Shah Alam: Seorang murid tahun lima sekolah rendah di sini menanggung
derita apabila lehernya cedera terkena tali kain rentang Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU-13) dipasang parti politik yang masih belum dibuang.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari 7 Mei lalu, Mohd Amir Iqbal Mohamad
Zuhaizam, 11, sedang menunggang basikal apabila tiba-tiba lehernya
tersangkut pada tali kain rentang yang dipasang pada paras rendah di
laluan basikal.
Akibat kejadian itu, leher mangsa luka, namun ia bukan kecederaan serius selepas disahkan doktor yang merawatnya.
Bapa mangsa Mohamad Zuhaizam Kamarudin, 39, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat kejadian itu.
Bapa mangsa Mohamad Zuhaizam Kamarudin, 39, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat kejadian itu.
KEADAAN leher Mohd Amir Iqbal akibat tersangkut pada tali kain rentang, minggu lalu.
Menurutnya, dia yang dalam perjalanan dari Perak bergegas pulang ke rumah dan membawa anaknya ke klinik berhampiran.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan