06 Ogos 2011

Ramadhan : Dapatkah kita keberkatannya ?

06 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Oleh : Zainal Dahari

“ Wahai orang-orang yang beriman, difardukan atas kamu berpuasa sepertimana difardukan ke atas orang-orang terdahulu dari kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa” AL-Baqarah 183

“ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu; …………..” AL-Baqarah 185.

”Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu ? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” AL-Qadr 1-5

“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” A-li Imraan 138

Syukur ke hadrat Illahi, sekali lagi kita berpeluang bersama Ramadan, bulan yang mulia yang diwahyukan dan difardukan untuk kita berpuasa, semoga dengan berpuasa kita akan menjadi orang yang bertaqwa..

Jika ditanya semua orang Islam, semuanya akan bersetuju mengatakan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan. Setiap kali datang Ramadan banyak tazkirah yang mengulas tentang perkara-perkara yang berlaku dan terdapat dalam bulan Ramadan.

Sebagai renungan bersama mari kita cuba senaraikan semula antara kelebihan-kelebihan dan peluang-peluang yang ada dalam bulan Ramadan untuk panduan kita bersama.

1. Malam Anugerah Khas, Malam Lailatul-Qadar dipilih Allah untuk dinikmati oleh orang Islam yang beribadat dalam bulan Ramadan. Orang Islam akan dapat menikmati ganjaran ini, ganjaran pahala bagi setiap ibadat yang dilakukan sama seperti beribadat selama seribu bulan dalam bulan yang lain, iaitu melebihi 80 tahun lamanya

2. Ganjaran pahala bagi setiap ibadat orang Islam digandakan
i. Setiap satu solat sunat dikerjakan dalam bulan Ramadan ganjaran nya sama dengan ganjaran solat wajib yang dilakukan dalam bulan selain Ramadan.
ii. Ganjaran solat wajib yang dilakukan dalam bulan Ramadan diberi tidak kurang tujuh puluh kali ganda dibandingkan dengan dikerjakan dalam bulan yang lain.

3. Suasana beribadat orang Islam tidak diganggu oleh iblis dan syaitan kerana semua iblis dan syaitan dibelenggu oleh Allah dalam bulan Ramadan. Kekurangan adalah kerana kejahilan dan kedegilan kita sendiri.

4. Mereka yang jarang ke mesjid dan surau semasa bulan yang lain tidak akan berasa malu jika ke mesjid dan surau dalam bulan Ramadan kerana ramai orang lain pun beigitu juga.

5. Dengan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda, marilah kita iringi semua solat wajib lima waktu kita dengan solat sunat awal dan akhir jika terdaya kerana masa yang diambil tidaklah lama.

6. Peluang untuk mendirikan solat malam iaitu selepas tengah malam hingga waktu subuh adalah terbuka luas kerana kita perlu bangun untuk bersahur. Antara solat yang digalakkan ialah solat tahajjud dan solat taubat. Kita perlu bersahur kerana itu syariat.

7. Masa yang panjang yang ada waktu lepas tengah malam hingga sahur, kalaupun tak mampu nak buat selalu, sekali sekala buatlah solat sunat tasbih. Solat sunat tasbih ini memerlukan masa yang sedikit panjang dan kekuatan stamina yang lebih terutama kekuatan sendi pinggang, lutut dan kaki.
Ganjaran pahala solat sunat tasbih amat istimewa.

8. Setiap kita tentunya banyak berbuat dosa, peluang meminta ampun dari Allah terbuka luas dalam bulan Ramadan, kerana salah satu kumpulan manusia yang berdoa yang tidak akan ditolak doanya oleh Allah ialah mereka yang berdoa sedang mereka itu berpuasa.

9. Peluang bertadarus Al-Quran terbuka luas di mesjid dan surau kerana hampir setiap malam semua surau dan mesjid mengadakannya. Mereka yang kurang mahir boleh bersama jemaah lain dan akan dibimbing membaca bersama dalam kumpulan-kumpulan tertentu.

10. Pada Hari Kiamat nanti, Al-Quran akan memohon kepada Allah supaya semua pembaca Al-Quran diberi kemudahan dalam perhitungan dan diberi ganjaran kebaikan oleh Allah kerana telah mengorbankan masa lapang dan waktu tidur malamnya dengan membaca Al-Quran.

11. Dapat merasa manisnya menikmati (mendengar dan menghayati) bacaan AL-Quran hampir sama dengan sewaktu di Tanah Suci Makkah dan Madinah kerana banyak masjid dan surau mengadakan solat terawih secara bacaan AL-Hafiz satu malam satu juzuk.

12. Dengan solat terawih secara bacaan hafiz ini juga kita berpeluang melakukan sujud tilawah beberapa kali bila sampai ayat-ayat yang tertentu. Waktu sujud adalah waktu kita paling hampir dengan Allah dan ambillah peluang yang tidak datang selalu ini untuk memohon apa sahaja kepadaNya, Insyaallah akan dimakbulkan semua doa kita.

13. Oleh kerana imam akan membaca ayat-ayat yang panjang, secara tidak langsung kita boleh berlatih untuk berdiri lama sewaktu solat sebagaimana yang biasa berlaku di tanah suci sewaktu musim haji dan umrah. Dalam keadaan biasa sehari-hari kita hanya dapat berlatih pada waktu solat subuh Jumaat sahaja bila kebanyakan imam akan membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Insaan, itupun tidak panjang hanya 30 dan 31 ayat sahaja setiap satunya.

14. Dengan bersolat terawih juga kita boleh berlatih membaca ayat-ayat Al-Quran dengan mengikut perlahan-lahan bacaan imam kerana ia tidak menjadi kesalahan asalkan tidak mengganggu imam dan makmum yang lain.
(Walau bagaimanapun untuk mengelakkan kekeliruan dalam masalah ini ada khilaf ulamak mengatakan bahawa makmum wajib mendengar dan dilarang membaca Al-Quran sewaktu imam membaca, Wallahualam).

15. Dengan mengerjakan solat terawih 20 rakaat atau 23 rakaat jika bersama witir, kita sebenarnya melakukan latihan jasmani yang mampu menambahbaik kesihatan badan kita.

16. Dengan bersolat Isyak atau Subuh secara berjemaah adalah umpama beribadat separuh malam, manakala jika kita di malam yang sama bersolat Isyak dan Subuh secara berjemaah maka adalah umpama bersolat seluruh malam. Oleh itu jika kita bersolat Isyak dan Subuh pada malam bertepatan dengan datangnya malam Lailatul Qadar maka untunglah kita seolah olah kita sudah beribadat seluruhnya pada malam Lailatul Qadar tersebut, Wallahualam.

17. Kita boleh berkenal-kenalan dengan ramai orang kerana solat terawih digalakkan dibuat secara berjemaah. Kita juga boleh solat di kariah yang lain jika kita suka dan dengan itu boleh mengenali lebih ramai saudara seagama.

18. Dalam bulan Ramadan, kita boleh mengawal dan menjimatkan perbelanjaan makanan harian kita kerana kekerapan makan telah berkurang. Kita boleh menjimatkan wang dengan banyak, contohnya tanpa makan pagi, rehat pagi, makan tengahari, minum petang dan makan lewat malam. Kita makan hanya dua kali sahaja iaitu berbuka dan sahur..

19. Tanpa disibukkan dengan waktu membeli keperluan makanan, memasak, dan masa-masa makan kita akan ada banyak masa untuk membaca Al-Quran dan kitab-kitab agama. Membaca kitab agama lebih-lebih lagi membaca Al-Quran akan menguatkan keimanan, manakala ganjaran pahalanya tidak terhitung hanya Allah Maha Mengetahui.

20. Secara semulajadinya manusia tidak akan bertindak agresif apabila mereka lapar berlainan dengan haiwan. Dengan ini suasana berpuasa di bulan Ramadan juga dapat mewujudkan peluang bagi memperbaiki hubungan yang tidak mesra yang berlaku antara mana-mana dua pihak yang berselisih faham sebelum itu.

21. Mereka yang belum mengeluarkan zakat, samaada harta, tanaman, ternakan ataupun keuntungan perniagaan boleh mengambil peluang keemasan di bulan Ramadan ini untuk melipatgandakan hasil ganjaran pahala disisi Allah.

22. Para hartawan boleh merapatkan hubungan dengan orang ramai terutama fakir miskin dan anak-anak yatim melalui sumbangan makanan, pakaian ataupun wang ringgit.

23. Orang yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan boleh mula berjinak-jinak dengan alam periagaan melalui jualan pakaian hariraya, kuih muih atau makanan berbuka puasa atau lainnya asalkan halal dan tidak terleka dari beribadat bila sampai waktunya.

24. Mereka yang sebelum ini kurang menitikberatkan soal aurat dalam berpakaian, ambillah peluang ini untuk memperbaiki diri, Insyaallah semua rakan dan taulan akan menerima kita dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya Allah tidak akan memberatkan sesiapa pun atas apa yang dia tidak mampu.

25. Dengan berpuasa kita berpeluang mengurangkan berat badan dengan menjaga diet dan pemakanan

26. Dengan pergi solat terawih kita berpeluang mengurangkan dosa mata, dosa telinga, dosa mengumpat dengan meninggalkan peti-peti tv yang banyak menyiarkan rancangan yang tidak sesuai.

27. Dengan berpuasa dan solat terawih kita juga berpeluang mengurangkan dosa kaki dan dosa tangan dengan tidak merayau ke tempat-tempat yang melalaikan.

28. Anak-anak yang kurang berpeluang berbakti kepada kedua ibubapa, ambillah peluang ini dengan membantu mereka memasak dan menyediakan makanan untuk berbuka dan sebagainya. Disamping membantu kita dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

29. Mereka yang berhutang, ambillah peluang yang baik ini untuk melangsaikannya, disamping selesainya hutang, hati kita akan tenang dan gembira, pemiutang akan turut sama gembira, dan sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah mengatakan antara orang yang berhutang dengan orang yang tidak berhutang, doa orang yang tidak berhutang lebih cepat dimakbulkan Allah.

30. Sekiranya ada orang berhutang dengan kita dan jumlahnya boleh kita maafkan dan tidak akan memiskinkan kita jika kita melupuskannya, adalah dianjurkan kita lupuskan sahaja, semoga rezeki kita akan ditambah oleh Allah berganda-ganda kerana kerelaan kita itu.

Disamping itu banyak lagi kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadan yang tidak dapat disenaraikan setiap satunya.

Apa yang dimushkilkan ialah dengan begitu banyak kelebihan yang ada, mampu dan dapatkah kita menikmati sebahagian daripadanya kalaupun tidak berjaya menikmati kesemunya. Para ulamak selalu mengulang-ulang perkara ini tetapi ramai dari kita masih ditakuk lama. Dari setahun ke setahun, Ramadan datang dan kemudian Ramadan pergi, yang muda dah jadi tua, dulu kuat sekarang lemah, dulu sihat dah mula uzur, dulu kaya kini bertukar menjadi miskin dan sebagainya, nilai ibadat kita masih tidak berubah..

Ada di antara kita yang berazam untuk memulakan dan melipatgandakan ibadat bila bersara contohnya, tetapi sedarkah kini begitu ramai antara kita yang menjadi uzur sebelum masuk umur bersara, usia baru tiga puluhan atau empat puluhan kaki mula tidak kuat, lutut mula sakit, pinggang mula payah nak lurus, mata cepat jadi kabur, pendengaran telinga cepat merosot, yang lengkap anggota sudah cacat kerana kemalangan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja ramai pula yang mati dalam usia muda. Juga ramai pula dihinggapi kencing manis perlu selalu melawat dan tinggal di hospital, atau mendapat sakit ghout, sakit buah pinggang, sakit kencing tak tus, sakit karang susah kencing, darah tinggi naik menggila terpaksa makan ubat sepanjang masa, rosak paru-paru dan menghadapi masalah jika terkena air sejuk, mengidap pening yang kronik dan berbagai lagi kesukaran yang mengganggu dan menghalang kita dari beribadat kepada Allah dengan selesa.

Oleh itu marilah sama-sama kita berazam dan memulakan langkah menuju dan mengerjakan amal ibadat kepada Allah dan kebaikan sesama manusia dari sekarang selagi masa masih ada dan janganlah menunggu hingga sudah tiada daya upaya kerana waktu itu menyesal sudah tidak berguna lagi. Jika tak mampu buat semua janganlah pula kita tinggalkan semua. Hidup dan mati itu sangat hampir seperti hampirnya dua jari kita.

Anggaplah Ramadan sebagai tetamu khas yang datang bertandang setahun sekali ke rumah kita dan sekarang ini sudah hampir seminggu bersama kita. Apakah bentuk layanan yang kita sediakan dan berikan kepadanya. Setakat ini baikkah layanan kita, lazat dan istimewakah makanan yang kita sediakan, rumah dan bilik tempat tidurnya bagaimana dan lain-lain keperluannya adakah telah di sediakan sewajarnya. Jangan lupa tetamu bernama Ramadan ini lagi tiga minggu akan pulang kepangkuan Allah melaporkan dan membawa semua rekod atas apa yang tuan rumah sediakan kapadanya. Susah memanglah susah tetapi marilah kita berusaha, Insyaallah masa masih belum terlewat semoga Allah tetap memberi kekuatan kepada kita.

Wan Azizah akan ganti Anwar 'jika perlu'

6 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui pernah terlintas di fikiran bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang berdepan dengan dakwaan demi dakwaan salah laku seks patut bersara dari politik.

Tetapi bukanlah sekarang, kata Wan Azizah.

Apatah lagi, ketua umum PKR itu perlu membela dirinya dalam perbicaraan kes Liwat II yang akan bermula pada Isnin, tambahnya.

Malaysiakini mengemukakan soalan berkenaan kepadanya dalam satu temubual minggu lalu bagi menanggap sejauh manakah dakwaan berkenaan menjejaskan kepemimpinan Anwar setakat ini.

"Sebelum ini, ya – ketika dia menjadi profesor di (Universiti) John Hopkins. Saya gembira dengan kehidupan (pada waktu itu).

NONE"Saya perlu berterus terang. Kami merupakan keluarga biasa (pada waktu itu) – anak-anak berada di sana (Amerika Syarikat), melanjutkan pengajian, meneruskan kehidupan dan kami seronok.

"Tetapi kini ada pilihan (yang pelu dibuat). Saya fikir, dalam keadaan politik yang teruk pada masa ini, bukan sahaja Anwar yang diperlukan. Semua orang diperlukan.

"Seorang individu tidak dapat membuat banyak perubahan, tetapi setiap orang dan setiap rakyat Malaysia boleh melakukannya. Inilah yang saya ingin lihat," katanya.

Wan Azizah juga berkata, beliau akan kembali ke arena politik semula sekiranya Anwar kecundang dalam perbicaraan kes ini.

"Sekiranya saya diperlukan, tentulah. Tetapi terdapat ramai lagi pemimpin lain yang sudah teruji...

"Saya bukanlah sangat seorang ahli politik. (Tetapi) saya rasa saya ada imej yang berupaya menyatukan orang ramai," katanya lagi yang meletakkan harapan tinggi kepada barisan pemimpin muda.

Pelan A, B, C

Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Anwar akan kembali ke dipenjara, Wan Azizah berkata beliau meletakkan harapan supaya perkara itu tidak akan berlaku.

"Janganlah doa begitu," katanya sambil tertawa kecil.

Beliau turut menggesa wartawan supaya turut optimis bahawa Anwar tidak akan dipenjarakan dan keluarganya membuat rancangan atas dasar yang sama.

NONE"Tentulah ada pelan kecemasan – pelan A, pelan B dan pelan C," katanya lagi.

Namun, Wan Azizah tidak dapat memberi gambaran jelas sekiranya andaiannya itu meleset.

Lalu siapa yang akan mengetuai Pakatan sekiranya ia dapat menguasai Putrajaya tanpa Anwar?

"Apabila keadaan itu berlaku, kita akan buat keputusan. Walaupun jika Pakatan berkuasa, kita masih perlukan semak dan imbang. Anda tidak boleh ada kuasa mutlak, anda tidak boleh (jadi) diktator," tegas Wan Azizah.

PKR juga telah melatih ramai pemimpin muda untuk mengisi kedudukan pemimpin lama, katanya lagi.

malaysiakini/-

Selamatkah iman mereka daripada sesat

06 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Ust.Ahmad Baei Jaafar

Tiba-tiba sahaja kita dihidangkan satu kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi. Bagaimanapun polis dan JAIS boleh bekerjasama, siapa yang jemput siapa? Sejak bila pula polis ada kuasa menyerbu rumah ibadat kerana acara makan malam? Apakah JAIS ada kuasa menyerang rumah ibadat orang bukan Islam?

Atas sebab itu barangkali mengapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berasa kesal dengan kejadian itu. Beliau kesal kerana tindakan boleh menjatuhkan maruah JAIS sekali gus maruah Islam yang tidak bijak sana dalam tindakan. Demi menyelamatkan keadaan beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

Syabas Datuk Menteri Besar, tindakan yang diambil itu setidak-tidak boleh meredakan kemarahan pihak gereja kepada kerajaan negeri dan Islam. Setidak-tidaknya mereka tidak bertindak menyaman polis dan JAIS kerana mengganggu majlis mereka.

Merujuk kepada kenyataan Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada malam tersebut. Hal ini kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Pemeriksaan itu merujuk kepada maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam untuk majlis berbuka puasa di gereja berkenaan. Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam dalam majlis tersebut.

Persoalannya apakah niat asal majlis makan malam itu? Kenapa diadakan di gereja? Siapa yang menganjur majlis tersebut? Salahkah orang Islam masuk gereja? Apakah apabila orang Islam masuk gereja boleh dicap sebagai terpengaruh dengan Kristian?

Kalau pihak gereja menganjurkan majlis itu apakah niatnya untuk memujuk mereka menerima Kristian? Kalau tidak mengapa diadakan di gereja? Kalau sekadar 12 orang, cukup di restoran sahaja. Kalau orang Islam yang bertindak menganjur, apakah niatnya untuk berdiolog mengenai salah faham terhadap agama. Ya, mengenai niat adalah kerja hati yang sukar dinilai, malah kerana silap sedikit boleh menjemuskan mereka kepada dosa.

Tidak salah orang Islam masuk gereja, malah tidak salah kalau bersolat di dalamnya asalkan tempatnya bersih dan menghadap qiblat dan pada masa yang sama tidak menghadap kepada patung. Kalau begitu keadaannya, menghadiri jemputan makan malam atau buka puasa di gereja bukanlah isu besar atau salah.

Cuma persoalannya apakah orang Islam yang masuk ke gereja itu atas tujuan berbuka puasa kononnya melakukan solat Maghrib. Kalau tidak solat Maghrib bagaimana puasanya, benarkah mereka orang Islam? Kalau begitu kedudukannya ada dua pihak yang bersalah; individu berkenaan cuai dalam mengamalkan ajaran Islam; ibu bapa dan juga ulama gagal memberi didikan Islam sebenar kepada mereka hingga tersesat dari landasan sebenar.

Sepatutnya dalam kes ini penguatkuasa JAIS tidak terlibat dalam serbuan pada hari tersebut. Malah tidak perlu hadir ke gereja atas nama jabatan. Hal ini kerana kehadiran atas nama jabatan mewakili kerajaan. Walaupun mereka itu datang sekadar melihat majlis tersebut akan disalah tafsirkan sebagai serbuan. Walaupun tiada tangkapan dibuat, kehadirannya boleh disensasikan.

Sememangnya JAIS tidak ada hak masuk gereja sama ada untuk menyelidik apatah lagi menangkap orang yang disyaki. Kedudukannya samalah dengan masjid yang tidak boleh diserang dan cerobohi polis atau askar. Masjid dan rumah ibadah adalah kawasan aman. Adalah dibimbangkan kalau kita berbuat begitu, nanti satu hari orang lain pula menyerang masjid kita.

Jalan penyelesaian dalam kes sebegini, JAIS perlu serius dalam kerja dakwah, mendidik orang Islam terutama mereka yang goyah imannya. Pada masa yang sama jiran atau kawan perlu bantu membetulkan keadaan. Jika tidak mampu, maklumkan kepada pihak berkuasa atau ulama, semoga dengan itu mereka boleh diselamatkan daripada tersesat.

Gaza: Misi Muslim Care berjaya sampaikan bantuan

6 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Walaupun pelbagai rintangan dihadapai untuk sampai ke sempadan Rafah, pasukan Misi ke Gaza anjuran Muslim Care Malaysia berjaya memasuki Gaza bagi menghantar bantuan sempena Ramadhan pada 28 Ogos 2011.

Zulkefli Mohd Nani, Ketua Misi ke Gaza merangkap Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia memaklumkan bahawa Muslim Care juga menyediakan prasarana dan peralatan bagi menubuhkan sebuah kilang roti bagi membangunkan ekonomi muslimah di Gaza sewaktu misi tersebut.

Misi itu turut disertal Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Presiden Muslim Care Mat Arifin Ismail, anggotanya Zakaria Abdul Latif, Hj Zulkifli Wahijan, Ust Reduan Md Nor, Halim Redzuan, Ahmad Safuan Ujar, kesemuanya dari Muslim Care, wakil PAS Selangor Izham Hashim, Zahari dari Cakna Palestin.

Mereka bertolak ke gaza bermula 27 Julai lalu dan selamat pulang ke tanah air 2 Ogos lalu.

Sewaktu di Gaza, misi turut berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan bertemu dengan 11 ahli parlimen Gaza.

Di samping itu, misi ini turut menyediakan sebuah makmal komputer untuk sebuah sekolah menengah di Khan Younis yg tidak pernah mempunyai makmal komputer di sekolah tersebut sebelum ini.

Disamping itu anggota misi juga telah berjumpa sendiri anggota keluarga yang ada dikalangan ahli keluarga mereka sedang dipenjarakan di penjara Israel.

(Gambar: Anggota misi bergambar selepas menyediakan makmal komputer di sebuah sekolah menengah di Khan Younis)

Menurut Zulkefli Nani, mereka dimaklumkan bahawa ada diantara tahanan tersebut yang telah 34 tahun dipenjarakan di Israel, lebih lama dari Neson Mandela yang dipenjarakan selama 29 tahun.

Selain itu pasukan misi ini juga turut memberikan bantuan kewangan dan makanan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tinggal serta warga miskin di Gaza di mana misi ini telah pergi terus ke rumah-rumah warga miskin bagi menyampaikan bantuan tersebut.

Dengan sumbangan yang telah diberikan oleh penderma melalui Muslim Care, mereka juga mengadakan majlis berbuka puasa selama 7 hari dianjurkan di masjid-masjid di sekitar Gaza dengan sumbangan tersebut.

Selain itu juga masyarakat dan kanak-kanak yg kurang berkemampuan juga akan diberikan pakain baru sebelum Aidil Fitri nanti melalui sumbangan yang dihulurkan Muslim care.

Menurut Zulkefli lagi, walaupun sempadan Rafah dikatakan telah dibuka oleh Kerajaan Mesir, hakikatnya sekatan ke atas Gaza masih berterusan dan umat Islam masih terus dihimpit kemiskinan di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa bantuan kepada umat Islam di Gaza mesti diteruskan kerana "humanitarian aide" dari NGO luar ini adalah penghubung nyawa bagi ramai warga miskin.

Di Gaza, Muslim Care telah menandatangani perjanjian dengan Emaar Association sebuah NGO kebajikan yg akan melaksanakan beberapa program bagi pihak Muslim Care di Gaza kelak.

Untuk perancangan seterusnya, Muslim Care berhasrat membina sebuah Masjid di sebuah kawasan penduduk miskin berdasarkan permintaan umat Islam di sana dan juga mencari dana bagi membaiki rumah keluarga-keluarga dhoif di Gaza, Palestin.

Sebanyak USD180,000 diperlukan bagi menjayakan bantuan seterusnya.

Kepada mereka yang mahu memberi sumbangan kepada rakyat palestin, bolehlah berbuat demikian melalui Tabung Muslim Care melalui Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestina) 5644-902-111-59.

Harakahdaily/-

Mat Sabu tak berkerusi roda lagi

6 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Selepas tiga minggu menjalani pembedahan menyambung ligamen belakang lututnya yang terkoyak, kecederaan yang dialami Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semakin sembuh.

Walaupun masih lagi bertongkat sewaktu berjalan, beliau kini tidak lagi memerlukan bantuan kerusi roda hari untuk bergerak.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Mohamad berkata perubahan tersebut dialaminya sejak tiga hari lalu.

"Saya boleh jalan biasa, tetapi (tapak kaki sedikit) mendatar, dan (berjalan) tidak dalam jarak yang jauh.

"Tetapi masa naik dan turun tangga (rumah) masih perlu kepada tongkat," katanya dengan nada gembira dengan perkembangan terbaru itu.

Sebelum ini dilaporkan Mohamad menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu.

Oleh itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

Kemudian, kunjungan Malaysiakini di rumahnya di Shah Alam - seminggu selepas pembedahan - Mohamad sudah mampu mengangkat, melunjurkan kaki di atas sofa dan terhencot-hencot sewaktu berjalan dengan bantuan tongkat.

Dalam pertemuan itu, beliau menjangkakan kecederaannya akan pulih dalam tempoh satu hingga dua bulan.

"Sekarang (saya) tak menggunakan kerusi roda... Lepas Hari Raya Aidilfitri, (mungkin) tak pakai tongkat lagi," katanya semalam.

harakahdaily/-

PAS Perak lancar facebook pengundi luar

6 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TAIPING, 6 Ogos: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melalui Jabatan Pilihanraya PAS Negeri telah melancarkan laman peminat facebook khas buat pengundi luar Perak dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussien bersempana majlis Liqa Fikri di Dewan Tuan Guru Abdul Samad Noh, Markaz Tarbiyyah PAS Perak, Air Kuning. Turut hadir bersama adalah pimpinan tertinggi PAS Perak.

Abu Bakar dalam ucapan ringkasnya mengharapkan usaha pelancaran ini akan membantu PAS dan Pakatan Rakyat kembali memenangi semula kerajaan negeri Perak yang telah dirampas oleh Umno BN pada 2008 dahulu.

Jabatan Pilihanraya PAS Perak melalui portfolio Urusan Pengundi Luar bertanggungjawab memastikan fungsi facebook ini dimaksimakan.

Dalam masa yang sama Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi berharap agar facebook ini akan menjadi pentas bagi semua pengundi luar yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat untuk dimanfaat sebaik mungkin bagi membantu dalam pilihanraya nanti.

Mereka mensasarkan 50,000 peminat menyertai facebook tersebut.

Bagi semua pengundi Perak yang berada di Lembah Klang agar dapat bersama dengan Facebook ini kerana ianya akan menjadi saluran utama maklumat dari PAS dan Pakatan Rakyat negeri itu.

harakahdaily/-

Majikan ingkar arahan menteri

6 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ZAINAL (kiri) memberi taklimat kepada pekerja-pekerja Dawama selepas mereka tidak dibenarkan masuk ke premis syarikat itu di Hulu Klang, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Seramai 380 pekerja Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) mendakwa masih belum mendapatkan penjelasan rasmi daripada majikan berhubung pembatalan notis cuti tanpa gaji meskipun arahan itu telah dikeluarkan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam (gambar) kelmarin.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama, Zainal Alwit, 50, berkata, majikan langsung tidak bertemu pihaknya meskipun arahan pembatalan notis telah dikeluarkan oleh Subramaniam sebelum ini.

"Mana hitam putih (dokumen pembatalan notis cuti tanpa gaji), sekurang-kurangnya jumpa kami dan terangkan kepada kami.

"Ini tidak, pihak majikan masih dengan sikap membisu termasuk tidak memberitahu kami mengenai pembatalan notis itu," katanya sambil ditemani Setiausaha Kehormat kesatuan, Mohd. Fadel Yusof kepada pemberita di Hulu Klang di sini semalam.

kosmo/-

Kepala lembu melekat di stereng

6 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ALOR GAJAH: Kepala seekor lembu betina melekat pada stereng kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki yang merempuh haiwan itu dalam kejadian di Kampung Lendu Dalam, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, haiwan itu yang berada di bahu jalan dirempuh pemandunya itu apabila kenderaannya hilang kawalan.

Kepala lembu itu dikatakan terputus daripada badan, melekat pada stereng sebelum Perodua Kancil dipandu lelaki dikenali Ah Boi berusia 20-an itu melanggar tebing dan terbalik.

Seorang penduduk, Mahazarul Mazlan, 40, berkata, dia yang ketika itu berbuka puasa bersama keluarganya dikejutkan dengan dentuman kuat lalu keluar untuk memeriksa.

“Mulanya saya terpandang seekor lembu terbaring tanpa kepala dan pada masa sama melihat sebuah Perodua Kancil terbalik tidak jauh dari situ.

“Saya terus menghampiri kenderaan itu dan ternampak seorang lelaki berusaha untuk keluar,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia kemudian membantu lelaki itu keluar melalui cermin depan keretanya yang pecah.

Katanya, selepas berjaya mengeluarkan pemandu kereta itu, dia terkejut melihat kepala lembu yang dirempuh itu melekat pada stereng kereta. “Apa yang menghairankan saya dan penduduk kampung, bagaimana kepala lembu itu boleh melekat pada stereng kereta itu. “Pemandu kereta itu hanya cedera ringan di anggota badan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Hospital Alor Gajah berkata, lelaki itu yang cedera di leher dirawat sebagai pesakit luar.

my metro/-

PR: PAS Selangor mahu Najib jawab

6 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM,: PAS Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka bahawa Penduduk Tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan itu dibuat atas nama Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Selangor, Mohd Asri Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, dekat sini petang tadi.

Asri berkata, pada 2 Ogos lalu, beliau memeriksa 1,108 nama yang terdapat dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) tersebut di dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati kesemua nama itu berstatus PR.

Apa yang menjadi kebimbangan, katanya ada usaha pihak tertentu mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan merah ini bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Adalah amat membimbangkan usaha haram ini bukan sahaja akan menjejaskan proses pilihan raya negara kita malah turut menjejaskan integriti kad pengenalan serta keselamatan negara," katanya.

Justeru beliau mahu pihak polis melakukan siasatan secara telus berhubung perkara itu.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat siapa yang menjadi dalang di sebalik perkara ini.

"PAS Selangor menyatakan bahawa ini isu keselamatan negara yang mesti dijawab oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kepada rakyat yang mula bimbang dengan keadaan ini," katanya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Samsudin.

harakahdaily/-

Haron Din dibenar keluar IJN

6 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang telah dirawat beberapa hari di hospital kerana mengalami masalah jantung, telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Menurutnya, selama ditahan di wad unit rawatan rapi (CCU) IJN, beliau telah melalui tiga prosedur rawatan iaitu angiogram, ultrasound angiogram dan MRI.

Katanya, berdasarkan laporan pemeriksaan, beliau masih berada di bawah penelitian doktor dan beliau dibenarkan pulang untuk berehat serta akan melalui temujanji susulan dengan doktor di IJN.

"Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat, dan saya akan bercuti beberapa hari," jelas beliau dalam laman facebooknya semalam dan turut dimuat naik dalam facebook Darussyifa', hari ini.

Menurut beliau, pulang dari IJN dan berehat di rumah, beliau sempat melayari laman web dan facebook Darussyifa’ serta membaca email-email dalam google group ahli Darussyifa’.

"Membaca komen yang jumlahnya mencecah ratusan, saya sangat teruja dan terharu dengan ingatan, doa, dan kata-kata perangsang daripada tuan-tuan dan puan-puan.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih dan Allah sajalah yang layak membalasnya," katanya ringkas sebaik pulang ke rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital oleh doktor yang merawatnya.

Dalam laman facebook terutama facebook kepunyaan Darussyifa', orang ramai tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT agar beliau segera sembuh serta pulih seperti biasa.

Kemasukan beliau ke hospital, khususnya IJN, mencemaskan orang ramai, sehingga menyebabkan pelbagai pihak tidak putus-putus bertanya mengenai keadaan terkininya.

Penjelasan daripada beliau sendiri mengenai keadaan terkininya menerusi facebooknya itu pasti menyenangkan pelbagai pihak, bagi menjawab teka teki orang ramai mengenai keadaan kesihatannya kini.

harakahdaily/-

Nenek 80 tahun saman untuk jadi guru semula

6 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LILLIE LEON

BRIARWOOD, New York - Seorang nenek, Lillie Leon yang berusia 80 tahun memfailkan saman di sebuah mahkamah di Manhattan untuk mendapatkan semula pekerjaannya sebagai seorang guru awam di sebuah tadika, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lillie diberikan notis pada minggu lalu yang menyatakan dia diberhentikan di Sekolah Awam 117 di sini.

Dia yang telah bekerja sebagai seorang guru selama tiga dekad selepas berhenti bekerja dalam sektor perbankan diberhentikan atas alasan tidak mampu untuk membawa anak muridnya yang mahu pergi ke tandas.

Menurut peguam Lillie, Stewart Karlin, anak guamnya itu boleh mengajar dengan baik tetapi dia tidak boleh berjalan dengan cepat kerana mengalami masalah lutut.

Guru itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$100,049 (RM298,054) setahun dan tidak pernah menghadapi masalah disiplin sebelum ini.

Menurut guru itu, dia mahu kembali mengajar selama setahun lagi sebelum bersara. - Agensi

05 Ogos 2011

Gereja: Jangan buat kesimpulan melulu

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Cawangan Negeri Selangor menggesa semua pihak tidak membuat kesimpulan melulu dan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak berhubung pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Yang Dipertuanya, Khairun Abas berkata, pihaknya memandang serius berita berkenaan.

Pemeriksaan tersebut dimaklumkan oleh pihak berkuasa hasil daripada laporan terdapatnya unsur-unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan dalam artikel 11(4).

Dalam laporan awal yang dikeluarkan pihak Jais terdapat beberapa individu muslim menyertai majlis tersebut dan ia melanggar Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

“Abim menggesa semua pihak sewajibnya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran di atas peristiwa yang telah berlaku,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Abim Selangor merasakan bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warga Malaysia dalam mana-mana pertikaian yang wujud.

Menurutnya, mengambil pendekatan popular apatah lagi kesimpulan yang sempit terutamanya dalam hal-hal yang sangat rapuh seperti itu amat berlawanan dengan semangat kerukunan hidup dalam kepelbagaian masyarakat.

Beliau berkata, setiap institusi penguatkuasa yang wujud perlu dihormati selama mana mereka melaksanakan tugas yang diperuntukkan berlandaskan undang-undang.

Tambahnya, Abim Selangor juga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Justeru, ujarnya sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini.

“Pihak Abim Selangor juga kesal laporan akhbar yang membangkitkan kembali isu-isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil Bahasa Melayu yang mana ianya seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang telah kita nikmati selama ini,” ujarnya.

Katanya, Abim Selangor juga percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada maka sebarang masalah mampu diatasi dan keharmonian hidup beragama yang dinikmati selama ini dipertahankan.

harakahdaily/-

‘Usah sentuh saya’

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SAAT BAHAGIA...Mazlan dan isterinya ketika perkahwinan mereka.

KUALA LUMPUR: “Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!” Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu.

Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.

“Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai,” katanya.

Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.

Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya.

my metro/-

Suhakam berhasrat temui semua anggota polis terlibat

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata ia berhasrat menemui semua anggota polis yang didakwa bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas.

NONESuhakam pesuruhjaya James Nayagam (kanan) berkata ia adalah
bahagian penting yang perlu dibuat dalam siasatan awam yang akan
diadakannya untuk menyiasat dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan tersebut.

"Kita perlu buat... Orang ramai tidak sedar, bila anda bercakap tentang siasatan awam, anda perlu bercakap dengan semua yang terlibat. Ia
mesti satu siasatan yang terperinci," katanya selepas menerima testimoni bertulis dan bukti video mengenai dakwaan keganasan polis.

Wakil dari BERSIH 2.0, Suaram, Tenaganita dan Peguam for Liberty, menyerahkan 17 video, 15 testimoni umum dan 17 testimoni khusus
mengenai dakwaan gas pemedih mata di tembak ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin.

Suhakam sebelum ini meminta orang ramai tampil mengemukakan bukti mengenai dakwaan keganasan polis, kepada suruhanjaya itu sehingga 2 Ogos, tetapi tarikh itu dilanjutkan ke hari ini atas permintaan BERSIH 2.0 dan yang lain-lain.

malaysiakini/-

Mengapa Zambry nafi p’raya olok-olok di Perak

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

IPOH, 5 Ogos: “Adakah benar Umno BN Perak tidak melaksanakan pilihan raya olok-olok sepertimana pengumuman Tengku Adnan baru-baru ini?” tanya Ketua Penerangan Perak, Ahmad Nuri Al-Amin.

Sehubungan itu, PAS negeri berterima kasih kepada Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam atas ulasannya yang berkeyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan kehilangan Negeri Perak dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, ulasan itu yang dibuat berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN bersandarkan pengumuman Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin yang lalu hasil pilihan raya olok-olok yang dijalankan parti itu sejak Mei lepas.

“Ulasan ini juga jelas membenarkan berita bahawa memang telah berlaku pilihan raya olok-olok kendalian BN di seluruh negara termasuk di Perak, sesuatu yang sedang dinafikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,” ujarnya dalam satu kenyatan.

Baginya, penafian Zambry terhadap pilihan raya olok-olok di Perak amat mengejutkan.

Katanya, laporan The Malaysian Insider yang menyebut BN mungkin akan tewas sekali lagi di Perak dan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) BN yang dimenangi oleh Umno juga bakal tergugat dilihat telah menjadikan pemimpin BN celaru dan membuat kenyataan yang bertentangan.

“Jika hasil sebenarnya pilihan raya olok-olok tersebut bertentangan dengan apa yang telah di keluarkan dalam laman portal The Malaysian Insider, mengapa Zambry perlu menafikan apa yang diumumkan oleh Tengku Adnan?” soalnya.

Katanya, apa yang perlu Zambry lakukan hanyalah menyokong kenyataan Datuk Dr S. Subramaniam dan membidaskan laporan portal tersebut.

Apa yang pasti, katanya Zambry tentunya tidak akan merelakan imejnya tercalar dengan jangkaan kegagalan BN Perak untuk kembali menerajui Kerajaan Negeri Perak setelah tumbang pada PRU 12 tahun 2008 di bawah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohamad Ghazali dahulu.

Malah, ujarnya laporan itu juga seolah mengesahkan bahawa BN dan Umno Perak yang diterajui oleh Zambry masih gagal memulihkan masalah dalaman mereka yang semakin meruncing.

“Bagi kami jika laporan tersebut tidak bertepatan, banyak ruang lain termasuk ruang perundangan yang boleh diambil oleh Zambry bagi membuktikan kepalsuan berita tersebut, dan bukan dengan hanya mengambil langkah mudah menafikannya tanpa ulasan munasabah,” katanya lagi.

harakahdaily/-

10 jam matikan 'rantai bom'

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MADELEINE PULVER baring di atas sebuah pengusung beroda di sebuah hospital
di Sydney kelmarin untuk diperiksa oleh doktor.

SYDNEY, Australia - Seorang lelaki bertopeng yang merantai bom palsu pada leher seorang gadis dan meninggalkan nota tebusan selepas dia menceroboh kediaman sebuah keluarga kaya di sini dipercayai cuba melakukan peras ugut, kata polis semalam.

Dalam senario mirip adegan filem cemas Hollywood, skuad pemusnah bom kelmarin mengambil masa 10 jam untuk mematikan bom yang dipasang pada leher gadis tersebut, Madeleine Pulver.

Madeleine, 18, tidak cedera manakala polis kemudian mendapati bom tersebut tidak mengandungi bahan letupan.

Seorang pegawai polis tempatan, Luke Moore berkata, satu nota peras ugut dilekatkan pada bom itu.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan mesej ugutan tersebut.

"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai percubaan memeras ugut yang serius," kata Moore.

Drama itu bermula tengah hari kelmarin di kawasan penempatan elit Mosman di sini apabila keluarga Madeleine menghubungi polis dengan menyatakan, anak perempuan mereka diserang dan terdapat alat ganjil yang dilekatkan pada mangsa.

Polis yang dibantu skuad pemusnah bom, beberapa detektif dan perunding tebusan kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Kediaman-kediaman sekitarnya dikosongkan, beberapa jalan berhampiran ditutup manakala petugas bomba dan perubatan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Selepas Madeleine dibebaskan, dia memberitahu polis bahawa seorang lelaki bertopeng memecah masuk ke kediaman mereka dan menangkapnya semasa dia berada di dapur.

Remaja itu berkata, lelaki terbabit memaksa dia untuk tidak bergerak semasa memasang bom palsu itu pada lehernya.

Penyerang itu kemudian melarikan diri.

Madeleine kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk diperiksa.

Bapa Madeleine merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat teknologi maklumat.

- Agensi

Kenapa IC merah bertukar biru kurang 24 jam

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 5 Ogos: PAS Selangor akan membuat laporan polis petang ini berhubung dakwaan Penduduk Tetap (PR) yang memegang kad pengenalan merah didaftarkan sebagai pengundi.

Sepanjang tempoh bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang tamat pada 2 Julai lalu, PAS Selangor mengesan seramai 1,108 PR berdaftar sebagai pengundi.

Jumlah ini daripada 1,860 nama yang dibantah atas pelbagai sebab.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbohong kononnya nama-nama tersebut tidak dikemaskini oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"SPR kata guna Agency Link Up System (Alis) dengan JPN tapi kalau dalam JPN tak ada nama-nama ini sebagai pemegang kad pengenalan biru, bagaimana mereka boleh didaftar sebagai pengundi?" soalnya pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor mengesan nama-nama tersebut pada 1 Julai namun terkejut apabila mendapati kesemua mereka di dalam rekod JPN telah bertukar status sebagai warganegara keesokan harinya.

"Kenapa pemegang kad pengenalan merah boleh bertukar kepada biru dalam masa kurang daripada 24 jam?" Soalnya lagi.

Beliau juga kesal dengan pihak polis yang belum menyatakan hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat berhubung warga Indonesia dan Kemboja diberi kad pengenalan dan borang daftar pemilih yang berlaku di Dun Paya Jaras dalam Parlimen Subang.

Menurutnya, pihaknya menangkap seorang penduduk luar Selangor yang ditemui sedang mengedarkan kad pengenalan dan borang kepada sekumpulan warga Indonesia dalam sebuah rumah pada tengah malam.

Satu kes lagi ialah individu yang datang dari Johor mengedarkan kad pengenalan kepada rakyat Kemboja.

Kedua-dua kes ini berlaku pada Februari lalu manakala sekitar akhir bulan lalu,pihaknya mendapati warga asing mengambil kad pengenalan di Kuala Selangor.

"Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan negara dan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat negara ini.

"Jika kerakyatan sedang digadai untuk kemenangan BN, ini satu pengkhianatan yang sangat teruk.

"Bagi negara demokrasi, orang yang melakukan kerja ini boleh dihulum dengan hukuman berat," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III.

harakahdaily/-

Maut dicekik penyamun

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

IPOH: “Saya mengucap panjang melihat kaki manusia terjulur dari gulungan selimut ‘toto’ ditinggalkan di atas tangga bertentangan pintu rumah,” kata Azlina Abu Talib, 33.

Azlina jiran kepada Dr Rohani Kasim, 38, ditemui mati dicekik di kediamannya di tingkat satu Pangsapuri Permai Lake View di Tambun, dekat sini, awal pagi semalam.

Azlina berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 3 pagi semalam, selepas kecoh di luar rumahnya di tingkat bawah ketika bangun untuk bersahur.

“Saya terkejut mendengar bunyi bising dari arah tangga bertentangan pintu rumah saya dan keluar untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Saya seperti tidak percaya apabila diberitahu pengawal keselamatan di pangsapuri terdapat mayat di atas lantai tangga menuju ke tingkat bawah, betul-betul di hadapan kediaman saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia memberanikan diri naik ke tangga untuk melihat balutan tilam didakwa mengandungi mayat wanita itu dan terkejut apabila mendapati kaki manusia terjulur dari dalam tilam itu.

“Saya diberitahu pengawal keselamatan bertugas ternampak kelibat dua lelaki mengusung balutan tilam berkenaan ketika melakukan rondaan.

“Namun, suspek mencampak tilam itu ke lantai tangga sebaik menyedari kehadiran pengawal berkenaan. Dua lelaki itu melarikan diri melalui tingkap rumah berhampiran yang tidak berjeriji sebelum menuju ke arah sebuah kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui seorang lelaki menetap di pangsapuri itu ditahan sejurus polis dimaklumkan kejadian itu. Azlina berkata, dia baru mengenali mangsa yang berpindah ke pangsapuri ini awal bulan lalu dan tidak sangka kejadian ngeri itu menimpanya.

Dia berharap polis memberkas segera penjenayah itu bagi mengelakkan penduduk dihantui ketakutan.

my metro/-

Lelaki ‘bersahur’ dengan anak gadis

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KAJANG: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anaknya untuk bersahur tergamam sejurus mendapati seorang lelaki tidur nyenyak bersama anak gadisnya dalam kejadian di Batu 18, Hulu Langat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa masuk ke dalam bilik tidur anaknya yang berusia 14 tahun untuk mengejutkannya.

“Sebaik masuk, ibu mangsa terkejut apabila mendapati mangsa tidur bersama seorang lelaki warga Indonesia berusia 21 tahun yang dipercayai teman lelakinya.

“Lelaki terbabit yang terkejut dengan kehadiran ibu mangsa bingkas bangun lalu memohon maaf selain mengaku hanya tidur dan tidak melakukan apa-apa bersama mangsa,” katanya.

Katanya, ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengakuan lelaki itu mendesaknya untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Atas desakan berterusan ibu mangsa, lelaki itu mengaku sudah melakukan hubungan seks dengan mangsa ketika ahli keluarga lain sedang tidur. “Lelaki itu juga mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang melarikan diri membuat laporan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat,” katanya.

my metro/-

Majlis Peguam: Siasat 5 pegawai SPRM cuai sebabkan kematian Teoh

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Tidak seperti Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasatan (RCI) yang mendapati Teoh Beng Hock membunuh diri akibat disoalsiasat yang agresif dan berterusan, Majlis Peguam pula mengesyorkan kepada panel RCI supaya lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat kerana menyebabkan kematian (homicide).

Lima pegawai itu ialah bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim; ketua bahagian siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah; pegawai penyiasat Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus serta penolong pegawai penguatkuasa SPRM Klang, Zulkefly Aziz.

RCI hanya mengaitkan tiga orang pegawai - iaitu Hishamuddin, Anuar dan Ashraf. Manakala Majlis Peguam mengesyorkan lima orang pegawai disiasat mengikut seksyen 304A atas dakwaan menyebabkan kematian Teoh melalui kecuaian.

Syor Majlis Peguam itu terkandung dalam hujahan bertulis setebal 337 halaman kepada panel RCI yang dipaparkan di lamanwebnya untuk tatapan ahli-ahli Bar Malaysia hari ini. Ini dibuat ekoran mesyuarat yang berlangsung tadi untuk membincangkan perkara tersebut.

Majlis itu juga mahu pihak berkuasa untuk menyiasat 10 pegawai SPRM, termasuk lima orang tersebut, atas konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A Kanun Keseksaan.

Ia juga mencadangkan 10 pegawai disiasat kerana bersubahat atau cuba bersubahat dalam kematian atau menyembunyikan kematian Teoh.

Selain itu, ia juga mencadangkan 10 pegawai disiasat kerana memberikan keterangan palsu dan mereka keterangan di bawah seksyen 191 dan 192 Kanun Keseksaan.

Teoh ditemui mati ketika ditahan semalaman di ibupejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam di Shah Alam 16 Julai 2009.

malaysiakini/-

Satu ciri paling utama pada diri Azmin Ali ialah kesetiaannya yang tidak berbelah bagi kepada parti, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Satu ciri paling utama pada diri Azmin Ali ialah kesetiaannya yang tidak berbelah bagi kepada parti, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Namun, Azmin juga tetap menerima kritikan kerana pendekatannya yang disifatkan sebagai kasar dan juga kerana memendam cita-cita tinggi dalam parti.

NONEAzmin (foto kiri) kini mewakili kawasan parlimen Gombak dan juga kawasan DUN Bukit Antarabangsa selain menjawat kedudukan sebagai ketua PKR Selangor.

Kebangkitannya yang cepat dalam PKR menarik perhatian ramai namun dalam pada itu ia turut mencalar imejnya apabila beliau bertelagah dengan seorang lagi pemimpin kanan parti – Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin turut menerima kritikan berhubung masalah yang dihadapi PKR berhubung pemilihan langsung yang dijalankan parti itu sehingga beliau dituduh memanipulasi pemilihan sehingga membolehkan beliau dipilih ke jawatan timbalan presiden,

Wan Azizah bagaimanapun berkata, pihak yang menyuarakan kritikan itu perlu melihat keremajaan Azmin dalam politik.

Kesetiaan Azmin

Walau dengan kelemahan itu, Azmin telah memberi sumbangan yang besar kepada parti dan kesetiannya juga tidak perlu diragui, kata Wan Azizah lagi.

NONE"Dia masih muda dan jika anda bandingkan dia dengan (bekas timbalan presiden) Senator Syed Husin Ali, tentulah ada perbezaan umur dan juga pengalaman. Tapi berilah masa, dia akan matang.

"Azmin pun sememangnya seorang pemimpin kanan dan dia telah mencapai kedudukan kedua tertinggi, jadi saya rasa berilah masa supaya lebih berpengalaman," katanya lagi yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Azmin setakat ini.

Azmin juga merupakan pengerusi jawatankuasa pilihan raya pusat dan bertanggungjawab ke atas rancangan PKR dalam menentukan agihan kerusi dengan anggota Pakatan Rakyat.

"Beliau melakukan semua itu dan memberikan kepada kami analisis mengenai rundingan kerusi dan memberi panduan kepada negeri-negeri lain," jelasnya.

Tindakan wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti sebelum ini juga dikaitkan dengan kepemimpinan Azmin dalam parti.

Lompat parti kerana tamak

Menyentuh soal berkenaan, Wan Azizah berkata wakil rakyat berkenaan bertindak demikian antara lainnya kerana sifat tamak mereka.

pkr election convention anwar ibrahim and wan azizah"Apabila Anwar keluar daripada penjara, ramai orang datang (ke dalam PKR). Mungkin mereka melihat bahawa kita akan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya 2008 – itu yang menarik mereka.

"Apabila ia tidak berlaku dan ia tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka beredar.

"Jika anda lihat kembali sejarah mereka dengan dengan dalam, mereka daripada sebelah sana (Umno). Jadi saya agak selepas beberapa ketika, mereka tergoda dan membuat pilihan mereka," katanya.

Wan Azizah juga yakin bahawa anggota parti sedia ada akan kekal setia dengan perjuangan parti.

Bagi tujuan itu, barisan calon yang akan dipertaruhkan dalam pilihan raya umum ke-13 juga akan disaring dengan teliti, katanya lagi.

"Setakat ini, (calon) yang bersama kami adalah setia dan telah menunjukkan komitmen secukupnya. Kita ada kriteria, kita ada jawatankuasa untuk menanganinya," kata Wan Azizah.

malaysiakini/-

Peserta Bersih saman kerajaan secara berperingkat

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: PAS akan mengambil tindakan undang-undang atau saman secara berperingkat-peringkat terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia, berhubung tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Setelah langkah pertama dari segi perundangan dilakukan dengan tindakan saman pertama difailkan di Mahkamah Tinggi di sini sekitar jam 11.30 pagi semalam, Lajnah Undang-Undang PAS Pusat akan menyusuli dengan saman kedua minggu depan yang melibatkan tangkapan terhadap rakyat negeri Perak.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi menjelaskan, tindakan saman terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia yang akan difailkan oleh PAS melibatkan ratusan kes, sejajar dengan jumlah tangkapan besar yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan itu.

Menurut beliau, disebabkan jumlahnya agak banyak, Lajnah Undang-Undang PAS Pusat terpaksa mengambil langkah bijak dengan membahagikannya dengan beberapa pihak lain dalam mengendalikan kes-kes itu.

Katanya, kes yang membabitkan kepimpinan tertinggi PAS yang akan dikendalikan pihaknya melibatkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang juga merupakan kes pertama yang difailkan oleh pihaknya semalam.

"Selain Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, dalam PAS turut terdapat satu lagi agensi penting melibatkan undang-undang iaitu Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat.

"Untuk memudahkan penyelarasan, pengendalian dan melancarkan perjalanan urusan, kes-kes tersebut terpaksa dibahagi-bahagikan oleh Lajnah Undang-Undang PAS Pusat dan Juham untuk dikendalikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.

Isu tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan aman Bersih 2.0, menurut beliau, sememangnya diberikan perhatian serius oleh pihaknya dan Juham.

Untuk melancarkan urusan, katanya, kes-kes tersebut akan difailkan secara berperingkat-peringkat, dengan kesemua kes akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejajar dengan tangkapan pihak polis terhadap para peserta himpunan itu yang dilakukan di Kuala Lumpur.

"Setelah langkah pertama dimulakan dengan difailkan kes plaintif Razman Zakaria, pihak kami akan menyusuli pula dengan kes kedua minggu depan. Selepas itu akan disusuli pula dengan kes ketiga, keempat, kelima dan kes-kes seterusnya," katanya.

Kesemua kes berhubung tangkapan itu yang dikendalikan oleh pihaknya akan menamakan Ketua Polis Negara sebagai defendan pertama, manakala Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Untuk memudahkan urusan, menurut beliau, pihaknya hanya akan mengendalikan kes-kes yang melibatkan tangkapan terhadap rakyat negeri Perak sahaja, manakala kes-kes melibatkan penduduk Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain akan dikendalikan oleh Juham.

"Jumlah kes yang akan dikendalikan oleh Lajnah Undang-Undang PAS Pusat atau pihak kami berjumlah sekitar 50 kes semuanya," jelasnya.

Kes yang membabitkan 2 orang Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, katanya, dijangka akan difailkan oleh pihak Juham pada Isnin ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengendalian kes yang membabitkan kedua-dua Naib Presiden PAS itu yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dan Ahli Parlimen Kubang Kerian akan dilakukan bersama oleh peguam Zulhazmi Shariff.

"Kes membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, akan dikendalikan oleh peguam Hanipa Maidin. Buat masa ini, saya sendiri tidak pasti bila kes membabitkan Mohamad Sabu itu akan difailkan sama ada minggu depan atau bila, tetapi saya yakin ia akan turut difailkan dalam masa terdekat," katanya.

harakahdaily/-

Turun teksi serah bayi

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MELAKA: “Isteri saya tidak tahu apa-apa dan menerima bayi itu apabila diserahkan seorang wanita tidak dikenali petang Sabtu lalu,” kata pekerja syarikat konsesi pembersihan, Mohd, 59, berhubung kejadian isterinya menerima seorang bayi lelaki, Sabtu lalu.

Menurut Mohd, ketika kejadian isterinya menyapu sampah di halaman rumah apabila tiba-tiba sebuah teksi berhenti dan muncul seorang wanita tidak dikenali yang tergesa-gesa dan bertanya sama ada isteri saya mahu memelihara bayi.

“Dia menyerahkan bayi itu sehelai sepinggang, hanya berbalut kain batik apabila isteri saya bersetuju. Bayi itu sihat dan saya membeli semua barangan keperluannya termasuk susu, lampin dan pakaian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Terdahulu, dia dan pasangannya memperoleh perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak itu selepas diputuskan Majistret Muhammad Hazri Hanafi, semalam.

Permohonan hak penjagaan sementara itu dipohon melalui Pelindung Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, Muslim Abdullah dan Nurhezlin Jaafar.

Pegawai itu memaklumkan mahkamah bayi terbabit adalah mangsa seperti dinyatakan dalam Perenggan 17(1) (e), Akta Kanak-Kanak 2001 yang disyaki dilakukan ibu kandung.

my metro/-

Tikus hidup ditemui dalam roti

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BRISBANE - Seorang wanita semalam mendedahkan dia terkejut selepas menemui tikus yang masih hidup di dalam bungkusan roti dibeli dari sebuah pasar raya Coles di Aitkenvale, utara Queensland pada Ahad lalu.

Wanita yang enggan mendedahkan identitinya mendapati terdapat lubang besar pada permukaan roti itu seakan kesan akibat dimakan haiwan perosak.

Mangsa akhirnya bertindak mengembalikan semula roti itu tetapi pihak pengurusan pasar raya tersebut enggan bertanggungjawab sebaliknya memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

Bagaimanapun, jurucakap pasar raya tersebut menyatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan memandangkan syarikat itu telah memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Townsville.

sinar harian/-

Mohon bantuan untuk anak yatim

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUBANG KERIAN, 5 Ogos: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memohon kepada mereka yang bersimpati dapat membantu anak-anak yatim, yang nasib bagai jatuh ditimpa tangga di Kampung Chicha di kawasan parlimennya.

Beliau, yang juga Naib Presiden PAS semalam melawat 5 orang adik-beradik malang ini, yang ibu bapa mereka meninggal setahun yang lalu, kini tinggal sehelai sepinggang akibat rumah mereka terbakar hangus baru-baru ini.

“Saya insya Allah akan cuba membantu untuk mendirikan semua rumah untuk mereka berteduh.

Harap mereka yang bersimpati dengan nasib-nasib anak-anak buah saya ini juga dapat membantu,” kata beliau.

Kepada sesiapa yang berminat membantu, sila hubungi sembangnaibpresidenpas@gmail.com

harakahdaily/-

BN, Pakatan berlumba selesai isu rumah pengundi muda

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Ketika negara di ambang pilihan raya umum ke-13, kerajaan BN dan Pakatan Rakyat sedang berlumba untuk menunjukkan bahawa kedua-duanya serius untuk menyelesaikan satu daripada isu-isu yang paling mendesak yang dihadapi oleh pengundi - rumah mampu milik.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kedua-dua pihak memperkenalkan program perumahan yang mampu dimiliki di mana para penganalisis percaya ia untuk menarik sokongan, terutama di kalangan pengundi muda yang paling teruk menghadapi masalah tersebut.

NONEBagi BN, kata pensyarah sains politik di Universiti Malaya, Noor Sulastry
Yurni Ahmad, program tersebut adalah sebahagian daripada senarai pengumuman yang dilihat dibuat "tergesa-gesa" untuk tujuan tersebut.

"(Program itu) adalah satu strategi politik yang jelas untuk pengundi muda. Terdapat sekurang-kurangnya satu juta pengundi kali pertama, tidak termasuk mereka yang mengundi pada 2008."

Ketua eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Wan Saiful Wan Jan turut bersetuju dengan pandangan tersebut.

Walaupun beliau percaya pemberian pinjaman peratus kepada mereka yang tidak mampu membuat pembayaran balik adalah "berbahaya", tetapi Wan Saiful berpendapat BN "bijak" dalam mengumumkan skim tersebut.

malaysiakini/-

KTMB jamin perkhidmatan musim raya tak terjejas

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan terjejas sepanjang musim perayaan Aidilfitri pada Ogos ini walaupun anggota Kesatuan Pekerja KTMB (KPPKTMB) mengeluarkan amaran akan bekerja mengikut peraturan.

Pihak pengurusan KTMB telah pun bersiap sedia dengan beberapa pelan bagi menangani situasi tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku, menurut kenyataan KTMB yang dikeluarkan semalam.

"KTMB yakin bahawa ia berada di dalam kawalan dan impak dari tindakan tersebut akan dapat diminimumkan dalam memastikan perkhidmatan tren akan terus beroperasi seperti biasa," menurut kenyataan itu.

Kenyataan KTMB dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan Presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan yang dilaporkan dalam akhbar bahawa anggota kesatuan itu akan bekerja mengikut peraturan sepanjang musim perayaan tersebut jika permintaan mereka yang mahukan perkhidmatan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan ditamatkan tidak dilayan.

Abdul Razak berkata kira-kira 2,000 daripada 3,600 anggota kesatuan itu adalah pemandu lokomotif dan komuter dan jika mereka bekerja mengikut peraturan, ia akan menjejaskan perjalanan kira-kira 50,000 penumpang tren yang mahu pulang berhari raya nanti.

KTMB dalam kenyataan itu berkata para pengguna tidak perlu khuatir atau panik dengan amaran tersebut kerana langkah tertentu akan diambil bagi memastikan perjalanan tren tidak akan terganggu di sepanjang musim perayaan.

Malah KTMB yakin penambahan koc bagi perjalanan ke Pantai Timur sempena musim perayaan akan dapat dilaksanakan berdasarkan kerja-kerja baik pulih koc yang sedang dijalankan dan dijangka siap dalam jangkamasa terdekat.

Semalam KTMB mengumumkan penambahan koc bagi laluan itu akan dipertimbangkan berikutan tiket ke destinasi berkenaan bagi tempoh 26 hingga 29 Ogos habis dijual.

- Bernama

MPK didik peniaga mesra alam

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KLANG, 5 Ogos: Bagi menyahut kempen `Ramadhan yang Mapan’, MPK telah melancarkannya di Bazar Ramadhan Taman Seri Andalas, Klang.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Turut hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Dr Xavier Jayakumar selaku Adun Seri Andalas.

Dalam majlis pelancaran tersebut, diperkenalkan kepada para peniaga usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi alam sekitar seperti mengitar semula, menggurangkan penggunaan beg plastik, menjaga kebersihan dan juga mengumpul minyak masak.

Usaha pendidikan serta kesedaran kepada para peniaga dan pengunjung ini akan membantu mengurangkan kesan pencemaran dan aspek kebersihan kepada alam sekitar.

Kunjungan dari gerai ke gerai dilakukan oleh Elizabeth dan Dr. Xavier sambil beramah mesra serta menyampaikan cenderamata kepada para peniaga.

Mereka juga diberikan penerangan serba sedikit mengenai program Ramadhan yang mapan serta kerjasama yang boleh mereka berikan kepada MPK dalam menjayakan iltizam alam sekitar yang murni ini.

Turut sama dalam program ini adalah Pengarah Pelesenan & Penjaja MPK, Azhar Samsudin.

harakahdaily/-

Rahsia hidup mewah terbongkar

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA – Rahsia kehidupan mewah dua pelajar warga Afrika terbongkar selepas mereka diberkas bersama dadah disyaki syabu bernilai hampir RM300,000, di Mentari Court, PJS8 di sini, kelmarin.

Suspek lelaki yang berusia masing-masing 26 dan 23 tahun itu adalah pelajar sebuah institusi swasta di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek berumur 26 tahun diberkas, kira-kira jam 6.10 petang, di tempat letak kereta.

Beliau berkata, pemeriksaan menemui dua peket dadah disyaki syabu seberat 1.59 kilogram.

Susulan itu katanya, polis menyerbu rumah sewa suspek di sebuah kondominium di Taman Sri Subang dan memberkas rakannya bersama 59 gram dadah sama.

“Siasatan mendapati suspek daripada kumpulan pengedar yang sama. Kita percaya suspek menjual dadah ini dalam kalangan pelajar asing.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek hidup senang dengan hasil yang diperoleh berikutan beberapa resit keluar masuk wang ditemui di dalam rumah tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Arjunaidi berkata, siasatan awal mendapati suspek bergiat aktif dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun lalu.

Suspek ditahan reman sehingga Rabu depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

sinar harian/-

Golongan yang dilupakan Allah di hari kiamat.

05 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Oleh : Zainal Dahari

Dari Abu Dzar iriwayatkan Rasulullah s.a.w, ada bersabda “Pada Hari Kiamat terdapat tiga kumpulan manusia akan dilupakan Allah, tidak akan dipandang, tidak akan dipedulikan malahan akan menerima azab yang sangat dahsyat , mereka adalah orang yang berpakaian tetapi meleretkan pakaian mereka di bumi, orang yang mengungkit segala pemberian mereka kepada orang lain dan orang yang suka bersumpah (akan barang yang mereka niagakan) sewaktu berjual beli. “

Pertama: Orang yang berpakaian tetapi meleretkan pakaian mereka di bumi.

Golongan ini adalah orang-orang atau kumpulan manusia yang mempunyai sesuatu (pakaian atau seumpamanya) tetapi sombong terhadap apa yang mereka miliki. Kumpulan manusia ini suka bermegah-megah dengan apa yang mereka ada, suka menunjuk-nunjuk. Sebagai contoh ialah pakaian mereka bukan sahaja panjang, mahal, cantik, sukar disediakan dan adakalanya memerlukan pembantu untuk tolong mengangkat hujung pakaian tersebut sewaktu berjalan kerana ianya terlalu panjang hingga menyapu bumi.

Kebelakangan ini, perkara sebegini telah banyak berlaku dalam masyarakat orang Islam sendiri, dalam majlis kenduri kahwin misalnya, ada pengantin perempuan memakai pakaian yang berjela-jela dan perlu ada khadam untuk mengangkat hujung pakaian sewaktu bergerak. Kebanyakan pakaian sebegini adalah jarang dan ketat walaupun nampaknya seperti menutup aurat tetapi di waktu yang sama, banyak kepala pemakainya bolos sahaja, tidak bertudung seperti disyariatkan malahan ada hiasan berlebihan pula.

Orang yang suka meleretkan pakaian tergolong dalam kalangan orang yang sombong, dan sifat sombong amat dibenci Allah. Oleh itu jauhkanlah diri kita daripada sifat yang begini samaada lelaki atau perempuan.. Untuk menyediakan pakaian yang begini memerlukan belanja yang mahal dan masa yang panjang. Orang Islam adalah dilarang membazir dan juga menunjuk-nunjuk.

Orang yang menunjuk-nunjuk bukan sahaja akan menyebabkan orang lain tidak gembira, tetapi boleh menyebabkan yang miskin dan kurang berada merasa rendah diri dan terasing. Dengan pujian hadirin kita dengan sendirinya terdetik rasa megah dan riak dan ditakuti tanpa disedari perlakuan itu akan menjadi ikutan orang-orang selepas kita pula.

Dalam penampilan diri sehari-hari, keadaan berlebih-lebihan ini juga boleh berlaku, bukan sahaja dari segi pakaian, makanan, malahan tidak terkecuali corak perhiasan rumah luaran dan juga dalaman. Seharusnya berpada-padalah dalam berbelanja, jangan berlebih-lebihan kerana ia hanya akan mengundang pembaziran sedangkan hasilnya tidak seberapa. Jika perlakuan buruk ini dilakukan oleh yang kurang kemampuan, ia mungkin terbeban dengan hutang dan sebagainya..

“Di akhiirat nanti kita akan ditanya kemanakah rezeki yang dikurniakan Allah telah kita belanjakan.”

Pada mereka yang akan membuat persiapan hariraya, hati-hatilah berbelanja, baik makanan, baik hiasan rumah luar dan dalam, baik untuk pakaian sendiri maupun pakaian anak-anak. Bagi mereka yang ingin menempah pakaian untuk perkahwinan dan keraian, hati-hatilah kerana pakaian yang diceritakan diatas lebih merupakan budaya jahiliah, pakaian nasrani dan yahudi dan ingatlah bahawa kaum yahudi dan nasrani tidak akan reda selagi orang Islam tidak mengikut cara hidup mereka welaupun tidak menganut agama mereka.

Hati-hatilah atas sesuatu, jika memulakan yang baik, kita akan mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang berterusan, tetapi jika kemungkaran kita mulakan, maka kitalah yang akan menanggung saham dosa tersebut sampai bila-bila walaupun jasad kita telah hancur ditelan bumi.
Kedua: Orang yang suka mengungkit-ungkit atas pemberian sesuatu kepada orang lain.

Antara sebab pelakuan ini dilarang ialah:

1. Tidak lkhlas
2. Merendahkan darjat orang yang kita bantu.
3. Ada sifat bermegah dengan apa yang kita ada
4. Memalukan penerima di sisi pandangan orang lain.
5. Membina kumpulan-kumpulan yang ada dan yang tidak ada.
6. Mahu dirinya dipuji dan dihargai
7. Mengambil sifat Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki

Kita lupa bahawa apa yang kita beri itu bukan hak mutlak kita tetapi adalah hak Allah semata-mata. Manusia hanyalah wakil Allah dalam menyampaikan rezeki kepada orang lain. Kita sesungguhnya dianjurkan sedar, bahawa tangan kiri pun sewajarnya tidak boleh tahu apa yang tangan kanan hulurkan(bantu) kepada orang lain.

Dengan kita mengungkit-ungkit apa yang kita berikan sebenarnya kita merendahkan darjat diri kita sendiri seolah-olah apa yang kita berikan itu besar sangat. Kita mungkin berfikir kita sudah hebat, sesungguhnya ada orang lain yang lebih hebat dari kita, dan ALLAH adalah Yang Maha Hebat dan tiada yang lebih hebat dariNya. Bila-bila masa Allah boleh menarik balik apa yang diberikan kepada kita tanpa perlu memberi apa-apa notis sekalipun.

Sebarang pemberian dan bantuan yang kita berikan sewajarnya hanya diketahui oleh kita dan penerima sahaja, ia tidak perlu dibesar-besarkan seperti dihebahkan merata-rata, memadailah dengan menyatakan kesyukuran kita kepada Allah.

Ketiga: Orang yang suka bersumpah (akan barang yang mereka niagakan) sewaktu berjual beli. “

Kumpulan ketiga ini dibenci Allah kerana sewaktu berniaga, untuk melariskan perniagaan mereka sanggup bersumpah barang mereka adalah yang terbaik. Harus diingat bahawa kuasa sebenarnya adalah dari Allah, Allah boleh melakukan apa sahaja, membuka hati untuk terpengaruh, membuka hati untuk membeli, memberi kita rezeki atau wang untuk membeli dan sebagainya. Sesungguhnya kuasa melariskan jualan, menentukan pembikinan dan hasil pembuatan barang berkualiti atau tidak, adalah kuasa mutlak Allah. Walaupun resepi, bahan dan tatacara yang sama, kadangkalanya hasil tidak sama. Sesiapa sahaja (penjual atau pengilang) hanyalah berusaha sekadar yang mampu dan Allah adalah penentu segala-galanya.

Kita hanya boleh merujuk pelanggan sebelum itu sebagai contoh pembeli sahaja tetapi mengatakan (bersumpah) orang lain juga akan dapat hasil yang sama bukan hak dan kuasa kita. Kalaupun hasil atau kegunaan barang sebelum itu baik dan berkesan tetapi tidak semestinya semua orang akan mendapat hasil yang sama seperti barang tersebut.

Bagitu jugalah berkaitan ubat-ubatan misalnya, tindakbalas sebarang ubat kepada badan kita dan orang lain mungkin tidak sama. Jangan sekali-kali mengatakan sesuatu ubat itu pasti dapat menyembuhkan sesuatu penyakit walaupun ada pelanggan kita terbukti begitu..Kita bukan sahaja tidak boleh bersumpah tetapi meninggalkan perkataan Insyaallah pun sudah dikira berdosa disisi Allah dalam perkara-perkara seperti ini.

Kebelakangan ini industri dan perniagaan ubat-ubatan dan produk kesihatan menjanjikan pendapatan yang cukup lumayan tetapi sayugia diingatkan bahawa pendapatan kita dari semua sumber hendaklah secara yang diredhai Allah supaya kita selamat dunia dan akhiirat.

“ Dan pada hari itu(Hari Kiamat), kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu manusia diberitahu akan apa yang telah ia lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan (yakni tidak lakukan). Bahkan manusia itu(semua anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri “ AL-Qiamah 12-14

Sempena kedatangan Ramadan yang mulia baru beberapa hari ini marilah kita berpesan-pesan untuk kebaikan sesama kita dan memperbanyakkan solat taubat mohon ampun kehadrat Allah atas apa-apa kesalahan yang telah kita lakukan, dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Disamping itu marilah kita berdoa supaya kita dikekalkan dalam bimbingan iman, dimurahkan rezeki lagi halal dan dilindungi dari segala sifat-sifat yang dibenci Allah.. Semoga kita adalah kumpulan pertama yang akan dipanggil Allah di hari Kiamat untuk dianugerahkan segala kesenangan dan kesejahteraan seperti yang dijanjikanNya. Amin.

Program Tajaan Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz & Anak Yatim

05 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan Allah SWT dan diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Ramadhan menjenguk lagi. Dan kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.

}Firman Allah SWT yang bermaksud: {Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}. [Al-Baqarah: 185]

Ibadat memberi makan bagi orang yang berbuka, akan menjadi asas kepada banyak ibadat-ibadat lain, rahmat dan kasih sayang terhadap sahabat yang diberi makan, akan melahirkan majlis para solihin, yang mengharapkan pahala di atas ketaatan, yang dikuatkan dengan makanan yang disedekahkan tadi.

}Firman Allah SWT: Maksudnya: {Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (Mereka berkata:) Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.} [Al-Insan: 8-12].

Pihak Madrasah dengan ini membuka peluang kepada Tuan dan Puan, Saudara saudari kaum Muslimin untuk bersama – sama merebut peluang yang terbuka luas ini untuk bersama – sama menaja majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz, sesungguhnya pelajar – pelajar tahfiz adalah insan terpilih yang sentiasa dekat dan rapat dengan Al Quran. Kehidupan mereka adalah Al Quran, dan mereka adalah Al Quran Bergerak diatas muka bumi ini. Dan mereka adalah Duta – Duta Allah diatas muka bumi ini.

Bagi umat Islam yang prihatin dan berusaha untuk merebut amal jariah adalah dipelawa untuk menaja program ini, dimana anggaran kos untuk majlis Berbuk Puasa Bersama Pelajar Tahfiz ini adalah sebanyak RM500 bagi satu (1) hari berbuka.

# Jika tidak mampu, disyorkan untuk berkongsi. Islam itu mudah.

Bagi Tuan dan Puan yang sudi menaja, diharap tidak melepaskan peluang untuk turut sama berbuka bersama dengan pelajar dan staff Madrasah.

Madrasah itu disini: http://madrasah-arrasyid.blogspot.com/

RM748,800 bayaran elaun khas MPPP

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, 5 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM748,800 setahun kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) iaitu tambahan elaun sebanyak RM150 seorang kepada 238 penguatkuasa dan 178 pekerja awam sebagai penghargaan jasa mereka meningkatkan status MPPP walaupun terpaksa terdedah dengan bahaya dan kotoran.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) berkata, kenaikan elaun tersebut membolehkan mereka bekerja dengan lebih tekun, rajin, penuh kesabaran, mengikut lunas undang-undang dan berintergriti.

Menyentuh mengenai integriti ia bukan tertakluk kepada menangani rasuah sahaja tetapi juga mesti menekan aspek kebijaksanaan, amanah, tanggungjawab, cemerlang dan mengutamakan nilai murni.

"Kerajaan negeri bersetuju menambah elaun kepada 238 orang penguatkuasa dan 178 pekerja awam di MPPP sebanyak RM150 seorang sebagai penghargaan yang tidak ternilai tahun ini. Ia melibatkan sejumlah wang RM748,800," jelasnya semasa berucap di Majlis Penyampaian Cek Elaun Khas kepada anggota penguatkuasa dan pekerja awam 3D semalam.

Beliau berharap semangat kekitaan dan semangat berpasukan diterap dalam diri warga MPPP.

Sikap itu, katanya akan menjadi contoh kepada rakyat yang lain untuk lebih prihatin dan sekaligus dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang matang dan berdisiplin barulah boleh melahirkan negeri yang lebih bersih, hijau dan selamat.

Ia juga, ujarnya membolehkan mereka lebih fokus kepada kerja keselamatan, penyelesaian aduan rakyat, penjagaan dan pemulihan alam sekitar serta urus tadbir bandar yang lebih berkesan.

Ini, katanya selaras dengan usaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri antarabangsa Plan Pengurusan Stratejik MPPP memberi penekanan kepada key result area (KRA) 3C dan 1R iaitu cleanliness, congestion, crime dan revenue seperti meningkatkan kebersihan, kecerian bandar, menerapkan amalan budaya menyelenggara kemudahan awam dengan baik, melaksanakan program bandar selamat, mencari jalan penyelesaian masalah pengurusan lalu lintas, memperkukuhkan kedudukan hasil majlis serta terakhir meningkatkan sistem penyampaian majlis supaya perkhidmatan yang disediakan adalah yang terbaik untuk rakyat.

"Sebagai warga MPPP mesti mempamerkan sikap yang baik sebagai contoh untuk rakyat lain melakukan kebaikan selari dengan usaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri bertaraf antarabangsa. Bila berjaya kelak semua orang rasa bangga," katanya.

harakahdaily/-

Mayat bayi tanpa kepala

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BUKIT BERUANG – Panik dan takut melihat keadaan bayinya tidak sempurna dipercayai mendorong seorang wanita 24 tahun membuang mayat bayi berkenaan ke dalam tong sampah sebuah pangsapuri di Taman Sri Lanang.

Bagaimanapun, bayi tidak cukup bulan (enam bulan), yang dipercayai dilahirkan secara songsang malam Selasa lalu itu, ditemui tanpa kepala oleh polis di tempat pembuangan sampah pangsapuri berkenaan selepas satu laporan dibuat setelah wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, wanita terbabit melahirkan bayi itu secara bersendirian di rumah sewanya.

Menurutnya, wanita terbabit mengalami pendarahan teruk selepas melahirkan anaknya dan bertindak menghubungi ibunya untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Difahamkan, ibu wanita terbabit membawanya ke hospital kira-kira jam 9 malam Selasa lalu dan polis kemudiannya telah dimaklumkan mengenai kejadian ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, semalam.

Raja Shahrom, susulan maklumat yang diterima, sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian dan berjaya menemui mayat bayi tanpa kepala itu di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri.

Bagaimanapun menurutnya, polis masih gagal mengesan kepala bayi berkenaan.
“Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

sinar harian/-

Perbanyak amalan kebajikan bantu mangsa musibah

5 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 5 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan umat Islam agar memperbanyakkan amalan kebajikan termasuk menderma bagi membantu mereka yang terkena musibah.

Gesaan itu juga turut disaran kepada masyarakat bukan Islam memandangkan amalan tersebut dapat meringankan bebanan masyarakat yang susah terutama yang terkena musibah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi mangsa kebakaran Siti Azlina Muhamed, di Kampung Chicha, dekat sini, kelmarin.

Turut menziarahi mangsa, anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmod, Adun Demit, Muhammad Mustapha, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Rosdi Abdullah serta lain-lain pimpinan.

Menurutnya, amalan bantu membantu termasuk menziarahi golongan itu telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Nabi lagi.

“Ini kerana dengan amalan ziarah serta membantu mereka dapat menghiburkan mereka yang ditimpa musibah. Datang tanpa membawa sebarang sumbanganpun tak apa andainya tidak mampu tanda simpati kita.

“Hari ini orang lain terkena musibah, esok luas mana tahu keluarga kita pula, ini tanggungjawab kita umat Islam dan bermasyarakat,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berharap mangsa kebakaran terbabit bersabar menerima ujian Allah pada 1 Ramadan lalu itu kerana ianya tidak menimpa secara sia-sia, sebaliknya ada hikmah yang lebih besar menanti.

Sementara itu, Azlina tidak dapat menahan sebaknya sewaktu menerima kunjungan Tuan Guru di tapak kebakaran kerana terharu dengan kunjungan mengejut dari Menteri Besar itu.

Ibu kepada empat orang anak itu melahirkan rasa gembira dan terharu di atas kunjungan Tuan Guru yang langsung tidak diduganya itu.

Selain itu, beliau turut menerima sumbangan dari kakitangan Air Kelantan Sdn Bhd yang disampaikan oleh Komunikasi Korporat, Azhari Abdul Rahman.

Pada petang 1 Ramadan lalu, kediaman Siti Azlina yang turut dihuni oleh 11 orang anggota yang lain termasuk enam orang adik beradiknya hangus dijilat api.

Enam orang adik beradiknya yang berusia antara 11 hingga 21 tahun turut mendiami rumah ini sejak kematian ibu bapanya beberapa tahun lalu.

Beliau bersama suami Mohammad Nazri serta adik beradiknya yang lain menumpang sementara rumah saudara sepupunya, Rohani Mohd Zain.

harakahdaily/-