04 Oktober 2009

Kelebihan Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W. Tranungkite/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya allah bersifar ar rahman dan ar rahim, maha pengampun dan maha penerima taubat, tiada tuhan melainkan allah, nabi muhammad pesuruh allah.

Guru Tajwid berkata...

Assalamualaikum,

Sememangnya umat Muhammad ini telah diberikan pelbagai kelebihan yang tidak terhingga berbanding umat-umat yang lain.

Allah sendiri menegaskan di dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:

"“Kamu umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk faedah umat manusia” dan seterusnya “kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”

Oleh itu marilah kita sambut kelebihan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dengan menjalankan tugas kita yang suci sepertimana ayat di atas iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari berlaku mungkar.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Bersyukurlah kita dengan sebenar-benar kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dipilih olehNya menjadi umat Nabi Muhammad SAW dan Berselawatlah kita sebanyak-banyaknya kepada Rasullullah SAW... Kerana Nabi Muhammad SAW adalah Rahmat bagi sekalian alam..Selawatlah sekurang-kurangnya 100 kali setiap kali selepas solat fardhu...