9 Muharram 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak bermimpi untuk menawan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) khususnya Selangor kerana PR kini bertambah yakin untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BN kini dilihat sudah tidak mendapat tempat dihati rakyat ekoran pelbagai kes yang secara tidak langsung timbul dan terbongkar rentetan Laporan Audit Negara 2010.
“Mana jawapan rasional bagi isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC)?. Mereka jawap, tetapi jawapan yang diberi hanya untuk menutup kelemahan mereka. Mungkin penyelewengan peruntukan RM250 juta bagi mereka adalah jumlah yang kecil.
“Selain itu dalam Perhimpunan Agung Umno lalu mereka kata mereka pejuang bangsa Melayu, mana ada. Jika pejuang bangsa Melayu, tidak timbul isu PPSMI dan isu-isu lain,” katanya ketika berucap pada majlis Rapat Umum PR di perkarangan Stadium Malawati, semalam.
Semalam, hampir 10,000 penduduk setempat dan luar kawasan membanjiri majlis berkenaan walaupun pada awalnya hujan lebat dan khemah tidak mencukupi untuk menampung mereka.
Siri kedua dan ketiga Rapat Umum PR dijadualkan berlangsung di Perak dan Pulau Pinang pada 10 dan 18 Disember depan.
Rapat Umum PR diadakan bagi menjawab segala tuduhan yang didakwa dilemparkan Umno ketika persidangan agung parti itu yang berlangsung selama lima hari bermula 29 hingga 3 Disember lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Turut hadir dan berucap pada program itu ialah, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri serta Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan