak sulungnya di bumi Hang Tuah (PAS melalui calonnya Dr Mohd Khalid Kassim menang di Bukit Baru, N17 dengan majoriti 48 undi) manakala DAP meraih manfaatnya apabila akhirnya berjaya mengakhiri legasi BN (MCA) di kawasan seperti Duyong (N23). Di Duyong, Pengerusi MCA Melaka yang juga penyandang kerusi itu, Dato' Gan Tian Loo ditewaskan oleh Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San dengan majoriti 205 undi.

Tentunya kejayaan itu dibantu KeADILAN, dan ia menjadi lebih manis lagi apabila ikatan padu ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu melenyapkan ego Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang kecundang di kawasan Parlimen Bukit Katil (P137) dengan majoriti agak besar (5,447 undi) di tangan Pengerusi KeADILan Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin. Kekalahan Mohd Ali yang pernah mengadakan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu, diselubungi 'misteri' seperti terpadamnya lampu ketika pengiraan undi. Beliau menyalahkan rakyat terutama orang Cina yang dakwanya tidak pandai 'mengenang budi'.

Berdasarkan senario di Dun dalam Parlimen Bukit Katil (Bukit Baru, Bachang, Ayer Keroh dan Ayer Molek) dan Parlimen Bukit Katil sendiri, ada iktibar menarik yang boleh dijadikan panduan. Hanya kawasan inilah yang mencatatkan perubahan di Melaka; kawasan lain (luar bandar) tetap didominasi oleh BN manakala di bandar (terutama Kota Melaka) dimonopoli DAP.

Di Dun Bukit Baru, pengundi Melayunya ada kira-kira 55 peratus, Cina lebih kurang 40 peratus manakala India kira-kira 5 peratus. Dipercayai pengundi Melayu berpecah dua; dan apabila situasi ini berlaku, dengan undian pengundi Cina terutama daripada DAP menyebelahi calon PAS, maka tercatatlah sejarah Dr Khalid yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Hospital Melaka, 'melahirkan anak sulung' PAS di negeri Hang Tuah.

Bagi Parlimen Bukit Katil (pengundi Melayunya 51 peratus, Cina 42 peratus dan India 6 peratus) faktor kebangkitan anak muda dan kesedaran sesetengah pengundi akan amalan korupsi dan seumpamanya, dibantu kejituan jentera dan penyokong PAS, KeADILan dan DAP serta kewibawaan dan kelantangan calonnya (Shamsul Iskandar), memberi sumbangan kepada kejatuhan Mohd Ali, ketua menteri selama lebih sedekad.

Jika ditinjau kemenangan DAP (Goh Leong San) di Duyong pula (pengundi Cina lebih 50 peratus, Melayu 45 peratus dan India 4 peratus), saya percaya selain daripada sokongan pengundi tegar DAP, kesediaan ahli dan penyokong PAS dan KeADILan untuk memberi undi kepadanya berdasarkan suntikan semangat Pakatan Rakyat; menyebabkan Tian Loo beserta penyokongnya daripada orang Cina dan Melayu tersungkur sama.

Rumusannya, kerjasama erat PAS, DAP dan KeADILan, membolehkan ketiga-tiga pihaknya mencatat kejayaan ditandingi calon mereka yang merupakan sejarah di bumi Hang Tuah. Penyokong rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terutama DAP telah membuka laluan untuk PAS mencatat 'kelahiran anak sulung' dengan memenangi Dun Bukit Baru manakala penyokong PAS telah membantu calon DAP untuk menang di Dun seperti Duyong.

Berkenaan sahabat saya, Harun Mohamed yang bertanding di Dun Telok Mas (N23) seperti dicoretkan dalam keluaran lalu; syabas diucapkan kerana beliau berjaya merapatkan jurang majoriti kekalahan kepada hanya 701 undi (beliau mendapat 7,332 undi berbanding Latiff Tamby Chik memperolehi 8,033 undi), Mungkin undian penyokong DAP sebagai bantuan kepadanya masih tidak memadai untuk beliau menang kerana kawasan itu mempunyai pengundi Melayu yang tinggi (70 peratus) sedangkan Cina hanya 28 peratus.

Akhir sekali, syabas PAS Melaka kerana berjaya melahirkan anak sulung; pada PRU berikutnya diharapkan dapat melahirkan kembar yang banyak pula seterusnya mengetuai kerajaan baru rakyat; jadi terus bekerja keras dan berdoalah mulai sekarang! - http://lanh14.blogspot.com/

Blackout 505: PAS serah kepada negeri

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada PAS negeri sama ada mahu menyertai atau tidak perhimpunan Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’.

“Kita serahkan kepada (PAS) negeri sama ada mahu menyertai atau tidak,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Dewan Ulama PAS yang tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan himpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat memperoleh 89 kerusi Parlimen manakala BN memenangi 133 kerusi Parlimen sekaligus mengekalkan mereka sebagai Kerajaan Persekutuan.

Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat mendapat sambutan luar biasa bermula di Kelana Jaya Rabu lalu, Pulau Pinang Sabtu lalu dan Perak malam tadi.

harakahdaily-/

Keistimewaan Tok Guru Nik Aziz yang tidak ada pada MB yang lain

3 Rejab 1434 H. [MOD] -



Bersara dengan penuh kegemilangan. Kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, mampu mempertahankan Kelantan walaupun diasak hebat oleh 3 Perdana Menteri ~ Tinta Hijau DKB

Penipuan Pilihanraya Dibawa Ke Peringkat Antarabangsa

3 Rejab 1434 H. [MOD] -


Laman web White House dipenuhi rakyat Malaysia tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Rakyat Malaysia telah mengajukan rungutan kepada petisyen online White House berkenaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan sejumlah 222,000 tandatangan telah diterima dalam masa seminggu dan menjadikannya isu kedua popular menurut Associated Press.

Petisyen online Presiden Amerika Syarikat Barack memerlukan 100,000 tandatangan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai rasmi kerajaan.

Menurut laporan AP, laman web pentadbiran Obama “Kami adalah Rakyat” telah dimulakan pada 2011 sebagai projek kerajaan terbuka untuk pengguna Internet.

Walaupun hanya untuk rakyat AS, syarat mengumpul tandatangan online itu kekal terbuka yang cukup bagi membolehkan aktivis luar negara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sendiri untuk menyuarakannya di peringkat antarabnagsa, kata AP.

Laman berkenaan bagaimanapun tidak memrlukan kerakyatan seseorang.

Mereka hanya perlu berusia 13 dan ke atas dan mempunyai alamat emel yang sah bagi mencipta akaun bagi memulakan petisyen.

White House juga berkata akan memberikan layanan sama terhadap petisyen dari luar negara. Kerajaan AS bagaimanapun masih lagi belum memberikan maklum balas terhadap petisyen Malaysia itu.

Sebarang kritikan AS terhadap pilihan raya tercetus minggu ini apabila Jabatan Negara AS mengiktiraf keputusan pilihan raya, sambil mengakui kewujudan keraguan dalam pilihan raya, lapor AP.

Petisyen “spoke out the dissatisfactions to the international communities successfully”, oleh virologist dan penganjur petisyen, Kuan Ping Ang, berkata di laman Facebook miliknya, seperti dilaporkan AP.

Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya lalu namun tewas undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).

BN hanya memenangi 47 peratus undi sedangkan PR memenangi lebih separuh jumlah undi popular.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR telah menganjurkan dua perhimpunan - di Petaling Jaya dan Pulau Pinang- bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati yang dakwa mereka telah ditipu.

PR telah mengkritik berkenaan paten pengundi yang meragukan, keraguan dalam menguruskan peti undi, dan isu lain yang mana DAP dan PAS berdiam diri berhubung petisyen keputusan pilihan raya.

PR berkata mereka menjangkakan 29 keputusan pilihan raya dan perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, akan diteruskan dengan perhimpunan sekali lagi di Perak hari ini. -TMI


Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum
walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!


16 pasangan pengantin lama dirai

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

16 pasangan pengantin lama dirai
Pasangan suami isteri bekas pelajar SMSAH bergambar bersama rakan dan warga SMSAH selepas berakhirnya acara persandingan sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas SMSAH.
 
JITRA - Seramai 16 pasangan suami isteri bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), bagaikan bermimpi selepas bersanding sekali lagi sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas sekolah mereka.

Mengembalikan nostalgia zaman persekolahan serta sejarah perkenalan antara pasangan berkenaan, Persatuan Alumni SMSAH menganjurkan acara itu bagi memeriahkan lagi sambutan itu.

Penganjur acara persandingan, Ku Ramlah Ku Edar, berkata, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan acara itu bagi memberi kelainan pengisian sambutan ulang tahun berkenaan.

Menurutnya, usaha mengenalpasti pasangan suami isteri bekas pelajar SMSAH berjaya dilakukan melalui laman Facebook Persatuan Alumni SMSAH.

“Walaupun kita tidak dapat mengumpulkan semua pasangan untuk acara ini, namun jumlah pasangan yang ada ini sudah cukup membanggakan kami sebagai warga SMSAH.

“Idea mengadakan acara ini timbul selepas kami mendapati ramai bekas pelajar SMSAH yang menjadi pasangan suami isteri. Jadi kami ambil peluang sempena sambutan ulang tahun ke-50 untuk mengumpulkan pasangan masing-masing,” katanya yang turut menjadi antara pasangan itu.

Pengarah Eksekutif MESB Berhad, Datuk Suhairi Saad, 50, dan isterinya Datin Mashitoah Din, 48, berkata, bagaikan tidak percaya mereka dapat bersanding semula lebih-lebih lagi di sekolah lama mereka.

“Kami sangat gembira kerana banyak memori tercipta di sini walaupun bukanlah pasangan bercinta semasa di sekolah dan sekadar saling mengenali satu sama lain.

“Kami berkahwin pun bila saling rapat sewaktu masing-masing pulang dari luar negara selepas tamat belajar, ini bukan kisah cinta masa sekolah dan inilah jodoh,” kata mereka yang masing-masing bersekolah di SMSAH pada 1980 dan 1982.

Bagi Pasangan muda, Mohammad Hafiz Abdul Rahim, 31, dan Nur Iryani Mohd Noor, 27, pertemuan mereka di laman Facebook menjadi titik tolak hubungan hingga ke jinjang pelamin.

Menurut Hafiz, dia dan isterinya tidak pernah rapat pada zaman persekolahan kerana perbezaan umur.

“Saya dan isteri mengambil peluang menyertai acara ini bagi mengimbau kembali zaman persekolahan dan memberi sokongan kepada penganjuran. Lebih-lebih lagi kami masih dalam tempoh berbulan madu,” katanya yang berkahwin pada hujung Mac lalu.

Sementara itu, bagi pasangan sama umur, Shahidan Yahaya, 49, dan Dr Noor Asmawati Mohd Zabidi, 49, mula berkenalan sejak tingkatan satu pada 1981.

Walaupun saling kenal sejak zaman sekolah, jodoh pertemuan mereka dijalinkan selepas berkahwin pada 2007.

“Alhamdulillah, ini semua jodoh yang sudah ditentukan ALLAH, walaupun tanpa hubungan cinta di bangku sekolah hingga belajar ke luar negara kami bersatu juga akhirnya,” kata mereka.

Selain acara itu, sambutan ulang tahun ke-50 SMSAH juga dimeriahkan dengan acara 'countdown' ke jubli emas, majlis bankuet diraja, bicara tokoh, forum perdana, pembinaan “Walk of Fame”, buku bergambar, pameran dan hari terbuka, karnival kokurikulum, kejohanan golf dan

kejohanan futsal membabitkan semua pihak yang sedang atau pernah menjadi warga SMSAH.

sinar/-


Mipas bantah Najib kata Umno bukan parti rasis

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ‘Umno bukan parti rasis’.
Najib menyatakan demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam kelmarin.

“Mipas mempertikaikan kenyatan Najib, jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mengatakan bahawa kekalahan dan kemerosotan undi kepada Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah punca tsunami kaum Cina,” kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, Najib mengalih isu sebenar dan sengaja mencetuskan perkauman dengan menghidupkan semula pertengkaran antara kaum.

Beliau berkata, hakikat sebenarnya ialah bukan Tsunami Cina tapi Tsunami Rakyat, itulah realiti yang sedang belaku.

Tambah beliau, Najib dan Barisan Nasional harus menerima kenyataan yang sebenar bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan dan mereka bebas mengundi serta memilih mana-mana wakil calon yang mereka sukai.

“Jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mencalonkan Zulkifli Noordin di Shah Alam mewakili kerusi BN, sedangkan Zulkifli Noordin pernah menghina kepercayaan penganut agama Hindu,” ujarnya dengan menegaskan Mipas tidak boleh menerima kenyataan Najib itu.

Begitu juga, ujarnya tidak ada sebarang tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia keluaran muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina Mahu?’ selepas PRU13.

Malahan, kata beliau tidak ada apa-apa tindakan dan teguran sama sekali terhadap kenyataan Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah, dan banyak lagi isu-isu berbau perkauman dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sebelum ini.

“Jadi isu sama ada sebarang parti, sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat mahupun Umno atau parti-parti yang lain bukan rasis atau rasis tidak lagi relevan kerana pengundi, rakyat mengundi mengikut matlamat perjuangan dan manifesto yang diketengahkan oleh parti masing-masing dalam PRU yang ke-13 ini,” ujarnya lagi.

Ini, kata  Barathidasan boleh dibuktikan dengan kekalahan calon Bebas yang lebih pro kepada Umno dan BN, Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, satu kawasan yang majoriti nya pengundi Melayu walaupun calon Umno BN Che Johan telah menarik diri daripada bertanding, begitu juga dengan kekalahan Zulkifli Noordin di Shah Alam.

Sebenarnya, bagi beliau Umno harus sedar dan ikhtibar mengenai realiti dan perubahan landskap politik Malaysia yang kini lebih kompleks, matang dan jauh berbeza daripada tahun-tahun 40-an, 50-an, 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan sehinggalah menjelang tahun-tahun dekad akhir pertama abad ke-12 ini.

Menurutnya, perkembangan globalisasi, ledakan internet dan media sosial serta pemikiran yang lebih berani dan telus ditambah dengan arus pengetahuan dan fahaman yang membina daripada generasi yang muda semakin menuntut kepada dinamisma dan anjakan paradigm dalam semua aspek pembangunan negara.

“Maka isu rasis bukan lagi menjadi persoalan pokok atau isu lagi dalam arena politik Malaysia masa kini kerana trend tersebut semakin berkurangan,” katanya.

harakahdaily/-

Top 20 majoriti tertinggi pada PRU13

3 Rejab 1434 H. [MOD] -


Untuk besarkan KLIK imej
 
Jom lihat senarai Top 20 majoriti tertinggi pada PRU13 yang lalu. Yang sebelah sana hanya 1 kerusi je tersenarai iaitu Parlimen Pekan.
 
Walaupun memiliki kuasa dan sokongan media arus perdana, 'orang tu' hanya mampu berada di kedudukan ke-9 je ~ Tinta Hijau DKB