21 Januari 2008

Siapa lobi jadi Menteri Besar Perak ?

PARIT BUNTAR 20 JAN ;- Kerusi Menteri Besar Perak hangat diperkatakan di negeri ini. Utusan hari ini turut melaporkan berita ada usaha pihak tertentu sedang melobi untuk menduduki jawatan tersebut.

Menteri Besar Perak Mohd. Tajol Rosli mendedahkan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) Zon Utara Perak di sini hari ini. Zon Utara terdiri Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Bukit Gantang dan Larut. Kata beliau walaupun tarikh pilihan raya umum belum lagi diketahui dan masih menjadi teka- teki, namun sudah terdapat gerakan pihak tertentu melobi pemimpin atasan semata-mata mahu merebut jawatan Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menganggap ia sebagai perkara biasa lebih- lebih lagi ketika pilihan raya umum semakin hampir.“Dalam politik semua orang mesti ada cita-cita besar tersendiri, jadi kerja lobi melobi untuk menjadi Menteri Besar adalah perkara biasa,” katanya.

Realiti ini sedang hangat diperkatakan di Parit Buntar. Dikatakan Ketua Bahagian UMNO Parit Buntar, Abdul Rahman Suliman yang juga merupakan Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri adalah individu yang disebut oleh Menteri Besar Perak itu.

Isue ini telah kedengaran sejak tahun 2007 yang lepas. Menurut satu sumber dikatakan beliau akan bertanding di Kerusi DUN Titi Serong bagi merealisasikan hasrat tersebut. ADUN BN di Titi Serong pada masa ini ialah Abu Bakar Mat Ali, Seorang bekas kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Kanan. Beliau memenangi kerusi DUN Titi Serong dengan majoriti, 2,587 undi dalam pilihan raya umum 2004 dengan mengalah calon PAS Ahmad Azhar Sharin yang menang pada PR ke 10 tahun 1999. Kedudukannya dikatakan tergugat disebabkan tempat ini akan diambil oleh Ketua Bahagian Parit Buntar itu.

Pada PR Umum ke 10 tahun 1999, calon PAS telah mendapat 8,358 dengan mengalahkan calon BN Abd Latif Bin Mat Ali yang mendapat 6,896 (majoriti 1,462).


Tiada ulasan: