05 Oktober 2009

PAS yakin tentera bersama rakyat

BAGAN PINANG, 4 Okt: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin aanggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang.

"Rakyat semakin berubah dan semakin berani menentang cengkaman kuasa mereka yang berkeras dengan rasuah dan politik wang.

"PAS yakin, anggota-anggota tentera pasti akan bersama-sama rakyat mempertahankan negara kita dari serangan rasuah dan politik wang," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.

Menurut Salahuddin, pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah peluang kepada anggota-anggota tentera untuk menyatakan bahawa mereka tidak lagi boleh menerima wabak rasuah yang boleh mengancam nyawa mereka.

"Menentang rasuah adalah soal mempertahankan nyawa bagi angkatan tentera.

"Rasuah boleh mengakibatkan pembelian peralatan pertahanan yang mengancam nyawa seperti membeli kereta kebal yang disesuaikan harganya dengan kepentingan perasuah dan kemudiannya dipasang senjata berat sehingga tidak boleh digunakan untuk tujuan pertahanan.

"Perkara sedemikian, jika benar berlaku seperti yang dilaporkan sebelum ini, membuktikan bahawa rasuah akhirnya mengancam nyawa anggota-anggota tentera," kata beliau.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, belanjawan untuk pertahanan adalah antara yang tertinggi setiap kali belanjawan negara dibentangkan.

"Kita tidak menentang peruntukan yang tinggi itu kerana PAS amat menekankan supaya angkatan tentera kita mempunyai peralatan pertahanan yang terbaik dan canggih.

"Yang kita persoalkan ialah kenapakah kita terus mendengar annggota-anggota tentera menjadi korban kepada alat pertahahanan yang bermutu rendah atau terlalu tua usianya seperti kes helikopter Nuri dahulu yang digelar keranda terbang," kata beliau.

Salahuddin menggesa anggota-anggota tentera membuktikan kepada dunia bahawa mereka bukan kuda tunggangan untuk kepentingan kuasa pihak yang rakus dengan rasuah dan politik wang.

"Selama ini kita dengar Barisan Nasional (BN) begitu yakin akan menang mudah jika terdapat undi pos dari anggota-anggota tentera sehingga (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendapat majoriti majoriti 22,922 undi di Pekan dalam pilihan raya 2004, antaranya setelah Kem Tentera Batu 10 Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan sedangkan dalam pilihan raya 1999, beliau menang dengan majoriti hanya 241 undi sahaja.

"Mengapa perkara itu berlaku? Saya dukacita dengan kata-kata yang mendakwa bahawa di mana ada undi pos, di situ pemimpin BN selamat.

"Saya tidak mahu anggota tentera kita dituduh bersubahat dengan para pemimpin BN sedangkan ramai dari mereka yang mengadu tidak pernah diberi peluang mengundi sedangkan kertas undi untuk mereka telah diundi oleh entah siapa," katanya.

Sebab itulah, tegas beliau, anggota-anggota tentera mesti mengambil peluang dari pilihan raya Bagan Pinang ini untuk mempertahankan maruah dan nama baik mereka.

Ditanya mengenai kehebohan yang tersebar luas yang mendakwa bahawa taktik "pujuk dan ugut" akan digunakan untuk memastikan tentera mengundi BN, Salahuddin yakin anggota-anggota tentera tidak boleh diperbodohkan sebegitu rupa.

"Saya yakin mereka akan bangkit mempertahankan habis-habisan maruah mereka yang diserang oleh taktik jahat sedemikian rupa dan bersama-sama kebangkitan rakyat yang memerangi rasuah dan politik wang," tegas beliau.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi di Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa, 2 KAD Kem Sunggala, IJED Kem Kg Sawah, IPDA Port Dickson, 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa, 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah, Sekolah Pertukangan Perintis dan Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI) Port Dickson.

HarakahDaily.Net/-



Bagan Pinang bukti Umno berpura-pura tentang rasuah, kata Nik Aziz

KOTA BHARU, 4 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap Umno-BN berpura-pura dalam usaha membanteras rasuah dan politik wang, bahkan konsep "1Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan" seolah-olah menghalalkan rasuah dan politik wang.

Ini jelas apabila Umno memilih Tan Sri Isa Samad yang disabitkan rasuah sebagai calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti dan ianya mendapat sokongan kerajaan terutama Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

"Itu menunjukkan ia (usaha Umno-BN berjuang hendak menghapuskan rasuah dan politik wang) sekadar buat-buat.

"Kerajaan sekarang yang bercita-cita menghapuskan rasuah itu sebenarnya sekadar buat-buat saja, bukan sebenar, bahkan mereka menunjuk-nunjuk di hadapan rakyat saja, hakikatnya mereka terbabit dengan rasuah," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata, selagi manusia tidak takut kepada neraka maka sehingga itulah mereka akan melakukan maksiat termasuk melakukan rasuah, pembunuhan, terbabit dengan dadah atau melakukan penangkapan dengan menggunakan ISA terhadap mangsanya.

Image "Semuanya itu berpunca daripada orang tidak ingatkan kepada akhirat. Kalau mereka ingatkan kepada akhirat, mereka tidak akan menderhakai Allah.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuas PAS Pusat Datuk Haji Husam Musa menyokong kenyataan yang dibuat Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemimpin seperti Tan Sri Isa sepatutnya tidak lagi mendapat tempat sebagai calon mana-mana parti termasuk BN.

"Akan tetapi oleh kerana BN masih menganggap bahawa politik wang dan rasuah adalah sesuatu yang tidak apa-apa, sesuatu yang tidak merupakan kesalahan besar, maka sebab itu mereka memilih Isa.

"Dan ini mengukuhkan lagi anggapan umum bahawa BN memang mendukung konsep politik wang dan politik rasuah," katanya kepada pemberita sele[as menghadiri majlis meraikan keluarga mangsa ragut (yang meninggal) dari Bachok di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

"Saya fikir pengundi-pengundi Bagan Pinang (bagi Pilihan Raya Kecil pada 11 Oktober nanti) adalah pengundi yang terpelajar dan ada kesedaran politik.

"Mereka walau pun menyokong BN tetapi calon BN adalah satu calon yang tidak menggambarkan sebuah harapan untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih, saya yakin pengundi BN di Bagan Pinang akan mengundi calon Pakatan Rakyat.

"Kita serahkan atas kebijaksanaan para pengundi Bagan Pinang untuk memilih satu calon yang bersih.

(Gambar:Husam, Zulkefly dan Isa di Bagan Pinang)

"Dan saya yakin tempoh kempen yang ada (itu) membolehkan rakyat Bagan Pinang menilai (sendiri) calon mana yang patut mereka sokong untuk memimpin mereka," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad menyifatkan bahawa Umno-BN tidak ada moral.

Beliau mengulas sikap rakyat yang tidak mahu mengekalkan calon (wakil rakyat) yang tidak bersih, namun apa yang berlaku sekarang termasuk di Bagan Pinang, orang perasuah pun dicalon dan dipilih untuk menjadi wakil rakyat.

"Itu tradisi Umno-BN. Umno-BN tidak ada moral.

"Ini kerana calon Umno-BN di Bagan Pinang itu telah pun didapati bersalah oleh Umno (sendiri) dan bukan oleh mahkamah.

"Jawatankuasa Disiplin Umno telah menghukum pihak berkenaan telah menggunakan politik wang, membeli (meraih sokongan), maka dilucutkan jawatan naib presidennya pada ketika itu.

"Dan sekarang ini diletakkan balik (diangkat semula). Ini bermakna, kalau Umno buat apa pun, tak apa. No pragmatism, apa pun tak apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasir Mas semalam selepas menyaksikan sekumpulan lebih 1,000 orang mengadakan demontarasi aman menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali supaya meletakkan jawatan kerana menghentam PAS.

"Rakyat sekarang ini dah cerdik. Pengundi-pengundi di Malaysia ini semuanya boleh diaktakan lapan puluh peratus berkelulusan menengah/SPM dan dengan itu dapat berfikir dengan matang.

"Kalau inilah calon (yang didapati bersalah oleh Umno), yang diletak sebagai calon (kemungkinan akan menjadi wakil rakyat ditakdirkan menang), kalau dia boleh menipu Umno, maka saya fikir dia boleh menipu rakyat, mudah saja, itu logiknya.

"Sesungguhnya kita (PAS dan Pakatan Rakyat) mahukan calon yang bersih dan yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat umum bahawa calon itu bekerja untuk rakyat dan untuk Malaysia seluruhnya," katanya.


HarakahDaily.Net/-

04 Oktober 2009

Koleksi Cina Islam : Penamaan calon PRK Bagan Pinang 3 Okt 2009

ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim bergambar bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussain dan Pesuruhjaya PAS Johor,Dato' Dr. Mahfoz

Presiden PAS, TG. Dato' Seri Hj.Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Hj. Mustafa Ali meninggalkan pusat penamaan calon diiringi oleh kawalan dari pasukan Unit Amal setelah berakhirnya proses penamaan calon PRK Bagan Pinang kelmarin.








































400 orang hilang ditelan bumi ketika gempa bumi di Padang

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 Sept.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.

Sekitar 100 mangsa dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding hotel Ambacang, 50 murid masih tertimbus tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman dan 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. BERNAMA

Kelebihan Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W. Tranungkite/-

Syaitan Menggoda Keteguhan Iman

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas. Tranunugkite/-

Puasa Enam Syawal Hadiah Ingatan Nabi Muhammad Pada Umatnya

Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini. Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun.” (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi’raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar’ie, dia digalakkan untuk mengqada’nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada’ puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?

Tepuk dada tanda iman!

TEMPAT AWAM ADALAH MILIK RAKYAT- PAS PERAK

Mohd Hafez Sabri

IPOH : PAS Perak melalui setiusahanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki hari ini menggesa agar penggunaan tempat awam dibuka kepada semua rakyat hak penggunaanya tanpa mengira ideologi politik mereka.

Perkara ini dibangkitkan, berikutan isu permohonan PAS kawasan Batu Gajah untuk menyewa Arena Square atau dewan terbuka yang dikelolakan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) bagi mengadakan majlis kesyukuran aidil fitri, masih belum dijawab meskipun permohonan itu telah dihantar semasa bulan ramadhan lagi.

Memetik kata-kata Setiusaha Perhubungan PAS Perak itu “ Kita mempersoalkan Mengapa sehingga hari ini masih belum ada jawapan dari pihak (MDBG), sedangkan permohonan sudah dibuat awal semasa kita berpuasa di bulan ramadhan lagi?”


“ Sungguh pelik jika permohonan ini ditolak, ini adalah program jamuan aidilfitri yang tujuannya untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan sesama insan, tambahan lagi program ini kita nak raikan anak-anak yatim dan fakir miskin”



Memetik ucapan beliau lagi “ PAS Perak, menggesa agar, segala urusan rakyat dengan kakitangan awam untuk permohonan penggunaan tempat awam tidak dihalang dan diberikan hak kepada rakyat untuk menggunakannya,ini kerana segala insfrastruktur dan prasarana yang dibangunkan di negeri ini adalah untuk kegunaan rakyat.”



“ Kita juga menegaskan supaya jangan ada sebarang campur tangan politik dari pemimpin umno/bn untuk menghalang pegawai kakitangan awan Negeri Perak menjalankan tugas mereka secara professional dan berhemah” jelas beliau lagi.

Selain itu PAS Perak juga menegaskan supaya, jangan ada sebarang ugutan dan ancaman dari mana-mana pihak terhadap kakitangan awam seperti di tukar tempat kerja, dibuang kerja dan sebagainya terhadap mereka, hal ini penting bagi memupuk semangat bekerja secara telus dan adil oleh kakitangan awam dapat dilaksanakan, jelas beliau.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat perbezaan yang sangat ketara antara pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang mana Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sentiasa membuka ruang kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka untuk rakyat menggunakan tempat awam bagi program kemasyarakatan dan tidak ada sebarang sekatan dan halangan asalkan program yang hendak dilakukan dapat memberi kebaikan pada rakyat. Jelas beliau.

15 perkara penyebab bala.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu".

(Hadith riwayat Tirmizi)

Lagi gambar di Bagan Pinang.






Bagan Pinang, pertandingan 2 penjuru.

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar. Mereka berdua bersalaman selepas diumumkan sah bertanding berdasarkan borang pencalonan yang diserahkan dalam proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Perbandaran Port Dickson pagi tadi.

Zulkifly lawan Isa di Bagan Pinang

Pegawai pengurus PRK Bagan Pinang mengumumkan bahawa berlaku pertandingan dari calon PAS Hj. zulkifly melawan calon BN Isa Samad

Terkini 11.00 am : tempoh bantahan tamat

Sebentar tadi pegawai pengurus pilihanraya mengumumkan tempoh bantahan tamat.

Gambar penamaan calon Bagan Pinang.









Terkini 10 am :Masa serah borang tamat, masa bantahan bermula

Pengurus PRK Bagan mengumumkan masa penamaan calon tamat dan sekarang adalah tempoh bantah sehingga jam 11.00.