Inilah akibat serangan Bena Perang. Sejenis serangga yang kecil sahaja tapi beranak sehingga dekat 400 anak dan menghisap batang padi sehingga kering.
TITI SERONG : Kawasan DUN Titi Serong terkenal dengan kawasan Jelapang Padi di utara Perak. Malah kebanyakan penduduk asal yang terdiri dari suku Banjar adalah berkerja sebagai pesawah padi.
Pada 17 Jun yang lepas, ADUN titi Serong bersama rombongan yang terdiri dari pemberita Sinar Harian, ketua kampung dan pegawai Pertanian yang berdekatan telah turun ke Kampung Parit Tok Ngah meninjau permasalahan pesawah padi iaitu serangan serangga "Bena Perang".
Pada Kesempatan itu beliau telah meninjau keadaan dua sawah padi yang mendapat serangan dari serangga itu sehingga mengakibatkan tanaman yang hampir musnah.
Dalam kenyataan ringkas kepada pemberita dari Sinar harian, Drs. Khalil melahirkan rasa simpatinya dengan masalah itu dan memohon supaya pesawah yang terlibat terus bersabar dan berikhtiar untuk mengatasinya.
Drs. Khalil bergambar bersama rombongan. Pada 17 Jun yang lepas, ADUN titi Serong bersama rombongan yang terdiri dari pemberita Sinar Harian, ketua kampung dan pegawai Pertanian yang berdekatan telah turun ke Kampung Parit Tok Ngah meninjau permasalahan pesawah padi iaitu serangan serangga "Bena Perang".
Pada Kesempatan itu beliau telah meninjau keadaan dua sawah padi yang mendapat serangan dari serangga itu sehingga mengakibatkan tanaman yang hampir musnah.
Dalam kenyataan ringkas kepada pemberita dari Sinar harian, Drs. Khalil melahirkan rasa simpatinya dengan masalah itu dan memohon supaya pesawah yang terlibat terus bersabar dan berikhtiar untuk mengatasinya.
Beliau juga menasihati supaya warga setempat meneruskan amalan masyarakat lama yang mengadakan bacaan yaasin, doa selamat dan kenduri "wadai kepeng" memohon doa dari Allah supaya wabak serangan serangan itu dapat di atasi.
4 ulasan:
tak masuk Sinar lagi ni YB...
Drs,Gracias YB. Sentiasa dekat dgn rakyat.Dpt riadah dan ziarah.Saranan YB molek tu.Disamping berusaha,berdoa perlu seiring.Nona Ratana Chulaborn.
Ha!tunggu apa lagi.Pi la ngadu kat Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Parit Buntar yg menteri baru lantik.Nama dia Dato Abdul Rahman Suliman.mamat ni pegawai pertanian ka atau pegawai MARDI ka? Dia kenal ka yg mana satu bena perang atau kutu beruang atau cenangau? Yg aku tau dia ni pakar dlm bunuh musuh politik dia kalau musuh padi entahlah.......
kata ghebakecik pun betul juga...
mengapa YB harus pergi melawatkan padi? sepatutnya Abdul Rahman Suliman patut kena pergi melawat, sebab itu dipanggil makan gaji buta.
tapi tak mengapa manusia seluruh dunia baca tulisan kami dalam blog YB dah tahu sikap mereka macamni sehingga seluruh dunia pun tahu sikap mereka macamni sehingga muka setebal tembok kapur yang besar.
Catat Ulasan