15 Januari 2008

Kenapa Bajet 2009 Dibentang Awal ?

Pembentangan Bajet 2009 akan diadakan pada 29 Ogos ini iaitu dua bulan lebih awal berbanding amalan biasa pada Jumaat minggu terakhir bulan Oktober.Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tarikh baru itu dipilih kerana bulan puasa jatuh pada awal September.




Kita tertanya-tanya kenapakah Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman begitu awal tentang tarikh bajet 2009. Ada beberapa andaian yang saya fikirkan kenapa tarikh ini diumumkan lebih awal.

Pertamanya mungkin Kerajaan sekarang seolah-olah ingin mengambarkan suasana ekonomi sekarang sangat selesa kepada rakyat. Keadaan ini adalah untuk menutup kelemahan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan.

Keduanya dijangka ada beberapa pengumuman berikutnya yang akan didedahkan lebih awal berkaitan isi bajet yang akan dibentang kelak. Inilah bentuk gula-gula yang akan menjadi umpan kepada rakyat Malaysia bagi menghadapi PR ke 12 bila-bila masa dari sekarang.

Semua media akan digembeling semaksima mungkin untuk mengambarkan ekonomi yang serba baik dan bursa saham yang mencecah angka luar biasa. Tentunya dengan harapan sokongan rakyat kembali kepada BN.
Saya fikir rakyat telah kembali cerdik dalam sehari dua ini. Jika swing ini kekal dalam tempoh terdekat harapan BA untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam DUN atau Parlimen adalah sangat cerah. Inilah yang menjadi kebimbangan BN.

Luarbiasanya pencapaian ekonomi dalam keadaan luarbiasanya tekanan kenaikan harga barang yang melangit sesuatu yang tidak masuk akal. Sebab itulah segala kemungkinan dan cara dipergunakan untuk mengembalikan sokongan rakyat. Itulah cara BN "Banyak Nombor....(saja).

Tiada ulasan: