07 Oktober 2021

Lagi 1.2 peratus untuk capai 90 peratus

 Sebanyak 20,786,568 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Luqman Hakim Zubir

Sebanyak 20,786,568 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Luqman Hakim Zubir

PUTRAJAYA: Sebanyak 88.8 peratus atau 20,786,568 individu dewasa di negara ini sudah lengkap menerima imunisasi COVID-19, sehingga semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2 peratus.

Tidak perlu wujud satu lagi Timbalan Speaker

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan tiada keperluan mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, pada masa ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kewujudan dua Timbalan Dipertua Dewan Rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perkara 57 (1)(B) Perlembagaan Persekutuan sudah memadai bagi tujuan menjamin kelicinan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.

Rentas negerii dibenarkan beberapa hari lagi

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri dalam tempoh beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang mahu melakukan pergerakan rentas negeri nanti supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) asas.

PAS tubuh jawatankuasa induk PRN Melaka

Ahmad Samsuri Mokhtar akan dibantu Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, menurut Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: PAS sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa induk pilihan raya negeri (PRN) Melaka diketuai Naib Presidennya, Ahmad Samsuri Mokhtar bagi merangka strategi menghadapi keadaan itu, kata Abdul Hadi Awang.

Idea gerai sate daging batang pinang jadi juara Usahawan Buletin FM

 Kempen Usahawan Buletin FM bantu peniaga memulakan bisnes baharu atau kembangkan perniagaan sedia ada

Kempen Usahawan Buletin FM bantu peniaga memulakan bisnes baharu atau kembangkan perniagaan sedia ada

Petaling Jaya: Nur Sabrina Anuar dengan idea perniagaan gerai sate daging batang pinang (Sataysfaction) diangkat sebagai juara Usahawan Buletin FM sekaligus membawa pulang RM25,000 dan slot iklan di Buletin FM bernilai RM175,000.

AirAsia hanya benarkan penumpang lengkap vaksin

 AirAsia melaksanakan pelan mitigasi COVID-19 untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi tetamu dan kakitangan

AirAsia melaksanakan pelan mitigasi COVID-19 untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi tetamu dan kakitangan

SEPANG: Sebagai persediaan untuk penyambungan semula perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa, AirAsia Malaysia hanya akan menerima penumpang dewasa lengkap divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya berkuat kuasa serta-merta.

Gaji Ronaldo atasi seluruh skuad 3 kelab EPL

 Cristiano Ronaldo menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Portugal di pusat latihan Cidade do Futebol, Oeiras berhampiran Lisbon semalam menjelang aksi persahabatan menentang Qatar, pada Sabtu ini. - Foto AFP.

LONDON: Cristiano Ronaldo menerima bayaran tinggi daripada Manchester United, mengatasi seluruh skuad dari tiga kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketiga-tiga kelab iaitu Norwich, Leeds dan Brentford membelanjakan kurang dari £25 juta (RM142 juta) setahun untuk gaji pemain, menyamai jumlah bayaran yang diterima bintang Portugal berusia 36 tahun itu.

Hayat Bob Lokman bergantung jantung kombinasi bateri

 Bob mohon orang ramai mendoakan kesihatan agar cepat sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya di Kota Bharu dengan segera.

Bob mohon orang ramai mendoakan kesihatan agar cepat sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya di Kota Bharu dengan segera.

KUALA LUMPUR: Bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri, pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 57, berserah kepada keajaiban kepada kuasa Tuhan.

PRN Melaka perlu rujuk pakar terlebih dahulu, kata Hishammuddin

Hishammuddin Hussein berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah pakar yang akan membuat kajian mengenai PRN Melaka.

KUALA LUMPUR: Ketetapan mengenai pilihan raya negeri (PRN) Melaka hanya akan diputuskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jokowi setuju ampunkan profesor dijel kerana sembang WhatsApp

Presiden Indonesia Joko Widodo telah menyatakan mahu menyemak semula undang-undang kontroversi itu tahun ini. (Gambar Reuters)

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo telah bersetuju mengampuni seorang ahli akademik yang dipenjara kerana fitnah, bulan lalu, di bawah undang-undang internet kontroversi, kata seorang menteri hari ini, susulan kecaman kumpulan hak asasi manusia yang menuduh perundangan itu menyekat kebebasan bersuara.

06 Oktober 2021

Jangka umum rentas negeri beberapa hari lagi

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (kiri) bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tiga dari kiri) melihat antara sumbangan makanan yang diserahkan pada Program Bakul Mindef Prihatin, di Kem Kementah, di sini, hari ini. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH 

PETALING JAYA: Tarikh kebenaran rentas negeri dijangka diumumkan dalam beberapa hari lagi selepas kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dewasa di Malaysia mencapai 90 peratus.

RON97 naik 1 sen

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan naik satu sen, manakala RON95 dan diesel kekal sama mulai tengah malam ini.

Harga RON97 akan dinaikkan daripada RM2.76 kepada RM2.77, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Lukisan Muhammad Ali dijual RM4.173j

 LUKISAN Sting Like a Bee terjual dengan harga RM1.77 juta.

LUKISAN Sting Like a Bee terjual dengan harga RM1.77 juta.

New York: Koleksi lukisan tangan yang jarang dilihat milik Muhammad Ali berjaya dijual dengan harga hampir £733,760 (RM4.173 juta).

Lebih baik jadi sukarelawan daripada menganggur

 (DARI KIRI) Muhammad Izzad, Muhammad Khalif dan Putra Nuradery (kanan sekali) memilih kerjaya bidang sukarelawan bagi mendapatkan sumber kewangan ketika pandemik Covid-19. FOTO SAMADI AHMAD

(DARI KIRI) Muhammad Izzad, Muhammad Khalif dan Putra Nuradery (kanan sekali) memilih kerjaya bidang sukarelawan bagi mendapatkan sumber kewangan ketika pandemik Covid-19. FOTO SAMADI AHMAD

Putrajaya: Peluang pekerjaan yang terhad sepanjang pandemik Covid-19 membuatkan golongan belia memilih kerjaya dalam bidang sukarelawan walaupun menyedari insentif diterima adalah rendah.

88.4 populasi dewasa sudah divaksinasi sepenuhnya

 Mohamad Haikal Sharif Mohd Hashim, 13 ditemani bapanya, Mohd Hashim Ismail, 49 (kiri)  mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 daripada petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Remaja  di Dewan Sekolah Kebangsaan Demit 2, Panji. Kota Bharu, semalam.

KUALA LUMPUR: Tinggal kurang dua peratus sahaja lagi bagi Malaysia mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa melengkapkan vaksinasi COVID-19.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, 88.4 peratus atau 20,698,852 golongan dewasa, sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing setakat semalam.