30 Mei 2010

M'sia bankrap 9 tahun lagi sekiranya BN terus memerintah

14 Jamadil Akhir 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Terkejut besar dengan kenyataan dari menteri yang satu masa dulu jaga kapalterbang bila katanya Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Satu kenyataan yang saya sifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi ? yang jelas bagi saya negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu.

Senarai diatas adalah beberapa pratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi.

Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugia dan akan bengkrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Semuga rakyat tidak termakan usaha Idris untuk memperbodohkan rakyat itu, yang penting lagi cepat BN disungkurkan lagi cepat negara kita akan tidak bengkrap. malah bukanNya sampai kena tunggu 9 tahun, bagi saya negara kita telahpun bengkrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan.

Mahathir bagi harapan, Masyarakat Cina sudah tidak berharap

14 Jamadil Akhir 1431H.
Drs. Khalil idham Lim

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Barisan Nasional (BN) masih mempunyai masa untuk menarik sokongan daripada masyarakat Cina sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri berkata, masyarakat Cina akan menyokong BN jika parti pemerintah itu terus melayan masyarakat itu dengan adil serta menjaga kepentingan mereka seperti di dalam bidang perniagaan.

Namun realiti yang berlaku sebenarnya Masyarakat Cina sudah tidak berharap kepada BN yang sering menipu setiap kali berlakunya pilihanraya. Saya kira orang Cina sudah mengucapkan selamat tinggal kepada BN. Seperti kata pepatah "nasi sudah menjadi bubur".

Terakhir bila Sibu menjadi satu titik tolak baru bahwa bukti yang jelas penolakan orang Cina kepada BN yang saya kira menyebabkan semua pemimpin BN sudah menjadi bimbang dan takut. Kerana itu ucapan Mahathir diatas adalah satu ucapan yang saya anggap memberi harapan kepada BN untuk melakukan sesuatu supaya Masyarakat Cina kembali menyokong BN. Namun ternyata ianya sudah terlambat.

Sebenarnya Mahathir lah orang yang turut bertanggun jawab untuk menyebabkan BN dan UMNO dibenci oleh Masyarakat Cina, malah dialah yang meniupkan semangat Kemelayuan yang kuat dalam UMNO sehingga lahirnya pemimpin UMNO yang sangat resis kepada bangsa lain pada masa sekarang.

"Jikalau layanan (BN) kepada mereka (masyarakat Cina) adalah adil, saya fikir mereka akan sokong Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Wacana Kepimpinan dan pelancaran Kelab Veteran MAYC di sini hari ini.

Perdana Menteri Malaysia Keempat itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina terhadap BN sebagaimana yang berlaku di dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini.

yang jelas masyarakat Cina bukan mudah ditipu dengan tawaran kebendaan dan janji pembangunan setiap kali pilihanraya, malah mereka sangat faham bahawa tanggungjawab membangunkan negara dan negeri adalah tanggung jawab pemimpin yang telah diamanahkan dan tidak perlu dipolitik dan dijanjikan.

Inilah persoalan yang mesti difahamkan oleh semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia, terutamanya orang Melayu. Kerana itu apa yang BN jaja seantaro dunia sebagai jasanya adalah satu tanggung jawab yang mesti ditunaikan oleh semua Kerajaan di mana sahaja. Sebab itu apa salah nya memilih kerajaan baru, apalagi ianya terbukti lebih baik, amanah, adil dan boleh menentukan kebajikan semua rakyat lebih baik untuk masa akan datang.

Hadis Nabi : Umat Islam Akhir Zaman Akan Ikut Perangai Yahudi

14 Jamadil Akhir 1431
ibnuirfadzil.blogspot.com


عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال : فمن



Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.

APA KEWAJIBAN HAMBA BERKENAAN DENGAN MASALAH TAKDIR?

14 Jamadil Akhir 1431H.
Oleh : Syaikh Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd

Kewajiban seorang hamba dalam masalah ini ialah mengimani qadha' Allah dan qadar-Nya, serta mengimani syari'at, perintah dan larangan-Nya. Ia berkewajiban untuk membenarkan khabar (berita) dan mentaati perintah.
(Lihat, Jaami'ur Rasaa-il, Ibnu Taimiyyah, (II/341) dan lihat, Dar' Ta'aarudhil 'Aql wan Naql, (VIII/405).

Jika ia berbuat kebajikan, hendaklah ia memuji Allah dan jika ia berbuat keburukan, hendaklah ia memohon ampun kepada-Nya. Ia pun mengetahui bahwa semua itu terjadi dengan qadha' Allah dan qadar-Nya. Sesungguhnya, ketika Nabi Adam Alaihissalam melakukan dosa, maka dia bertaubat, lalu Rabb-nya memilihnya dan memberi petunjuk kepadanya. Sedangkan iblis, ia tetap meneruskan dosa dan menghujat, maka Allah melaknat dan mengusirnya. Barang-siapa yang bertaubat, maka ia sesuai dengan sifat Nabi Adam Alaihissalam, dan barangsiapa yang meneruskan dosanya serta berdalihkan dengan takdir, maka ia sesuai dengan sifat iblis. Maka orang-orang yang berbahagia akan mengikuti bapak mereka, dan orang-orang yang celaka akan mengikuti musuh mereka, iblis.(Lihat, al-Fataawaa, (VIII/64) dan Thariiqul Hijratain, hal. 170.)

"Dengan pemahaman terhadap qadar Allah dan pelaksanaan terhadap syari'at-Nya secara benar, maka manusia akan menjadi seorang hamba -yang hakiki-, sehingga dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah, yaitu para Nabi, ash-shiddiqin, asy-syuhada' dan ash-shalihin. Cukuplah dengan persahabatan ini suatu keberuntungan dan kebahagiaan. "
(At-Tuhfah al-Mahdiyyah fii Syarh ar-Risaalah at-Tadmuriyyah, Syaikh Falih bin Mahdi, (II/140) dan lihat, Taqriib at-Tadmuriyyah, Syaikh Ibnu 'Utsaimin, hal. 119.)

Kesimpulannya, ia wajib mengimani keempat tingkatan takdir yang telah disinggung sebelumnya. Yaitu, tidak ada sesuatu pun yang terjadi melainkan Allah telah mengetahui, mencatat, meng-hendaki, dan menciptakannya. Ia mengimani juga bahwa Allah memerintahkan agar mentaati-Nya dan melarang bermaksiat kepada-Nya, lalu ia melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan. Apabila Allah memberi taufik kepadanya untuk melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan, maka hendaklah ia memuji Allah dan meneruskan hal itu. Tetapi apabila dirinya dibiarkan dan dipasrahkan (oleh Allah) kepada dirinya sendiri, lalu ia melakukan kemaksiatan dan meninggalkan ketaatan, maka hendaklah ia beristighfar dan bertaubat.

Kemudian, hamba juga berkewajiban untuk bekerja demi kemaslahatan duniawinya, dan menempuh cara-cara yang benar yang dapat menghantarkan ke sana, lalu ia berjalan di muka bumi dan segala penjurunya. Jika berbagai perkara datang sesuai dengan apa yang dikehendakinya, hendaklah ia memuji Allah, dan jika datang tidak sesuai dengan yang diinginkannya, maka ia terhibur dengan qadar Allah. Ia tahu bahwa itu semua terjadi dengan qadar Allah Azza wa Jalla, dan bahwa apa yang menimpanya tidak pernah luput darinya, serta apa yang luput darinya tidak akan pernah menimpanya.

"Jika hamba mengetahui secara global bahwa Allah dalam apa yang diciptakan dan diperintahkan- Nya memiliki hikmah yang besar, maka hal ini cukuplah baginya (menjadikannya tenang). Kemudian setiap kali bertambah ilmu dan keimanannya, maka semakin tampak pula baginya hikmah Allah dan rahmat-Nya yang mengagumkan akalnya, serta menjelaskan kepadanya kebenaran apa yang dikabarkan Allah dalam kitab-Nya." (Majmuu'ul Fatawaa, (VIII/97).)

Bukan menjadi suatu keharusan bagi setiap orang untuk mengetahui detil pembicaraan tentang iman kepada qadar, tetapi keima-nan secara global ini sudah mencukupi. Ahlus Sunnah wal Jama'ah -sebagaimana yang dinyatakan oleh mereka- tidak mewajibkan atas orang yang lemah apa yang diwajibkan atas orang yang mampu.

Alhamdulillaah, selesailah pembahasan kita mengenai dalil-dalil syari'at, fitrah, akal, dan secara inderawi, yang tidak ada kontradiksi di dalamnya dan tidak ada kesamaran.

[Disalin dari kitab Al-Iimaan bil Qadhaa wal Qadar, Edisi Indoensia Kupas Tuntas Masalah Takdir, Penulis Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, Penerjemah Ahmad Syaikhu, Sag. Penerbit Pustaka Ibnu Katsir]

Antara Lesen Judi Bola Kerajaan Pusat dan Lesen Premis PBT

14 Jamadil Akhir 1431H.
Oleh: Nash Ar-Rawy
( www.nasharrawy.blogspot.com )

Umno memanglah parti assobiyyah Melayu yang tiada agama. Ini terbukti ajaran Umno melalui Presidennya yang mengeluarkan lesen tambahan kepada lesen judi yang sediada iaitu; Lesen Judi Bolasepak Piala dunia dan berlarutan kepada lesen judi liga bolesepak Sepanyol, England, Itali dan German . Ianya diluluskan oleh kementerian beliau ; yakni, Kementerian Kewangan yang disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan Awe Adek –beradik tahi judi ; dengan alasan untuk membendung judi haram .

Hujjah beliau demi mencegah judi bola haram meleset kerna PDRM bersungguh-sungguh untuk membendung judi bola haram dan sudah dapat mengesan; sudah ada beberapa sindiket yang terbabit . Inilah ajaran Umno mengubah hukum di dalam Al-Qur’an dengan tangan mereka sendiri apabila secara terang –terangan menghalalkan yang haram . Contohnya, menghalalkan judi dan arak dan yang terkini judi bola dengan memperhalalkannya melalui perlesenan oleh kerajaan pusat ( UBN ) .

Yang haram tetap haram hukumnya ( qat’ie ) mana ada judi haram dan judi halal. Tetapi Umno boleh mengubah hukum tuhan , menipu tuhan, menipu nabi dan Al-Qur’an. Ini adalah antara ajaran sesat Umno yang bermaharajalelakan maksiat dulu, sekarang dan selamanya( sudah lebih 50 thn.) ;sehingga kasino di Genting Highland itu adalah yang paling top dalam dunia mengalahkan Las Vegas mengikut portal kasino dunia. 60 % sahammya diwarisi oleh Najib dan Hishamuddin pewaris judi datuk mereka Noah. Justeru darah duit haram ini kecanduan lulus judi bola dan sapu RM500 juta menenggelamkan kapal selam KD Altantunya yang tak timbul. Mana menteri agama Umno : jadi setan bisu . Bahkan ajaran sesat daripada senator wanita Umno pernah berkata wanita boleh melacur kerna darurat keluarga yang tersangat miskin .

Mufti terkayu tiada berani bersuara kerna sayangkan kerusi empok ; tiada berani menyatakan yang hak di hadapan pemerintah yang zalim. Bersekongkol dan bersubahah dengan ajaran sesat Umno. Pengikut jahiliyyah siber Umno; dulu sekarang dan selamanya ditipu oleh Umno menanggung dosa subahah selama mana menyokong dan mengundi Umno ( UBN )selama 50thn. Judi merosakkan institusi keluarga , masyarakat dan Negara tiada barakah ; istilah yang tiada dalam sistem ekonomi sesat Umno; Inilah kesan daripada ajaran sesat Umno yang pernah menentang dan persenda hudud; melakukan perkara-perkara yang bisa ‘BATALKAN SYAHADAH” !!!!!

Tuduhan PEKASAM Umno yakni; PERKASA bahawa PAS tiada jujur dalam hal judi kerna negeri perintah Pakatan; PBTnya memberikan lesen premis judi tiada seperti Kelantan ternyata meleset kerna PBT Petaling Jaya , Selangor dan Ampang Jaya dalam Kerajaan Pakatan Selangor dengan tegasnya tiada akan membenarkan lesen premis judi bola dikeluarkan . PBT –PBT yang lain dan di Negeri Pakatan yang lain ; insyaAllah akan menyusul. Sekiranya syarikat Vincent Tan( kini taikun MEB jelmaan DEB peracuan yang sama ) menggunakan premis Sports Toto untuk menjalankan sebarang aktiviti judi bola ; lesen premis tersebut boleh ditarikbalik kerna melaksanakan aktiviti judi tambahan tanpa kelulusan pihak PBT. Pada logika dan praktisnya ; Negeri –negeri perintah Pakatan masih lagi setahun dua jagong memerintah dan berhadapan dengan pelbagai tahi pentadbiran tinggalan Umno 50 thn. TGNA terpaksa mengambil masa dua penggal ( lebih kurang 8 tahun ) untuk mengHARAMkan apa yang di haramkan agama tetapi dihalalkan Umno. Yakni, mengharamkan judi dan menghadkan arak dijual dan dibawa pulang oleh bukan Islam sahaja.

Di premis yang tertentu sahaja. Namun, dalam tempoh 8 tahun tersebut; negeri di bawah perintah BN ( 50 thn.). PBTnya langsung tiada menunjukkan minat untuk mengharamkan yang haram.Yakni; lesen premis judi dan had arak ! Apalagi di bawah naungan kerajaan pusat UBN yang mengamalkan sistem ekonomi dan pemerintahan jahiliyah siber yang menolak sistem Islam.Ternyata PEKASAM Umno tiada jujur . Menang pun atas tiket PAS .PAS jujur sukses tukar premis judi kepada niaga lain. Umno? Bahkan , tindakan PAS itu dipuji oleh suri rumah kalangan belum Islam.

Bahkan, hujjah awang beradek tahi judi; lesen judi bola diperlukan untuk lawan judi ‘haram’ adalah terlalu dangkal dan sesat sama seperti senator wanita ‘agama baru ‘ Umno .Beliau membenarkan wanita melacur kerna darurat kemiskinan keluarga. Justeru itu, Apakah lesen jual dadah perlu diberikan untuk membendung dadah? Apakah lesen pelacuran perlu diberikan untuk membendung pelacuran ? Mana dia prinsip dan sistem Islam yang berakar-tunjangkan NAHI MUNGKAR yang sekaligus merupakan amal ma’aruf . Berbeza dengan ajaran sesat UMNO, amal ma’aruf amal mungkar! Sistem Umno adalah kesinambungan sistem “masjid dirar” yang diperintahkan Allah di dalam qur’an untuk dibakar. Lihat sahaja projek masjid kristal ; projek dirar Umno . Tiada kariah , tiada makmum ; jadi tempat perlancungan tapi pakai RM5juta wang Royalti hak rakyat Trengganu atas nama wanga Ehsan. Begitu juga Monsoon Cup yang mencuri wang royalti pembaziran sebanyak RM6 juta ; menguntungkan kroni suku-sakat membuncitkan perut semata-mata, Rakyat Trengganu ? Golongan marhein ?

Inilah dia sistem ekonomi jahiliyyah siber Umno yang tiada mengira sifir halal dan haram ,dosa dan pahala; untuk kesejahteraan rakyat? atau untuk kepentingan sistem ekonomi monopoli-kroni yang diharamkan Islam? Ternyata JUDI UNTUK KRONI. Bahkan bukan Islam pun membantah! Kerna judi memporak-perandakan keluarga mereka dan mengundang Along serta kejadian jenayah .

Apakah Malaysia mahu dikenali sebagai Negara Judi terbesar dunia! Mana usaha ulamak dalam Umno yang di’BIRO’kan menjadi hamba kepada Presiden mereka; bertuhankan manusia ; syirik kepada tuhan kerena takut bersuara yang hak kerna penyakit wahhan. Yakni , terlalu cintakan dunia dan takut mati. Justeru, kerna tiada mahu jadi ‘HAMBA MANUSIA” lah ; Majlis Agama Islam dalam Umno keluar daripada Umno kerna tiada redho dan tiada mahu subahah Umno luluskan Lesen Judi. Iaitu , Loteri Kebajikan. Masa kebajikan jika loteri itu sendiri adalah haram dan perjudian. Masa bisa duit judi dan loteri mengerjakan haji atau kebajikan! . Itu semua kosong semata-mata; bahkan menanggung dosa. Inilah dia Umno penganjur sistem ekonomi mungkar!

Para ulamak haraki yang keluar Umno ini membentuk Parti Islam Satu Malaysia ; termasuklah antaranya, bapa mantan Presiden Umno Abdullah Badawi . Kesimbungan perjuangan Islam disambung oleh PAS yang juga menyambung Gerakan Islam Hisbul Muslimin yang diharamkan kolonial Inggeris yang membentuk Umno sebagai alat Inggeris untuk menentang Gerakan Islam ; khususnya PAS . PAS sekarang mempunyai Majlis Tertingginya; Majlis Syura’ ulamak , tidak seperti Umno, ulamak diperintah Presiden. Dalam PAS juga sudah ada Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP )yang terdiri daripada kalangan Belum Islam yang menentang judi , arak, rasis. Umno? PERKASA? Ternyata akidah perjuangan Umno sesat lagi menyesatkan ummah!

Beberapa kes dan isu di kalangan mahasiswa di Mesir pada Bulan Mei

14 Jamadil Akhir 1431H.
Oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Berikut adalah beberapa kes dan isu yang terjadi di kalangan mahasiswa Malaysia di bumi Mesir yang terkini pada Bulan Mei 2010 seperti berikut :

1. Pada 3 Mei, 2 orang penyamun warga Mesir telah membuat cubaan samun di kawasan penempatan Melayu di Seksyen 10, Bandar Nasr, Kaherah. Malangnya, salah seorang daripada mereka berjaya ditangkap oleh mahasiswa Melayu, dan seorang lagi berjaya melarikan diri.

Sila klik di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/gambar-penyamun-hayyu-asyir-tumpas-di.html

2. Pada 10 Mei, beberapa orang Siswi Perubatan Cawangan Zagazig diganggu oleh seorang pemandu teksi warga Mesir, yang berani menunjukkan kemaluannya di hadapan siswi terbabit.

Sila klik di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/siswi-perubatan-zagazig-diganggu.html

3. Pada pertengahan Mei, seorang yang masih belum disahkan sebagai pegawai anak negeri telah mengugut seorang mahasiswa untuk ditarik zakat.

Sila klik di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/baru-datang-2-minggu-lebih-sudah-pandai.html

4. Pada 15 Mei, sebuah rumah sewa ahli Kelantan telah diceroboh dan menyebabkan kehilangan beberapa barang berharga, 3 Laptop, 6 Handphone dan 1 Hard Disk. Beberapa pencuri tersebut berjaya diberkas polis keesokan harinya.

Sila klik di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/berita-rasmi-tentang-kes-pecah-rumah.html

dan di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/inikah-wajah-pencuri-yang-dok-pecah.html

5. Pada 17 Mei, 4 orang ahli ISMA yang ditangkap polis Mesir pada Bulan April, 3 orang telah dibebaskan, dan seorang lagi telah dihantar pulang ke Malaysia. Dia dihantar pulang pada 17 Mei.

Sila klik di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/kes-penangkapan-4-orang-seorang-sudah.html

dan di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/04/markas-isma-diserbu-tapi-tak-ngaku-ahli.html

6. Pada 19 Mei, berlaku dua siri kemalangan, kemalangan pada waktu pagi yang membabitkan 3 orang siswi yang terjadi di Mansurah. Manakala pada sebelah petang, 2 orang siswa mengalami kemalangan di Kaherah.

Sila klik di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/3-mahasiswi-qiraat-mansurah-kemalangan.html

di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/berita-rasmi-tentang-kemalangan-di-h7.html

di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/gambar-gambar-ahli-kl-yang-kemalangan.html

dan di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/kronologi-kemalangan-berlaku-di-hadapan.html

7. Pada 26 Mei, 2 orang Siswi dicabul oleh seorang warga Mesir yang menceroboh masuk ke Bangunan Agen Perubatan di Tanta.

Sila klik di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/berita-dari-tanta-2-siswi-diganggu-arab.html

8. Pada bulan Mei, puluhan mahasiswa Qiraat tidak dapat menduduki beberapa peperiksaan disebabkan JPMK yang gagal menguruskan pendaftaran mahasiswa dalam tempohnya.

Sila klik di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/isu-qiraat-disiarkan-di-dalam-harakah.html

dan di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/jpmk-mengecewakan-dan-menyusahkan-kami.html

8. Pada Bulan Mei, mahasiswa Universiti al Azhar telah dikecohkan dengan isu perpindahan. Iaitu semua mahasiswa yang berada di muhafazah akan dipusatkan di Kaherah sahaja, dengan dimasukkan di dalam kuliah khusus berasingan daripada mahasiswa berbangsa arab. Namun, sehingga kini keputusannya masih belum kelas. Ia bermula dengan Muktamar Wafidin yang diadakan pada 24 April lagi.

Sila klik di sini : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/04/catatan-panas-di-dalam-muktamar-wafidin.html

Ulasan

Apa yang disebut di sini, hanyalah terjadi di kalangan Mahasiswa Melayu di bumi Mesir, pada Bulan Mei sahaja. Kes-kes dan isu-isu yang terjadi pada Bulan April tidak disebutkan.. WaLlahua'lam.. Isu yang dirasakan tidak perlu, tidak disebutkan di sini.

Berita ini tidak berniat untuk menakut-nakutkan, atau menuduh mana-mana pihak, tetapi hanya sebagai berita realiti yang terjadi, pemberitahuan dan makluman buat manusia yang berada di Malaysia.

Sila rujuk http://pmram.org sebagai lidah rasmi mahasiswa Melayu di bumi Mesir.

Kenyataan Media : Judi bukan budaya mana-mana bangsa.

14 Jamadil Akhir 1431H.


Kenyataan yang tidak bertanggung jawab dari Pemuda BN Perak.



Merujuk kepada Berita dari Sinar Harian pada Khamis, 27 Mei 2010 mukasurat PK4 saya menarik perhatian untuk menyatakan beberapa pendirian saya kepada kenyataan-kenyataan berkaitan dengan Judi Bolasepak yang saya anggap tidak bertanggung jawab dan memerlukan penjelasan dan pembetulan dengan segera.

Antara kenyataan yang saya maksudkan dalam laporan itu ialah :

1. Kononnya Pakatan Rakyat dan pendukung liberalisasi yang mempunyai agenda untuk mengkomersialkan perjudian sekali gus dijadikan senjata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN.

2.PAS menentang habis-habisan lesen judi bola sepak Piala Dunia, ini seolah-olah mereka tidak pernah meluluskan lesen judi dan tiada pusat judi di negeri yang ditadbirnya. Tidak pun kita dengar bila ia hendak ditamatkan.

3. Kerajaan Kelantan misalnya, pernah ditanya mengenai lesen arak dan judi dinegeri yang dipimpin ulama PAS itu, namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dihakis.

4."PAS begitu sensitif mengenai isu lesen judi, tetapi boleh pula berkompromi dengan DAP yang menentang Islam".

Kenyataan dan jawapan saya adalah seperti berikut :-

1. Saya menyanggah kenyataan yang tidak bertanggung jawab dengan menuduh Pakatan Rakyat dan pendukung liberalisasi yang mempunyai agenda untuk mengkomersialkan perjudian sekali gus dijadikan senjata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Sesungguhnya apa yang berlaku sangat jelas bila gelombang yang menentang Judi Bolasepak tidak terbatas kepada kelompok yang disebtukan diatas, malah sangat menyeluruh sehingga melibatkan kelompok yang lebih luas.

Tidakkah yang mengkormersilkan judi adalah Kerajaan BN sendiri yang sangat tidak bertanggung jawab dengan meluluskan lesen. BN sendirilah yang memburukkan wajahnya sediri dengan melakukan dasar-dasar yang bukan sahaja tidak islamik malah bertentangan dengan budaya dan tatasusila masyarat islam secara umumnya.

2. Terima kasih dengan pengkitiran bahawa PAS menentang habis-habisan lesen judi bola sepak Piala Dunia, dan saya anggap merupakan pengiktirafan kepada perjuangan Jemaah islam yang tidak berpura-pura dalam sikap dan tindakannyaq.

Namun tudahan yang mengatakan "seolah-olah mereka tidak pernah meluluskan lesen judi dan tiada pusat judi di negeri yang ditadbirnya. Tidak pun kita dengar bila ia hendak ditamatkan." adalah kenyataan yang tidak berasas dan lari dari fakta yang sebenarnya. Tahukah Pemuda BN bahawa lesen-lesen perjudian adalah kelulusan yang hanya dibawah kuasa Menteri kewangan dan Kerajaan negeri cuma boleh mengawalnya dengan kawasan kelulusan pengunaan permis bangunaan untuk tujuan tersebut.

Malah saya tegaskan semua permis-permis judi yang ada semuanya adalah kesan dari kelulusan lesen judi dan peninggalan dari pemerintahan BN sebelumnya, kerana itu menuduh kami yang meluluskan lesen judi adalah kenyataan orang yang terdesak dan kehabisan modal serta hujjah yang rasional.

3.Saya menyanggah dengan kononnya Kerajaan Kelantan yang pernah ditanya mengenai lesen arak dan judi dinegeri yang dipimpin ulama PAS itu, namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dihakis.

Kenyataan ini adalah pembohongan yang perlu tindakan memohon maaf dengan segera kerana aktiviti judi adalah tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana agama , budaya dan bangsa. Tindakan dan tuduhan yang menyatakan judi adalah budaya mana-mana bangsa adalah tuduhan liar yang mesti ditarik dengan segera.

4. Kenyataan yang mengatakan DAP adalah anti Islam adalah kenyataan yang jahat tanpa bukti dan tidaklebih dari kenyataan untuk menutup kelemahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN. Kalau kita ingin bercakap mengenai siapa anti Islam saya rasakan semua sudah tahu siapakah yang antia islam, samada pemimpin UMNO atau DAP.

Malah Pakatan Rakyat negeri Perak boleh mengatur satu forum khusus dengan mempertemukan pemimpin DAP dan UMNO untuk berhujah tentang tajuk "siapa antiislam".

KENYATAAN MEDIA, 29 Mei 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak.

29 Mei 2010

Kenyataan Media : Bila Perak akan haramkan Judi ?

14 Jamadil Akhir 1431H.

Kenyataan Dr. Zambry yang mengatakan orang Islam tidak boleh kata judi halah mendapat liputan yang meluas dari pelbagai Media Pro BN dan kononnya dia semacam jaguh apabila disifatkan MB BN yang bersuara lebih awal berkenaan dengan bantahan yang meluas dari umat Islam dan rakyat Malaysia dengan kelulusan kerajaan membenarkan judi bolasepak secara berlesen.

Sehubungan dengan itu saya suka untuk menjelaskan :-

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Sementara itu di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

1. Bilakah Kerajaan Perak akan melakukan tidakan yang sama dan Zambry mestilah meneruskan segala ucapannya dengan memastikan arahan segera dikeluarkan kepada semua majlis Bandaraya, majlis perbandaran dan majlis Daerah diseluruh perak untuk melarang Judi Bolasepak yang baru-baru ini diluluskan kerajaan untuk beroperasi dipermis Kerajaan tempatan.

2. Segala langkah yang baik oleh Kerajaan Perak mestilah didokong oleh semua pihak dan dalam Isu terkini adalah dalam isu Judi Bolasepak.

3. Sehubungan itu saya menyeru seluruh Sekretariat Parlimen Pakatan Rakyat di 24 Parlimen di Perak menghantar memorendum kepada semua Majlis Tempatan masing-masing bagi mendesak mereka untuk menagguh pemberiaan lesen kebenaran untuk judi bolasepak beroperasi dikedai Toto yang ada.

4. Selain itu saya mewakili Pakatan Rakyat Perak, mengucapkan tahniah kepada tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang dan beberapa PBT di Selangor. Selain itu kami berharap langkah sedemikian mendapat perhatian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah dalam masa terdekat.

KENYATAAN MEDIA, 29 Mei 2010.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak/
ADUN Titi Serong.

Drs. Khalil : Kehidupan pelbagai bangsa lebih harmoni dibawah Pakatan Rakyat.

14 Jamadil Akhir 1431H.

ADUN Titi Serong menyampaikan sumbangan untuk membantu kegiatan Persatuan Amal Chin Boon Kok Parit Buntar.


PARIT BUNTAR, 28 Mei:- Kehidupan hidup pelbagai bangsa di Malaysia lebih harmoni di bawah Pakatan Rakyat, Namun sebelum ini ada sedikit kebimbangan antara mereka dengan andaian-andaian salah akibat penjelasan yang tidak betul yang sengaja diada-adakan. Sekarang benteng itu telah runtuh dan rakyat Malaysia hidup lebih harmoni. Demikian antara kandungan ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam jamuan makan malam Tahunan Persatuan Amal Chin Boon Kok Parit Buntar yang diadakan disini malam tadi. Ucapannya yang disampaikan dalam Bahasa Manderin mendapat tepukan gemuruh dan pujian dari hadirin yang hadir.

Sebahagian dari yang hadir sedang mendengar ucapan dari ADUN Titi Serong.

Drs. Khalil sedang menyampaikan ucapan.


Drs. Khalil dan isteri serta 10 orang rombongan dari pusat khidmatnya menjadi tamu istemewa dalam program yang dihadiri oleh lebih 1000 warga Tionghua tempatan itu.

Drs. Khalil juga menyifatkan kegiatan seumpama itu yang diadakan oleh persatuan Cina di dalam DUN Titi Serong mestilah diberi perhatian dan dibantu. "Sehubungan dengan itu pihak pejabat saya akan memberi bantuan sesuai dengan kewangan yang kami mampu untuk menghargai kegiatan yang dibuat, dan saya mengalu-alukan hubungan yang lebih baik antara pejabat saya dengan Persatuan Cina setempat pada masa kan datang".

Sebagai bukti kepada ucapannya Drs. Khalil mendedahkan, "Sebab apa orang Cina kena takut kepada orang Islam, sedangkan dinegeri China orang Islam lebih ramai berbanding dengan orang Islam di Malaysia, malah pengalaman saya berada di China selama 4 tahun membuktikan bahawa Islam juga milik bangsa China bukan sahaja untuk orang melayu seperti yang difahami sebelum ini" Jelas Khalil.

"Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Persatuan Amal Chin Boon Kok yang sudi menjemput saya untuk hadir pada malam ini dan berharap saya dijemput lagi dalam majlis seumpaama ini " Jelasnya mengakhiri ucapannya.

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak, Buktikan pemimpin DAP tidak anti Islam.

13 Jamadil Akhir 1431H.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Betulkan arah kiblat petang ini.

13 Jamadil Akhir 1431H.

Seluruh umat Islam pada jam 5.16 petang hari ini waktu Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat yang sebanar cuma dengan memacak tegak sebatang kayu atau apa saja objek lurus pada masa tersebut.

Bayang yang terhasil dari objek itu adalah arah kiblat yang sebenar kerana fenomina matahari berada tepat di atas kaabah pada hari ini. Kejadian ini adalah salah satu tarikah dari 2 tarikh pada setiap tahu.

Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan

13 Jamadil Akhir 1431H.

Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Menurut ahli majlis Selayang, Lee Khai Loon, mereka boleh menghalang aktiviti perjudian dengan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, yang mensyaratkan jenis perniagaan yang mereka jalankan.

"Premis perjudian seperti Sports Toto menyenaraikan loteri sebagai item perniagaan mereka, justeru, pertaruhan sukan bukan dalam senarai itu.


"Untuk menyenaraikan pertaruhan sukan sebagai antara item perniagaan, pengendali perlu membuat permohonan kepada majlis tempatan dan pendirian kami adalah untuk menolak permohonan seumpama itu,” katanya sambil menambah keputusan mereka adalah sebulat suara.

Malah menurut Khai Loon, yang juga adalah ketua penerangan Pemuda PKR, pihak majlis tempatan tidak akan teragak-agak menutup premis yang menawarkan judi sukan.

"Kita mempunyai 24 ahli majlis dan dengan bantuan orang ramai yang juga akan menjadi mata dan telinga untuk Majlis Perbandaran Selayang," katanya.

Malaysiakini/-

28 Mei 2010

Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir

Tamrin Ghafar

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom

Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang Berhomat Dato’,

Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya:

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Yang Berhormat Dato’

Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA

Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

ii) BELUNGGU HUTANG

Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK

Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN

Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.

Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,




TAMRIN TUN GHAFAR

Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu

YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO

YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO

Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan

Mufti Mufti

Media Cetak dan Elektronik

LAGENDA BOLASEPAK PERAK & SELANGOR: BOLASEPAK ASAS PENYATUAN

Kenyataan Media (27 Mei 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dan juga seluruh peminat sukan bola sepak negeri ini bertuah berpeluang menyaksikan perlawanan nostalgia yang membariskan pemain bolasepak lagenda dari Selangor dan Perak sempena Program Sorakan 1Malaysia 1Dunia pada 28 hingga 30 Mei ini anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majalah Stadium dan khasnya kerajaan negeri.

DPPN Pk menyokong usaha murni ini yang sekian lama di tunggu oleh rakyat Negeri Perak khasnya. Cumanya DPPN Pk terkilan sedikit dengan cara penganjuran kali ini yang mengenepikan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA). DPPN Pk merasakan sukan bola sepak ini sebagai penyatuan tetapi tidak berlaku khasnya yang melibatkan kerajaan negeri dengan PAFA.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang juga Ahli Majlis PAFA sudah tentu menjadikan usaha penganjuran ini lebih bermotifkan politik. Sepatutnya sukan bola sepak ini tidak dijadikan medan politik tetapi nampaknya ia terus dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak melihat kepentingan sukan itu sendiri.

DPPN Pk berpendapat agar sukan bola sepak ini tidak dipolitikkan dan harus ada usaha penyatuan. Dan berharap usaha penganjuran ini bukan sebagai medan perpecahan demi sukan yang kita cintai ini.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan

Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.