BEIJING 14 Jan :-Setelah mengadakan Sidang Parlimen untuk membincangkan persoalan kenaikan harga barang pada minggu lepas. Satu pengumuman mengenai hukuman lebih ketat untuk mengawal kenaikan harga barang diumumkan oleh kerajaan China.
Menurut Agensi Berita Xinhua, Perdana Menteri China Wen Jiabao menandatangani perintah Dewan Negara semalam dan mengeluarkan "Ketetapan Dewan Negara China tentang Pemindaan 'Peraturan Hukuman Tadbir terhadap Kegiatan Menaikkan Harga Barangan yang Melanggar Undang-undang Berkenaan'". Ketetapan itu telah berkuatkuasa bermula semalam.
Pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China semasa menjawab soalan wartawan berkata baru-baru ini, harga sesetengah barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kehidupan rakyat telah naik dengan mendadak. Kegiatan haram untuk menaikkan harga yang berlaku di sebahagian kawasan dan industri telah menganggu ekonomi pasaran.Kerajaan China memutuskan untuk meminda peraturan hukuman tersebut untuk mengenakan tindakan yang lebih berat terhadap kegiatan haram itu demi melindungi kepentingan pengguna dan pengusaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan