Sebentar tadi pada sekitar jam 12 tengah hari Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Daerah Kerian, telah mengumumkan tentang pencalonan piliharaya ke 12 pada hari ini.25 Februari 2008
Satu Lawan Satu di Parit Buntar.
Sebentar tadi pada sekitar jam 12 tengah hari Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Daerah Kerian, telah mengumumkan tentang pencalonan piliharaya ke 12 pada hari ini.24 Februari 2008
Najib Seru Pangkah Pembangkang ?
Najib meminta rakyat menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka dengan membuat pemilihan terbaik dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Dia berkata, pemilihan pada 8 Mac ini bukan satu pilihan raya kecil, sebaliknya bagi membentuk kerajaan di peringkat nasional dan negeri.Siapa Ciplak Siapa ?
Setelah berada dalam keadaan sangat terdesak, BN menggunakan pelbagai pihak untuk mengeluarkan kenyataan untuk menafikan tawaran negara berkebajikan oleh PAS .Pergolakan Di Perlis.
Pengumuman senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) Perlis bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 yang sepatutnya dibuat lewat malam ini terpaksa ditangguhkan lagi .Menteri Besar, Shahidan Kassim berkata, ini kerana beliau kesuntukan masa untuk mengumumkannya hari ini disebabkan terdapat sedikit masalah teknikal'. sehingga pagi esok(sabtu).22 Februari 2008
Pas Perak umum senarai calon pilihan raya
IPOH 21 Feb. – Pas Perak hari ini mengumumkan senarai calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ini.Pengarah Pilihan Raya Pas negeri, Ahmad Awang yang juga Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan nama-nama calon itu pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS negeri di sini.PARLIMEN
P.054 Gerik - Mohd Noor Abdul Rahman
P.055 Lenggong - Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria
P.056 Larut - Dr. Mohd Dhari Othman
P.057 Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof
P.059 Bukit Gantang - Roslan Shaharum
P.067 Kuala Kangsar - Dr. Khairudin Abdul Malik
P.069 Parit - Dr. Najihatussalehah Ahmad
DEWAN UNDANGAN NEGERI
N.03 Kenering - Mohd. Shukri Ahmad
N.05 Selama - Abu Husin Mohamad
N.06 Kubu Gajah - Mohd Nazri Din
N.08 Titi Serong - Dr. Khalil Idham Lim Abdullah
N.11 Gunung Semanggol - Ramli Tusin
N.12 Selinsing - Husin Din
N.15 Trong - Nor Azli Musa
N.16 Kamunting - Muhamad Apardi Sharri
N.19 Chenderoh - Mohammad Yassin Mohamed Yusof
N.20 Lubok Merbau - Mohd. Zainudin Mohd. Yusof
N.23 Manjoi - Zulkurnaini Ibrahim
N.35 Manong - Mohamad Yazid Yeop Baharuddin
N.36 Pengkalan Baru - Abu Bakar Hussain
N.38 Belanja - Muhammad Ismi Mat Talib
N.43 Sungai Rapat - Radzi Zainon
N.47 Ayer Kuning - Dr. Ahmad Razi Othman
N.49 Kampung Gajah - Mustafa Shaari
N.51 Pasir Panjang - Mohammad Nizar Jamaluddin
N.53 Rungkup - Mohd. Misbahul Munir Masduki
N.56 Changkat Jong - Mohd. Anuar Sudin
N.58 Slim - Zulqarnain Hassan
21 Februari 2008
Kenapa Negara Kebajikan PAS di Pertikaikan ?
Sejak PAS mendedahkan Mernifesto nya kali ini iaitu Negara Berkebajikan, ianya menjadi suaut berita hangat dan diperkatakan hampir semua pimpinan UMNO. Rata-rata memutar belit dan memperlikehkan tawaran yang terbaik itu.“(Negara kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat permulaan, kita tidak berhasrat memerintah negara, Pas hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.“Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam mana rakyat nak buat pilihan,” katanya kepada pemberita bagi menjawab pertanyaan berhubung kesungguhan Pas mewujudkan negara kebajikan memandangkan parti itu hanya bertanding 60 kerusi Parlimen yang jauh daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun menang di semua kerusi yang ditandingi.
PAS siap untuk rampas kembali .
Bahang Pilihanraya Umum ke 12 kini pada peringkat sampai ke tulang hitam kerana tarikhnya telahpun diketahui iaitu pada 8 Mac akan datang. Sementara itu hari penamaan calon ialah pada 24 Februari terdekat. BN yakin tiada masalah pertahan kerusi di Parit Buntar ?
PARIT BUNTAR 20 Feb. - Barisan Nasional (BN) menerusi komponennya, UMNO dijangka tidak menghadapi masalah untuk berhadapan dengan parti pembangkang Pas dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.Bagaimanapun, pertembungan 'buku dengan ruas' pada pilihan raya umum 2004 antara Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dan Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hassan Ali yang menyaksikan BN merampas semula kerusi itu dengan kelebihan 4,698 undi berbanding Dr. Hassan yang hanya meraih 14,619 undi bagaimanapun tidak menjanjikan impian BN begitu indah bagi pilihan raya umum kali ini.
- Bernama
Tajol Rosli pertahankan kerusi DUN Pengkalan Hulu
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu pada Pilihan Raya Umum Ke-12.``Saya kekal bertanding di kawasan ini,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Dewan Bandaran di sini hari ini.20 Februari 2008
Plat kereta nombor 1 dijual AS$14.2 Juta
Seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu memecahkan rekod dunia apabila berjaya membuat bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kereta '1', semalam. "Harganya berpatutan dan siapa yang tidak mahu menjadi nombor satu?" kata Saeed Abdel Ghaffar Khouri selepas membida setinggi 52.2 juta dirham (AS$14.2 juta) untuk nombor pendaftaran '1'.Siap Dulu Yang Buat Kacau?
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana- mana kumpulan ekstremis atau individu yang cuba menggugat dan menggagalkan kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-12, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.19 Februari 2008
Pasaran saham ditutup rendah pada dagangan pagi ini, ekoran kurangnya minat pelabur untuk membeli berikutan kejatuhan pasaran Saham Amerika Jumaat lepas.Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) jatuh 11.56 mata kepada 1,415.63 pada penutup dagangan tengah hari ini.Ucapan dari Lidah yang Tak Bertulang....
Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau bukan Perdana Menteri untuk orang Melayu sahaja sebaliknya untuk semua rakyat Malaysia.Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa mengingatkan dirinya bahawa adalah menjadi tanggungjawabnya untuk berlaku adil kepada semua kaum di negara ini.“Saya tidak pernah melupakannya, sebagai Muslim kita percaya selepas meninggal dunia kita akan bertemu dengan Allah dan akan ditanya apa yang dilakukan ketika hidup, ketika bekerja dan bagi diri saya ketika menjadi Perdana Menteri.“Saya tidak boleh menipu kerana Allah mengetahui segala-galanya. Dalam al-Quran ada sebut bahawa kamu perlu jujur, berintegriti dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri dengan masyarakat Cina kelmarin.Rasanya ucapan ini adalah sejauh langit dengan bumi dari segi pelaksanaannya. Jangan dalam keadaan tersepit hendak menerima sokongan dari kaum lain, Pak Lah bercakap dengan berlapikkan Islam. Jangan sampai orang kalaupun tak tergelak akan senyum sampai ketelinga dengan kata-kata manis diatas.
Seingat saya yang paling senang dan selesa hidup sepanjang dia ditampuk kekuasaan ialah anak menantu dan kroni-kroni terdekat. Rakyat segala lapisan tidak mengira agama dan bangsa dalam keadaan tersepit dan tertekan dengan berbagai masaalah negara yang besar-besar dan kecil-kecil. Antaranya krisis kenaikan harga barang yang" mengila".Puncanya dizaman Pak Lah harga minyak naik secara kadar yang melampau dan berkali-kali. di zamannyalah keadaaan keselamatan negara sangat tidak selamat. Anak-anak kecil yang diculik sekadar menyebut khilangan Nurin dan Sharline adalah menmbuktikan segalanya.
Apakah "bala" yang akan mendatang sekiranya rakyat masih memberi peluang kepada BN memerintah, cukuplah ya Allah Engkau datangkan pemimpin yang tidak ambil Cakno dengan kebajikan rakyat dan pemimpin yang bercakap tidak serupa bikin.
Kelantan Sihat.
Menteri Besar Kelantan mengatakan Kelantan tidak ‘sakit’ dan tidak memerlukan ‘rawatan’, Mursyidul Am Pas itu ketika mempertahankan corak pemerintahan parti pembangkang itu di Kelantan berkata, Kelantan membangun mengikut acuan sendiri.Malah, menurut beliau, orang Melayu dan Cina di Kelantan hidup bagai adik-beradik dan menunjukkan kemesraan hidup bersama kerajaan yang berasaskan Islam.18 Februari 2008
Bohong lagi.......
Masalah yuran sekolah menjadi suatu yang sangat hangat diperkatakan sejak awal tahun 2008. Persoalan mengenai pemansuhan bayaran yuran telah diketahui UMUm hanyalah RM 4.50 untiuk sekolah rendah dan RM 9.00 untuk sekolah menangah.
Pak Lah macam tak sedar diri menjadikan ini isu kempennya semasa berucap di Yan Kedah kelmarin katanya usaha kerajaan untuk membantu rakyat adalah sebagai mengeratkan lagi ‘kasih sayang’ kerajaan kepada rakyat.
Katanya, kasih sayang kerajaan dibuktikan dengan bantuan-bantuan seperti memansuhkan yuran sekolah, pemberian pinjaman buku teks, bantuan pakaian seragam sekolah, makanan dan menyediakan kemudahan sekolah.‘‘Kita buat untuk kepentingan rakyat dan kita perlu tingkatkan usaha membantu rakyat, kita kurangkan tanggungan perbelanjaan rakyat dan kita kawal kenaikan harga barang,’’ katanya.
Adakah pemansuhan RM 4.5 dan RM 9 ini telah mengurangkkan beban rakyat, sedaang kita terpaksa membayar ratusan ringgit wang tambahan lain semasa mendaftar anak diawal tahun tadi. Berambah bohonglah Pak Lah dan berambahlah koleksi pembohongannya.