3 Rejab 1434 H. [MOD] -
JITRA - Seramai 16 pasangan suami isteri bekas pelajar Sekolah Menengah
Sultan Abdul Halim (SMSAH), bagaikan bermimpi selepas bersanding sekali
lagi sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas sekolah mereka.
Mengembalikan nostalgia zaman persekolahan serta sejarah perkenalan antara pasangan berkenaan, Persatuan Alumni SMSAH menganjurkan acara itu bagi memeriahkan lagi sambutan itu.
Penganjur acara persandingan, Ku Ramlah Ku Edar, berkata, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan acara itu bagi memberi kelainan pengisian sambutan ulang tahun berkenaan.
Menurutnya, usaha mengenalpasti pasangan suami isteri bekas pelajar SMSAH berjaya dilakukan melalui laman Facebook Persatuan Alumni SMSAH.
“Walaupun kita tidak dapat mengumpulkan semua pasangan untuk acara ini, namun jumlah pasangan yang ada ini sudah cukup membanggakan kami sebagai warga SMSAH.
“Idea mengadakan acara ini timbul selepas kami mendapati ramai bekas pelajar SMSAH yang menjadi pasangan suami isteri. Jadi kami ambil peluang sempena sambutan ulang tahun ke-50 untuk mengumpulkan pasangan masing-masing,” katanya yang turut menjadi antara pasangan itu.
Pengarah Eksekutif MESB Berhad, Datuk Suhairi Saad, 50, dan isterinya Datin Mashitoah Din, 48, berkata, bagaikan tidak percaya mereka dapat bersanding semula lebih-lebih lagi di sekolah lama mereka.
“Kami sangat gembira kerana banyak memori tercipta di sini walaupun bukanlah pasangan bercinta semasa di sekolah dan sekadar saling mengenali satu sama lain.
“Kami berkahwin pun bila saling rapat sewaktu masing-masing pulang dari luar negara selepas tamat belajar, ini bukan kisah cinta masa sekolah dan inilah jodoh,” kata mereka yang masing-masing bersekolah di SMSAH pada 1980 dan 1982.
Bagi Pasangan muda, Mohammad Hafiz Abdul Rahim, 31, dan Nur Iryani Mohd Noor, 27, pertemuan mereka di laman Facebook menjadi titik tolak hubungan hingga ke jinjang pelamin.
Menurut Hafiz, dia dan isterinya tidak pernah rapat pada zaman persekolahan kerana perbezaan umur.
“Saya dan isteri mengambil peluang menyertai acara ini bagi mengimbau kembali zaman persekolahan dan memberi sokongan kepada penganjuran. Lebih-lebih lagi kami masih dalam tempoh berbulan madu,” katanya yang berkahwin pada hujung Mac lalu.
Sementara itu, bagi pasangan sama umur, Shahidan Yahaya, 49, dan Dr Noor Asmawati Mohd Zabidi, 49, mula berkenalan sejak tingkatan satu pada 1981.
Walaupun saling kenal sejak zaman sekolah, jodoh pertemuan mereka dijalinkan selepas berkahwin pada 2007.
“Alhamdulillah, ini semua jodoh yang sudah ditentukan ALLAH, walaupun tanpa hubungan cinta di bangku sekolah hingga belajar ke luar negara kami bersatu juga akhirnya,” kata mereka.
Selain acara itu, sambutan ulang tahun ke-50 SMSAH juga dimeriahkan dengan acara 'countdown' ke jubli emas, majlis bankuet diraja, bicara tokoh, forum perdana, pembinaan “Walk of Fame”, buku bergambar, pameran dan hari terbuka, karnival kokurikulum, kejohanan golf dan
kejohanan futsal membabitkan semua pihak yang sedang atau pernah menjadi warga SMSAH.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan