10 Muharram 1433H. [MOD] -
Presiden Myanmar, U Thein Sein menandatangani akta yang membenarkan demonstrasi aman diadakan. Demikian dimaklumkan oleh media Myanmar pada 3 Disember.
Menurut akta tersebut, para penunjuk perasaan hendaklah mengajukan permohonan sekurang-kurangnya 5 hari lebih awal, dan boleh membuat bantahan seandainya permohonan ditolak. Tunjuk perasaan tidak boleh diadakan berhampiran institusi kerajaan, kedutaan besar, sekolah dan hospital. Akta itu diluluskan oleh Parlimen Myanmar pada 24 November dan dikuatkuasakan secara rasmi selepas ditandatangani oleh presiden.
Sebelum ini, demonstrasi dilarang di negara itu dan pemansuhan larangan ini merupakan salah satu pembaharuan kerajaan. Pada bulan Oktober tahun ini kerajaan Myanmar juga bersetuju Kesatuan Sekerja ditubuhkan dan mogok diadakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan