Beberapa hari lepas Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan rakyat jangan sesekali memperjudikan diri dan masa depan negara dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tegas Perdana Menteri, rakyat perlu membuat keputusan yang betul kerana pemilihan kerajaan bergantung kepada parti yang terbukti berjaya menjamin pembangunan dan kestabilan negara. ceewaah...macam lagu boria bunyinya.
Kenyataan dari PM dilihat sebagai suatu kebimbangan kepada pengaruh pembangkang yang semakin ketara setelah timbul pelbagai isue yang membuktikan kelemahan batang tubuh kerajaan yang ada sekarang.Tenatnya penyakit yang ada pada batang tubuh kerajaan seperti tenatnya Pak Harto dengan berbagai penyakit yang sedang menunggu panggilan Illahi.
Rakyat sedang menunggu jawapan disebalik skandal-skandal besar seperti kes pembunuhan Altaltuya, kes video Lingam, Hindraf, tuntutan Bersih , Yuran sekolah, kenaikan harga petrol dan barangan lain, krisis tepung gandum dan minyak masak, keselamatan anak-anak dari penculikan dan banyak lagi.
Rakyat bawahan nampaknya tidak tahan sabar untuk mengundi parti-parti alternatif untuk memimpin dan menyelamatkan negara. Setelah 50 tahun BN memerintah, pekung kelemahan nya terbuka luas dan nampaknya tidak mungkin lagi diubati.Mereka cukup faham kemajuan negara kita bukan kerana BN dan UMNO. Lihatlah negara lain seperti Jepun, Korea dan China. Tanpa UMNO dan BN mereka lebih maju dari kita. Malah jika UMNO dan BN di beri kuasa untuk memerintah negara-negara tersebut walaupun sehari, saya yakin mereka akan menjadi semakin mundur kebelakang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan