05 Disember 2011

Soi Lek dituntut meminta maaf

9 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Dis: PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar), yang memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam.

Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim juga melahirkan rasa "kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau."

Ini bukanlah kali pertama presiden MCA yang pernah tertangkap dalam video seksnya itu menghina Islam bahkan telah beberapa kali.

Kali ini di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam.

Kenyataan Soi Lek ini dibuat ketika rakan karib MCA itu, Umno, terus-terusan mendakwa kononnya DAP cuba mengkristiankan umat Islam padahal kebanyakan pemimpin DAP sendiri bukan beragama Kristian.

Abim menilai kenyataan biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri, kata Mohamad Raimi dalam kenyataannya.

Di samping itu, katanya, Abim berpandangan kenyataan tersebut yang itu berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini.

Ini memandangkan hukum Hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia.

Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek tersebut juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamophobia yang berkembang pesat di seluruh dunia, tambah beliau.

Abim, katanya, merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau.

Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), Abim menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Abim juga, katanya, menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali.

Umno sekongkol dengan MCA

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah.

Tindakan terbaru Presiden MCA, Dr chua Soi Lek mengkritik hukum hudud bukan perkara baru, walaupun kenyataan ini dikritik oleh pelbagai pihak.

"PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi.

"Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu UMNO terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, Ketakutan Umno untuk menegur tindakan biadap Chua Soi Lek ini membuktikan kepada umum siapa jadi kuda tungangan sebenar.

Kebiadaban MCA ini tentunya lahir dari rasa besar kepala akibat tiadanya teguran atau bantahan oleh mana-mana perwakilan sewaktu PAU lalu.

Bahkan apa yang diluah ialah kritikan terhadap enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan, yang kononnya bertentangan dengan hudud sebenar.

"PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, UMNO seharusnya membentang hudud yangh sebenar dan PAS. Akan pasti meyokongnya.

"Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya.

harakahdaily/-

Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu'

9 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 4 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.

Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.

"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin.

Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP.

Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

harakahdaily/-

Gajah, zirafah Zoo Melaka mati

9 Muharram 1433H. [MOD] -

AYER KEROH – Anak gajah berusia satu tahun setengah di Zoo Melaka mati kelmarin dipercayai akibat faktor kesihatan.

Pengarah Zoo Melaka, Ahmad Azhar Mohammed berkata, anak gajah itu sebelum ini pernah mengalami luka kerana terkena jerat.

Menurutnya, anak gajah yang masih menyusu ditinggalkan ibunya dan dihantar ke Zoo Melaka untuk proses rawatan.

"Seperti biasa ada haiwan berjaya diselamatkan, ada yang tidak. Ini perkara biasa kerana selain mengalami luka akibat dijerat mungkin anak gajah ini tidak serasi di tempat baru.

"Bagaimanapun, kematiannya tidak disebabkan oleh sebarang penyakit," katanya semalam, sebagai mengulas dakwaan seekor daripada lapan gajah yang dijadikan tontonan umum mati kelmarin dan zirafah di bawah jagaan zoo itu mati minggu lalu.

Menurut Ahmad Azhar, seekor zirafah dewasa yang ditempatkan di zoo itu mati minggu lalu akibat komplikasi ketika melahirkan anak.

"Seperti manusia juga zirafah juga mempunyai masalah ketika bunting dan zirafah dewasa yang mati minggu lalu disebabkan komplikasi ketika mahu melahirkan," katanya.

Bagaimanapun, kandungannya juga gagal diselamatkan.

sinar harian/-

Misi Jelajah Santun Pulau Pangkor Pemuda PAS Perak

9 Muharram 1433H. [MOD] -
SAFARIZAL SALEH

PULAU PANGKOR, 2 Dis:- Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang dalam lawatan kerja ke Negeri Perak telah menyertai program misi jelajah mesra santun bersama penduduk Pulau Pangkor yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut.

Antara pimpinan yang hadir diketuai oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh; Bendahari Pemuda PAS Perak, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar; Exco Pemuda PAS Perak yang juga Ketua Pemuda PAS Parit, Mohd Hakimi Shah Alani; Ketua Pemuda PAS Lumut, Badrulhisyam Baharuddin dan rombangan Pemuda PAS Lumut.

Misi kali ini menyerahkan sumbangan kepada penduduk Pulau Pangkor yang memerlukan sumbangan yang telah memilih Kampung Sungai Pinang Besar dan Kampung Sungai Pinang Kechil untuk diagihkan barangan keperluan dapur. Salah seorang penerima sumbangan di Kampung Sungai Pinang Kechil yang ditemui masih sehinggi kini tidak mendapat bekalan air bersih dan keperluan elektrik dan airnya hanya bergantung dengan sebuah perigi sahaja.

Jelajah yang sehari suntuk itu juga turut melawat sekitar pulau dan pantai yang terdapat di Pulau Pangkor. Antaranya ialah pembangunan di Teluk Nipah yang dilihat amat berbahaya kerana terlalu hampir dengan landai pantai yang amat berbahaya kepada pengunjung dan juga pelancong yang berada di situ. Dan gerai-gerai yang turut dibina di situ juga mendapat rungutan kerana terlalu kecil dan tidak selesa.

Terkulai selepas mengamuk

9 Muharram 1433H. [MOD] -

SUSPEK ditembak mati selepas mengamuk dan menyerang polis di dalam Wad 18 HKL kelmarin.

KUALA LUMPUR - Suasana tenang di Wad 18 Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin bertukar cemas apabila seorang lelaki Nigeria berbadan sasa yang ditahan selepas dipercayai menelan 46 ketulan syabu mengamuk dan menyerang anggota polis sebelum suspek mati ditembak di situ.

Kejadian yang tidak diduga itu berlaku pukul 9.45 malam apabila suspek berusia 31 tahun tersebut dapat memutuskan gari yang dikenakan pada tangan dan besi katil sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin tingkap dan lampu syiling.

Difahamkan, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan pesakit pada bahagian tempat suspek diletakkan dan lebih 20 lagi berada di dalam wad tersebut. Suspek ditahan di katil nombor 10, Wad 18, Tingkat 4 hospital itu.

Seorang penjaga pesakit yang enggan dikenali memberitahu, kejadian berlaku begitu pantas hingga dia sendiri tidak sempat untuk menyembunyikan diri dan hanya melindungi suaminya yang terlantar dari melihat insiden tersebut.

Katanya, dia dapat melihat bagaimana suspek merentap gari yang dipasang beberapa kali hingga besi itu terputus dan tercampak sebelum memecahkan lampu syiling.

kosmo/-

Barang mahal luar biasa

9 Muharram 1433H. [MOD] -

PADANG BESAR - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis menggiatkan pemantauan harga barang di sekitar bazar atau Arked Niaga Padang Besar yang didakwa mahal luar biasa.

Yang Dipertua MPK, Rosley Mat berkata, gesaan itu dibuat berikutan dakwaan yang diterima MPK melalui laman sosial Facebook dan emel oleh orang awam mengatakan harga barang jualan di bazar itu mahal lebih dua kali ganda daripada biasa.

Menurutnya, pemantauan kerap terutamanya terhadap barangan kawalan diperlukan bagi membendung usaha memanipulasi harga sempena musim cuti persekolahan sekali gus menjaga imej pelancongan Padang Besar.

"Berdasarkan aduan, ada peniaga yang mengambil kesempatan menjual kacang gajus dengan menipu timbangan dan tindakan ini sama sekali mengecewakan pengunjung yang datang dari jauh semata-mata untuk membeli-belah di Padang Besar.

"Saya mohon kerjasama KPDNKK untuk memantau tindakan tidak bertanggungjawab peniaga secara lebih kerap demi mengelakkan nama baik bazar Padang Besar tercemar angkara sikap segelintir individu," katanya sewaktu melawat keadaan Arked Niaga Padang Besar semalam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di bazar Padang Besar mendapati harga barangan pakaian dan aksesori wanita dijual sedikit mahal berbanding kebiasaan, bagaimanapun harga barangan makanan dijual dengan harga biasa.

Bagaimanapun, lebih 70 peratus peniaga didapati tidak meletakkan tanda harga pada setiap produk barangan yang dijual dan keadaan itu semestinya menimbulkan keraguan dalam kalangan pengunjung.

Seorang pengunjung dari Johor Bahru, Naemah Abdullah, 28, berkata, dia sekeluarga kecewa dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga di bazar Padang Besar memandangkan ianya tidak jauh berbeza daripada harga di tempat kediamannya.

"Kami sekeluarga datang dari Johor Bahru ke sini semata-mata untuk membeli-belah setelah dipromosi rakan-rakan, bagaimanapun agak kecewa kerana harga pakaian, dan aksesori wanita tidak banyak berbeza daripada tempat kami.

"Lebih menyedihkan, ada segelintir peniaga yang bersikap kasar terhadap kami sekiranya tidak membeli barang di kedai mereka.

"Saya berharap pihak berkuasa tempatan memantau keadaan ini," katanya.

sinar harian/-

Pelajar Afrika pukul imigresen

9 Muharram 1433H. [MOD] -

SEORANG pelajar wanita tempatan berusia 24 tahun ditahan berada dalam bilik bersama seorang daripada 10 lelaki warga Afrika yang dicekup imigresen di Mantin, semalam.
Marah rakan ditahan ketika Operasi Ajar

MANTIN: Kira-kira 50 pelajar kolej swasta warga Afrika di sini, bertindak ganas termasuk memukul pegawai penguat kuasa imigresen yang menahan rakan-rakan mereka yang melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Ajar di apartmen asrama kolej itu di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan penahanan lapan rakan mereka mulanya melakukan provokasi lisan terhadap anggota penguatkuasa.

Keadaan terus menjadi tegang apabila provokasi mereka tidak dilayan, menyebabkan beberapa pelajar memandu sebuah kereta dan memberhentikannya di depan trak yang bergerak keluar dari kawasan itu.

Mereka kemudian menjerit memaki hamun hingga berlaku tolak menolak dan beberapa pelajar dilihat memukul anggota penguat kuasa.

Tindakan pelajar terbabit yang semakin tidak terkawal memaksa pasukan operasi yang turut dibantu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) memberi amaran dan menghalau mereka pulang ke bilik masing-masing.

Ketua Penguat kuasa jabatan itu, Abdul Kadir Hussin, mengakui kumpulan pelajar warga Afrika sering melakukan provokasi setiap kali pihaknya melakukan operasi membabitkan mereka.

"Kami sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bersyukur kita dapat mengawal keadaan dengan bertindak mengikut bidang kuasa kita," katanya di sini, semalam.

Katanya, dua pelajar Afrika berusia lingkungan 20-an ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 46 warga asing yang sebahagian besarnya warga Afrika ditahan dalam 'Ops Ajar' selama tujuh jam bermula jam 10 malam itu.

Antara kesalahan mereka adalah pas pelajar tamat tempoh, tinggal lebih masa dan memiliki pasport palsu.

Operasi itu disertai 105 anggota termasuk Rela, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Turut ditahan dalam operasi itu adalah seorang pelajar wanita tempatan berusia 24 tahun kerana berkhalwat dengan seorang warga Afrika di dalam sebuah bilik di apartmen asrama berkenaan.

Dia diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

berita harian/-

Parti-parti Islam Mesir dapat 65 peratus undi

9 Muharram 1433H. [MOD] -

POSTER calon parlimen Parti Salafist Al-Nur ditampal pada sebatang tiang di luar gereja Saint Peter's di Kaherah semalam.

KAHERAH - Parti-parti Islam memenangi 65 peratus undi dalam pusingan pertama pilihan raya Parlimen Mesir, menurut perangkaan rasmi yang diperoleh agensi berita AFP semalam.

Parti Ikhwanul Muslimin memenangi 36.62 peratus undi diikuti Salafist Al-Nur dengan 24.36 peratus undi dan Al-Wasat sebanyak 4.27 peratus undi.

Perangkaan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pilihan Raya Mesir, Yusri Abdel Karim.

Menurut satu senarai rasmi, Parti Kebebasan dan Keadilan yang mewakili pergerakan Ikhwanul Muslimin memenangi 3.56 juta undi daripada 9.73 juta undi sah.

Parti Salafist Al-Nur memenangi 2.37 juta dan Parti Wasat memperoleh 415,590 undi.

Perikatan liberal, Blok Mesir menerima 13.35 peratus dengan 1.29 juta undi.

"Kami mengalu-alukan pilihan penduduk Mesir," kata jurucakap Parti Kebebasan dan Keadilan, Ahmed Sobea.

