05 Disember 2011

Misi Jelajah Santun Pulau Pangkor Pemuda PAS Perak

9 Muharram 1433H. [MOD] -
SAFARIZAL SALEH

PULAU PANGKOR, 2 Dis:- Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang dalam lawatan kerja ke Negeri Perak telah menyertai program misi jelajah mesra santun bersama penduduk Pulau Pangkor yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut.

Antara pimpinan yang hadir diketuai oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh; Bendahari Pemuda PAS Perak, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar; Exco Pemuda PAS Perak yang juga Ketua Pemuda PAS Parit, Mohd Hakimi Shah Alani; Ketua Pemuda PAS Lumut, Badrulhisyam Baharuddin dan rombangan Pemuda PAS Lumut.

Misi kali ini menyerahkan sumbangan kepada penduduk Pulau Pangkor yang memerlukan sumbangan yang telah memilih Kampung Sungai Pinang Besar dan Kampung Sungai Pinang Kechil untuk diagihkan barangan keperluan dapur. Salah seorang penerima sumbangan di Kampung Sungai Pinang Kechil yang ditemui masih sehinggi kini tidak mendapat bekalan air bersih dan keperluan elektrik dan airnya hanya bergantung dengan sebuah perigi sahaja.

Jelajah yang sehari suntuk itu juga turut melawat sekitar pulau dan pantai yang terdapat di Pulau Pangkor. Antaranya ialah pembangunan di Teluk Nipah yang dilihat amat berbahaya kerana terlalu hampir dengan landai pantai yang amat berbahaya kepada pengunjung dan juga pelancong yang berada di situ. Dan gerai-gerai yang turut dibina di situ juga mendapat rungutan kerana terlalu kecil dan tidak selesa.

Tiada ulasan: