3 Rejab 1434 H. [MOD] -
REYHANLI - Sekurang-kurangnya 43 terbunuh manakala berpuluh lagi cedera
apabila dua bom kereta meletup di selatan Turki berdekatan sempadan
Syria, semalam.
Jurucakap kerajaan Turki berkata, serangan itu dipercayai mempunyai
kaitan dengan kumpulan pemberontak Kurdish atau konflik di Syria.
“Letupan di bandar selatan wilayah Hatay itu menyebabkan bangunan dan kenderaan musnah serta trafik di kawasan pusat membeli-belah Reyhanli sesak teruk,” katanya.
Menurutnya, operasi menyelamat kini tertumpu di kawasan runtuhan. Berpuluh mangsa dipercayai masih terperangkap dan jumlah kematian dijangka meningkat.
“Letupan itu juga menyebabkan bekalan elektrik terputus di sekitar Reyhanli,” katanya dalam dipetik laporan AFP
Stesen televisyen tempatan melaporkan, lebih sepuluh ambulans dan beberapa penyelamat udara berada di lokasi kejadian untuk operasi menyelamatkan.
“Lebih 100 mangsa runtuhan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal,” memetik laporan itu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Muammer Guler berkata, anggota penyiasat kini telah mengenal pasti individu dan organisasi yang melakukan serangan ini.
“Kami berusaha mengumpul bukti dan akan menjejaki kumpulan tersebut dalam tempoh terdekat,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan