05 Disember 2011

Pemuda PAS cabar Kamal debat isu hudud

10 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kesal dengan dakwaan Mohd Kamal Sadin, Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu yang telah memperlekehkan hukum hudud yang digubal Kerajaan Kelantan dengan mengatakan ianya bercanggah dengan hukum Allah.

Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah mengulas kenyataan Mohd Kamal Sadin pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam yang berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Dalam program tersebut, Mohd Kamal Sadin juga mengatakan Undang-Undang Hudud PAS membenarkan liwat ke atas isteri.

“Sehubungan itu, DPPNT mencabar secara terbuka satu debat secara ilmiah diadakan antara Mohd Kamal Sadin dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat berkenaan hukuman Hudud sekaligus menjawab fitnah dan salah faham yang ditimbulkan,” kata Zaidan dalam satu kenyataan di sini.

Tegasnya, DPPNT bersedia pada bila-bila masa dan memberi Mohd Kamal Sadin untuk menentukan masa dan tempat diadakan debat berkenaan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

usah duk ajak lah.....jenis kecut teloq....patutlah cina mca berkawan dengan umno punya lama dah....tak faham2 ttg islam..

Tanpa Nama berkata...

penasihat membawa sesat tu lah dia bekas Cikgu Sekolah swasta
kesian MB Terengganu dapat penasihat macam ni,

Tanpa Nama berkata...

tu ulama pulus sebahagian pakai sebahagian buang pe pasai pakai enakmen perlembagaan kalau perlembagaan melanggar hukum syarak buat apa pakai perlembagaan orang islam kena ikut hukum syarak bukan nya hukum rekaan manusia kalau lu tak caya hukum tuhan lu ulama apa yang saya tahu yahud

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS ni tak ada lain kerja,asyik nak mencabar orang aje.Buat apa nak layan ustaz UMNO tu?Buang masa aje.Depa memang suka buat kerja macam ni,nak lalaikan orang PAS.Pemuda PAS lebih baik tumpukan perancangan persediaan PRU.UMNO memang bijak buat strategi "alih tumpuan",jangan terperangkap selalu.