20 November 2021

AirAsia sambung semula penerbangan ke Changi

 PESAWAT AirAsia.

PESAWAT AirAsia.

Kuala Lumpur: AirAsia menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia dan Singapura untuk memulakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara kedua-dua negara, dan sekali gus menyambung perkhidmatan udara bagi laluan penerbangan yang antara paling sibuk di dunia itu.

Keluar undi, 43% setakat pukul 1

 

Setakat pukul 1 petang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah keluar mengundi bagi pilihan raya itu adalah 43 peratus. 

SPR sebelum ini menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak keluar mengundi pada pilihan raya negeri itu.

PRN Melaka: Peratusan keluar 36 peratus setakat 12 tengah hari

 

PETUGAS pusat mengundi PRN Melaka membantu seorang warga emas ke kaunter pendaftaran di SK Durian Daun, Lendu, Melaka hari ini.

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratusan keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari ini adalah 36 peratus.

Pelancong luar Sabah lengkap vaksin tak perlu jalani saringan Covid-19, kata Hajiji

 

(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pelancong dari luar Sabah yang sudah lengkap divaksinasi tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 1 Dis, kata Ketua Menteri Hajiji Noor.

Proses pengundian di pusat mengundi lancar, pematuhan SOP tinggi

 Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil, hari ini.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil, hari ini.

MELAKA: Pelaksanaan prosedur pengundian berjalan lancar setakat ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan pengundi, bertepatan dengan norma baharu ketika perang melawan COVID-19 masih belum selesai.

Polis siasat 'posting' kertas undi di media sosial

 Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali bersama Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz melawat Pusat Mengundi di Telok Mas. - Foto NURALIAWATI SABRI

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali bersama Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz melawat Pusat Mengundi di Telok Mas. - Foto NURALIAWATI SABRI

MELAKA: Polis Melaka sedang menyiasat berkaitan satu paparan di laman sosial mengenai tindakan memuat naik kertas undi dipercayai ketika proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pagi tadi.

COVID-19: 5,859 kes baharu

  Foto hiasan

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini kembali di bawah 6,000 kes apabila sejumlah 5,859 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Anak muda berebut ‘selfie’ dengan saya – Mas Ermieyati

 

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH: 
“Rasa teruja dan yakin. Ramai anak muda yang mahu selfie dengan saya,” kata calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Undi Perikatan Nasional untuk lakukan perubahan

 

MELAKA: Rakyat Melaka yang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini menantikan pemimpin yang sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan serta kebajikan rakyat.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, atas dasar tersebut, Perikatan Nasional membawakan calon-calon yang berintegriti, prihatin dan berkebajikan untuk memacu perkembangan negeri ini.

PRN Melaka: Tiga teras kempen rancak di medsos

 

MELAKA: Tiga teras kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang rancak di media sosial (medsos) diangkat oleh parti-parti yang bertanding iaitu integriti, keislaman dan keprihatinan kepada rakyat.

Pengundi PRN Melaka makin bertambah, cuaca cerah

 

MELAKA: Suasana pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tenang dan cerah menjelang tengah hari.

Tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tangga Batu, Sungai Udang mendapati suasana agak meriah dengan kehadiran para pengundi yang semakin bertambah daripada pelbagai peringkat umur.

Tren laju Jakarta-Bandung ‘kalis’ angin kencang, gempa, petir

 

PEMBINAAN landasan HSR Jakarta-Bandung yang sedang berjalan . – IHSAN KCIC

JAKARTA: Tren laju Jakarta-Bandung (KCJB) didakwa memiliki tahap keselamatan yang tinggi daripada ancaman angin kencang, gempa bumi sehingga sambaran petir di landasan.

Senarai jawatankuasa RCI TH disembah kepada Agong Jumaat ini

 

IDRIS Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima Program TH Perihatin 2021 Negeri Perak di Pejabat TH Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH: Senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Jumaat ini.

27 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi

 

PETUGAS SPR membantu pengundi OKU, Khairani Isa, 50, melaksanakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Alor Gajah. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman Twitter rasminya mengumumkan peratusan keluar mengundi setakat pukul 11 pagi tadi adalah 27 peratus.

SELAMAT MENGUNDI


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengucapkan SELAMAT MENGUNDI kepada rakyat Melaka pada hari ini 20 Nov. 2021.