04 Oktober 2009

Calon BN, PAS serah borang pencalonan

9.00am: Calon PAS Zulkifly dan calon BN Isa Samad masuk ke pusat penamaan calon. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid kelihatan sampai sekitar jam 9.15 tadi tetapi meninggalkan pusat penamaan calon 10 minit kemudian apabila dikatakan dia tidak membawa bersamanya pencadang dan penyokong serta kada pengenalan.

Di luar, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' manakala penyokong Pakatan melungkan 'rasuah, hidup rakyat dan hancur BN", sambil melaungkan takbir

Dianggarkan Penyokong Pakatan seramai kira-kira 10,000 berkumpul di pintu masuk pusat penamaan calon..

Penyokong BN dianggarkan seramai 3,000 . Hujan telah berhenti, orang ramai sudah basah akibat hujan lebat yang turun sekitar 20 minit. .

1 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Kadang-kadang meluat dengar lagu "Inilah Barisan Kita" ni.Bukan meluat apa,meluatkan bila melihatkan pada senikatanya.

Inilah Barisan Kita
Yang Ikhlas Berjuang

Ikhlaske UMNO dalam berjuang? Atau mengharapkan habuan berbentuk wang dan projek-projek mega? Tengoklah,pada senikata awal pun dah meluat bila baca.

Kalau saya memang tebal muka nak menyanyi lagu tu.Barisan Nasional ni ingat rakyat sekarang macam dulu ker?Tak tau maklumat,tak pandai memilih maklumat yang mana betul yang mana berat sebelah.

Rakyat sekarang dah bijak.Dah tau buka internet cari maklumat.