18 Januari 2008

Siapa Yang Ganas ?

Siapa yang ganas? persoalan ini perlu kita jawab dengan segera apabila TPM cuba mengalih pandangan rakyat dan menuding kepada pihak tertentu dalam ucapannya hari ini di UIA.


Umat Islam perlu menentang golongan pelampau dan ektremisme dan tidak boleh membiarkan orang lain mentafsirkan siapakah mereka dan apakah pendirian mereka, kata Najib Tun Abdul Razak. Beliau berkata, adalah menyedihkan bahawa Islam hari ini dikaitkan dengan keganasan, mengikut perasaan dan tidak bertindak rasional, berfikiran singkat, mundur sosio ekonomi, regim berkuku besi dan berkelakuan regresif terhadap wanita.

Sebenarnya dalam negara kita siapakah yang boleh dikatakan ganas dan melampau. Siapa dahulu yang diserang dengan gas pemedih mata dan water canon, malah siapa dulu yang dipukul dan disepak terajang didalam lokap.

Keganasan kerap kali bermula bila rakyat berhimpun dengan aman dimana sahaja walaupun di mesjid dan markaz parti. Peristiwa 26 Ogos 2005 bila ceramah yang turut dihadiri oleh Presiden PAS yang diadakan dalam Masjid Taqwa Batu 6 turut diserang oleh Polis mengakibatkan berlaku kekecohan dan pertempuran antara pihak Polis dan orang ramai yang marah dengan tindakan tersebut. 12 orang telah ditahan.

Di Terengganu bukankah Irwandi dan Azman yang terkena tembakan peluru hidup adalah magsa keganasan. Sesudah itu terpaksa merengkuk dalam penjara dengan tidak boleh diikat jamin. Dalam kejadian pada 26 Mei 2005 operasi meroboh rumah peserta RTB Bujal di Kemaman termasuk sebuah masjid yang hampir siap dibina. Ini sekadar beberapa contoh dari ribuan siri keganasan keatas rakyat di Malaysia.

Peritistiwa pembunuhan Altaltuya merupakan sejarah keganasan dalam negara kita yang sangat melampau dan mengaibkan. Bukankah Najib juga dikaitkan dalam isue ini.

Siapakah yang ganas, bila harta rakyat yang berlaksa-laksa di rompak oleh orang-orang politik dan sampai sekarang tidak di ambil tindakan kepada orang yang terbabit.

Jangan berucap dengan main kias-kiasan, Pelajar UIA faham benar maksud ucapan Najib . Semuanya berotak geliga sebab itulah boleh masuk UIA. Kalau tidak malu kepada pendengar malulah kepada diri sendiri dan Allah SWT yang maha tahu dosa dan kesalahan kita. Rakaman Video para Malaikat akan dtayangkan untuk membuktikan segala amalan kita nanti.

DOA..

Ya Allah jadikan kami sebagai seorang yang penyayang dan bukan nya seorang yang ganas. Ya Allah jauhkan kami dari temasuk ke dalam golongan yang menzalami orang lain, dan jauhkan kami dari menyokong para penzalim dibumi tercinta ini..amienn..

Tiada ulasan: