23 Disember 2007

Sambutan Hari Raya Aidil Adha Di China

BEIJING 21 Dis ,-Hari Raya Korban di Negara China di sambut serentak pada 20 Disember. Kerajaan China telah menyediakan cuti selama sehari kepada umat Islam di China. Umat Islam di pelbagai tempat di China telah secara meriah menyambut hari kebesaran tersebut.

Seramai 150 ribu orang umat Islam di Xining, provinsi Qinghai yang terletak di utara China telah telah berkumpul beramai-ramai di Masjid Dongguan, iaitu masjid keempat terbesar di dunia dan solat berjemaah untuk menyambut Hari Raya Korban. Umat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China telah memakai pakaian yang cantik, sambil menyanyi dan menari untuk menyambut hari kebesaran tersebut.

Dianggarkan terdapat sebanyak lebih 30 juta umat Islam diseluruh China. Etnik Islam terbesar adalah dari Etnik Hui. Kebanyakan bandar besar di China memiliki sejumlah mesjid yang dapat menampung umat Islam untuk mengadakan sembahyang Hari Raya Qurban dan mengadakan Ibadah Qurban secara beramai-ramai. Contohnya di Shanghai terdapat 7 Mesjid dan di Guangzhou terdapat 4 mesjid. Sementara itu di wilayah seperti Qinghai, dan Xinjiang terdapat ribuan mesjid yang dipenuhi oleh jemaah untuk mengadakan sembahyang Hari Raya Qurban.
Persatuan Islam China telah mengadakan jamuan menyambut Hari Raya Korban di Beijing semalam. Naib Perdana Menteri China , Hui Liangyu turut hadir dalam jamuan tersebut.Presiden persatuan itu, Haji Hilaluddin Chen Guangyuan bagi pihak Persatuan Islam China mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam China serta umat Islam daripada pelbagai negara asing yang bekerja di China.
Sementara itu Umat Islam di Bandar Yiwu , Zhejiang telah mengadakan sambutan Hari Raya Qurban sehari lebih awal iaitu pada 19 Disember. Mereka Mengadakan sembahyang Sunat Aidil Adha di Mesjid Yiwu yang boleh menampung lebih 5000 orang jemaah.

21 Disember 2007

Jumlah Pelancong Malaysia Ke Macau Meningkat Hampir 100%

MACAU 20 Dis,-Menurut Agensi Berita Xinhua China, Wakil Jabatan Pelancongan Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Macau China di Malaysia semalam mendedahkan bahawa dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, jumlah pelancong Malaysia ke Macau telah melebihi 340 ribu orang, meningkat 97.3% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.


Beliau memaklumkan bahawa Malaysia merupakan penyumbang pelancong yang keempat terbesar bagi Macau. Jumlah pelancong Malaysia ke Macau dijangka akan mencatat 400 ribu orang pada tahun ini. Macau berharap agar jumlah pelancong Malaysia ke Macau melebihi 560 ribu orang pada tahun 2008.

Kehadiran pelancong Malaysia ke macau didorong oleh kekerapan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Macau sebanyak 4 kali sehari dan permulaan penerbangan semuaa MAS Kuala Lumpur – Macau pada bula lepas. Selain itu Airasia terbang dari Johor Bharu dan Kota Kinabalu ke Macau pada setiap hari

Hari ini merupakan ulang tahun ke-8 Macaukembali ke pangkuan China. Hari ini, pelbagai akhbar Macau telah mengeluarkan rencana untuk memuji kejayaan besar yang dicapai oleh Macau selepas kembali ke pangkuan China.

Akhbar Tai Chung mengeluarkan rencana bahawa Macau dapat mencapai kejayaan besar disebabkan oleh dasar "satu negara dua sistem",. Kejayaan ini di dorong oleh sokongan kerajaan China dan Negara lain serta usaha bersama oleh kesemua penduduk Macau.

Harian Cidadao mengeluarkan rencana bahawa selain usaha kerajaan Macau, kejayaan Macau juga disebabkan oleh sokongan kerajaan pusat dan dasar "satu negara dua sistem". Selain itu dasar "warga Macau mentadbirkan Macau" juga menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan macau . Pemberiaan autonomi pada tahap tinggi, serta sistem perundangan yang ditetapkan oleh Undang-undang Asas telah menjamin pembangunan Macau secara stabil.

20 Disember 2007

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Berdoa Orang Cina Jadi Pemimpin Penting PAS

"Mudah-mudahan suatu hari nanti orang Cina menjadi pemimpin penting PAS. Orang Cina masuk Islam kerana mereka belajar. Sebaliknya pula orang Melayu masuk Islam kerana tok nenek mereka Islam. Masuk otomatik hanyut begitu sahaja yang menyebabkan banyak masalah-masalah yang timbul hasil daripada mereka Islam dengan tidak belajar.


Orang Cina sekarang semakin ramai. Yang belajar Islam, mereka lebih baik daripada orang Melayu tradisi. Boleh jadi satu hikmat Allah Taala letak pejabat PAS di tengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Islam.

Dalam sejarah Islam, semua kitab-kitab hadith (Sunan Sitar) ada enam buah hadith semuanya dikarang oleh bukan Arab. Begitulah juga pimpinan Islam diseluruh dunia yang jarang sangat orang Arab memimpin. Yang memimpin adalah orang Parsi, Sepanyol. Turki, India dan lain-lain. Oleh yang demikian apa peliknya kalau pejabat PAS, gerakan Islam ada ditengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Melayu. "

19 Disember 2007

Memori Pulang Beraya

Perjalanan pulang untuk berhari raya sekali ini nampaknya meninggalkan suatu sejarah dan kenangan tersendiri kepada penulis. Bermula dari seawal sesudah subuh sudah bergegas ke stesen bas untuk balik dari Tian Tai, Chai Zhou. Sudah empat hari ber kampung di suatu daerah yang agak terpencil namun Allahlah jua tempat kita berserah di mana kita berada.
Doa dipanjatkan setiap hari dan masa supaya dapat balik beraya di Malaysia, Alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang, seperti orang mengantuk disarung bantal. Urusan dapat diselesaikan pada malam tadi.

Sesampai di Yiwu saya menyelesaikan sedikit urusan di sana dan membeli tiket untuk balik. Distenasi Hangzhou ke Shenzhen. Waktu yang ada sangat meragukan takut-takut tidak sempat sampai ke Lapangan Terbang Hangzhou untuk penerbangan tiket jam 3.50 petang dengan China Shoutern Airline. Ini disebabkan bas yang saya naiki dari Yiwu ke Hangzhou lewat 15 minit.

Alhamdulillah dalam keadaan penuh debar, bas sampai di lapangan terbang tepat jam 2.50 petang, setengah jam lagi kaunter pendaftaran masuk hendak ditutup. Sekitar jam 3.10 saya telah selesai untuk daftar masuk setelah berada dalam barisan beberapa orang penumpang sahaja.

Sesudah masuk waktu digunakan untuk solat jamak takdim, selesai solat pengumuman kedengaran memanggil penumpang CZ 6329 untuk menaiki pesawat. Tidak ada yang lain yang diingat melainkan doa dan syukur kepada Allah SWT yang memberikan nikmat dan kesempurnaan dan perjalanan hari ini.

Nikmat naik kapal terbang hari ini lain dari biasa, pesawat Airbus 300 siri yang dinaiki adalah transit dari Lapangan Terbang Dalian yang letak tidak berapa jauh dari Beijing. Jarang saya naik kapalterbang domestik sebesar itu yang mempunyai laluan dua lorong itu. Cuaca dalam penerbangan sebagaimana biasa ada gegaran kalau dengan kapal terbang kecil. Tetapi pada hari ini seolah tiada gangguan cuaca dan gegaran. Tepat jam 5.50 kapal terbang selamat mendarat setelah melalui perjalan sekitar 2 jam. Jarak nya 1400 kilometer. Pramugari mengumumkan suhu di Shenzhen ialah 22 darjah. terasa juga suatu kejutan kerana cuaca di Hangzhou dan Yiwu pagi tadi ialah 12 darjah, pada waktu malam pula di bawah paras 10 darjah. kadang-kadang sampai mencecah 4 dan 5 darjah.

Alhamdulillah pada malam ini saya akan meneruskan penerbangan dengan pesawat Thai AirAsia ke Bangkok jam 11.25 dan akan sampai sekitar jam 1.30 waktu tempatan. Esok pagi jam 7.25 penerbangan dengan AirAsia ke Pulau Pinang melengkapkan perjalan yang jauh ini untuk kembali kepada jemaah dan keluarga tercinta.

Menunggu masa terluang terjumpa cyber cafe yang terletak dalam Lapangan Terbang BaoAn Shenzhen lalu penulis luangkan masa yang ada sekitar 5 jam dalam transit ini untuk membuka blog peribadi ini.Walaupun bayarannya RMB 20 untuk sejam namun berbaloi untuk menghilangkan kepenatan berkerja dan berjalan. Allahdulillah......

18 Disember 2007

Selamat Hari Raya

Sempena dengan Hari Raya Aidil Adha kami sekeluarga mengucapkan :
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada semua pengunjung blog CINA ISLAM


Keluarga CINA ISLAM:
Drs . Khalil Idham Lim
Dra. Nor Ainah Ahmad
Khairul Azri Lim
Khairul Anwar Lim
Khairul Aiman Lim













17 Disember 2007

China Kumpul 122 Pakar Kaji Bulan

Berikut ini adalah gambar satelit Chang'e 1 dan dua keping gambar yang umumkan oleh kerajaan China beberapa hari lepas. sehubungan dengan itu menurut Agensi Berita Xinhua China, ahli Akademi Sains China dan juga ketua ahli sains projek penyelidikan bulan, Ouyang Ziyuan menyatakan bahawa kini pihak berkenaan telah mengumpulkan 122 orang pakar seluruh China untuk mengkaji data penyelidikan bulan yang buat pertama kali didapati oleh China. Usaha pengkajian tersebut dijangka akan berlangsung selama setahun.

Satelit penyelidikan bulan pertama yang dibuat oleh China sendiri, iaitu Satelit "Chang'e 1" telah berjaya dilancarkan pada malam 24 Oktober lalu. Selepas itu China telah mengumumkan sekeping gambar permukaan bulan dan dua keping gambar permukaan bulan yang
dihantar oleh Satelit "Chang'e 1".












Landasan Kereta Api Berkelajuan 300 Kilometer Sejam Pertama di China Siap Dibina

BEIJING 16 Dis,- China memasuki era baru dalam pembinaan landasan keretapi berkelajuan tinggi pada hari ini dengan siapnya pembinaan Landasan keretapi yang berkelajuan 300 kilometer sejam dari Beijing ke Tianjin di China。




Landasan keretapi dari Beijing ke Tianjin yang berjarak 120 kilometer akan mula beroperasi secara rasmi pada pertengahan tahun 2008, dan hanya perlu menempuh selama 30 minit dari Beijing ke Tianjin seketika itu. Pegawai Kementerian Keretapi China menunjukkan bahawa penyelesaian projek pemasangan landasan keretapi itu menandakan bahawa China telah mencapai kejayaan yang besar dalam teknologi pembangunan landasan keretapi yang berkelajuan tinggi.





Pemasangan Landasan Siap

Negara China pada setiap tahun sentiasa memperuntukan perbelanjaan yang tinggi untuk meningkat kan kemudahan pengangkutan awam untuk keperluan sekitar 1.3 billion penduduk。 Kebanyakan bandar besar mempunyai jaringan keretapi bawah tanah。Antaranya bandar Beijing, Shanghai, Hong Kong, Guangzhou dan Shenzhen 。

Tian Tai Bandar Pengeluar Manik Kayu Utama China

Bandar Tian Tai, sebuah bandar yang mempunyai sekitar 60o ribu penduduk yang terletak berdekatan dengan pelabuhan Ning Bo. Jarak perjalan dari YiWu ke Tian Tain selama 2 jam dengan bas ekspres. Begitu juga perjalanan ke Pelabuhan Ning Bo memakan masa yang sama.


Tidak ada penerbangan terus ke bandar ini kerana di sini tidak mempunyai lapangan terbang. Tetapi kita boleh sampai ke sini dengan menaiki kapal terbang ke bandar berdekatan seperti Ning Bo, Hang Zhou atau YiWu dan melanjutkan perjalan kesini dengan bas atau kereta sewa.

Bandar ini paling terkenal dengan pengeluar manik kayu berbagai bentuk. Biasanya untuk kegunaan sulaman untuk tempat duduk kereta, tasbih, kalung leher, gelang tangan dan sebagainya. Selain itu dia juga adalah antara bandar pengeluar alas kusyen tambahan kereta dalam berbagai bentuk yang terbesar di China.

Pada mulanya saya menduga disini tidak terdapat kedai halal sehingga saya menyediakan hampir penuh beg makan untuk dimakan selama disini. Alhamdulillah dengan takdir Allah sekitar 100 meter dari hotel yang saya tinggal terdapat 2 buah kedai makan " Lan Zhou La Mian" iaitu kedai mee tarik dari Lan Zhou. Mereka memang menjual makan yang halal dan dari keturunan Hui dari wilayah Lan Zhou. Kedai mereka terdapat dikebanyakan tempat di China. Kerana itulah pada dasarnya hampir semua tempat yang dilawati akan adanya kedai mee tarik ini.

Di bandar ini juga kelihatan orang Xin Jiang yang terkenal dengan jualan satey kambing menjalankan perniagaannya. Kelmarin saya menyapa seorang Xin Jiang yang menjual satey dengan ucapan salam dan dijawab dengan spontan apalagi melihat saya yang berkopiah putih.

Saya dimaklumkan oleh beberapa kawan di Shah Alam yang kedai mee tarik dari Lan Zhou ini ada di buka di Shah Alam. Cuma saya tidak sempat lagi untuk ke sana.





Pemandangan menarik di Bukit Tian Tai





Bandar Tian Tai agak lebih sejuk dari bandar Yi Wu, mengikut kaji cuaca suhu esok mencecah sekitar 5 hingga 8 darjah. Ini kerana dia terletak agak tinggi dari paras laut dengan keadaannya yang bernukit.Namun bagitu kegiatan seharian penduduk berjalan seperti biasa walaupun bagi kita orang asing rasa malas untuk keluar bilik kalau tidak kerana urusan perniagaan.

Selagi urusan belum selesai saya kena berkampung di sini dalam beberapa hari lagi. Mungkin kena ber Hari Raya di sini dan mungkin juga sempat untuk balik beraya di Malaysia.

16 Disember 2007

Rakyat Diugut Dengan ISA

Tuntutan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan BN dan UMNO sejak 50 tahun lau sehingga di zaman Islam Hadhari sekarang seringkali dijawab dengan tangkapan pemimpin pembangkang di bawah akta zalim dan jakun ISA。Terbaru lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)。


Sepatutnya sebagai kerajaan yang bertanggung jawab dengan amanah yang diberikan perlulah menilai kembali segala tuntutan yang di timbulkan oleh rakyatnya sendiri。 Keadah diplomasi terbuka luas mereka boleh diajak berbincang。
Kalau pemimpin Negara boleh terbang jauh keluar negara menemui pemimpin dan rakyat asing kenapa tidak boleh dengan pemimpin pembangkang dan rakyat sendiri。Mereka boleh diajak berunding dan duduk semeja untuk menyelesaikan segalah permasaalahan yang berlaku。

Paling mendukacitakan beberapa hari ini rakyat ditakut-takutkan dengan akta Zalim ini。 Konon nya inilah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masaalah。Sedangkan penyelesaian masaalah adalah dengan menilai segala tuntutan rakyat dengan baik dan mereka diajak berbincang。 Bebincang apakan lagi , hak berhimpun yang dibenarkan sesuai dengan perlembagaan juga di sekat dengan memperkudakan PDRM。Lalu semua perhimpunan rakyat dianggap HARAM。

Nampaknya Polis sekarang telah bertukar menjadi PRDM ( Polis Raja Di Malaysia)Ketua Polis Negara (KPN), Kelmarin Musa Hassan memberi amaran akan mengenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin kononnya pergaduhan kaum akan berlaku di Kampung Baru di Kuala Lumpur dan Puchong hari ini 。.

Sementara itu Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Mohd. Johari Baharom berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa lagi individu untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam tempoh terdekat ini.。Beliau berkata, tangkapan ke atas mereka akan dilakukan pada bila-bila masa setelah siasatan mendapati mereka cuba 。

Sebagai menghalalkan segala tindakan kerajaan berbagai kenyataan pihak-pihak tertentu disiarkan 。 Contohnya yang terbaru Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) kononnya yakin penahanan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mampu merancakkan semula aktiviti perniagaan di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Mohd. Ali Rustam pula menyifatkan tindakan tegas kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) adalah wajar supaya dapat dijadikan teladan kepada semua pihak.。 Saya rasa ini merupakan satu ugutan dan kenyataan yang berat sebelah。

Menteri Penerangan yang tidak cukup akal juga tumpang sekaki, katanya penggunaan ISA terhadap lima dalang perhimpunan haram itu sememangnya langkah yang dikehendaki rakyat.。 Hebat kononnya dikehendaki rakyat。 Kajian mana ni Zam?Hendak tahu rakyat setuju atau tidak tolong pujuk Pak Lah percepatkan PR, baru jantan namanya。

Kenyataan peniaga di sekitar ibu kota dipetik kononnya mengatakan mereka menerima baik tindakan kerajaan yang mengutamakan kepentingan awam, keamanan dan keselamatan negara, termasuk tindakan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap lima dalang perhimpunan haram di ibu negara.

Paling menyedihkan Abdullah Badawi menegaskan yang beliau tidak akan berasa bersalah dan sedih sekiranya terpaksa menggunakan ISA。 Atas nama untuk mengujudkan keamanan dan kententeraman awam ISA digunakan。Sepatutnya akta Jakun dan Zalim ini telah lama dimansuhkan。

Tidakkah Pak Lah baru melantik Ketua Hakim Negara yang baru。Dimanakah peranan sistem kehakiman negara。 Adililah mereka dengan menyeret mereka ke mahkamah 。Saya yakin Ghani Phatail bila-bila masa boleh siapkan pendakwaan。

15 Disember 2007

Menjelang Olimpik 2008 : Pelancong Ke Beijing Meningkat 11%

BEIJING 14 Dis,- Jabatan Statistik Negara China hari ini memaklumkan tentang pertambahan jumlah pelawat asing ke Beijing sehingga November tahun ini meningkat lebih 11 % dari jumlah yang sama pada tahun lepas。 Demikian berita dipetik dari Agensi Berita Xin Hua China。

Ini bermakna sejumlah 4.6 Juta peklawat asing telah melawat ke Beijing dari tempoh Januari sehingga November 2007。 Pertambahan ini dilihat ada kaitan dengan penganjuran Olimpik Beijing oleh Negara China pada tahun hadapan。

Menurut sumber yang sama, jumlah pelancong Amerika Syarikat telah melebihi 570 ribu orang dalam tempoh tersebut menjadikan jumlah terbesar pelawat dari pelbagai negara。Jumlah pelancong dari Negara seperti Malaysia, Perancis, Jerman, dan Singapiura menunjukkan peningkatan。

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing 2008, Liu Qi dalam laporannya kepada Suruhanjaya Eksekutif Olimpik Antarabangasa menyatakan peresiapan Olimpik memasuki tahap baru 。

Liu Qi memberi laporan bahawa kualiti alam sekitar dan udara Beijing telah dipertingkatkan pada tahun ini. Kebanyakan projek pembinaan dan pengubahsuaian stadium dan gelanggang pertandingan dan latihan serta kemudahan yang lain sudah diselesaikan mengikuti jadual dan telah diuji dan telah mencapai piawaian Sukan Olimpik.

13 Disember 2007

Ustaz Bunyamin Yaacob Dalam Kenangan

Pemergian tokoh pidato tersohor yang berulangkali mengatakan dalam ceramahnya "aku hendak mati dengan ceramah" mencuit hati penulis untuk menulis mengenainya untuk kali ini. Mungkin ramai yang sudah lupa tentang sosok tubuh yang kita sering tunggu untuk naik ke pentas berceramah suatu masa dulu. "Pukulan maut" beliau dalam setiap kali ceramah menyebabkan kita bertambah yakin dengan perjuangan yang kita dokong sekarang.

Kaedah mantiq dan hujah-hujah bernas dari sumber Al Quran dan Hadits menyebabkan penceramah sepertinya amat sukar kita temui . Bukan sekadar di Kelantan namun di negeri lain ceramahnya amat diminati oleh semua golongan. Kupasan kepada isue-isue semasa menghidupkan suasana politik negara kapada kawan maupun lawan. Selama dia berada di atas pentas, pendengar tidak akan kering gusi dengan isi ceramahnya, ada sahaja cerita lucu yang dibawanya.

Beliau sejak muda belia telah aktif dalam Parti PAS. Seawalnya setelah menghabiskan pengajiannya di Indonesia. Pernah menjadi Ahli Parlimen Bachok dan Timbalan PesuruhJaya Pas Kelantan. Keluar masuk tahanan Kemunting beberapa kali. Kekuatan hafazannya terserlah setiap kali ceramah ada sahaja hujjah baru yang akan keluar. Selain itu dia tidak perlu catatan jadual ceramah seluruh Malaysia, semuanya dalam kepala boleh undur beberapa minggu ke belakang dan boleh ingat ceramah akan datang tanpa ada dairi. Sangat mudah minta jadual ceramah dengannya, sebut sahaja tarikh cadangan dia akan sebut sudah terisi atau belum.

Diakhir hayatnya di gemparkan dengan isue lembu korban dan paling hangat mengenai kononnya dia fitnah PM semasa itu. Ceramahnya pada 15 Mac 2002 di PUTIK telah mengheretnya kepada pembicaraan di makhamah . Pembicaraan pertama bermula pada 5 November 2002. Usianya pada masa tersebut ialah 52 tahun, belum habis pembicaraaan dia terlebih dulu di panggil oleh Sang Pencipta Allah SWT.

Isi ceramah dalam kenangan

Terdapat banyak cerita-cerita lucu untuk menyakinkan pendengar akan dibawa oleh beliau setiap kali ceramahnya . Antara yang penulis masih ingat:-

1. Cerita orang Kelantan bawah beruknya ke pantai barat untuk ambil upah ambil buah kelapa. Bila dipaksa macam mana pun beruk tak mahu naik atas pokok kelapa yang disuruh oleh tuannya. Pukul dan di buat macam-macam oleh tuan beruk tersebut tetapi beruk macam mengejek kata hummm....hum...Rupa-rupanya bila tuan beruk tu tengok ke pucuk kelapa terpacak bendera BN. Rupanya beruk juga tolak BN.

2. Cerita di Gua Musang. Musim tampal poster. Seorang budak yang diberikan poster BN untuk ditampal dirumah. Fikir punya fikir budak tersebut tidak berani hendak tanpal poster di rumahnya, cari pasal sebab bapanya orang kuat PAS. Lalu budak tersebut masuk ke kandang kambing dan tampal di dalamnya. Waktu petang bila bapa nya balik dari kebun hendak masukkan kambing ke dalam kandang. Kambing meloncat-loncat semuanya tidak mahu masuk kandang. Akhirnya jumpa punca. Kambing juga tolak BN.

3. Cerita orang luar pergi berkempen di Kelantan. Ada seorang mak cik dari luar yang naik sebuah rumah mak cik di Kelantan. Lalu mulalah berkempen dengan katanya bila sokong BN kita akan maju dan senang lenang. Sedangkan di badan dia ada sedikit barang hiasa emas. Dibadan mak cik Kelantan tu dia tidak perasan penuh dengan barang kemas emas. Lalu bermulalah mak cik kelantan tu buat gatal-gatal, singsing tangan baju nampak sekerat lengan dengan gelang emas, selak tudung penuh dengan kalung leher yang besar-besar. Tanpa tunggu lama maka cik UMNO tu cabut lari...

Terlepas kapal terbang di Bayan Lepas Penang.

Disebabkan tidak dapat menduga keadaan perjalanan yang sering sesak dengan kenderaan ke Pulau Pinang. Namun dia berkeadaan tenang sahaja dan tidak mengelabah walaupun sudah terlepas masa penerbangan . Lalu saya mengambil keputusan cepat menghantarnya terus ke Gunung rumah barunya.

Dalam perjalanan yang memakan masa sekitar 5 jam banyak ilmu yang dapat diambil dari beliau.

Petua kuatkan hafazan dan ingatan

Semasa kami sedang larut malam bersama dengan kawan lama beliau semasa di buang daerah selepas keluar tahanan ISA di Batu Gajah, iaitu Hj. Syaarie yang sekarang AJK PAS kawasan Parit Buntar. Kami berbual panjang setelah habis ceramah. Antara soalan yang sempat saya ajukan kepada beliau ialah rahsia dia kuat hafalan. Dia kata amalannya setiap malam sebelum tidur hingga lena ialah mengigat kembali apa yang kita buat dari awal bangun pagi tadi hinggalah kita tidur kembali. Tambahnya dengan itu otak kita lebih cergas.

Makan tidak pernah berpantang.

Ramai sahabat mengetahui dia mengidap penyakit dibetis sehingga kena injet insulin sebelum makan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital dan jari kelingking kakinya kena potong. Semuanya dia makan tanpa berpantang. Pada suatu hari semasa datang ceramah di Parit Buntar , Ridzuan Kedai Emas adakan majlis kenduri aqiqah puteri barunya. Tentunya kambinglah hidangan utamanya. Dia makan macam biasa tanpa berpantang.

Semasa di hospital menziarahi nya dia kata jari kelingking kaki dah kena potong satu...tapi isteri masih dua...

Cerita "Hobi" pembesar suara

Soal pembesar suara sangat diambil tahu oleh beliau. Oleh itu beliau selalunya sampai awal sebelum ceramah. Tidak lain untuk memastikan pembesar suara bunyinya bagus dan jelas. Dia ahli sekali dalam soal meletakkan speaker dan membetulkan tinggi rendah suara.

Semasa saya mengambil Diploma Pendidikan di UIA saya pergi ke ceramah nya di Melawati. Penceramah utama adalah TG Nik Aziz sehinggakan lebih awal dewan telah dipenuhi pendengar setia. Ustaz Bunyamin sudah ada lebih awal. Apabila melihat petugas sedang bermasaalah untuk membetulkan pembesar suara yang ada, dengan cepat dia menghulurkan kunci keretanya untuk ambil pembesar suaranya di bonet belakang.

Rupanya dia sentiasa sediakan pembesar suara dalam keretanya, itulah kerjanya setiap kali ceramah untuk memastikan ceramah dapat di dengar dengan baik dan ada kesannya. Demikian katanya semasa saya tanya mengenai "hobi" nya itu.

Satu lagi ceramah politik di Lekir Lumut. Saya salah seorang dari penceramah jemputan. Bertolak dari Parit Buntar rasakan sudah awal. Sesampai ditapak ceramah sebelum Isya Lagi beliau sudah ada. Kami sama-sama dengan petugas memastikan pembesar suara berkeadaan baik. Dia kata kena datang awal untuk cuba dulu pembesar suara baru orang dapat dengar ceramah.

Doa

Terasa suatu kehilangan yang amat besar dengan pemergian beliau. Ustaz Bunyamin betul-betul membuktikan dia berceramah hingga akhir hayat. Dalam keadaan uzur yang amat sangat beliau masih muncul dalam satu ceramah di Ketereh. Isuenya mendedahkan dia lari dari tangkapan polis. Katanya mana dia lari, sedangkan semasa dia pergi ke hospital dia ada bertemu dan polis pun ada melihat dia.

Jasanya tetap kita kenang. Kegigihan, sikap istiqamahnya, keikhlasannya, keberaniannya dan keyakinannya bahawa perjuangan Islam pasti akan menang patut menjadi contoh kepada generasi penerus yang tertanggung dibahu kita semua.

Semuga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan rohnya di tempat yang terpuji bersama para nabi dan orang-orang soleh....Al Fatihah.















12 Disember 2007

Presiden China : Penyelidikan Angkasa Lepas China Adalah Untuk Tujuan Awam

Persidangan merayakan kejayaan China dalam Projek Penyelidikan Bulan Diadakan di Beijing jam 9.00 pagi tadi di Dewan Besar Rakyat Beijing dengan julah peserta seramai 5000 orang Acara gilang gemilang tersebut dihadiri oleh kebanyakan pemimpin kanan China termasuk Presiden China Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao . Wu Bangguo mempengerusikan sidang itu. Kebanyakan Siaran TV utama China menyiarkan secara langsung. Sekitar sejam saya mengikuti acara tersebut melalui siaran CCTV 9 dalam bahasa Inggeris.

Presiden China Hu Jintao semasa meresmikan persidangan tersebut menegaskan bahawa penyelidikan angkasa lepas yang dilaksanakan oleh China adalah untuk tujuan awam







Satelit Chang'e 1.




Dengan penuh semangat Presiden China menyatakan bahawa kejayaan China dalam projek penyelidikan bulan pertama itu membuktikan bahawa China telah menjadi salah sebuah negara yang mempunyai kemampuan penyelidikan angkasa lepas di dunia. Rakyat China bersedia untuk bersama dengan rakyat pelbagai negara bagi mengekalkan hala tuju yang tepat dalam penerokaan dan penggunaan angkasa lepas secara aman. Katanya China akan secara aktif akan menyertai kerjasama ruang udara antarabangsa .

Satelit Chang'e 1 adalah satelit penyelidikan bulan pertama yang di reka oleh saintis-saintis China. Ianya telah berjaya dilancarkan pada 24 Oktober lalu. Satelit Changi 1 telah berjaya dalam misi mengorbitkan bulan. Pelancaran satelit tersebut merupakan langkah penting bagi projek penyelidikan bulan China dan memastikan Angkasan China akan mendapat mendarat di bulan tidak berapa lama lagi. Jabatan Angkasa Lepas China telah menyiarkan gambar permukaan bulan yang dihantar oleh satelit Chang'e I pada 26 Disember lalu . Kelmarin Kerajaan China menyiarkan kepada tatapan umum dua gambar terbaru permukaan bulan yang di ambil oleh Satelit Change 1.





Ramai Bertudung Bila Musim Sejuk Di China

Musim sejuk tiba lagi untuk seluruh negara China. Seawalnya untuk kawasan utara China sejak Jun yang lepas mereka telah mengalami musim sejuk. Namun begitu untuk kawasan lebih ke selatan khususnya seperti GuangZhou, Hong Kong dan lain-lain musim sejuk bermula lewat iaitu sekitar bulan 11 yang lepas baru bermula.

Ianya akan berlarutan sehingga habis hari raya cina akan datang. Sebetulnya Hari Raya China adalah sambutan tahun baru bagi hitungan kalendar cina dan sekali gus menyambut tibanya musim panas bagi seluruh China.

Tempat saya tinggal sekarang iaitu Yiwu mula sejuk pada bulan November yang lepas. Suhu semasa pada masa ini serendahnya hingga 5 darjah hingga 12 darjah. Keadaan ini menyebabkan semua mesti memakai pakaian secukupnya.

Kebiasaan yang akan kita lihat bila tibanya musim sejuk ialah ramainya wanita memakai tudung kepala. Sekali pandang mungkin dia adalah orang Islam, rupa-rupanya bukan. Mereka mengenakan tudung kepala untuk menutup kepala dan telinga dari kesejukan.

Begitulah kebesaran dan hebatnya hukum Allah , ianya wajib bagi setiap muslimah yang mukallaf dan terpaksa diamalkan juga oleh orang bukan Islam pada musim sejuk.

Tuan Guru Haji Mohd Arif Dalam Kenangan

Perginya pejuang Islam yang gigih di Perak , Tuan Guru Haji Mohd Arif setahun yang lepas meninggalkan kesan yang mendalam. Dialah seorang guru , dialah bapa dan dialah seorang teman karib penulis sehingga ke akhir hayatnya.


Riwayat hidupnya
Setahu saya ada beberapa perkara mengenai riwayat hidupnya untuk kita ketahui. Beliau banyak menghabiskan masanya belajar di pondok Tuan Hussin Al Banjari di Pokok Sena Kepala Batas. Pernah di tahan dibawah ISA pada tahun 1985. Anak-anaknya semua berjaya. Ada yang menjadi doktor di Kuala Lumpur dan Guru.


Rumahnya di Gerik cukup sederhana dan letaknya di kampung. Kegemaran nya sejak lama ialah menternak lembu. Rumahnya menjadi tempat persinggahan pimpinan PAS tertinggi seperti TG Nik Abdul Aziz dan TG Hj. Abdul Hadi Awang.

Dalam Arena politik pernah memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Perak, meneruskan sisa-sisa usianya sebagai AJK Dewan Ulama Pas Negeri. Dia juga pernah bertanding di salah satu DUN di Gerik.


Menepati Waktu
Setiap program yang diadakan di negeri Perak yang melibatkan kehadiran beliau hampir 100 pratus beliaulah orang yang paling awal sampai. Kadang-kadang beberapa jam lebih awal. Contohnya kalau diadakan program Liqa' Fiqri pada setiap malam jumaat minggu pertama setiap bulan di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning, beliaulah orang yang pertama datang. Rasa kehilangan apabila diakhir-akhir hayatnya sekitar setahun lebih kurang beliau sudah tidak dapat lagi menghadiri program tersebut. Kerana keadaannya yang semakin uzur beliau banyak berihat dirumahnya di Grik.


Yang peliknya dia jarang datang bersama peserta dari grik tetapi kelazimannya dia cuma menaiki bas berhenti-berhenti. Mungkin kerana ingin mengelak dari sampai lambat dia lebih awal keluar rumah. Begitulah dalam progam yang lain, kalau dia hadir tentulah paling awal dari orang lain.


Bercakap apa yang penting
Sosok badan yang kecil dan kelihatan banyak pendiam. Beliau bercakap apa yang penting apalagi yang menaikan semangat perjuangan . Jawapan kepada setiap persoalan yang diajukan kepada beliau sentiasa dijawab secara berhimah.


Gigih berdakwah hingga akhir hayat
Setelah memenuhi kegiatan dakwah di sekitar gerik pada awal bulan, beliau akan keluar dari rumah setiap penghujung bulan sebagai memenuhi program yang telah disusun oleh jemaah di luar Gerik sekitar Perak. Seingat saya bermula di Markaz Lenggong, dia akan bergerak sehinggalah sampai ke Parit Buntar dan kembali kebeberapa tempat lain pada setiap bulan. Antara tempat kulih tetapnya yang saya ketahui ialah di Gunung Semanggol, Mesjid Lama Taiping, Kuala Sepetang, dan Bagan Serai. Kalau berkebetulan pada hari Jumaat beliau akan diberi peluang berkhutbah.


Yang hebatnya beliau banyak bergerak untuk berdakwah dengan bas berhenti-henti. Kenderaannya cuma motsikal honda 70 yang agak uzur yang digunakan di sekitar gerik sahaja. Dia akan sampai di Parit Buntar dari taiping dengan bas merah sekitar jam 10 pagi pada akhir bulan. Kami cuma menjemputnya di stesen bas Parit Buntar. Saya banyak menghantarnya ke taiping untuk keprogramnya di Kuala Sepetang pada pagi Ahad. Disitulah saya banyak waktu bersama beliau.


