04 Oktober 2009

TEMPAT AWAM ADALAH MILIK RAKYAT- PAS PERAK

Mohd Hafez Sabri

IPOH : PAS Perak melalui setiusahanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki hari ini menggesa agar penggunaan tempat awam dibuka kepada semua rakyat hak penggunaanya tanpa mengira ideologi politik mereka.

Perkara ini dibangkitkan, berikutan isu permohonan PAS kawasan Batu Gajah untuk menyewa Arena Square atau dewan terbuka yang dikelolakan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) bagi mengadakan majlis kesyukuran aidil fitri, masih belum dijawab meskipun permohonan itu telah dihantar semasa bulan ramadhan lagi.

Memetik kata-kata Setiusaha Perhubungan PAS Perak itu “ Kita mempersoalkan Mengapa sehingga hari ini masih belum ada jawapan dari pihak (MDBG), sedangkan permohonan sudah dibuat awal semasa kita berpuasa di bulan ramadhan lagi?”


“ Sungguh pelik jika permohonan ini ditolak, ini adalah program jamuan aidilfitri yang tujuannya untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan sesama insan, tambahan lagi program ini kita nak raikan anak-anak yatim dan fakir miskin”



Memetik ucapan beliau lagi “ PAS Perak, menggesa agar, segala urusan rakyat dengan kakitangan awam untuk permohonan penggunaan tempat awam tidak dihalang dan diberikan hak kepada rakyat untuk menggunakannya,ini kerana segala insfrastruktur dan prasarana yang dibangunkan di negeri ini adalah untuk kegunaan rakyat.”



“ Kita juga menegaskan supaya jangan ada sebarang campur tangan politik dari pemimpin umno/bn untuk menghalang pegawai kakitangan awan Negeri Perak menjalankan tugas mereka secara professional dan berhemah” jelas beliau lagi.

Selain itu PAS Perak juga menegaskan supaya, jangan ada sebarang ugutan dan ancaman dari mana-mana pihak terhadap kakitangan awam seperti di tukar tempat kerja, dibuang kerja dan sebagainya terhadap mereka, hal ini penting bagi memupuk semangat bekerja secara telus dan adil oleh kakitangan awam dapat dilaksanakan, jelas beliau.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat perbezaan yang sangat ketara antara pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang mana Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sentiasa membuka ruang kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka untuk rakyat menggunakan tempat awam bagi program kemasyarakatan dan tidak ada sebarang sekatan dan halangan asalkan program yang hendak dilakukan dapat memberi kebaikan pada rakyat. Jelas beliau.

3 ulasan:

dol kakirempit berkata...

Salam YB
Mamat ni faham ke antra tempat awam, tempat terbuka, tempat persendirian atau tempat tertutup.

Jgn jadi mcam puak2 tu.... suka2 aja dclare markaz. Smpi stor pun dclare markaz. Tak tahu spesifikasi pun trus dclare maarkaz. Pakat ramai2 dtg kmpul.

Bila masa Arena Square tu jadi tmpat awm. Sruh lah mamat tu dclare rumah dia tu sbgai tempat awam atau pn markaz. Bole kita dtg rmai2. Sure lulus punya.

masuksuku berkata...

salam yb dan kaki rempit
nampak sangat kaki rempit cetek pengetahuan..mungkin takda kelulusan langsung..bahasa malaysia out terus mungkin 9 plus...
tempat awam adalah yang didirikan oleh kerajaan untuk orang ramai..tak kira siapa..kerajaan pun tak kira siapa..asal yang memerintah dan orang ramai berhak mendapat kemudahan..seperti dewan..padang permainan..
tempat tertutup seperti kawasan persendirian..rumah..apa saja yang menjadi milik persendirian atau persatuan dan sebagainya..
itu sebab contohnya ada rumah terbuka pada masa masa tertentu..
arena square dibangunkan oleh kerajaan..untuk kegunaan orang ramai bukan orang umno saja..atau pas saja..terbuka pada semua orang..itu sebab kadang kadang jadi bazar ramadhan..tempat ekspo..dan pernah jadi tempat jamuan terbuka PAS masa hari raya tahun lalu..juga tempat jamuan umno gopeng baru baru ini..yang mana orang umno datang macam tak pernah jumpa makanan...
salah ke nak pinjam tempat tersebut..sebab takda tulis pun umno punya..pas punya ke..bodoh betul mdkb..makan taik..tak da otak..depa buat macam ni sebenarnya lagi buat orang marah..tak da otak ke..
yang markas tu pulak..itu hanya nama..macam askar ada macam macam markas..apa nak heran..markas adalah persendirian..itu sebab stor pun boleh dinamakan markas..depa pun hal le..
kalau dol kaki rempit nak namakan tandas rumah tu markas umno pun boleh ..takda kena tangkap punya..atau kandang babi dol kaki rempit dinamakan markas babi dol kaki rempit pun tak da hal..atau sedap sikit teratak idaman babi dol kaki rempit contohnya..boleh dol dan kaumnya ramai ramai berkubang kat situ..he..he..

Tanpa Nama berkata...

jawab dol kaki rempit, jawab le balik, kahkahkahkahkah