9 Muharram 1433H. [MOD] -
KOBLENZ, Jerman 5 Dis. - Pakar pemusnah bom berjaya menanggalkan fius dua biji bom besar zaman perang yang ditemui di dasar Sungai Rhine di Jerman, semalam, selepas 45,000 orang penduduk di bandar Koblenz dipindahkan dari kawasan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.
Ia merupakan pemindahan penduduk teramai yang pernah dicatatkan dalam sejarah Jerman kerana bom-bom dari Perang Dunia Kedua yang tidak meletup.
Pusat bandar di barat Jerman itu dikosongkan dengan semua penduduk yang berada dalam radius 1,800 meter daripada bom itu diarahkan meninggalkan tempat itu termasuk banduan-banduan di dalam penjara.
Bom yang sebesar 1.8 tan milik Britain itu ditemui ketika air sungai itu surut, semalam. - dpa

Tiada ulasan:
Catat Ulasan