"Mesir kini memerlukan semua parti untuk bekerjasama bersama untuk keluar daripada krisis," tambahnya.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin dikenali sejak berdekad-dekad lalu melakukan kerja-kerja kebajikan dan menentang pemerintahan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir selama 30 tahun.

Hosni meletakkan jawatan pada Februari lalu selepas sejumlah besar penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di sini untuk menuntut peletakan jawatannya.

Namun, prestasi Parti Salafist Al-Nur yang memperjuangkan tafsiran fundamental mengenai Islam mengejutkan sekali gus mencetuskan kebimbangan menjadi lebih konservatif dalam Parlimen yang mengandungi 498 anggota.

Pilihan raya itu diadakan pihak tentera yang memerintah sementara Mesir bagi membolehkan kuasa pentadbiran diserahkan kepada pemerintahan pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya di Mesir itu adalah sama seperti di Tunisia dan Maghribi apabila parti Islam turut menang kesan daripada kebebasan baharu yang dibawa oleh pergerakan demokrasi. - Agensi

Jam tangan telefon pintar dicipta

9 Muharram 1433H. [MOD] -

LONDON - Kita sering kali melihat perisik seperti ejen 007, James Bond mengenakan jam tangan serba guna semasa menjalankan tugas rahsia di dalam siri filem terkenal itu.

Tetapi kini, ciptaan jam tangan dengan skrin sesentuh, i’mWatch yang turut berfungsi seperti telefon pintar mungkin akan menjadikan anda bergaya seperti seorang perisik di dunia realiti.

Pengarah syarikat i’mWatch, Manuel Zanella dan Massimiliano Bertolini, 31, telah mencetuskan idea lebih segar dan sesuai dengan gaya remaja untuk mencipta jam telefon pintar tersebut dijual pada harga 234 pound (RM1,141) serta turut dilengkapi cip memori empat gigabait.

Pengguna masih boleh mengirim emel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan melayari laman sosial Facebook serta blog mikro, Twitter melalui skrin paparan LCD sebesar 1.5 inci itu.

Bertolini berkata, beliau berhasrat mempertingkatkan lagi fungsi i’mWatch untuk menjadi seperti alat kawalan jauh serba guna pelbagai peralatan elektronik di rumah pada masa hadapan.

“Setakat ini, kami sudah menerima 5,000 tempahan awal dan i’mWatch dijangka mula berada di pasaran menjelang tahun depan” menurutnya lagi.

sinar harian/-

Gempa bumi sederhana gegar Irian Barat, Laut Banda

9 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berlaku di dua kawasan di Indonesia iaitu Irian Barat dan Laut Banda, pagi ini.

Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, Irian Barat dilanda gempa berukuran 5.4 magnitud pada 2.53 pagi, 884 kilometer dari barat laut Port Moresby, Papua New Guinea dan 2,687 kilometer tenggara Kunak, Sabah.

Laut Banda pula dilanda gempa pada 5.45 pagi yang berpusat di 96 kilometer dari barat daya Ambon dan 1,408 kilometer tenggara Tawau. - BERNAMA

Hujan berterusan di Pantai Timur hingga malam ini

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga malam ini, yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu akan berlaku di Pasir Mas, Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang di Kelantan.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Maran di Pahang, kata jabatan itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

malaysiakini/-

Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwarDengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.

"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar.

Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu?

"Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan.

pakatan ceramah shah alam 041211 kit siang"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".

Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama.

Biar diperkuda daripada diperlembu

Umno sejak minggu lalu melabelkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan menuduh parti itu cuba mendirikan sebuah republik.

Lim kemudiannya mengulangi pendirian DAP yang menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan sistem raja berperlembagaan.

Apabila giliran, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pentas, beliau juga mempertahankan serangan yang dibuat Umno terhadap parti itu. Abdul Hadi juga menimbulkan isu dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembut Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwar hadi"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Kenyataan sinis itu sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya, PAS diperkuda oleh DAP.

Menurut Abdul Hadi, kerjasama PAS dalam Pakatan bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.

Beli cincin untuk isteri

Katanya, kerjasama itu juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dilaksanakan oleh Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

pakatan ceramah shah alam 041211 crowdSelain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya.

"Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor, hasil telah meningkat dengan ketara.

"Adakah anda lihat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membeli cincin berlian untuk isterinya? Adakah anda lihat beliua membina sebuah rumah mewah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo?" soal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula.

'Umno ibarat kereta tiada brek'

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Umno kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.

Katanya, Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik aziz"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf?

“Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwar hadi"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.

"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya lagi.

Turut hadir adalah sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

MALAYSIAKINI/-

Umno ibarat 'kereta tiada brek'

9 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.

Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.

"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek.

Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.

"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.

"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir.

Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu.

Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok.\

harakahdaily/-

60 peluk Islam serentak

9 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Seramai 60 saudara baru diislamkan secara serentak dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dengan kerjasama Perkim di Balairaya Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.


Pengarah Jaij, Elias Hasran berkata, seramai 800 saudara baru telah diislamkan bagi tahun ini, manakala seramai 6,100 daripada 12,000 bilangan Orang Asli yang terdapat di negeri ini telah memeluk Islam.

Beliau berkata, Jaij menyasarkan untuk mengislamkan 100 peratus golongan Orang Asli dan pelbagai program bimbingan dan penyebaran dakwah dalam kalangan saudara baru berkenaan telah dijalankan.

“Setakat ini lebih 50 peratus Orang Asli negeri ini telah memeluk Islam dan kalau boleh 100 peratus masuk Islam terutamanya golongan anak-anak muda.

“Dalam pada itu, kita juga tidak mahu saudara baru ini tersasar, jadi pelbagai kelas bimbingan termasuk 42 tenaga pengajar telah disediakan khusus untuk kumpulan orang asli ini,” katanya pada Majlis Pengislaman Orang Asli dan Meraikan Saudara Kita, di sini, semalam.

Sementara itu, salah seorang saudara baru, Muhamad An Abdullah, 22, berkata, dia tergerak untuk memeluk Islam setelah melihat cara hidup masyarakat Melayu yang saling menghormati di antara satu sama lain.

“Saya telah biasa bergaul dengan rakan-rakan yang terdiri daripada masyarakat Melayu dan rasa tersentuh dengan cara layanan mereka yang amat baik ketika saya ke rumah mereka pada musim perayaan.

“Dari situ saya mula belajar sedikit demi sedikit mengenai Islam dan akhirnya membuat keputusan memeluk Islam,” katanya.

Muhamad berkata, dia juga berasa lebih tenang dan bahagia setelah memeluk Islam dan sering menyertai kelas agama yang disediakan berhampiran tempatnya bekerja bagi mendalami agama Islam.

Dalam pada itu, salah seorang Orang Asli, Atan Bahmus, 32, berkata, dia dan anaknya memeluk Islam pada majlis berkenaan dan berasa bersyukur kerana terbuka hati untuk menyertai program pengislaman berkenaan.

“Sebelum ini kami sekeluarga tidak mempunyai pegangan agama atau kepercayaan, kehidupan kami juga terasa kosong.

“Saya berharap niat kami memeluk Islam pada hari ini (semalam) mendapat keberkatan dari-Nya,” katanya.

Sinar Harian

Syria gagal patuhi tarikh akhir Liga Arab, berdepan sekatan baru

9 Muharram 1433H. [MOD] -

DAMSYIK: Syria bakal berdepan dengan sekatan baru selepas gagal mematuhi tarikh akhir yang diberikan Liga Arab, semalam bagi membenarkan kemasukan pemerhati ke negara itu berikutan keganasan yang mengorbankan lebih 4,000 nyawa rakyatnya.

Angka terakhir korban berikutan keganasan yang melanda di seluruh Syria, semalam dan Sabtu ialah meningkat kepada 63 orang.

Seorang pegawai kanan Qatar berkata, Damsyik ada meminta "penjelasan terbaru dan pindaan untuk dibuat terhadap protokol Liga Arab' membabitkan misi penghantaran kumpulan pemerhati ke negara itu.

Begaimanapun beliau berkata, Menteri Liga Arab menolak permintaan baru yria itu.

Bagaimanapun pegawai Qatar berkata, bagaimanapun sekiranya pegawai Syria masih mahu menandatangani protokol itu, mereka boleh datang ke Kaherah, esok (hari ini.

Jawatankuasa Menteri Liga Arab, Sabtu lalu memberi masa kepada Damsyik sehingga Ahad untuk membenarkan kemasukan pasukan pemantau keamanan di negara itu atau mereka dikenakan sekatan. - AFP