Setiap kali turun di Parit Buntar kami akan menyusun Progran sepadat mungkin. Bermula dari Kuliah jam 3 petang untuk muslimat, sesudah itu Kuliah Maghrib dan Usrah bersama pimpinan sesudah Isya. Waktu Subuh kami isi dengan tazkirah subuh. Tempatnya tidak tetap dan berubah pada setiap bulan.


Diakhir-akhir hayatnya sesudah tidak mampu lagi keluar berdakwah, semasa mengunjungi beliau setiap kali balik ke Kelantan beliau merungut tidak dapat keluar lagi macam biasa. Iras wajahnya masih bersemagat tetapi apakan daya kesihatan tidak mengizinkan.


Itupun sejak saya mengenali beliau sememangnya dilihat pada susuk tubuhnya memang dia sentiasa uzur. Tidak salah sekitar 80 tahun tetapi dia masih gigih keluar berdakwah.


Metode dakwahnya agak bersahaja dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Suaranya yang agak perlahan memerlukan pembesar suara yang bagus. Namun bagi yang sentiasa menghayati setiap patah yang terbit dari mulut almarhum pasti menyentuh jiwa. Terkadang kupasannya mirip kepada kupasa TG Nik Abdul Aziz, ringkas dan mudah fahami.


Makan cara sunnah
Bila makan sehingga hari ini saya teringat kepada Almarhum yang makan cara sunnah. Makannya saya rasa tidak sampai kenyang, buktinya dia makan jarang untuk menabah . Sentiasa dia makan hanya sedikit sahaja. Makannya agak lambat dan teliti sekali. Menikmati makanan bersamanya saya tidak akan mula makan sebelum dia makan dan menjamah makanan. Bermula dengan doa bersama rasa berkatnya makan bersama Tuan Guru. Bercakap semasa makan jarang sekali, lagak makannya kelihatan dia sangat bersyukur dengan nikmat rezeki yang dicecapi nya.....sampai kepada point ini penulis menitiskan air mata , sebak rasanya teringat makan bersama seorang guru yang banyak memberi jasa kepada PAS Perak.


Kalau diajak makan dikedai kopi dia agak berat dan biasanya kami beli makanan dan makan dipejabat PAS Jalan Keli.


Sesudah makan dia akan menjilat jari seperti yang lazim dapat kita lakukan. Yang tidak lazim dilakukan orang lain sesudah makan ialah dia membasuh tanganya dengan sidikit air di dalam pinggannya lalu dia akan mengacau air yang sedikit dalam pinggan itu bagi membersih kan bekas-bekas makanan yang ada. Selepas itu dia akan meminum air bekas itu .


Kuat ibadahnya
Beliau menjadi contoh kepada sahabat yang mengenalinya dalam soal ibadah. Mengikut Mak Cik (panggilan kepada isteri almarhum) semasa mengunjungi ketika dia dah mula tidak keluar rumah ,dia akan menalifon anaknya yang menjadi guru di sekolah yang berdekatan di Gerik supaya balik untuk sembahyang berjemaah bersamanya. Nampaknya dia tidak boleh sembahyang kalau tidak berjemaah.


Diwaktu malam tidur dengan Tuan Guru kita dapat saksikan dia banyak melakukan ibadah diwaktu malam. Doanya agak perlahan dan sentiasa diselangseli dengan doa dalam bahasa Melayu seperti kelaziman yang dilakukan oleh TG Nik Abdul Aziz. Sangat menyentuh jiwa yang menghayatinya.


Patah tumbuh hilang berganti
Perginya seorang pejuang yang begitu gigih itulah suatu realiti yang mesti di lalui oleh umat dari zaman berzaman. RasulNya juga telah diwafatkan oleh Allah Sang Pencipta. Namun yang tinggal adalah generasi-generasi penerus sebagai pewaris dengan memeperjuangan Al Quran dan As Sunnah sehingga kiamat tiba.

Semuga rohnya di cucuri dan di Rahmati Allah serta ditempatkan ditempat yang terpuji.


.... Al Fatihah....






10 Disember 2007

Pameran Khat Oleh Abdullah Ma dari China.

Sembahyang di Mesjid Yiwu yang boleh memuatkan sekitar 5000 orang jemaah pada Maghrib hari ini tidak berakhir begitu sahaja. Imam Mohammed yang saya kenali sejak 6 bulan lalu mengajak saya ke pejabat mesjid untuk bertukar-tukar pengalaman sebelum masuknya waktu Isya.



Bersama kami ialah bapa saudaranya Abdullah Ma dari wilayah Gansu yang beberapa bulan lalu balik dari Malaysia kerana mengadakan pamiran kaligrafi arab dan cina selama sebulan dibeberapa tempat di Malaysia. Kata Abdullah Ma dia sempat ke Johor Bharu, Melaka dan Kuantan.


Sebetulnya saya telah lama berhajat untuk mengurus ahli kaligrafi dari China untuk ke Malaysia. Mungkin paling menarik ke negeri kelahiran sendiri iaitu Kelantan. Seperti orang mengantuk disurungkan bantal, pertemuan dengan Abdullah Ma sebentar tadi memberi arti yang besar untuk memenuhi hajat lama yang masih belum kesampaian.


Saya merencanakan pada awal tahun depan dapat membawa sekali lagi Abdullah Ma ke Malaysia.