9 Muharram 1433H. [MOD] -
PADANG BESAR - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis menggiatkan pemantauan harga barang di sekitar bazar atau Arked Niaga Padang Besar yang didakwa mahal luar biasa.
Yang Dipertua MPK, Rosley Mat berkata, gesaan itu dibuat berikutan dakwaan yang diterima MPK melalui laman sosial Facebook dan emel oleh orang awam mengatakan harga barang jualan di bazar itu mahal lebih dua kali ganda daripada biasa.
Menurutnya, pemantauan kerap terutamanya terhadap barangan kawalan diperlukan bagi membendung usaha memanipulasi harga sempena musim cuti persekolahan sekali gus menjaga imej pelancongan Padang Besar.
"Berdasarkan aduan, ada peniaga yang mengambil kesempatan menjual kacang gajus dengan menipu timbangan dan tindakan ini sama sekali mengecewakan pengunjung yang datang dari jauh semata-mata untuk membeli-belah di Padang Besar.
"Saya mohon kerjasama KPDNKK untuk memantau tindakan tidak bertanggungjawab peniaga secara lebih kerap demi mengelakkan nama baik bazar Padang Besar tercemar angkara sikap segelintir individu," katanya sewaktu melawat keadaan Arked Niaga Padang Besar semalam.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di bazar Padang Besar mendapati harga barangan pakaian dan aksesori wanita dijual sedikit mahal berbanding kebiasaan, bagaimanapun harga barangan makanan dijual dengan harga biasa.
Bagaimanapun, lebih 70 peratus peniaga didapati tidak meletakkan tanda harga pada setiap produk barangan yang dijual dan keadaan itu semestinya menimbulkan keraguan dalam kalangan pengunjung.
Seorang pengunjung dari Johor Bahru, Naemah Abdullah, 28, berkata, dia sekeluarga kecewa dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga di bazar Padang Besar memandangkan ianya tidak jauh berbeza daripada harga di tempat kediamannya.
"Kami sekeluarga datang dari Johor Bahru ke sini semata-mata untuk membeli-belah setelah dipromosi rakan-rakan, bagaimanapun agak kecewa kerana harga pakaian, dan aksesori wanita tidak banyak berbeza daripada tempat kami.
"Lebih menyedihkan, ada segelintir peniaga yang bersikap kasar terhadap kami sekiranya tidak membeli barang di kedai mereka.
"Saya berharap pihak berkuasa tempatan memantau keadaan ini," katanya.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan