Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pembangkang bukan halangan utama kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 ini, sebaliknya ancaman sebenar parti itu ialah sekiranya wujud perpecahan dalam kalangan anggotanya.
Beliau berkata, pembangkang bukan merupakan parti yang kuat malah kekuatannya bergantung kepada individu tertentu berbanding BN yang mempunyai ramai pemimpin berkualiti.“Pakatan pembangkang ini seperti kahwin Mutaah dan bermusim berbanding BN yang kukuh bukan sahaja pada pilihan raya malah setiap masa.
Demikianlah sebaliknya, BN bukanlah ancaman sebenar bagi parti-parti pembangkang. Kami sebetulnya berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan dalam setiap kali pilihanraya. BN telah mengembeling dan menyalahgunakan harta rakyat untuk mempertahankan kemenangannya dalam setiap kali pilihanraya. Tidak cukup dengan pengunaan media cetak dan elektronik, bangunan, kelengkapan, kewangan, dan sebagainya. BN malah mengugut pegawai-pegawai kerajaan supaya jangan mengundi pembangkang.
Sikap tidak adil dan "super double standard" ini sebetulnya ancaman yang sangat besar kepada pembangkang. Kalau kita berhadapan secara jantan dengan jentera parti dalam komponen BN saya yakin mereka telah lama tersungkur rebah dan terkubur. Malah kita melihat mereka betul-betul miskin dengan menyalahkan gunakan dewan orang ramai dan sebagainya untuk dijadikan pejabat.Kami pembangkang walaupun dalam keadaan serba kekurangan masih lagi mampu membina pejabat dan pusat tarbiyah atau markaz sendiri.
Inilah suatu kemungkaran dan kezaliman yang berulangkali berlaku dalam negara setiap masa dan ketika khususnya dalam PR umum. Kemungkaran ini mestilah dihabisi oleh hak mengundi rakyat dalam PR ke 12 tidak lama lagi. Ayuh kita jatuhkan BN dan gantikan dengan kerajaan baru BA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan