
KUALA LUMPUR: Tempoh bagi 220 Ahli Parlimen menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan berakhir jam 4 petang tadi.

KUALA LUMPUR: Tempoh bagi 220 Ahli Parlimen menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan berakhir jam 4 petang tadi.
Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan kesemua 18 ahli Parlimennya menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui selepas selesai mengadakan pertemuan bersama pimpinan UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu Jumaat ini bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan.

PETALING JAYA: Jumlah vaksinasi harian terus mencatatkan angka melebihi 500,000 dengan 525,111 dos direkodkan semalam.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara memilih Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.
Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman selepas menghadiri mesyuarat bersama 42 Ahli Parlimen BN.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, mendakwa seorang calon Barisan Nasional (BN) sudah memiliki sokongan melebihi majoriti diperlukan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susulan pergolakan politik dan pentadbiran negara yang tidak berkesudahan, sikap gila kuasa sebahagian ahli politik yang menggadaikan kesejahteraan negara serta titah dan keputusan daripada YDPA.
Gerakan Pembela Ummah-UMMAH membawakan satu program kepada seluruh rakan NGO, NGI dan Tokoh Masyarakat bagi mengulas isu-isu yang berlaku, iaitu:
HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH, SOKONGAN NGO KEPADA YDPA
Tarikh: 17 Ogos 2021
Hari: Selasa (Hari ini)
Masa: 9 Malam
Tempat: Zoom, FB Live dan YouTube rasmi Gerakan Pembela Ummah-UMMAH
PEMIDATO JEMPUTAN:
1. Datuk Seri Prof. Dr. Awang Sariyan (Pengerusi Gerakan Jihad Rakyat Benteras Rasuah)
2. Tuan Mohd. Zai Mustafa (Pengerusi Gerakan Pembela Ummah-UMMAH)
3. Dr. Kamarul Zaman bin Haji Yusoff (Penganalisis Politik)
4. Dato’ Prof Haji Mohamad Naser Bin Disa (Profesor Undang-Undang UNIZA)
5. Dr. Balachandran Gopal Karishnan (NGO Non Muslim)
6. Yang Mulia Raja Petra bin Raja Kamarudin (Penganalisis Politik)
7. Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki (NGO Yayasan Amal)
8. Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (PUM)
9. Ust Dr Md Noor Hussin (IRSHAD CARE)
10. Muhammad Faizzuiddin Bin Mohd Zai (NGO Majlis Belia Islam Malaysia)
11. Mohd Izzuddin Bin Aziz (Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia)
12. Dr. Rosni Adam (WAFA)
13. Nur Amirah Bt Mohd Yahya (Pengerusi Senergi Gerakan Mahasiswi Malaysia)
Di jemput kepada seluruh rakyat, NGO dan NGI hadir bersama.
Kita angkat suara rakyat yang kasihkan keharmonian negara ini kekal sehingga berjaya meranapkan usaha perpecahan perpaduan negara.
KUALA LUMPUR: Pengunduran seluruh anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini dilakukan atas dasar tanggungjawab bersama dan bukan menanggung kesalahan bersama.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, merakamkan ucapan terima kasih atas peluang menganggotai Kabinet dan menabur bakti sepanjang 17 bulan dilantik sebagai menteri sejak 10 Mac tahun lalu.
"Pengunduran atas 'collective responsibility' (tanggungjawab bersama), bukan 'collective guilt' (kesalahan bersama).
"Terima kasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat," katanya menerusi Twitter, hari ini.
Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi entri di Instagram menyatakan Kabinet menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari tadi, dipercayai bagi menyerahkan surat peletakan jawatan.
Kabinet diterajui Muhyiddin menyaksikan keanggotaan kali ketiga PAS dalam Kerajaan Persekutuan.
Sebelum ini, PAS berada dalam kerajaan Persekutuan bersama kerajaan campuran Perikatan dari 1973 hingga 1974 dan Barisan Nasional (BN) dari 1974 hingga 1977.
Takiyuddin, 59, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya, mula membabitkan diri dalam politik selepas menyertai PAS sekitar 1989.
Bekas majistret itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong sejak 1999, sebelum berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu bermula 2013 sehingga kini selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok.
KENYATAAN MEDIA
SEMBAH MAKLUM RAYUAN 175 BADAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN AGAR TUANKU MENIMBANGKAN GENCATAN POLITIK
Bismillahirrahmanirrahim.
Patik sebagai salah seorang rakyat di negara yang tercinta ini, dan tidak berpihak kepada mana-mana kelompok, merafak sembah memohon Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menimbangkan dan memperkenankan rayuan 175 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan agar Tuanku Kebawah Duli menimbangkan gencatan politik dalam keadaan negara masih dilanda wabak Covid-19.

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga mencecah 120,000 orang sehari, berbanding 60,000 orang ketika ini.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.