07 Oktober 2021

Idea gerai sate daging batang pinang jadi juara Usahawan Buletin FM

 Kempen Usahawan Buletin FM bantu peniaga memulakan bisnes baharu atau kembangkan perniagaan sedia ada

Kempen Usahawan Buletin FM bantu peniaga memulakan bisnes baharu atau kembangkan perniagaan sedia ada

Petaling Jaya: Nur Sabrina Anuar dengan idea perniagaan gerai sate daging batang pinang (Sataysfaction) diangkat sebagai juara Usahawan Buletin FM sekaligus membawa pulang RM25,000 dan slot iklan di Buletin FM bernilai RM175,000.

Seramai empat peserta terpilih untuk melalui empat cabaran berbeza antaranya mereka perlu menjual produk di hadapan juri tetap melalui platform digital. 

Selain itu, mereka juga perlu menghadapi cabaran bagaimana untuk menguruskan pelanggan dengan setiap peserta diberikan situasi bersama pelanggan.

Cabaran yang ketiga pula peserta perlu menyelesaikan masalah dihadapi dalam perniagaan mereka dan terakhir mereka perlu menghasilkan iklan radio sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA) Nazri Noran berkata, MPA mengambil inisiatif mengadakan kempen sebegini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang ingin memulakan bisnes baharu atau mengembangkan bisnes lama atau sederhana mereka melalui pembiayaan dana perniagaan. 

"Menerusi kempen ini juga, diharap dapat membantu mereka yang terkesan disebabkan penularan Covid-19 serta mampu menangani masalah berkaitan perniagaan mereka.

"Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Nur Sabrina Anuar kerana berjaya menjadi juara Usahawan Buletin FM bagi pusingan pertama.  

"Beliau berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan berjaya menarik perhatian juri profesional dan seterusnya bergelar juara," katanya. 

hmetro/-

Tiada ulasan: