18 Januari 2008

Semua Sudah Bersedia

Pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang. Pemimpin-pemimpin pembangkang semuanya telah mengumumkan parti masing-masing sudah siap menunggu pengumuman dari PM tarikh PR Umum Ke 12.


Jentera parti telah diarahkan beroperasi 24 jam sebagaimana yang diarahkan oleh Timbalan Presiden PAS Ust. Nasaruddin Md. Isa. Begitu juga soal pembahagian kerusi dikebanyakan negeri telahpun selesai. Contohya Pesuruhjaya PAS Perak sejak beberapa bulan lepas telah mengumumkan pembahagian kerusi dengan PKR di negeri " moh ler" telahpun selesai. Malah mengikut maklumat senarai calon-calon PAS yang akan bertanding telahpun diperturunkan kesemua Kawasan PAS di Negeri Perak.

PAS dan pakatan pembangkang kini bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa. Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, soal agihan kerusi bagi memastikan peluang kemenangan lebih baik kini sudah mencapai tahap 95 peratus.(kenyataan pada 19 nov 2007)

Pemuda PAS dan Muslimat PAS mengumumkan tidak gentar jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya pada bila-bila masa walaupun jangka masa kempen pendek sebaliknya mereka cukup bersedia menghadapi pilihan raya dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.

Kelmarin Pak Lah mengumumkan Jentera pilihan raya UMNO di semua negeri kini sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh pengerusi-pengerusi badan perhubungan UMNO negeri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu hari ini dan beliau berpuas hati.“Saya berpuas hati (dengan persiapan UMNO negeri menghadapi pilihan raya). Mereka kerja kuat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Dato Onn .

Semua parti juga telah siap menempah bahan-bahan pilihanraya seperti bendera, baner, payung dan lain-lain. Selain itu SPR telah berulang kali sampai tersasul si Rashid bahawa mereka telah bersedia . Hayatnya juga telah diperpanjangkan oleh akta yang baru. Media arus perdana juga digembeling supaya mengambarkan negara dalam keadaan cukup selesa walaupun penuh dengan penyakit. Semuanya merupakan tanda-tanda kepada PR yang semakin dekat.

Macamlah dua pasukan yang akan bertanding dalam satu padang permainan, yang ditunggu cuma tiupan wisel dari pengadil. Kita menunggu dengan sabar dan terus berusaha dan berdoakan semuga kemenangan menyebelahi kita nanti.

Tiada ulasan: