24 Jun 2009

Saf kepimpinan PAS P.Pinang 2009-2011

PULAU PINANG, 23 Jun : - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berharap perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri sessi 2009-2011 semalam dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Kemenangan bagi PAS di negeri ini amat penting kerana satu kerusi yang di menangi oleh bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir tidak mencukupi.


"Kita perlukan kepimpinan yang dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Jadi, semuanya harus menyasarkan program ke arah itu di samping turun padang selalu, " kata Ustaz Saleh ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Menurut beliau antara mereka yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Haji Mohamad Sabu dan seorang tokoh muda, Rosidi Hussain.

Jawatan Setiausaha Perhubungan dikekalkan kepada Fazhil Kemi manakala Ustaz Taqiudin Hamzah diamanahkan sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri diserahkan pada bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak.

AJK Tambahan ialah Mohd Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Bukhari Ghazali, Jamaludin Said dan dua orang muslimat yang belum dilantik.

Pada mesyuarat ke dua nanti katanya, semua lajnah akan diberikan kepada individu yang difikirkan sesuai dan mampu membawa anjakan serta perubahan terhadap PAS selari dengan perkembangan terkini.

Bukan itu sahaja malahan PAS Pulau Pinang juga mahukan persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP diperkemaskan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

"Kita mahukan kemenangan maka kesatuan tenaga antara Pakatan Rakyat akan diperkemaskan. "Rakyat akan menilai sekiranya kita bergerak bersama bukanya berpecah dan mementingkan diri sendiri, " tegasnya. Harakahdaily/-

Sekolah ke-3 ditutup kekang H1N1

Sebuah lagi sekolah ditutup selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.



Dua lagi kes tempatan dan lapan kes import disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya kes influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes, lapor Bernama.

SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya telah ditutup masing-masing pada Ahad dan semalam.

Sementara tiga lagi sekolah diarah menutup masing-masing satu kelas: SMK Seksyen 9 di Shah Alam, SMK Damansara Utama di Petaling Jaya dan SM Wangsa Maju di Kuala Lumpur.Malaysiakini/-

Saf pimpinan PAS Perlis 2009-2011

KANGAR, 23 Jun : - PAS Perlis mengumumkan saf kepimpinan Badan Perhubungan Negeri bagi sesi 2009/2011. Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin selepas mempengerusikan mesyuarat di sini Sabtu lalu.

Pengumunan yang dibuat itu menyaksikan Ustaz Ahmad Ali dan Abdul Karim Md Rejab kelal selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2.


Manakala, Yang Dipertua PAS (YDP) Padang Besar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, MOhd Anuar Tahir diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.

Timbalan Yang Dipertua PAS Arau, Mohammad Shukeri dilantik selaku Setiausaha dan Abu Aiman Arof pula sebagai Bendahari. Bekas Setiuasaha PAS Padang Besar, Ustaz Yahya Ahmad pula dilantik sebagai Penolong Setiausaha.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat yang juga YDP Arau diamanahkan sebagai Ketua Penerangan yang baru.

Jawatankuasa harian PAS Perlis yang lain ialah Ustaz Abd Rashid Abd Rahman (Ketua Dewan Ulama), Ustaz Ya'akub Abu Seman (Ketua Dewan Pemuda) dan Latifah Mat (Ketua Dewan Muslimat).

Turut menganggotai saf kepimpinan kali ini ialah Hairy Hashim (YDP PAS Kangar), Hisharuddin Hassan, Ustaz Yussaine Yahya, Solahuddin Azmi, Ustaz Rijaluddin Ismail, Ustaz Mohd Azmir Azizan dan Zurina Ibrahim.

Manakala ahli yang dilantik pula terdiri dari Ahmad Tajuddin Salleh, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, Hassan Ismail, Abdul Jamil Khamis, Jaafar Daud, Ustaz Mohd Nasir, Ustazah Norseri Othman, Wan Kharizal Wan Khazim dan Othman Muhammad.

Perlantikan Pengerusi-pengerusi Lajnah dan Ketua Jabatan dijangka akan diumumkan selepas mesyuarat penuh pertama Badan Perhubungan PAS Perlis tidak lama lagi.Harakahdaily/-

Kenyataan Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Berikut adalah kenyataan media bersama pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu Kerajaan Perpaduan.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:



1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Dato' Seri Anwar Ibrahim Dato' Seri Abdul Hadi Awang Lim Kit Siang.

Drs. Khalil tinjau masalah pesawah padi.

Inilah akibat serangan Bena Perang. Sejenis serangga yang kecil sahaja tapi beranak sehingga dekat 400 anak dan menghisap batang padi sehingga kering.

TITI SERONG : Kawasan DUN Titi Serong terkenal dengan kawasan Jelapang Padi di utara Perak. Malah kebanyakan penduduk asal yang terdiri dari suku Banjar adalah berkerja sebagai pesawah padi.

Pada 17 Jun yang lepas, ADUN titi Serong bersama rombongan yang terdiri dari pemberita Sinar Harian, ketua kampung dan pegawai Pertanian yang berdekatan telah turun ke Kampung Parit Tok Ngah meninjau permasalahan pesawah padi iaitu serangan serangga "Bena Perang".

Pada Kesempatan itu beliau telah meninjau keadaan dua sawah padi yang mendapat serangan dari serangga itu sehingga mengakibatkan tanaman yang hampir musnah.

Dalam kenyataan ringkas kepada pemberita dari Sinar harian, Drs. Khalil melahirkan rasa simpatinya dengan masalah itu dan memohon supaya pesawah yang terlibat terus bersabar dan berikhtiar untuk mengatasinya.

Drs. Khalil bergambar bersama rombongan.

Beliau juga menasihati supaya warga setempat meneruskan amalan masyarakat lama yang mengadakan bacaan yaasin, doa selamat dan kenduri "wadai kepeng" memohon doa dari Allah supaya wabak serangan serangan itu dapat di atasi.


ADUN Titi Serong lawat warga terlantar.


TITI SERONG : Dalam kesibukan menjanakan kerja rutin seharian sebagai ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham sekali menunjukkan sikap perihatinnya kepada warga yang terlantar dalam kawasan DUN yang dimenanginya.

Sekali ini beliau berpeluang melawat seorang Pesara Guru yang sudah 8 tahun telantar akbibat penyakit angin ahmar, Cikgu Mohamaad bin Yusof di kampung parit Hj. Wahab.

Semasa pebualan beliau dengan pesakit tersebut, Drs. Khalil sempat memuji kesungguhan Cikgu Mat yang tetap setia menjadi pelanggan akhbar mingguan Harakah dan Siasah. Malah beliau tidak akan senang dan dalam keadaan gelisah bila naskah terbaru lambat dihantar kepadanya.

Semasa memberi kenyataan ringkas kepada Rakan Media dari Sinar Harian, Drs. Khali meminta semua ahli PAS mengambil contoh dan merasa malu kalau malas untuk membeli dan mengikuti berita dari Harakah dan Siasah. Cikgu Mat yang terlantar begitupun masih setia dengan akhbar kesayangan parti itu, jelasnya.

Talian hayat BN telahpun putus.

Sebagai seorang yang memulai perjuangan bersama dengan PAS sejak dini bila memeluk Islam pada tahun 1985, saya adalah antara orang yang sangat bersyukur kepada Allah dan sangat gembira dengan penyelesaikan kemelut dalamam PAS dan Pakatan Rakyat bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS , Tok Guru Nik Abdul Aziz dan DS. Anwar setelah beberapa keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat Pimpinan Teringgi Pakatan Rakyat dan mesyuarat AJK PAS Pusatrkelmarin.

Sebenarnya tanpa menafikan masalah ini sebenarnya sangat mengugah keadaan ahli ketiga-tiga parti dalam Gabungan Pakatan Rakyat. Lebih parah kepada kami di negeri tempat kelahiran pakatan Rakyat pada subuh 9 Mac 2008 dengan nama asalnya Barisan Rakyat.


Namun begitu yang paling terpukul dan tergugat dengan penyelesaian kes ini ialah pimpinan UBN. Apapun yang diandaikan dengan keadaan BN sekarang, saya namakan dengan "talian hayat BN telahpun putus".

Gelojohnya pimpinan BN melibatkan dari UMNO, MIC dan MCA memperlihatkan mereka cuba mengambil peluang dan membesar-besarkan keadaan yang saya kira pada pandangan mereka adalah penyelamat kepada keadaan BN yang sangat lemah dan ternayata telah ditolak oleh rakyat sejak 8 Mac 2008 lepas.

Kekalahan demi kekalahan dalam PRK sebelum ini menampaknya Bn hanya boleh bertahan satu kerusi di Batang Ai Serawak.

Hari ini media perdana milik BN menyiarkan pelbagai kenyataan pemimpin BN. Antaranya kenyataan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang mengatakan dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun parti Pas tunduk kepada tekanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bilakah UMNO sudahh jadi juara penyatuan kaum Melayu ? sedangkan dialah sebenarnya juara yang memecah belahkan orang Melayu di"Tanah Melayu". Paling parah UMNOlah yang sedang membunuh Bahasa ibunda sendiri dengan pelaksanaan PPSMI tanpa mendengar desakan dan bantahan dari pelbagai pihak.

Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas oleh Shafei. Hakikat yang berlaku kita tidak tunduk kepada sesiapa melainkan kita tunduk kepada kehendak ahli bawahan dan bukan hanya dari ahli PAS tapi dari ahli PKR dan DAP.

Malah keputusan menolak kerajaan perpaduan adalah keputusan semua pimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat. Inilah sifat pemimpin Pakatan yang lebih terbuka dan telus mendengar kehendak dan suara pimpinan dan ahli disemua peringat. Ternyata perkara ini payah dan tidak berlaku dan UBN.

Talian hayat BN telahpun putus, selamat tinggal BN, jangan mimpi untuk berpaut lagi di "bahtera" Pakatan. Kamu akan tenggelam dan sedia untuk dikuburkan dalam apa saja jenis pilihanraya dimasa akan datang.

Manik urai sedang menunggu...!

23 Jun 2009

Saya telah beri keterangan kepada polis untuk bantu siasatan.

IPOH, 22 Jun :- Begitulah yang sudah menjadi standard di malaysia, kalau UBN yang buat laporan polis akan bersegeralah pihak yang berwajib menjalankan kerjanya.Sikap double standard ini sudah belaku sekian lama dan sekali ini untuk kami dalam kes laporan yang telah dibuat oleh Dr. Zambry terhadap kenyataan Media (gambar) yang saya keluarkan seperti yang saya terbitkan semua dibawah.

Kami telah disoal diatas seksyen 112 Kanusn Prosuder jenayah (KPJ, dibawah Akta 500(Fitnah).


Kenyataan Media ADUN Titi Serong..

Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.

Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.

3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)

Kenyataan Media saya diatas telah menyebabkan Dr.Zambry naik berang dan terus melakukan laporan polis pada hari yang sama.

Kelmarin saya bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain hadir untuk memberi keterangan iaitu Hj. Mohd Zainuddin (Lubok Merbau), Chan Lih Kang (Teja) dan Chang Ming Kai (Simpang Pulai).

Tindakan Menangani Krisis Kewangan Global akan Dibincangkan dalam Pertemuan Pemimpin 4 Negara

Alif H'ng
2009-06-16 12:47:16 Agensi Berita Xinhua China

Isu menangani krisis kewangan antarabangsa akan dibincangkan dalam pertemuan yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin 4 negara, iaitu China, India, Rusia dan Brazil di Yekaterinburg Rusia. Demikian dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Luar China, Wu Hailong semalam.


Menurut beliau, cadangan membentuk sistem mata wang yang lebih berwibawa telah dikemukakan oleh beberapa buah negara. China berpendapat bahawa cadangan tersebut bertujuan menjamin keselamatan harta simpanan pertukaran wang asing dari pelbagai negara, menstabilkan sistem mata wang antarabangsa, dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi sedunia. Menurut beliau, China sememangnya menganjurkan supaya menyempurnakan sistem mata wang antarabangsa, dan sistem kawalan pengedaran mata wang simpanan serta mempertahankan kestabilan kadar pertukaran mata wang utama.

Bank Dunia Meramalkan Pertumbuhan KDNK China Mencatat 7.2% Tahun Ini

Alif H'ng

Bank Dunia meramalkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK China akan mencatat 7.2% pada tahun ini.

Menurut laporan dalam "Pengemaskinian Suku Tahunan China" yang diterbitkan semalam, 6mata daripada 7.2% itu didorong oleh perbelanjaan pelaksanaan dasar kerajaan dan rangsangan akibat penurunan cukai. Di samping itu, kerana kadar inflasi yang rendah dan pendapatan sebenar para penduduk meningkat, keupayaan penggunaan China pada suku kedua tahun ini tetap kuat.

Ahli ekonomi China di Bank Dunia Ardo Hansson berkata, pertumbuhan ekonomi kekal pesat di China pada tahun ini dan tahun depan. Bagaimanapun masih awal untuk mengatakan keadaan ekonomi China mulai pulih secara berterusan.

Manusia moden yang bodoh...

ZAMRI" kecik's

The 'Modern Toilet' eatery:

Modern Toilet is a Taipei restaurant. It accommodates 100 seats with each made from toilet bowls.

The specialties at the restaurant accompany sink faucets and gender-coded 'WC' signs that appear on the three-story structure.

The food is served in mini plastic toilet bowls.

The toilet rolls that serve for wiping hand and mouth are hung above the tables, which may resemble glass-topped jumbo bathtubs.















Taktik Berlagak Berani

Alif H'ng

Di China terdapat pepatah yang berbunyi bahawa "Tipu Daya Tidak Pernah Berakhir dalam Peperangan". Taktik "Berlagak Berani" bermaksud, jika kekuatan pertahanan sesebuah kota kurang, pihak yang mempertahankan kota itu bolehlah membiarkan keadaan itu, kecurigaan pihak musuh akan bertambah. Jika tidak bersedia menghadapi musuh yang kuat, ahli strategi yang berpengalaman dan berani biasanya memperdaya musuh dengan cara memberi gambaran bahawa penduduk dalam kota itu hidup aman tenteram. Dengan itu, musuhnya akan menganggap bahawa ada tentera yang berjumlah besar berpangkalan di kota itu, dan mereka akan berundur kerana takut.


Berdasarkan catatan sejarah, taktik tersebut digunakan seawal abad ke-7 sebelum Masihi. Taktik itu diketahui oleh umum ketika digunakan oleh ahli strategi terkenal pada zaman kuno China, iaitu Zhuge Liang, dalam satu perang yang penting.

Penggunaan taktik itu diceritakan dengan hidup sekali dalam buku klasik kuno China, "Roman Kerajaan Tiga Negeri". Pada zaman kerajaan tiga negeri itu, iaitu kira-kira pada abad ke-3, Negeri Wei, Negeri Shu dan Negeri Wu menjadi tiga negeri yang paling kuat. Ahli strategi negeri Shu, Zhuge Liang amat bijaksana, manakala, penasihat Raja Negeri Wei, Sima Yi juga cerdik. Dalam satu pertempuran, tentera di bawah Zhuge Liang gagal mempertahankan satu tempat strategik, iaitu Jieting. Sima Yi mengetuai tentera yang berjumlah 150,000 orang menuju ke kota pangkalan tentera Zhuge Liang. Tetapi, Zhuge Liang hanya mempunyai 5000 orang tentera yang berpangkalan di kota itu. Untuk menghadapi musuh yang besar dan kuat ini, Zhuge Liang berlagak berani dan tenang. Dia menempatkan tentera yang berjumlah kecil itu di luar kota, dan membuka semua pintu kota itu. Pada setiap pintu, 20 orang askar menyamar menjadi orang awam dan menyapu jalan. Orang awam dan askar yang lain disuruh berada di rumah dengan senyap. Pada masa itu, Zhuge Liang naik ke menara di atas pintu kota dengan membawa dua orang pengiring lalu memainkan alat muzik.

Ketika menyaksikan suasana yang amat santai itu, Sima Yi rasa terkejut dan curiga, mungkin tentera dengan jumlah yang besar sudah ditempatkan dalam kota itu, dan sedang menunggu mereka. Maka dia pun mengundurkan tenteranya.

Zhuge Liang menggunakan kecurigaan Sima Yi dan menangkis serangan tentera yang berjumlah 150,000 orang dengan taktik itu. "Berlagak Berani" merupakan taktik yang berisiko. Berundur ke kawasan yang selamat atau membawa masuk tentera tambahan perlu dilaksanakan segera selepas taktik itu digunakan.

Ceramah di Pasir Gudang , Johor.


Pada 19 Jun yang lepas saya telah dijemput untuk berceramah di Bangunan Pasti Al Kautsar, Pasir Gudang. Sebelum itu pengisian juga dilakukan dengan mengadakan Dailog dengan kelab penyokong Di Keluang, Lawatan kanak-kanak mengidap penyakit kanser otak, dan selepas Maghrib dialog kelab penyokong di Johor Bharu.


Usrah PAS Bagan Datoh turut dihadiri oleh orang bukan Islam

Oleh Misbahul Munir Masduki

Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam.

Tetapi di Bagan Datoh, markaz PAS yang dijadikan pusat kegiatan parti termasuk Usrah Mingguan turut juga dihadiri oleh penyokong-penyokong PAS dari kalangan Cina dan India.

Biasanya program usrah bermula dengan solat berjamaah, bacaan ma'athurat, pembentangan teks usrah menggunakan buku-buku tertentu atau kertas-kertas kerja tertentu, dibentang oleh naqib dan diperbincangkan, mengulas isu-isu semasa dan membincangkan program-program semasa. Ia dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Kali ini, penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India turut hadir, mereka duduk bersila, mendengar kupasan-kupasan ayat-ayat al Quran dan Hadis oleh YDP Kawasan Bagan Datoh yang memimpin usrah pada malam itu. YDP menggubah sedikit pendekatan agar ia lebih kepada bentuk dakwah. Mereka mendengar dengan penuh minat.

Dalam usrah tersebut, persoalan Kerajaan Perpaduan turut disentuh kerana ramai yang ingin mengetahuinya. Alhamdulillah penjelasan yang diberikan oleh YDP melegakan semua yang hadir termasuk penyokong-penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India. Mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Program Usrah Mingguan PAS yang dihadiri oleh bukan Islam turut dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam keluaran hari Jumaat semalam. Kebetulan beliau yang juga penyokong PAS hadir dalam program Usrah tersebut. Mereka cukup tertarik dengan program usrah dan pengisiannya malam itu, dan mereka berhasrat ingin mengikuti setiap kali ada usrah.

Ini adalah satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dengan penyertaan mereka dalam usrah PAS, bukan sahaja semangat untuk bersama PAS bertambah kuat, bahkan semuga mereka akan mendapat hidayah untuk beriman dengan aqqedah kita. Insya Allah.

Majlis Hi Tea dan Dialog.