20 Februari 2008

Siap Dulu Yang Buat Kacau?

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana- mana kumpulan ekstremis atau individu yang cuba menggugat dan menggagalkan kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-12, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.





Menurutnya, kerajaan telah mengisytiharkan Pilihan Raya Umum Ke-12 akan diadakan pada 8 Mac ini, bermakna rakyat berhak keluar mengundi untuk memilih kerajaan akan datang.Jadi, gunakan hak itu dan tidak perlulah kumpulan ekstrem ini membuat demonstrasi atau menimbulkan ketegangan kerana masa pilihan raya nanti, rakyat mempunyai hak memilih wakil dan calon mereka.

Musa berkata, pihak-pihak yang terlibat dengan pilihan raya dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang serta peraturan supaya tidak timbul sebarang kekacauan atau gangguan sepanjang proses tersebut.‘‘Selepas penamaan calon nanti, ada masa untuk mereka ini menjalankan kempen dan kita akan beri permit kerana itu proses pilihan raya.‘‘Polis akan beri hak tersebut. Jadi tidak perlulah buat kacau dan saya yakin jika semua terlibat mengikut segala peraturan pilihan raya dapat dijalankan dengan lancar,” jelasnya.

Kita sangat berharap kepada semua pihak untuk beradu tenaga secara "jantan" dalam PR ke 12 nanti. Jangan melakukan sesuatu diluar batas undang-undang dan agama yang kita anuti.

Bagi kami dari parti pembangkang, khususnya PAS kita sangat yakin dengan seluruh ahli dan penyokong yang akan melakukan didalam skop undang-undang yang dibenarkan. Apalagi kami ditarbiyah untuk melaksanakan perintah Allah SWT dengan sebaik mungkin.

Persoalannya siapakan dulu yang memulakan dan siapa dulu yang menimbulkan provokasi ? Kita mohon pihak yang berwajib berlaku adil dengan setiap laporan yang diberikan.

Misalnya dalam beberapa hari ini dah berpuluh bendera PAS yang di rosakkan oleh "lembaga hitam" yang telah kami laporkan di Parit Buntar kepada Polis. Semuga semua petugas PAS bertenang dan tatap melalui proses undang-undang yang sedia ada.

Tiada ulasan: